Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
Showing posts with label tips melancong. Show all posts
Showing posts with label tips melancong. Show all posts

AirBnB? Okey ke?

Google

Saya dah melalui beberapa kali pengalaman menginap ketika melancong menggunakan khidmat AirBNB. So, ada juga kawan-kawan yang bertanyakan saya pengalaman menggunakan apps ni, kualiti penginapan, servis dari tuan rumah dan lain-lain. So di sini saya kumpulkan ciri-ciri  serta tips yang selalu saya dan travel partner saya Ella tetapkan dalam menggunakan khidmat melalui apps ni. 

1) Pilih tempat

Sebelum kita nak ke satu-satu tempat tu biasanya kita dah senaraikan tempat-tempat yang ingin kita kunjungikan? Pilih area rumah yang dekat dengan majoriti tempat-tempat tu. Apa guna kalau kita dapat rumah super best, super murah tapi perjalanan kita ambik masa sampai satu jam kan? Dah bazir masa. Letih pun ye.


2) Tetapkan budget

Macam biasalah, bila nak berjalan ni mesti isu utama adalah kemampuan kewangan kita. Sama juga bila nak cari tempat tinggal. Tetapkan budget siap-siap. RM100-200? RM250-300 sehari? Ikut poket kita. So, bila kita dah ada budget, mudah kita nak ketepikan rumah-rumah yang luar dari kemampuan kita.




3) Dekat dengan pengangkutan awam

Yang ni memang sangat penting ye. Maklumla kita di tempat orang. Tak semua tempat sewa kereta murah, dan ada tempat yang memang banyak kemudahan pengangkutan awam. Elok kita gunakan je. Semak dengan teliti ciri-ciri kemudahan yang disenaraikan oleh bakal host pilihan. Selalunya tuan rumah akan bagitahu siap-siap jarak rumah mereka dengan bus stop, tramp stop, atau train stop yang terdekat.  




4) Privacy

Yang ni kita kena semak betul-betul information tentang rumah yang dah diberikan oleh host. Adakah kita je penyewa di situ atau ada penghuni lain dalam bilik yang sama? Atau ada penyewa lain di bilik lain? Bagaimana dengan bilik air? Dapur? Common room?

Semua tu kita kena cek. Bukan apa, at least kita boleh mengambil langkah beringat kalau kita tinggal dirumah yang dihuni oleh penyewa lain, khasnya untuk traveller muslimah. Tetap jaga aurat ye bila tinggal di rumah yang turut disewa oleh penghuni lain bila ke common area. 



5) Kemudahan Lain

Tuan rumah juga akan nyatakan samada akan ada wifi, seterika, kemudahan dobi ataupun sarapan pagi percuma. Kena tengok betul-betul. So, kita jangan expect tiap-tiap rumah menawarkan kemudahan yang sama. Host juga akan nyatakan samada dia ada haiwan peliharaan, atau pun dia tinggal di situ atau tidak, boleh juga cek samada bilik tu dibenarkan untuk merokok atau pun tak.


6) Review

Semak juga komen atau review dari penyewa-penyewa yang pernah menyewa di rumah tu. Kalau review penyewa sebelum yang tak puas hati dari segi keadaan rumah yang teruk tak sama dalam gambar, komen-komen tentang keselamatan dan tak berpuas hati dengan host, lebih baik la kita jangan teruskan booking dengan host tersebut since ada banyak lagi pilihan rumah dengan host yang cemerlang.


7) Arahan Sampingan

Once kita dah comfirm untuk menginap, host akan minta maklumat ketibaan kita dan akan hantar direction untuk ke rumah dia. Host juga akan sertakan waktu untuk kita check-in dan check-out. Sesetengah host juga akan hantar arahan remeh lain yang perlu kita patuhi ketika menyewa di situ contohnya tak boleh tekan loceng lebih dari sekali, tak boleh berdiri di belakang pintu bawah, hanya boleh check-in pada waktu yang telah ditetapkan sahaja. So, kenalah kita patuh pada arahan-arahan tu. Untuk memudahkan semua pihak.


8) Komunikasi

Kalau kita ke negara yang kemudahan wifi-nya tiptop untunglah kita, dimana-mana kita boleh on internet. Kalau tak de, kena beli sim kad tempatan. Dalam proses sampai di tempat tu dan nak check in, pastikan kita keep in touch dengan host sekiranya apa-apa berlaku. Contohnya flight kita delay dan tiba jauh lewat dari masa yang ditetapkan oleh host. Sebaik-baiknya hubungi host dak maklumkan keadaan kita. Setidaknya dia tak tertunggu-tunggu kita yang tak kunjung tiba sampai dia tak boleh buat urusan lain.  



9) Permintaan khas

Atas budi bicara host, kita juga boleh buat permintaan pada host kita untuk tinggalkan beg lebih dari tempoh yg ditetapkan. Contohnya, check-out pukul 2 petang, tapi bas kita atau flight kita tengah malam nanti. Cuba tanya tuan rumah samada kita boleh tinggalkan beg buat sementara.  kalau bertuah, memang dapat. Jadi kita tak perlu sewa locker untuk beg-beg kita sementara nak habiskan masa before gerak ke lapangan terbang atau station bus.


10) Kebersihan

Walaupun kita stay dengan buat bayaran, attitude atau sikap kita sendiri tetap kena jaga. Terutama bab kebersihan. Dalam bilik air dan juga dalam bilik. Pastikan bilik dibersihkan, katil dikemaskan dan sampah dibuang ke dalam bakul sampah sebelum kita keluar dari rumah. Kalau ada guna pinggan mangkuk cawan tuan rumah, bersihkan dan simpan semula.

Sentiasa tanam dalam hati, kita adalah duta kecil negara kita. By the way, jangan ingat hanya kita yang yang boleh komen pasal puas hati atau tak puas hati perkhidmatan tuan rumah, tuan rumah jugak boleh komen tentang kita tau!

NOTA
Bakal tuan rumah boleh semak tentang kita melalui komen dari bekas tuan rumah sebelum ni
  



10 barang makeupku bila travel


Makeup masa travel? Ehhh..apa salahnya kalau suka. Masa melancong pun, tak boleh ambil ringan bab penjagaan kulit dan muka. Nak-nak kalau travel musim luruh/sejuk. Kulit saya jenis kering dan muka pula jenis kombinasi. Memang bermasalah bila travel ke tempat sejuk. Tapi, tidak le nak bawak satu almari pergi travel. Ko dah kenapa? Punya la habis segala nak save space dalam beg tu. 

Actually makeup ke tak makeup tu terpulang pada pilihan peribadi masing-masing. Ada yang selesa pakai sunblock terus jalan. Ada juga yang cukup dengan bedak dan lip balm. Ada yang suka bermakeup. Takde salahnya. Salah kalau habis rembat barang orang nak bermakeup sebab sendiri malas bawak hahaha. Ni saya nak share apa yang saya biasa bawak masa travel.




Kulit

Untuk kulit, since kulit kering, buat masa ni iols setia dengan St Ives Oatmeal and Shea Butter. Shower gel yang sama akan di transfer dalam bekas kecil yang sesuai untuk travel.

NOTA
Kalau ke tempat sejuk better guna sabun/shower gel milk base. 

Lepas je mandi terus lumur dengan losyen Rosken untuk kulit kering. Jangan tunggu lambat-lambat, badan dah kering. Memang lepas lap badan terus je lumur losyen ni. Kalau bukan ke tempat sejuk, rutin ni mungkin tak perlu.

Kira masa travel ke Europe musim luruh tahun lepas selama 21 hari tu inilah rutinnya setiap hari. Kulit memang tak de masalah kering sepanjang di sana dan bila balik ke Malaysia pun tak de masalah kulit pecah-pecah or gatal-gatal. Korang boleh cuba mana yang on the way nak pergi holiday tempat sejuk tu.


Make up


Walaupun nak bermakeup, tapi tidak la macam nak pergi dinner or special event ye. Barang-barang ni je la yang dibawa pun masa travel.


     1) Pelembab

Bukan masa nak keluar je pakai, sebelum tido pun pakai juga. 


     2) Sunblock

Haa..ada member yang cerita masa dia holiday musim sejuk, sebabkan sejuk sangat dia duduk berjemur tengah panas, lepas tu dia pelik kenapa muka sunburn. Jangan ingat cuaca sejuk, matahari tak terpacak macam kat Malaysia, selamat dari uv ray tau. Sama je. 


     3) CC cream

Ni saya suka pakai, bagi nampak kemas kulit. Bukan mandatori, korang mungkin tak pakai pun. 


     4) Bedak 

Saya bawa jenis 2 way cake, boleh pakai 2 cara, ada cermin plus boleh juga guna berus untuk sapuan nipis.


     5) Mascara

Mana la tau tiba-tiba nak dinner kat tempat yang menarik or nak buat aktiviti indoor je, macam masuk muzium, so bolehla pakai mascara bagi enhance bahagian mata.


     6) Eyebrow pencil/eyeliner

Tak semua orang pakai pun, tapi saya memang suka. Yang pakai eyebrow/eyeliner boleh bawa yang jenis retractable. Boleh save space tak perlu bawa pengasah untuk pensil eyeliner dan kurangkan risiko liquid eyeliner jadi kering kalau ke tempat sejuk. 



     7) Lip balm

Ni antara item yang saya rasa wajib kita bawa kalau ke tempat sejuk. Lip balm saya pakai jenama Nivea. Memang setakat ni jenama ni yang terbaik untuk saya. Boleh cuba mana yang masih tercari-cari lip balm yang sesuai.

  
     8) Lipstick

Haaa kalau travel ni saya suka pakai lipstik warna terang, dalam gambar nampak ceria je, hakikatnya muka tengah tahan gigil sejuk. Nak jimat korang bleh bawak yang jenis tinted tu. Boleh pakai kat bibir dengan pipi tak payah bawak blusher dah. 


     9) Blusher

Blusher ni nak bagi nampak muka biar fresh. Ada sesetengah orang bila pergi tempat sejuk automatik pipi dia akan merah. Untonglah! Iols kena pakai blusher. 



     10) Brush

Satu untuk blusher je (tak perlu kalau bawak lip tinted)






NOTA

Untuk mereka yang kulit terlalu kering boleh cuba bawa moist spray. Beli saiz kecil letak dalam handbag. Bila-bila masa boleh spray

Untuk yang bermasalah kulit terlalu berminyak, boleh bawa blotting sheets dalam handbag. Senang nak guna.




Tips Sebelum Melancong




Selain beli tiket flight, booking penginapan, itinerary yang vavavoom, ada beberapa perkara yang wajar dibuat sebelum dan semasa travel. Kadang-kadang dengan langkah yang sekecil ini sangat membantu kita saat melancong.


1) Salinan Dokumen

Buat salinan surat beranak,kad pengenalan dan passport. Print satu set bawa satu salinan. Scan atau snap gambar salinan dokumen-dokumen tadi dan email pada diri sendiri, travel buddy dan ahli keluarga. Whatsapp juga satu salinan pada ahli keluarga.

Selain dokumen-dokumen, email dan whatsapp juga satu salinan itinerary pada ahli keluarga atau kawan-kawan rapat.

Pastikan juga ahli keluarga atau kawan-kawan yang kita hantar salinan dokumen-dokumen dan itinerary tu orang yang mudah dihubungi dan yang mudah berkomunikasi.

Extra tips: Salinan itinerary juga kena standby dalam handbag/hand carry kalau boleh setiap orang. Bukan apa, kadang-kadang pegawai imigresen minta tengok jadual perjalanan kita, atau tanya tempat kita stay.

Extra tips: Dapatkan juga alamat kedutaan Malaysia di setiap negara yang kita akan pergi. 




2) Snap gambar bag

Ini juga langkah keselamatan. Saya dan Ella memang ambil gambar beg-beg kami. Bimbang juga apa-apa berlaku pada beg kami sepanjang perjalanan. Maklum saja merentas beberapa negara. Sekurang-kurangnya kami ada bukti bergambar tentang beg -beg kami jika keadaan memerlukan.


3) Beg kecil/wristlet

Since saya dan Ella berpakat kami akan letak duit belanja harian dalam satu beg sahaja dan ambil giliran jadi bendahari of the day. Kami guna satu wristlet sahaja. Mujur Ella bawak siap-siap.

Di Munich kami nak masuk Octoberfest, rupanya dah tak boleh bawa bag/handbag. Kena tinggalkan dalam locker. Mujur ada wristlet. Kalau tak jenuh jugak la nak pegang handphone, yicam, duit lagi.




4) Anti-theft bag

Takkan kita nak bawa semua duit dan dokumen penting dalam satu beg kan? So, untuk keselamatan saya beli anti-theft bag yang ikat di pinggang. Duit, kredit kad dan passport boleh letak dalam tu. Pakai di sebelah dalam baju. Purse yang letak dalam beg hanya letak duit yang dah budget untuk guna.

Extra tips: Saya juga letakkan kad-kad yang dah tak dipakai dalam wristlet yang kami guna. Contoh kad jusco yang dah expired.


5) Kad Kredit

Sebaik-baiknya bawa kad kredit untuk langkah berjaga-jaga. Bukan apa, mungkin kita perlu beli tiket di sana, atau pun perlu cari tempat tinggal atau kekurangan cash atau apa-apa juga keadaan berlaku sekurang-kurangnya kita ada back up.

Contohnya, saya ke eropah berdua sahaja tapi dua-dua kami aktifkan kad kredit. Fair enough kad kredit travel partner saya tak boleh guna, maka swipe guna kad saya je la.


6) Komunikasi

Sekarang ni wifi ada di mana-mana. Pastikan maintain komunikasi dengan family di Malaysia. Setiap kali hendak gerak dari satu destinasi ke satu destinasi lain saya akan whatsapp family saya. Sekurang-kurangnya mereka tau pergerakan kita.


7) Ubat/vitamin

Memandangkan cuaca yang sejuk, saya ambil langkah berjaga-jaga juga bawa vitamin. Vitamin C dan multivitamin for woman. Everyday saya dan Ella akan makan vitamin-vitamin ni sepanjang di eropah. Syukur kami berdua sihat sepanjang di sana, walaupun banyak kali berhujan.

Ubat-ubat asas juga kami bawa. Untuk demam/sakit kepala, selsema, batuk, cirit birit dan alahan. Selain dari tu bawa juga handyplast standby kalau luka or melecet, krim panas dan koyok.

Extra tips: Saya juga bawa minyak angin aromaterapi. Letak dalam handbag, sangat berguna masa flight landing di Dubai cuaca buruk dan of course time nak landing tu pun sama teruk. Saya dan Ella memang betul-betul mabuk masa tu. Berebut-rebut kami berdua nak cium bau minyak tu. Mujur la. Tak tau berapa ramai penumpang lain muntah.  



8) Losyen dan Lipbalm

Based on pengalaman-pengalaman lepas dan juga mengenangkan saya ke eropah musim luruh dan memang tentu sejuk dan windy saya tau kalau tak ambil langkah berjaga-jaga, habisla kulit pecah-pecah balik ke Malaysia nanti.

Saya dan Ella bawa losyen untuk kulit kering jenama Rosken. Boleh beli di Watson atau Guardian. Sangat-sangat elok. Balik Malaysia memang kulit tak pecah tak de gatal-gatal semua tu.


Extra tips: Lepas mandi, lap je badan terus lumur losyen baru pakai baju.

Lipbalm saya pakai jenama Nivea. Mungkin lain orang lain brand yang serasi, tapi untuk saya Lipblam Nivea memang sesuai untuk elakkan bibir kering dan pecah. Nivea pun boleh beli di Watson or Guardian.


9) Tuala fiber

Selain menjimatkan ruang, tuala fiber juga cepat kering. Lagi pun tak semua tempat sediakan tuala. Pengalaman kami sendiri, ada rumah yang sediakan towel tapi yang teramatlah keciknya. Sesuai buat lap muka je.

Lagi pun untuk yang muslim, towel juga kita boleh buat sejadah untuk solat. Lepas tu buat bungkus barang yang fragile. Haaaa kira multi purpose towel ni la.


10) Pengetahuan undang-undang/agama

Walaupun ada background undang-undang saya masih minta nasihat dari rakan-rakan peguam yang mahir dalam bidang masing-masing khasnya jenayah dan dadah sebelum travel. 

Selain dari tu, saya juga minta nasihat rakan-rakan yang mahir bidang feqah, khasnya tentang ibadah dan makanan ketika travel. Just because kita akan berada di luar negara tak bermakna kita boleh buat sesuka hati. Betul tak?





Jalan-jalan cari makan di Eropah



Semasa bercuti di eropah tahun lepas, saya memang kurang update di FB tapi travel partner saya memang aktif. Satu perkara yang saya perhatikan setiap kali dia upload gambar atau video tentang makan mesti ada soalan, HALAL KE? Ya ampun. Amboi...teruk sangat ke kami ni nak sangat makan makanan tak halal dekat luar negara? Kat Malaysia pun kalau nak buat boleh je tak payah ke oversea. 

Lagi satu, tak kan lah kami ni "bijak" sangat sampai nak makan makanan tak halal lepas tu upload di laman sosial. Mengundang kecaman namanya tu. Selain buat research, kami juga akan cuba makanan yang di syorkan oleh kenalan muslim juga. Bukan semborono ye.

Kalau nak tahu ini adalah guideline makan untuk trip kami ke Eropah:-


1) Halal

" Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. "
Al-Baqarah : 168 

طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”. 
(Riwayat Imam ad-Dailami) 

Sebenarnya banyak restoren-restoren halal yang dibuka di benua Eropah. Pilih sahaja samada Turkish, Iran, Pakistan dan pelbagai lagi. Malah ada juga restoren citarasa Malaysia/Indonesia yang halal. 

Walaupun restoren-restoren ini mempunyai lambang halal, tidaklah semua makanan yang dihidangkan halal. Kena tanya juga ye. Contohnya di Ljubljana, antara yang menarik perhatian saya adalah Horse Burger. Horse burger bentuk seperti burger biasa. tetapi menggunakan daging kuda. 

Saya pun tanyalah adakah daging kuda tersebut halal, jawab pengurus di situ "horse (tangannya menunjuk isyarat sembelih dileher) but no Bismillah no Allahuakbar" hahahhaha dia suruh makan daging lembu je sebab memang sah halal katanya.






2) Kosher

Bagi mereka yang hidup tidak sah tanpa memakan daging dan ayam serta jauh dari restoren/mini market/pasar yang halal, ayam dan daging berstatus Kosher adalah pilihan anda.


“pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik, makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al-Kitab itu halal bagimu dan makanan kamu halal pula bagi mereka.”
Al-Maidah : 5




Contoh logo-logo Kosher (Google)

Menurut cerita travel buddy yang kami temui di Budapest-Prague, Ryan, beliau kerapkali makan di Restoren KFC yang berstatus Kosher. Saya dan Ella pula tidak jumpa Restoren KFC kosher atau ada logo Kosher (atau kami tak perasan je itu adalah logo Kosher) jadi kami tidak merasalah makan KFC.  


3) Makanan Laut

Restoren yang menghidangkan makanan laut menjadi pilihan kami ketika di Vienna. Nordsee adalah rangkaian restoren segera makanan laut yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Terdapat banyak rangkaian restoren ini di Eropah. Restoren ini tidak berstatus halal ye.



Restoren Nordsee di Vienna berhampiran hotel kami


4) Vegetarian/Vegan

Kepada mereka yang tidak menggemari sayur mungkin terpaksa mempertimbangkan pilihan ini. Mujurlah saya boleh bertahan dengan makanan berasaskan sayuran. Sebagai contoh falafel, bebola campuran sayuran dan kekacang yang samada dimakan seperti burger ataupun dipenyekkan dan digulung dalam roti pita. Kesian travel partnerku yang merintih minta daging setiap kali nampak steak house. Nak buat macam mana, tak halal nokkk. Sudahnya sampai KLIA, Burger King tempat no 1 kami singgah.


falafel yang di makan seperti burger


5) Pilihan kami

Actually most of the time kami beli roti atau sandwich je. Senang. Pilih roti kosong, tak pun yang letak keju tak pun jem buah-buahan. Habis cerita. Kadang-kadang beli pizza. Of course la vegie ye. Part best di eropah ni kebanyakan makanannya dilabel dengan jelas jenis makanan tu. 

pretzel di Munich

burek (macam roti canai letak cheese) di Ljubljana
mushroom pizza di Bratislava

Di Amsterdam pula, sandwichnya siap ada gambar telur/keju/ikan dan lain-lain since mereka tak guna bahasa inggeris. 



Mujur menu wajib cuba di Holland adalah menu berasas ikan iaitu Haring, ikan mentah yang dimakan dengan bawang Holland dan juga Kibling, ikan yang dimasak secara deep fry dicicah dengan mayonis. Masa tanya pekedai dia siap cakap guna bahasa melayu okey, "kibling...ikan bakar". Deep fry sebenarnya hehehe gerai yang kami singgah makan hanya menjual makanan berasas ikan sahaja samada mentah, bakar atau goreng. Syukur memang kena dengan citarasa. 


haring di Den Hague

kibling di Den Hague

Kalau makan di restoren tapi tengok resepi menu ikannya meragukan kami akan pilih menu vegie. Pengalaman makan di Hard Rock Cafe Prague, bila waiter tanya kami dari mana, bagitau Malaysia terus dia cakap, "aahh...vegetarian" dan bagitau mereka ada set menu vegetarian yang baru!


ratatouille pizza di Hard Rock Cafe Prague

vegie pasta di New York Cafe, Budapest

Kami juga banyak kali mencuba kopi di cafe-cafe. Dengan €5 di sesetengah cafe boleh dapat satu set kopi dengan sepotong kek. Okey sangat buat alas perut. 

wiener melange (kopi vienna) di Vienna

mocha di Budapest

Selain kek kami juga pilih dessert lain macam crepe, maklumlah set dessert saiz european, kenyang uols. Tak percaya? Nanti korang cubalah sendiri.

crepe with warm cherry, vanilla ice cream & whipped cream di Amsterdam

kremna rezina di Bled

Selain dari tu, kami juga aim kedai-kedai yang jual fries. Bukan Mc Donald, KFC tu semua tau. Yang ni kira kedai bahan organik. Memang jual kentang goreng je. Musim sejuk makan kentang goreng panas, aish...sekelip mata je habis.  


kentang goreng dengan mayo di Haarlem

Walaupun kami ke eropah musim luruh, tetap gigih makan gelato tau. Yang best makan masa musim sejuk ni gelato lambat cair! Puas posing dengan gelato baru makan. Seronok! 


gelato rossa di Budapest. merah raspberry, kuning mango, hijau pistaschio
trdelnik di Prague

Diharapkan entri tentang makan ni membantu kawan-kawan yang bakal melancong ke eropah, dan memberi penjelasan pada rakan-rakan yang selalu tanya makanan kami halal ke tak.

NOTA

1) Kebanyakan ais krim tidak mengandungi bahan terlarang kecuali dengan jelas dinyatakan seperti ais krim berperisa rum.

2) Begitu juga dengan pastri atau roti. Jika intinya adalah bahan yang dicampur rum, label pastri/roti tersebut ada sebut perkataan rum

3) Tidak semua kedai yang menjual kebab itu halal.

4) Air kosong (tap water) boleh diambil terus dari paip (kecuali tandas atau dinyatakan pada board) kerana air paip mereka memang terawat bersih.

5) Sparkling water adalah air kosong yang mengandungi gas.

6) Ringankan mulut bertanya kepada pekerja restoren tentang bahan yang dimasukkan dalam makanan.

7) Sila buat carian/research tentang makanan (status halal/vegetarian/resepi) ditempat yang kita bakal pergi terutamanya tempat yang muslim adalah minoriti. 


Klik! klik!

Malang betul nasib kawan-kawan yang follow Intagram saya dalam bulan 10 yang lepas. Mesti korang semua mabuk, muntah pelangi dengan gambar-gambar percutianku hahhahahah.

Sorrylah ye, bukan senang nak dapat cuti panjang. Dekat nak dua tahun cuti panjang beku tau tak? Kos pergi Eropah pun bukannya RM399 all in. Kena la bergambar banyak-banyak bagi orang yang follow bersemangat nak bercuti juga!

Yang saya perasan komen yang berulang ialah tentang cuti yang panjang (ya, memang susah nak cuti) dan juga pasal gambar, Gopro ke? Travel mate kau siap meniarap ambil gambar? Tak ramai orang ye kat tempat kau bergambar? Macam tulah soalan-soalan yang saya dapat. Okeylah, jom saya kongsikan tips dan pengalaman saya berkenaan gambar-gambar percutian semasa di Eropah.




1) Kelas fotografi

Saya bukan pandai sangat bab fotografi ni. Bila Ella ajak masuk kelas fotografi smartphone, saya setuju je la. Yuran kelas pun baru RM50. Semasa saudara Sybli tanya kenapa masuk kelas, saya pun jawab "demi untuk mendapatkan gambar meletop masa percutian di Eropah nanti". Mampu? Cita-cita sangat.

Walaupun RM50 je yuran tapi banyak ilmu yang kami dapat. Siap praktikal lagi bawah bangunan. Makanya tahulah juga serba sedikit komposisi cahayalah, framelah, reflectionlah.


Bled, Slovania

2) Gadget

Kita ni tak reti bab gadget ni. Pakai pun handphone Sony Experia M dengan Xiomi Yicam je. Tapi untuk Yicam saya tak pakai selfie stick biasa tu. Guna 3 way monopod yang ada kaki. Senang. Boleh letak atas tanah, bangku, jambatan dan lain-lain.

Haa sekarang korang dah tahukan kenapa gambar-gambarku ala Rozita Che Wan melancong? Semua angle bawah je. Bagi ilusi kurus tinggi sikit walaupun tak tinggi mana. Sebab monopod tulah.

Buda Castle, Budapest

3) Selfie stick

Tak payah buat penjelasan lebih rasanya tentang selfie stick. Pandai-pandailah nak posing macam mana asalkan tak ketuk kepala orang lain. Nanti jadi kes jenayah pula.

Schloss Schonbrunn & Great Parterre dari Neptune Fountain, Vienna

4) Bangun awal

Korang tahu tak kebanyakan tourist spot di tempat yang saya pergi penuh dengan manusia/pelancong macam ulat nangka?

Di Charles Bridge, Prague tu hari pertama kami sampai dah menyinggah. Nak letak tapak kaki pun tak tahu dekat mana. Cobblerstone pun tak berapa boleh nampak okey? Rimas, lemas, langsung tak romantik macam yang digembar gemburkan.

Maka, hari esoknya saya nekad bangun awal dan nak keluar awal. Pukul 6 pagi nak mula bersiap dah. Gigih! Demi nak mendapatkan gambar yang meletop. Tapi bila selak langsir bilik kat luar gelap gelita. Kahkahkah. Bersemangat sangat konon. 

Akhirnya pukul 6.30 pagi baru mula bersiap. Sempat sarapan dulu di bilik. Tapi ala-ala telan ajela semua makanan tu nak cepat punya pasal. 7.30 pagi dah ada atas jambatan. Yang ada 2-3 orang yang berjoging, satu pasangan pengantin tengah photoshoot, dan beberapa manusia tegar lain. Puas hati!

Charles Bridge, Prague


5) Tawarkan diri untuk ambil gambar

Bukan apa, kadang-kadang tu pelancong lain ada dekat spot yang saya nak posing atau saya nak ambil gambar. Jalan paling cepat nak suruh mereka beredar, sukarela tawar diri sendiri untuk ambil gambar.

Kalau dah tawar diri tolong ambil gambar orang lain, jangan pula snap gambar sambil lewa. Main snap suka hati tak ikhlas langsung. Pegang smartphone orang tu pun guna sebelah tangan yakin je tangan kau tu tak menggigil. Silap hari bulan tempat bergambar tu berangin kuat memang bergoyang-goyanglah tangan kau. Hasil gambar mesti kabur punya. Nak ke dia beredar cepat dari tempat yang kau dah aim? Kau rasa?

Ambil masa sikit adjust kamera/telefon mereka, beri arahan berdiri di tengah ke, perlu gerak ke tepi ke. Buatlah lontaran suara kira 1,2,3 serta snap beberapa keping gambar samada melintang atau menegak.  

Bila kita ambil gambar orang lain elok-elok, cepat mereka beredar. Kita pula boleh ambil giliran bergambar. Kalau nasib baik mereka pula tawar diri untuk tolong snap gambar kita.

Paling comel bila saya tolong ambil gambar pelancong dari Jepun setiap kali saya bagi arahan (ready?, another shoot for you) mereka akan jawab "hait!"


Mozart Statue, Vienna. Hasil bidikan pelancong Jepun

6) Cari spot berbeza

Kita biasanya fokus pada perkara yang kita nampak jelas depan mata. Yang itulah yang kita hendak juga. Sudahnya kita berebut-rebut berposing dalam taman dekat pokok itulah juga bersama 1211 manusia yang lain.

Cuba kita jengah, jenguk ke bahagian yang mungkin nampak macam kurang orang. Kadang-kadang pemandangan di situ jauh lebih menarik. Saya dah cuba.

I amsterdam yang besar penuh dengan manusia. Terjumpa dengan bangku ni. Haaa aman boleh posing

7) Sabar

Bukan mudah untuk mendapatkan gambar di tempat tumpuan pelancong tanpa ada orang lain masuk di dalam gambar kita. Sabar adalah kunci kecantikan gambar. Hahahah. Betul, kena banyak bersabar. 

Pertamanya perlu adjust gadget kita dan juga nak aim tempat menarik untuk ambil gambar yang mungkin dipenuhi pelancong lain. Sabar juga diperlukan bila kena berdiri di spot tertentu untuk masa yang agak lama sementara menunggu pelancong lain bergerak ke tepi sedikit. Sabar juga terpakai pada travel partner kita yang tangannya sedang bersedia untuk snap gambar saat pelancong lain keluar dari frame kamera!

Atas Maria Bridge, berlatar belakang Neuschwanstein Castle

8) Buang rasa malu

Malu bertanya sesat jalan, malu posing tiada gambar. Maksudnya kalau kita malu untuk bergambar memang jawabnya kita tidak akan dapat bergambar ditempat menjadi pilihan ramai orang.

Ini gambar saya bersama patung Napoleon di Old Town, Bratislava. Di depan saya sebenarnya ada sekumpulan pelancong yang sedang merenung! Bukan apa mereka pun nak bergambar juga di sini. Patung paling popular di Bratislava la katakan.


Old Town, Bratislava

9) Jangan buang masa

Hampir setiap negara yang kami singgah, kami akan ambil free walking tour. Sepanjang tour saya biasanya memang on camera Yicam dan standby telefon di tangan. Kalau rasa ada pemandangan yang saya berkenan, or tempat sesuai nak bergambar dengan pantas saya bertindak, kerana mungkin kami tidak akan datang lagi ke kawasan itu semula.

Adam & Eve sculpture berhampiran dengan Butcher Bridge, Ljubljana. Sempat posing sambil dengan tour guide bercerita tentang pasar

10) Aplikasi untuk editing

#nofilter kata kau? Yelah sangat.

Aplikasi yang saya guna adalah Snapseed dan Camera 360 (ambil gambar guna camera biasa atau dari Yicam, edit sahaja guna Camera 360).

Tapi janganlah pula edit gambar sampai hilang kecantikan pemandangan/individu dalam gambar. 

Gotische Zaal, Den Haag

7 Days, 7 Favourites