Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
Showing posts with label iah decor. Show all posts
Showing posts with label iah decor. Show all posts

Store Room

Finally, siap juga mengemas stor kami. Sakit-sakit badan kakak, mengangkat kotak-kotak, memanjat turun naik tangga. Terpaksa tangguh kemas bilik tetamu, bagi rilex badan dulu. 


Actually bilik ni adalah bilik belakang atau bilik yang ketiga. Letaknya berhampiran dengan dapur. Kalau orang lain sure buat bilik anak. Since kakak ada anak tekak je, makanya jadi bilik stor dan bilik iron aje la. Bilik ni dah tak tahu berapa kali mengemasnya dah. Masa PKP 1.0 dah buat sekali pusingan. Tapi kali ni kakak kemas sekali lagi. Sebelum tu, sisih barang-barang sekali lagi. Dan fully jadikan bilik store.


Walaupun tak vavavoom macam store orang lain. Jadila untuk pandangan mata kakak dan suami. Janji bersih dan kemas. Lepas ni nak sambung bilik tetamu pula. Kawasan terakhir yang kakak akan kemas.


Sebelum



 

Work Station


As per semua orang yang work from home kakak jua menyediakan kawasan kerja di rumah. Actually tak de la beria sangat pun sebab pekerjaan kakak tak berapa sesuai buat di rumah melainkan perlu semak email dan dealing dengan panel client. 


Makanya ruang kerja ni adalah untuk tujuan multi-purpose station. Nak buat kerja office pun ye, nak buat kerja-kerja bukan office pun ye. Duduk kat lantai je senang. Boleh bentang file-file atas lantai dengan aman damai. 


Kakak guna room devider yang dah tak tau nak lanting ke mana buat feature wall. Lepas tu guna je meja kopi lama. Notice board tu kakak guna cube steel rack. Kakak leraikan lepas tu gantung. Buat letak kad-kad ucapan yang kakak terima.

Table organiser pulak beli je di Shopee. Bekas putih dari kedai Eco. Bawah meja tu actually box buat letak koleksi eyeshadow kakak wahahha. Btw, kat tepi meja tu ada yoga mat dan tripod sebab depan meja ni juga kakak buat tempat bersenam/aerobic. 

Dan, kakak juga dah masukkan wifi di rumah dan beli web-cam. Lepas ni kalau ada E-Review atau zoom hearing dah tak payah kalut nak masuk office. Boleh buat di rumah je. Alhamdulillah.





 

Porch Garden

 


PKP 3.0 datang pula. Since bidang pekerjaan kakak tidak termasuk dalam kategori essential kali ni, maka WFH aje la. Actually nothing much I can do at home, kerana kerja kakak banyak melibatkan operasi syarikat (rantaian pekerja syarikat). Tapi mana-mana kerja yang boleh dibuat secara online kakak selesaikan. 

Oleh yang demikian kakak menyambung operasi dekor rumah yang kakak buat masa PKP 1.0. Kali ni kakak decor porch kakak. 


Rak putih ni actually rak untuk toilet duduk. Tapi rumah sewa kakak tandas cangkung. Macam mana tu? Kakak guna untuk letak sabun serta ahli keluarganya dan bahagian bawah letak bakul kain kotor. Tapi lepas tu kakak menyampah sebab messy jadi kawasan tu maka kakak kosongkan dan rak ni pindah ke porch. 


Bangku putih ni bangku sekolah rendah. Cikgu sekolah bagi kakak since kerusi ni dah tak pakai sebab kena banjir haritu. Satu warna putih satu warna biru asalnya. Kakak spray dengan cat putih nak bagi sama kaler. 


Pokok-pokok semuanya hasil PKP 1.0 dulu. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa pasu yang mati tapi banyak juga la yang survive. Hijau juga la pemandangan porch kakak. 

Pasu-pasu kecil self watering pot kakak beli di Shopee aje. Senang, seminggu sekali kakak topup air dan mandikan pokok-pokok if needed. Baja kakak beli Baja Wangi dari Cikgu Kebun. 


Jadila buat tempat lepak sementara tunggu posmen or courierman. Lega juga ada tempat duduk ni, dapat juga mak kakak kalau datang rumah duduk sini sementara tunggu kakak buka pintu. 


Kalau rumah sendiri ni mau kakak tempah lantai kayu, ala-ala beranda gitu. Huhhhhh berangan itu free ye dak? 






Roomate




Bilik tidur memang bukan dalam senarai nak di kemas beria atau pun decor. Akan tetapi, malang tidak berbau, masa 1st PKP haritu boleh kan pulak hujan terlampau lebat siap ribut menyebabkan rabung atap rumah regang dan air hujan masuk bilik kakak macam air terjun kat dinding hokay! Tak pasal-pasal kena alih perabot. Alang-alang dah alih terus la re-arrange kedudukan perabot dan dekor terus. 


Selain side table, 3 tier trolley, tempat gantung telekung dan barang-barang hiasan untuk dekorasi, yang lain semua guna yang sedia ada. Alih kedudukan je. Uols bayangkan, hakak alih almari sorang-sorang ye. Cik abang busy jadi frontliner jaga perbatasan negara. Sampai mak hakak pun tertanya-tanya macam mana kakak alih almari. 


Maaf la, kedudukan asal bilik tiada dan gambar masa tengah memunggah barang masa hujan tu pun tak sempat ambik. Maklum la masa tu huru hara sangat, stress gila rasa nak menangis.







Living Room

Tissue Box Nordix Style dari Shopee RM20.44
LED Message Box pun dari Shopee RM28
Metal Tray Side Table dari Shopee RM49.90

Ruang tamu cum ruang mononton juga kakak make over sepanjang PKP 1.0 yang lalu. Beria juga kawasan ni hakak touch up, hanya televisyen je pakai yang lama. Lain semua baru. Most of barang kakak order online je termasukla sofa. 

TV Cabinet order dari Shopee je RM130.66

Kakak make over simple-simple je, mengenangkan hanya diri sendiri or En.Suami yang akan mengemasnya. Asalkan selesa dan sedap mata kakak dan En.Suami okey dah. Famili kakak pun baru sekali je datang selepas makeover ni. Mak kakak kata lepas make over rasa macam datang bercuti pulak kat rumah kakak. Adik kakak kata macam duduk di AirBnb huhu

Photo Canvas dari Photobook

USB Bar Decoration love dari Shopee RM20.92
Square Pillow LO & VE pun beli di Shopee RM4.90 x 2

Vintage candle holder beli di Ikea
Cactus & Candle decoration light dari kedai ECO RM2

LED Modern Gigital Clock dari Shopee RM22.99
Vase dari Shopee RM10
Bunga pun Shopee

Ruang ini pun kakak kekalkan sama dengan konsep hampir keseluruhan rumah iaitu warna white/beige/brown/black dengan tema modern vintage. Nampak lebih sejuk dan selesa. Ruang pun nampak cerah.

Love seat sofa order dari Bara-Bara Furniture via Lazada
Square Pillowcase dah lama sangat beli, dah lupa beli kat mana
Sufi dance shawl, beli di Konya,Turkey as throw

Decoration Vase dari Shopee RM35
Bunga pun dari Shopee


By the way uols, kakak jua menukar bulb lampu di ruang menonton ni. Gigih tak kakak? Kalau mood nak tengok movie tu mari, maka kami tukar la warna lampu ambik mood macam tengok wayang. Maklumla tak boleh pergi dah kan, musim covid ni. Eh, ni kakak tak edit gambar ni tau. Ini ikut warna lampu.

Color Changing Bulb with Remote dari Shopee RM9.78

Korang saksikanlah sendiri kesenduan ruang tamu kakak sebelum makeover wahahah. Kakak rasa cun sangat dah makeover kakak ni (perasan!). Walaupun kedudukan perabot masih sama tapi yang sebelum dipanggil rumah sewa, selepas bolehlah dipanggil kediaman. 


Selepas
Tatami Carpet Persian Style dari Shopee RM241.50 (160cm x 230cm)
Minimalist Striped Sheer White Curtain dari Shopee RM63 x 2 (L260cm x W250cm)

Sebelum










Coffee Corner

beli di Shoppe je

Since masukkan Coway, kakak fikir better buat Coffee Corner kat rumah kakak. Nampak cantik sikit rumah kan? Kakak seorang tea person manakala En.Suami adalah coffee person. Buat simple je, janji kemas dan teratur. Kakak adjust satu sudut di dapur yang asalnya tempat kakak letak bakul kain kotor lepas tu jadi pantry sementara.


from Eco Shop

Mula-mula kakak beli balang-balang kaca dari kedai RM2 je. Nak bagi seragam. Tak lupa pelekat penanda balang juga. Kakak juga ada balang kaca yang dah lama kakak beli. Buat letak peket-peket 3 in 1. Susun je berjemaah di situ. Mug pun beli di kedai Eco. Kekal dengan konsep black/brown/beige/white.
 

Kakak juga letakkan pinggan decor sebagai tempat untuk letak mug masa bancuh air.  Pinggan tu beli kat mana pun tak ingat. Dah lama sangat. 10 tahun agaknya.Tempat letak mug guna pinggan nasi jah.  Bunga dari Ikea.



Rak untuk letak Coway kakak tempah dengan Rustic Garaj. Kakak memang minta buat rak yang tirus dan muat-muat letak Coway memandangkan rumah dan ruang pun kecik tak nak la pakai meja besar-besar. Trolley pun pakai yang sedia ada. Mau 11 tahun dah usia trolley tu. Dah jadi macam-macam tempat hiasan pun.



Tak lupa kakak letak basket buat letak kudapan bawah Coway. Balang Tupperware tempat letak keropok dan bekas roti. Mudah En.Suami or family yang datang nak buat air sendiri dan ambik apa-apa untuk di makan. So, amacam? Okey tak?

sebelum decor kawasan ni



7 Days, 7 Favourites