Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
Showing posts with label iah dancing. Show all posts
Showing posts with label iah dancing. Show all posts

Lockdown Dance Challenge

Masa PKP 3.0, Kelab Aadyamaatra, from my Alma Mater together with Artis Budaya UKM menganjurkan Lockdown Dance Challenge untuk ahli kelabnya, kakitangan, serta alumni kelab.

Kakak ni alumni Kelab Tarian Aadyamaatra. Puas juga la pikir nak join ke tak. Maklum la remaja purba kakak ni. Lutut pun tak kuat cam dulu. Badan pun dah debab. Malunya la hai. 

Tapi kalau tak buat rugi la uols. Seronok-seronok support adik-adik kan. So, kakak buat la juga dengan menyelesaikan challenge minggu pertama iaitu Tarian Inang Kreasi. Yang direkatari oleh AB Jai menggunakan lagu Siti Nurhaliza berjudul Teratai Menjelma. First time kakak dengar lagu ni. 

Selendang beli di Siem Reap


Pusingan kedua bertema Joget Kreasi pulak. Lagu nyanyian Siti Nurhaliza lagi. Bertajuk Seloka Budi. Steps tarian di reka oleh AB Reen. Masa mula-mula tengok video Reen, ooo mak aih laju bebeno wey. Siap ada step duduk. Maunya terduduk hakak ni. 

Walaupun kakak macam kesurupan masa ni,
tapi tetap nak tepek gambar ni sebab kakak nampak selim hehe

Pusingan terakhir pula bertema Zapin Kreasi . Rekatari oleh AB Dhil. Menggunakan lagu Sang Puteri nyanyian Nura. Woih, terbeliak mata kakak tengok teaser wehhhhhhh. Dua round ada step duduk. Luruh la lutut kakak.

Sukanye dia. Sampin rembat En. Suami punya. belt beli di Vientiane

By the way, kakak happy sangat Kelab Aadyamaatra buat challenge ni. Dapat completed buat semua pusingan. Dapatla kakak isi masa dan bersenam sekaligus. Menguji skil dan memantapkan gerakan, walaupun challengenya hanya 30 saat je. Tapiiii...ehh seronok la. Rasa terisi jiwa kakak. Gittew. Korang klik la link yang kakak bagi tu kalau nak tengok camne rupa kakak menari wakakakak.

For your info, masa kakak join dulu kelab tu menggunakan nama Kelab Tarian Artisukma. Di re-branding namanya era kakak la juga. Kakak juga mantan YDP kelab sesi 2002-2003. Kakak juga pernah memenangi Anugerah Senitari dan Anugerah Seni Mahasiswi. Indahnya zaman study. 




Citra Malaysia

Gambar kenangan bersama Pengarah JKKN Pahang, Puan Dayang Kartini serta Encik Yang Guanfu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Tokong Guan Yin Sg Lui 

Setelah setahun sendu, event yang booking kami pun masih ditangguh-tangguh atau belum ada date baru, akhirnya Kelab Raden dapat projek yang tak di sangka-sangka di bawah Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Negeri Pahang.

Program Citra Malaysia 2021 bertujuan untuk mengetengahkan kumpulan-kumpulam kesenian di platform JKKN mengikut norma baru iaitu di media sosial. Kami diminta membuat persediaan 6 kategori tarian iaitu, tarian melayu, tarian cina, tarian india , tarian sewang, tarian etnik Sabah serta tarian etnik Sarawak.

Hanya 6 orang penari kami yang dapat turut serta memandangkan ada yang tinggal jauh dan ada yang dalam persediaan peperiksaan. Tak pe, janji semua yang ada boleh bagi komitmen termasuk ibu bapa. 

time rehat latihan

Kami cuma dapat buat latihan dalam tempoh dua minggu lebih kurang, setiap hari kecuali Khamis malam Jumaat sahaja rehat. Syukur peserta kali ini semuanya ada basic, cepat hafal steps dan tahu bergerak mengikut floor patern. Tugas kakak tidak berat kali ni, tak perlu polish teruk. 

costume fitting

Dua hari ditetapkan oleh pihak JKKN untuk membuat rakaman bagi kesemua tarian. Tiga tarian di rakam di sekitar bandar Raub dan tiga lagi di rakam di Dong, Raub juga. Ini adalah pengalaman pertama untuk kami semua pihak pengurusan, koreografer dan penari-penari.



Hari pertama, kami memulakan rakaman tarian cina di dataran Tokong Guanyin Sg Lui Raub, kawasan tokong yang sangat cantik dengan datarannya dihiasi payung berwarna-warni dan berlatarbelakang pintu gerbang dan tangga yang juga dicat dengan pelbagai warna. Tuah kami, kebetulan En. Yang Guanfu, Pengerusi Jawatankuasa Tokong ada di situ dan beliau telah memanggil wartawan Sin Chew Daily dan China Press bagi merekodkan suasana rakaman tarian. Beliau sangat gembira dan turut berbangga bila JKKN memilih tokong ini sebagai lokasi penggambaran. 



Rakaman seterusnya dibuat di Taman Tasik Raub bagi tarian india diikuti tarian melayu. Cuaca sangat panas dan syukur sangat semua dancer bertahan sehabis baik bagi menjayakan rakaman untuk hari pertama, walaupun mereka kepenatan yang teramat sangat.


Hari kedua pula kami ke Pulau Chekas Dong dan rakaman pertama bagi tarian Alu-alu di buat di MS Chemerkaw Resort. Walaupun cuaca panas, tetapi suasana di resort ni nyaman sangat. Tambahan pula deruan air jeram yang agak kuat mendamaikan perasaan. Semua dancer nampak lebih tenang dan ceria berbanding hari semalamnya.


Bagi tarian kedua iaitu tarian Rambai dan akhirnya pula tarian sewang, rakaman dibuat di Chalet Pak Akob yang lebih privacy. Ikut hati nak je terjun dalam air punya la best suasana. Tapi tengah duty kan? Tabah aje la hati.


Akhirnya sempurnalah juga rakaman bagi kesemua tarian. Terima kasih sayang-sayangku Humairah, Alia, Hafnis, Hanna, Amani dan Ain yang terlibat dengan rakaman ini. Semuanya fokus, berdisiplin dan bersungguh-sungguh dari hari pertama latihan hingga tamat rakaman. Tak de sorang pun buat perangai. Sayang korang sangat! Duty kali ni, letih tapi tak stress.

Sin Chew Daily 14/03/2021
China Press 15/03/2021

Hari Isnin masing-masing kalut nak cari paper. Wahahahah. Kakak terus pergi borong on behalf of semua orang. Tak sabar tunggu tarikh siaran rakaman dari JKKN. Dikesempatan ini kakak dan semua warga Kelab Raden ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada JKKN Negeri Pahang yang telah memberi peluang ini kepada kami. Pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan.


Kebaya Ungu


Apa ni? Apa ni? Hari tu janji konon nak upload content yang berfaedah untuk korang baca. Sudahnya senyap sepi sekuntum mawar merah. 

Maaf la uols kakak busy bertugas. Kakak jadi jurulatih untuk Kelab Raden supaya bersedia ke pertandingan tarian 2nd Summer International Youth Art 2019 di Kuantan Pahang. Kategori bawah 14. (Youth kan belia, bukan ke belia umur 15 ke atas? kakak ke tak tahu? Ohhh maaf la kakak warga emas) 

Btw, kakak bukan koreografer. Koreografer ialah Cikgu Ferdaus. Kakak hanya polish budak-budak supaya menari elok sikit. Disebabkan kategorinya bawah 14, makanya semua penari yang ada sebelum ni tak boleh join. 

Kaedahnya kena la rekrut penari baru. Umur 13 & 14. Besar-besar diaorang ni macam tingkatan 4, 5. 

Minggu pertama latihan sangat la hazabedah uols, sebab semuanya tak de basic menari. Macam kuda kepang mabuk dah gaya masing-masing. Ada yang lompat kijang, ada yang kuak lentang, yang menari je tak de. 

Kakak buat keputusan mandatori buat latihan intensif setiap hari dan terus menjawat jawatan Mak Petir. Hari-hari kakak menjerit dan bertempik sebab diaorang langsung tak faham arahan kakak. Sian muka masing-masing asyik terkulat-kulat. Ye la, tak de basic, apa istilah tarian or disiplin tarian semua tak tahu. Kena ajar from basic yang teramat sangat iaitu start dari cara-cara mendengar rentak lagu, dan mengira. 

3 minggu pertama kakak sangat rasa tertekan. Ada hari yang tak boleh tidur sebab fikir kalau budak tak faham apa kita cakap macam mana nak mengajar? Hari-hari merempan kat laki kakak, mujur ada laki hahaha. Emosi, psikologi, fizikal, mental kakak ranap. Nak pergi mengajar pun tak de mood. 

Selepas 3 minggu masih ada yang tak hafal step dan tak boleh lentur gerakan badan menari ikut arahan kakak. End up sorang tarik diri (syukur), dan setelah berbincang dengan koreografer dan setiausaha kelab, kakak terpaksa membuat keputusan untuk ketepikan seorang lagi dari grup, dan last chance pada seorang lagi. Mujur la yang last chance tu dapat buat betul-betul. 

Makanya tinggal 6 orang penari. Pertandingan tinggal lagi 2 minggu. Mujurlah dapat pengganti. 2 penari yang agak experience dan very fast learner. Nyaris sujud syukur kakak dekat dalam dewan latihan. Nak nangis rasa lega sangat-sangat. 

Banyak lagi la drama yang kakak harung sejak lepas raya puasa berkait dengan persediaan ke pertandingan. 


Part yang menarik pulak lagu yang koreografer sediakan sedap, floor patern letops, baju canteekkkk. Actually baju kebaya ni, kainnya kami beli hujung tahun lepas. Hakak minta kelab hold jangan buat baju baru sampai dapat event besar. Ye la, duit kelab bukannya banyak sangat. Haaa kena la pula warna baju dengan tajuk lagu, Inang Kebaya Ungu. 

3 Hari 2 malam kami berkampung di Kuantan. Pertandingan diadakan di RTM Pahang. Sebanyak 22 team bertanding termasuk kami dan team-team luar negara iaitu dari Indonesia, Uzbekistan & Kazakhstan. 

Keputusannya, kami berjaya dapat Anugerah Perak!!!! Alhamdulillah, bangga sangat sebab budak-budak tu dari tak tahu beza kiri kanan boleh menari elok. Bangga jugak dengan diri sendiri sebab boleh train budak yang tak de basic perform di pentas antarabangsa dapat Silver Award! 


Nak tengok ke bebudak Kelab Raden menari? Ni link tarian Inang Kebaya Ungu. Live by JKKN. 

Eh korang, follow la FB Page kami, kelabraden & Instagram, kelabraden. 




Majlis Perasmian Bangunan Baru RISDA Raub



29 September 2017 dapat whatsapp message dari Azzu, jurulatih RADEN bertanyakan boleh cuti ke tak hari Isnin 3 Oktober 2017. Ada undangan mengejut dari pihak RISDA untuk mengiringi VIP & persembahan tarian bersempena perasmian bangunan baru. Then and then saya apply cuti since hari Isnin tu memang tak ke mana-mana.

Jumaat 29/9/17 sebelah malamnya kami buat latihan intensif yang pertama dengan lagu inang. Saya, Tyra, Putri dan Azzu sendiri buat latihan. Selepas beberapa jam latihan, kami semua tak berkeyakinan untuk menarikan lagu inang tu pada hari kejadian.

Sabtu, Azzu bagitau dia buat step untuk lagu baru yang rasa lebih sesuai dengan event, dan buat keputusan bersama untuk menggabungkan RADEN Team dengan RADEN Kids. Mujurla Qalesya dan Humairah boleh join dan parent masing-masing bagi kebenaran.  Malamnya kami menari secara intensif tarian joget dengan lagu Si Pinang Muda. Qalesya (7 tahun) dengan Humairah (10 tahun) langsung tak merungut letih training non stop.



Ahad pagi, saya dan Tyra datang kelas tarian sesi pagi yang biasanya untuk RADEN Kids, training sekali dengan Qalesya & Humairah. Training intensif. Selesai training kami di panggil ke tapak event untuk acara raptai. Dua pusingan raptai penuh di buat memandangkan VIP yang akan merasmikan bangunan baru RISDA ini ialah  Dato' Sri Ismail Sabri B. Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Acara memang besar-besaran. Dah lewat petang barulah selesai raptai dan kami semua dapat balik ke rumah masing-masing.


raptai

Isnin, awal pagi lagi kami dah berkumpul untuk start bersiap. Sarapan sama-sama. Kami dimaklumkan ada raptai akhir. Tapi disebabkan kami tak diberitahu awal yang pagi tu ada raptai akhir, kami tak sertai pun raptai. Makan lebih utama, nanti ada yang gastrik or tak de tenaga nak menari lagi susah.



Pihak RISDA telah sediakan bilik mesyuarat untuk kami bersiap, tetapi pegawai Risda Raub, En Mohd Haris B. Matori telah meminta kami menggunakan bilik pejabat beliau, agar lebih privacy. Alhamdulillah. Memang privacy dan sangat selesa.



Sudah bersiap kami ke tapak acara, bersedia dengan bunga manggar untuk mengiringi Menteri yang akan tiba tidak lama lagi. Sampai je VIP di atas pentas kami ambil tempat bersedia untuk tarian joget sebagai pembuka acara. Tarian kami dapat tepukan gemuruh dari tetamu kehormat dan semua yang hadir.




Selesai menari kami diminta bersedia untuk mengiringi VIP ke bangunan Risda untuk acara perasmian. Nak dijadikan cerita since penari kami yang paling muda baru berumur 7 tahun, dia menjadi tumpuan sepanjang acara, termasuklah perhatian Dato' Sri Ismail Sabri sendiri yang menyapa kami serta mengajak bergambar. Dato' Sri Haji Shahiruddin B. Ab Moin, dan Dato' Abdul Aziz B. Haji Mat Kiram juga turut meluangkan masa untuk kami.



Tamat acara kami diminta untuk kakitangan Risda untuk makan terlebih dahulu makanan yang telah disediakan untuk kami. Alhamdulillah. Pihak Risda bukan sahaja beri peluang memeriahkan event pada kami, tapi turut memberi layanan baik dan menjaga kebajikan kami sepanjang acara.



Harap pihak Risda terhibur dan sudi jemput lagi!

***
Jurulatih : Puan Azuriyana Azih
M.U.A : Azuriyana Azih & Myself
Busana : Butik Ratu Sima & RADEN
Props bunga manggar : RADEN
Photographer : Azlina Aziz
Videographer : Noor Azlina
Tugas-tugas khas : Kartini Abdul Rahim , Azlina Aziz , Noor Azlina

P/S: berminat untuk memanggil RADEN untuk memeriahkan acara korang? Hubungi Azzu (jurulatih) 017-966 3616



Me & Dancing


Sekarang, selain melancong dan hiking serta jalan-jalan cari makan, menari adalah aktiviti mingguan saya. Saya memang suka menari. Bila saya aktif semula menari ramai pulak yang tanya macam mana saya boleh terjebak dengan tarian ni?

Actually saya dah menari since study UKM lagi. Masa tu sangat-sangat aktif dalam Kelab Tarian dan aktiviti under Persatuan Artisukma (artis-artis UKM) UKM. Era tu siapa yang tak kenal saya kira memang tak pernah datang DECTAR la (Dewan Cancelor Tun Abdul Razak). Wahhh perasan diva. Tapi memang betul pun. Punyala memang spend most of my four years buat degree di DECTAR dan bilik tarian. 

Asalnya tu just ambik subjek kebudayaan untuk Ko-k je. Major in tarian rakyat. Langsung tak de basic sebelum tu. Langsung tak de ye. Memang tak pernah menari. Bila saya tunjuk minat serta kesungguhan dan selalu datang training, senior-senior ajak join kelab tarian.

NOTA
So, mana yang rasa tak reti menari tapi minat tu, jangan segan. Daftar je kelas. Saya pun bermula dengan zero

Bermula dari situlah aktiviti menari saya. Hampir setiap minggu ada je show dalam dan luar UKM. Dalam negara dan luar negara. Luar negara tau. Dan disebabkan mewakili UKM dapat la subsidi bila ke oversea tu. Dan juga kadangkala dapat bayaran lepas show. Kalau ada event besar, makanan comfirm disediakan. Tu tak masuk lagi macam-macam jenis pertandingan tarian antara universiti atau pun negeri Selangor.

So, student uni, mana yang rasa hidup cukup-cukup makan or tak cukup makan, aktif-aktifkanlah diri anda. Bukanlah suruh menari kalau tak minat, tapi apa-apa aktiviti selain dalam kelas yang bukan saja membantu kita bina sahsiah diri dan ajar kita skill organisasi tapi juga boleh jadi sumber wang tambahan dan sumber makan jugak.

Kalau korang nak tau, pencapaian tertinggi saya sepanjang aktif di UKM, saya pernah memenangi Anugerah Senitari dan juga Anugerah Seni Mahasiswi. Saya jugak tak extend tempoh pengajian. Konvo on time macam yang saya janji pada mak saya. Jadi aktif dalam kegiatan luar jangan sampai pelajaran langsung terabai.

Okey actually bukanlah saya baru aktif semula. Saya sebenarnya banyak je join kelas-kelas tarian lain, macam zumba, kelas tarian cina dan lain-lain. Cumanya tak buat show, tu yang orang tak tahu. Dan sekarang saya balik ke cinta pertama saya, tarian melayu/traditional.

Since hujung tahun lepas saya menyertai Raub Dance Art (RADEN) yang tujuan penubuhannya untuk menaikkan semula tarian traditional dalam masyarakat setempat, memberi peluang kepada semua tak kira bangsa dan lapisan umur untuk belajar tarian traditional melayu khasnya, dan jugak alternatif aktiviti menyihatkan.


Dengan kelas sekali seminggu untuk dewasa dan sekali seminggu untuk kanak-kanak tak sangka pulak kumpulan yang saya sertai ni mendapat jemputan untuk buat show. Target kami pun untuk keluar peluh je. Rezeki jangan di tolak ye. 



So, kepada sesiapa yang berada di sekitar Raub, Pahang yang berminat untuk belajar menari, keluarkan peluh jom la join saya, eh bukan saya mengajar tau. Saya pun datang belajar je. Boleh juga jemput untuk buat persembahan. Hubungi je jurulatih kumpulan, Cikgu Azzu 017.966.3616. Kalau bukan kita yang mewarisi dan memartabatkan budaya kita, siapa lagi?

7 Days, 7 Favourites