Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
Showing posts with label wanfaritale. Show all posts
Showing posts with label wanfaritale. Show all posts

Happy 4th Anniversary

Happy 4th Anniversary to us!

Tak sangka ye dah 4 tahun kakak kahwin. Bila kenang balik, hidup lebih kurang macam dalam drama je kami, merasala drive 1 jam setengah untuk jumpa each other, En.Suami duty kat tempat perang, pandemik, terpisah lebih setengah tahun dan macam-macam lagi. So, apa yang kakak belajar dalam empat tahun ni:-
1) Dont expect much. Bukan pasangan kita je ada kekurangan, kita ni lebih la lagi

2) Jangan sesekali bandingkan rumahtangga kita dengan rumahtangga orang lain. 

3) Banyak bersyukur dengan kehadiran pasangan dalam hidup kita. 

4) Tidak perlu update tentang pasangan kita secara berlebihan di media social. Cukuplah update dengan cara bersederhana.

5) Masih ada perkara/hobi/ minat yang kita suka boleh/sesuai dibuat selepas berkahwin. Dan adakala hobi tu berubah mengikut peringkat umur dan kesesuaian hidup.

6) Support each other. Tak kira la bab kerjaya atau menguruskan rumahtangga. 

7) Banyak berterus-terang tentang apa jua perkara, supaya tidak ada pihak yang memendam rasa. 
mujur kakak tak bersanding gini aritu










2nd Anniversary : Two Is Better Than One



On second years of marriage both of us lebih rilex. Less stress, go with the flow, less dengar pandangan orang. Our marriage maybe tak perfect or tak seperti standard marriage. But it work just fine for us.

Simple LDR recipe cara kami

Sediakan Iman
2 sudu besar Komitmen
2 sudu besar Komited
2 cawan Setia
2 cawan Jujur
2 cawan Telus
2 sudu teh Ihsan
2 mangkuk Tanggungjawab
Secubit hadiah dan kejutan
Cinta, kasih dan sayang secukup rasa

cara-caranya : Gaulkan sebati semua bahan, tuangkan atas pinggan sokongan keluarga dan sedia dihidang untuk 2 orang


Happy 2nd Anniversary to both of us!



Album Kahwin


Korang, finally siap la jua album kahwin kakak. Design sendiri je dekat Photobook Web. Puas hati. Kakak ambil custome size 12'x12' so tak de la dapat extreme diskaun. Dalam 60% jah. Lawa dak? Cumanya kakak lupa sama de dia ada box kakak lupa nak tick or memang tak de. Makanya album ni tak de box. 

Cuba bagi cadangan sikit nak simpan macam mana tak nak bagi berhabuk?


1st Anniversary

Mr.& Mrs. Ragaman

Alhamdulillah. Selamat jua kakak dan En. Suami melepasi tahun pertama perkahwinan. 17.11.2018 Nikah dan 18.11.2018 Resepsi. Terima kasih atas doa-doa semua orang terutamanya family kami berdua. Terima kasih juga la yang wish kami berdua. Kami pergi dinner je di Tree Steak House.

Kakak doakan semua yang masih single akan bertemu jodoh masing-masing. Ingat, semua orang telah ditetapkan jodohnya, cuma jodoh tu masih sesat sama macam korang atau dia sedang berkahwin dengan orang lain atau pun telah meninggal dunia.

BTW, sempena anniversary kakak yang pertama kalinya ni, kakak nak tinggalkan tips iaitu antara usaha-usaha kakak menjemput jodoh kakak.


1) Tahajud
Kakak bangun tahajud 73 malam sebelum berkenalan dengan suami

2) Sedekah
Kakak dapat tips ni dari seorang blogger dari Indonesia. Sedekah ni bukan yang biasa korang buat harian tu, tapi kita buat khas untuk menjemput jodoh.

3) Puasa 
On birthday dan sekerap boleh on hari Isnin dan Khamis sebab doa orang berpuasa mustajab kan?


Alhamdulillah pilihan Allah adalah terbaik untuk kakak. Doakan jodoh kami kekal sampai syurga tau.




Wedding Songs


Pilihan lagu by my sis Fadzlina & me. Well, bagi sesetengah orang lagu yang diputar sepanjang majlis mungkin nothing or tak kisah. But, matter to me walaupun pengurus RTDH kata pilihan lagu-lagu by bahagian audio selama ni agak okey.

Siapa pernah pergi wedding yang pasang lagu dangdut? Lagu Pelamin Anganku Musnah, lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu, Tenda Biru? Yes, hanya lagu, tapi saya tak nak berlaku kejadian lagu pelik-pelik so better prepare sendiri. Puas hati, bila tengok balik video dengar background lagu semua love songs yang sesuai dengan majlis kami.

Waktu pendrive diserahkan, bahagian audio ada tanya tentang lagu nasyid. But, saya tolak since tak sesuai dengan majlis saya. Ye la, panggil orang menari, lepas tu pasang lagu nasyid?

Nah, ni belanja korang senarai lagu yang saya pasang masa wedding aritu. Mana la tau korang tengah mencari lagu. Tapi lagu-lagu taste kakak ler. Dari era hitam putih sampai le yang sekarang. Most of lagu pilihan iols ialah era 90-an. 

Songs

2 Become 1 - Spice Girls
A Thousand Years -Christina Perri
Akhirnya Ku Menemukanmu – Naff
Aku Cinta – Ernie Zakri & Syamel
Aku Cinta Padamu – Shiela Majid
Aku dan Dirimu - BCL feat Ari Lasso
All My Life - KC & Jojo
Anugerah Terindah – Black
Apa Saja – KRU
Because You Loved Me – Celine Dion
Belaian Jiwa – Innuendo
Bertahta Dihati – Farahdhiya
Bila Rindu – Ruffedge
Bukti – Virgoun
Can’t Take My Eyes of You – (many version)
Dealova – Once
Dengarlah Bintang Hatiku – Demeisis
Dia - Anji
Dua Insan – M.Nasir & Yunizar
Erti Cinta – Maya Karin
Eternal Flame - Atomic Kitten
Ever Lasting Love – Gerard Joling
From This Moment – Shania Twain
Hanya Sekali – Feminin
Hingga Akhir Waktu – Nine Ball
How Do I Live – Trisha Yearwood
I Do (Cherish You) - 98 Degree
I Swear – All 4 One
I Want To Spend My Lifetime Loving You – Marc Anthony feat Tina Arena
I’m Yours – Jason Mraz
Jatuh - Adam AF
Kamu yang Ku Tunggu – Rossa feat Afghan
Kasih Tercipta – Faizal Tahir
Kau Ilhamku – Man Bai
Keabadian Cinta  - Anuar Zain
Kehebatan Cinta – Jamal Abdillah feat Francesca Peter
Ku Pinang Kau Dengan Bismillah – Rossa feat Ungu
Ku Tak Sanggup – Kris Dayanti
Lagu Kita – Vidi Aldiano
Love You Like A Love Song – Sami
Lucky – Jason Mraz
Marry Me – Mark Adam
Marry You – Bruno Mars
Muara Hati – CTDK & Hafiz
My Baby You – Marc Anthony
My Heart – Acha Septriasa feat Irwan Shah
Nothing’s  Gonna Change My Love For You – (many version)
Now and Forever – Richard Mark
One In The Million – Bosson
Ragaman – Faizal Tahir
Relakan Jiwa – Hazama
Sampai Ke Hari Tua - Aizat Amdan
Sampai Syurga - Faizal Tahir
Sedetik Lebih – Anuar Zain
Sehidup Semati – Juliana Banos feat Indigo
Seindah Biasa – CTDK
Sejati – Faizal Tahir
Seluruh Cinta – Ct feat Cakra Khan
Semoga Abadi – Misha Omar
Sempurna – Andra & The Backbone
Sentuhan Listikmu – M. Nasir
Sesucinya Cintamu - Anuar Zain
Sesungguhnya Aku - Alif Satar
Sumpah & Cinta Matiku – Nidji
Teman Hidup – Tulus
Tercipta Untukku – Ungu
Terima Kasih Cinta - Afghan
Terlanjur Cinta – Rossa
Terukir Di Bintang – Yuna
This I Promise You – NSYNC
Truly Madly Deeply – Savage Garden
Wanita Terbahagia – BCL
When You Tell Me That You Love Me – Diana Ross

Post Wedding Photoshoot

Uols mesti ada terbaca kisah rempan kakak pasal gambar kahwin kan? Jadi bagi mengubat rasa sakit hati kakak, makanya buat sesi postwedding photoshoot jua. Mujur lah encik suami sudi melayan karenah bini bertuah dia ni, dalam pada sakit-sakit lutut tu, gagah jua. Nak share la dengan korang mana tahu ada antara servis yang iols guna ni berkenan di hati korang.

White Dress

Photog : Saiful Chin
MuA : IG Fatin Alwani
Henna : IG Melurizabyel
Hand Bouquet : IG Fleurytale
Pakaian : EEE Bridal
Lokasi : Pine Forest, UPM Serdang


Nak nangis tau rasa masa dapat gambar-gambar hahahaha melets sangat macam dalam majalah pengantin. Puas hati. Saiful ni photog otai. Berapa ramai dah artist kahwin ambik servis dia. Izara Aishah, Dayah Bakar, eh ramai lagi la. Raw photo ada 1000+ yer! Memang puas hati sungguh-sungguh.

Yang henna and MuA tak perlu diperkenalkan lagi, sebab Mua & henna artist yang sama masa kahwin aritu. Memang beramah tamah bagai. Dah kenal katakan. Untuk makeup kakak minta Fatin kekalkan konsep cam resepsi dulu tu dan untuk henna iols minta Fatin buat design lain yang iols jumpa kat IG.

Bunga tangan macam nak pengsan mencari orang yang sanggup buat. Ada yang dekat tapi tak boleh delivery, kena self pick up. Adoi....sampai la terjumpa IG Fleurytale, bila tanya boleh delivery, boleh la pulak. Harga pulak munasabah, terus on. Just bagi Elisa skim warna bunga tangan yang saya nak, up to her creativity and imaginaton nak buat macam mana. Tak sempat jumpa pun pagi tu sebab tengah makeup. But bunganya melets sangattttttt. Photog, MuA & Henna Artist puji sebab bunga tu outstanding, enhance everything since kami pakai baju putih dan makeup pun soft doll gittew. 



Baju Nikah

Photog : Moment Capture Photography (MCP)
Hand bouquet : sendiri bikin
Pakaian : H2T sendiri punya
Lokasi : Fraser Hills, Raub Pahang


Ini adalah kali pertama saya berurusan dengan photog, MuA dan henna artist ini. 

Dengan photog saya berhubung dengan Nad. MCP ni suami isteri jadi photog, based di Bentong, Pahang. Yang ni memang iols puji sebab kalau nak buat scene romantik-romantik kita tak reti, senang diaorang tolong tunjuk contoh. Saya puji sikap helpful dan banyak bersabar Nad ketika dalam proses nak booking. Macam-macam hal di pihak kakak ni ha. Nad memang peramah dan layan je segala isu or apa-apa yang kita nak tanya. 

Dengan Hamidah juga kali pertama. Dah lama teringin nak makeup dengan Mida, maklumla MuA tersohor di Raub ni. Mida pun peramah dan mudah la sangat berurusan. Saya suka cara Mida potong crease saya, sangat sesuai dengan bentuk mata saya yang spesis hooded eyes ni.

Maieza henna artist yang teramat sangat muda. Kakak suka orang-orang muda remaja fokus buat benda yang korang suka sampai jadi income. Maieza mengukir white henna dengan sangat teliti. Masa yang diambil lebih kurang 2 jam. Design repeat design henna masa nikah.


Ragaman

Photog : Moment Capture Photography
MuA : Hamidah Makeover
Pakaian : Sendiri punya
Lokasi : Rumah Kelahiran Najib Razak/ Muzium Lipis


Nad juga bagi kakak rate harga photoshoot untuk dua sesi yang sangat munasabah. Both Nad & husbandnya sangat passionate dalam bidang photography, both of them memang buat homework ye, nak-nak style pose, maklumla kadang kita ni dah penat tak boleh nak pikir. Bergambar sampai puas.

Again untuk sesi ni makeup dengan Mida. Kali ni minta makeup style klasik. Lawo dak? Cakap la lawo. Tapi nape gambo selfie iols nampak kurus, bila bergambo berwajah pinggan?


disclaimer : 
kakak bagi gambar-gambar yang munasabah untuk korang tatap, bagi yang over kang korang muntah hijau!

One fairytale : Kad jemputan


Kad/bunting: 
Amoi Creative & Retro Art Malaya

Okey, kad kahwin (yang macam kat atas ni) saya tempah dengan Amoi Creative Card. Timeline memang cantik sangat kad tempah bulan Oktober siap, then bulan November start mengajak orang. Tapi, tapi, tapi, wedding pulak di awalkan sebulan makanya lewat la dapat kad.

Kalau tak disebabkan dah bayar memang saya nak cancel aje dengan Amoi, bukan kerja dia orang tak berkualiti. NO. Tapi dia orang bukan printing sendiri, pukal di kilang. So memang langsung tak boleh nak adjust date untuk awalkan produksi.

So, korang yang rasa-rasa memang berpotensi kena ubah tarikh ni, or melibatkan berprotokol my suggestion JANGAN ambil yang order pukal ni untuk kad kahwin. Better cari kedai yang cetak sendiri yang dekat dengan korang yang boleh korang terpa bila ada problem. Mahal sikit tak pe la daripada kad cetak lambat (yang pukal kilang ni, dari proses bincang sampai dapat kat kita almost sebulan okey? My wedding tinggal lagi 2 minggu baru kad dapat!) 

Sebagai alternative untuk hantar kad pada mereka yang perlu protokol ni, saya tempah sikit kad baru di Retro Art Malaya (RAM), kedai printing yang pernah saya tempah business card dan portfolio book untuk kelab.

Design buat sendiri guna Canva Apps. Jimat RM30 untuk design. Kenapa from the first place tak tempah dengan RAM? Dah propose kat husband dia cam tak berapa nak berkenan plus design sangat-sangat limited dan kurang cantik di mata saya. Kalau tau dari awal saya design aje sendiri and hantar dekat RAM. Mahal banyak la banding dengan yang pukal tu. 

Yang kad kat bawah ni yang saya design guna Canva Apps. Actually main sebat aje apa design yang free yang ada yang melintas yang boleh saya muatkan ayat-ayat macam pada kad ni. Yela kalau kad kahwin omputeh takdenya nak tulis panjang-panjang. 

So total kos hangus untuk kad ialah RM230 (termasuk postage) tambah RM57.50.





One fairytale : Doorgift


Simple door gift je. Paperbag beli kat Cowboy je. Saya pilih yang corak ala-ala kad jemputan kahwin kami.

1. Bahulu Gulung Kerayong Food



Ala, yang viral aritu pasal kek satu khemah. Bahulu gulung for door gift tu mak saya makan door gift yang saya dapat dari kenduri member. Terus la terpikat dengan rasanya yang sedap tu. Rasa original style lama mak saya kata.

2. Air Gau:
Sponsor by my sister, Fakhriah & her husband, Azlam 




3. Meringue Lolipop:
Sponsor by my sisters, Fauzah & Farhana. 


For children only okey. Masa my sis tanya nak tempah berapa saya main agak-agak aje sebab ramai jemputan tak bagi comfirmation dan ramai juga yang tak disangka datang. So, yang datang lewat memang tak sempat dapat. 


One fairytale : Sword Bearer & Tarian


Sword Bearer

Never cross in my mind terfikir pasal nak kahwin jalan bawah pedang before berkenalan dengan my husband. But, alhamdulillah disebabkan my husband, merasa kakak berarak diringi muzik from bag pipe, dipimpin husband berpakaian military, jalan bawah pedang. Feeling sangat-sangat macam dalam cerita Disney okey. Cinderella, Beauty and the Beast and so on. The prince semua pakai baju military kan? One fairytale sangat. 

Thank you so very much my dear love sebab dah bagi isterimu merasa the bestest wedding ever. Terkejut sebenarnya masa masuk dewan sebab tak sangka ramai sungguh orang datang time peak hour. Terasa macam artis popular gitu. Tqvm kepada semua tetamu jemputan yang sudi hadir 



Persembahan Tarian

Since iols ada jawatan dalam Kelab Raden ni, of course la iols ambik persembahan dari Kelab Raden. Kelab Raden perform 3 tarian. Zapin Ya Kaseh, Inang Chinta dan Joget Dua Hati Bersatu. Tajuk lagu pun tau tentang kisah-kisah percintaan kan?

Lagu pertama perform depan pelamin. Lagu kedua dan ketiga perform masa makan beradab. Tapi punya la ramai tetamu kerumun tengok diaorang perform and ramai jugak ambik gambar dengan kami masa tengah makan, so memang tak dapat nak tengok pun persembahan diaorang. Asalkan our tetamu happy, kakak pun happy.

Boleh follow IG or FB Page Kelab Raden ye. Selain buat persembahan kelab ni offer sewa busana jugak tau. Boleh contact Lina : 018-2022852



One fairytale : Videographer Letops


Videographer
Plan A Film

Mula-mula tidak la rasa berkehendak sangat ambik videographer, tapi since hakak tak sedap hati pasal photographer so terus la ambik videographer. I'm glad I made the right decision. Amir from Plan A Film memang the best. Kami tak pernah jumpa untuk diskusi. Memang kakak tak de masa uols. Bincang melalui whatsapp je. Kakak memang berharap sangat dia buat yang terbaik untuk kakak. Of course dapat cari Plan A Film dekat IG. One of pilihan yang kakak recce. Sape entah kahwin guna service dia, melintas dekat timeline kakak. Terus contact minta quotation. 

Amir masa diskusi sangat friendly dan humble orangnya. Siap minta iols pergi dulu ke IG dia untuk tengok hasil kerja lepas-lepas. Dia tak tau iols contact dia lepas khatam semua video hahahha which kakak berkenan dengan hasil kerja dia. Memang hasil kerja dia so me la. Dari sudut artistic dan romantic memang kena dengan taste kakak. Bila bagi info tentang venue akad dan resepsi terus dia bagi sample. Dia pun dah bagi briefing siap-siap kat kakak apa yang dia akan buat untuk my majlis so that hasil akan nampak lebih extra vaganza. 

The best part, dia bagi ambik raw video untuk simpanan before dia siapkan video kakak. Ya auloh, memang letopss and puas hatinya hasil kerja dia walaupun baru tengok raw punya je. He manage to record every single important and beautiful moment of my nikah  & reception day. Dari segi angle shooting, dari segi artistic, everythinglah. Dia memang sentiasa record everything walaupun datang buat kerja sorang-sorang. 

Masa scene untuk ala-ala lakonan menunggu saat nak nikah and re-do part sarung cincin segala since kat dalam dewan nikah kelam kabut and malap, dia la jugak yang bagi instruction what to do, how to pose. Ye la, otak kakak tepu nak pikir posing camne, letih penat and stress. Makanya kakak memang bergantung harap pada videographer untuk bagi arahan yang sepatutnya. Hasilnya? Above my expectation okey. Terus hilang rasa lelah buat persiapan, tak cukup tido segala. 

Actually sepatutnya dapat satu video je, tapi disebabkan Amir ni teruja sangat dengan rumah tamu tempat resepsi kami yang klasik ni, first time katanya dia shooting di RTDH, so dia keluarkan teaser wedding video kami dulu. LOVE sangat-sangat! Dah macam filem zaman dulu-dulu. So romantic, so me. Worth every penny!

Once dapat end work memang hakak happy!!!!!!! Memang cantik sangat hasil kerja dia! And lagu pun best sangat! Yela, masa iols recce dulu ada jugak videographer lain yang buat style movie cam ni tapi part pemilihan lagu iols prefer Plan A Film, sebab lagu-lagu dia pilih untuk video-video dia semua romantic sangat. My sister cakap macam tengok short movie.

Highly recommend ye videographer ni. Even Amir siap minta maaf lambat release video hakak sebab dia nak buat sampai dia puas hati baru bagi pada client. This is real professional attitude and how passionate him about his job. Bravo! Korang yang kenal iols sure tau kan hakak ni camne? Takkan recommend kalau tak puas hati. 

And Mr. Husband, thank you for taking my hand and dance with me. 

P/S: sebab kakak suka sangat hasil kerja dia yang bombastic kakak print screen je scene romantic time nikah yang dia record jadikan gambar. Almaklumlah gambar nikah hakak...

P/S/S: Do follow their IG : PlanAFilm. Kasi ❤️ sikit kat video hakak tau! 



One fairytale : Wedding cake


Jenuh mencari affordable wedding cake. Harga kebanyakkan kek antara RM500 ke RM1K++. Pengsan. But finally jumpa jugak yang sangat affordable. Of course cari dekat IG. RM350 untuk kek coklat 3 tingkat. Murah ke idok? Murahkan? Tapi kena ambik sendiri la. Kat Taman Saga, Ampang.


Actually atas kek ni ada topper free. I & F. Initial name saya dengan husband. Tapi semua orang lupa pasal topper ni. Termasuk saya sendiri. Sabar aje la. Btw, untuk kek ni saya request buat soft colorful cake. So kalau tengok betul-betul, tingkat atas sekali warna soft aqua, yang tengah warna soft pink, yang bawah warna soft yellow. 


Dekat nak kahwin saya ada terbaca pasal tetamu pergi kenduri tengok pengantin potong kek teringin nak rasa tapi tak dapat, dan ada juga pengalaman sendiri pergi kenduri tengok kek terbiar je takde orang makan. So, saya mintak tolong my sisters and my cousins (thank you guys) untuk tolong potong kek kecik-kecik letak atas paper plate untuk edar pada tetamu. Alhamdulillah habis semua. Asalnya dah beli paper plate boleh pulak tertinggal kat rumah. Terpaksa la mintak my sister belikan yang lain.

Song during cake cutting
Aku dan Dirimu , Ari Lasso feat BCL

RTDH minta saya pilih lagu untuk dipasang masa cake cutting. Masa tu pilihan saya ialah Sehidup Semati by Julia Banos feat Indigo or Aku dan Dirimu, Ari Lasso feat BCL. Siap mintak Ahli Kelab vote okey. So, Aku dan Dirimu win. 


One fairytale : Henna Shantek



Henna Artist
Nur Asyiqin Abdul Jalil

Saya jumpa dia kat IG. Asyiqin guna IG nama Melur Izabyel. Sangat mudah berurusan dengan Syikin ni ye. Charge yang dikenakan pun affordable dan munasabah.

Of course kakak buat saringan segala before pilih ye. Iols asalnya ada berkenan dengan sorang henna artist ni punya hasil kerja, but harga yang dikenakan tu yang tak berapa nak berkenan hehehehe maklum la dia paling top dalam Malaysia ni sekarang. 



Angan-angan kakak ingatkan hari nikah nak inai merah, time resepsi inai putih, sebab asalnya ingatkan nak nikah kat kampung seminggu sebelum resepsi. Tapi tu la, kita hanya merancang, kan? Henna putih la jugak pilihan kakak untuk nikah. Lawa henna putih ni kat tangan iols sebab kulit pun sawo kan, jadinya naikla warna putih tu. 



Syiqin ni a day before hari nikah kalau tak silap, dah bagitau saya if ada design yang saya suka snap gambar siap-siap. So saya pilih design yang simple sikit la on nikah day.



Asalnya request gem stone color pink untuk decoration. Tapi bila dah siap everything kami berdua sama-sama setuju gemstone warna gold lagi sesuai dengan baju saya. Lawa kan? As if part of my dress.


Actually awalnya saya book Syikin untuk nikah je, resepsi orang lain. Tapi sebabkan tukar date, Henna artist yang asal tak boleh commit untuk majlis saya. So proceed dua-dua hari dengan Syikin.

Walaupun ada sikit miscommunication pasal booking for my resepsi, Shiqin manage to squeeze in her time for my hari resepsi. Tq so much Shiqin.

Untuk resepsi saya bagitau Syikin saya nak design yang sarat, compliment to my dress dan hand bouquet. Btw, white henna ni bukan betul-betul henna tau. Ia bodypaint. So agak sensitif, tahan dalam a few hours sahaja. Bergesel or kena air akan rosakkan white henna ni.

Letops kan pakai white henna pegang bunga colorful? Im so satisfied. 

P/S: TQVM Syiqin sudi email iols gambar-gambar henna since photog tak ambik pun close up gambar henna kakak. Hmmm

One fairytale : Makeup Artist 3 hari



Fatin Alwani
IG : Fatin Alwani

Kakak book Fatin 3 hari sebelum majlis. KENAPAAAAAAAAA??????? Haaaa...alkisahnya, MuA asal kakak yang dijanjikan bridal (pakej) terlalu busy dengan Gegar Vaganza makanya tak boleh nak makeupkan kakak.

Kaedahnya, kakak terus berdebar bila diberitahu masa fitting baju yang MuA kakak adalah si polan sebabnya kakak pernah tengok hasil kerja beliau, dan kakak tak suka. Maaf, kakak pun ada attend banyak kali kelas makeup with makeup artist, dengan MAC pun ada so pada kakak hasil kerja MuA tersebut outdated di bahagian mata, penggunaan higlight yang keterlaluan di seluruh muka, dan hasil keseluruhan makeup hanya mampu berkata hmmmmmm.

Kakak masih positif dan try follow IG beliau untuk lihat hasil kerja beliau yang lain. Masih cuba redhokan diri. Tapi memang tak boleh. Kakak terus stress, rasa nak muntah dan tak boleh tidur! My husband, my sister, Ahli Kelab & Ella terpaksa rela melayan royanan kakak.

Makanya kakak minta bridal cari MuA baru since kakak rela top up bayaran instead of kakak meroyan dengan style makeup yang kakak tak suka. MuA-MuA lain yang bridal hubungi semua tak available. 

So, kakak tanya MuA nikah day Nadia Nordin free ke idak. Malangnya tak free. Ku minta jasa baik Nadia untuk reccommend a few MuA kawan-kawan yang dia kenal, yang style makeupnya more or less ala-ala style dia jugak. Nadia bagi 4 nama MuA dan IG dia orang untuk buat rujukan. Still, mintak jugak dia reccommend yang mana satu. So, dia petik 2 nama dari 4 orang yang dia bagi. Yang Fatin Alwani ni dia reccomend sebab dia pernah makeup dengan Fatin. Sorang Lagi Maisya dia suka jugak style makeup.

So, saya contact dua-dua MuA ni. Maisya available pukul 6 pagi. Adusss pengsan. Dan, Fatin available waktu yang saya nak. Alhamdulillah. Fatin pun tak tanya banyak masa saya book tu. On hari kejadian baru dia tanya kenapa lagi 3 hari nak majlis baru book MuA. 

Charge yang Fatin kenakan pun sangat affordable. Iols once comfirm booking terus buat full payment je kat Fatin sebab lega sangat dapat MuA ganti. So makeup style yang iols request adalah sweet doll look. Muka iols nampak lembut je rasanya dengan style makeup ni. Nampak sweet. Takde la serius or garang cam hari biasa kan? 

Ada kawan-kawan yang kata muka kakak nampak fresh in this makeup, ada yang kata kakak look so natural. Yang penting, selamat la kakak dari bersanding dengan wajah berkilauan. 

NOTA
1) Standby eyelashes gum, in case bulu mata terbuka nak menunggu sampai habis event or outdoor
2) Standby sponge/beauty blender untuk dap makeup kalau berpeluh sangat or crack. 

P/S: Both items saya tak gunakan since makeup memang mantop. Crack nipis je kat smile line. 

One fairytale : Bridal


Eiry Elegant Element Bridal

EEE Bridal ni panel dengan RTDH. Dalam banyak-banyak venue yang menyediakan one stop center, RTDH punya pakej aje yang benarkan pilih konsep segala bagai when it comes to bridal. I am very happy with this kind of package one stop center. Kalau tak jenuh iols menggagau nak cari bridal.

1) Pelamin 

Saya just bagitau Eiry yang saya tak nak bunga putih. Sebab saya dengan husband pakai baju putih. Seat pun saya request warna gelap. Dia nak buat pelamin macam mana up to him.

2) Dress

Pasal dress ni, saya request nak dress putih ada beads gold sikit-sikit and tak nak kembang dari pinggang since saya ni bukannya slim or tinggi pun. Redo aje seminggu sebelum kenduri baru dapat fitting baju sebab tukar date kahwin.

3) Bunga tangan

Disebabkan pakai dress putih dan bunga tangan warna merah atau pink macam cliché sangat, so saya request bridal buat bunga tangan colorful. Soooooo puas hati. Lawa sangat. Enhance penampilan saya.

4) Meja makan beradab (table for two) 

Yang ni kisahnya both family tak nak duduk dengan kami hahahahha makanya ambik la konsep table for two ala-ala candle light dinner. Romantik kan? Lagi pulak macam trend je sekarang ni meja makan beradap memang pengantin je berdua.


Secara keseluruhan saya memang puas hati sangat dengan EEE Bridal (minus MuA), everything is so me. Saya tak perlu nak explain beria sangat pada Eiry tentang macam mana yang saya nak. He know what I want.

One fairytale : Venue Resepsi



1) Venue & Catering
Rumah Tamu Datin Halijah

Masa dalam proses menjemput, selain soalan "kenapa buat kenduri kat KL?", soalan "ni kenduri buat kat rumah ke dewan?" adalah yang paling popular. Yang soalan pertama tu, ye la , saya asal Pahang then tetiba nak kenduri kat KL macam taboo kan? Padahal orang KL rilex je buat wedding kat Kajang, Putrajaya, Shah Alam. Kakak buat kenduri kongsi je dengan husband, tu yang buat kat KL. Yang soalan kedua tu, memang lawak jugak la, maklum la venue bukan nama dewan sekian-sekian, tapi rumah tamu. Ramai jugak yang ingat kenduri kami buat di homestay.

Sebab apa dalam banyak-banyak venue yang saya pergi recce saya pilih RTDH:-
~Pihak pengurusan yang attentive. Very easy to communicate via whatsapp since saya duduk di tempat lain.
~Pengurus yang cekap, mantap, terbaik. I could not thank enough to Puan Norlela. Pengurus yang sangat-sangat mantop, both my mother and Pak Su (my husband's uncle) puji cara Puan Norlela yang obviously menguruskan dengan cara yang paling terbaik untuk kenduri kami. Memang puas hati.
~Deposit tidak akan burn kalau tukar tarikh melainkan cancel terus. Mujur la, kami dua kali tukar date.
~Tukang masak standby sampai petang untuk kenduri waktu siang. Alhamdulillah sangat. Tetamu kami lebih dari yang sepatutnya.
~ Makanan sedap. Masa food tasting rasa macam tak de la sedap sangat. Tapi bila time kenduri sedap sangat la pulak. Ada lebih nasi my mother bawak balik panaskan semula. Aduss sedapnya makan panas-panas. Maklumla time makan beradap tak dapat nak menikmati.
~Easy access dari Duke Highway. Terutama untuk kawan-kawan dan family dari Pahang plus kawan-kawan husband pun ramai di KL. 
~Cantik. Siapa datang wedding kami or pernah datang kenduri di sini mesti tau kan tempat ni memang cantik sangat.
~Tempat bersiap di situ juga. Rumah kayu tu tempat kami bersiap. Ruang tamu geng-geng askar bersiap. Ruang bawah budak-budak tarian bersiap.   
~Surau besar. Surau RTDH muat untuk 40 orang.
~Private parking untuk tetamu jemputan. 

2) Cendol stall
Vendor Rumah Tamu Datin Halijah

Sponsor by my mother, Puan Robiah. Mak kata cendolnya sedap. Me? Tak merasa pun.


3) Apam Pisang & Apam Gula Hangus

Sponsor by my travel partner, Ella. Licin. 





7 Days, 7 Favourites