Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
Showing posts with label army wife. Show all posts
Showing posts with label army wife. Show all posts

Happy 4th Anniversary

Happy 4th Anniversary to us!

Tak sangka ye dah 4 tahun kakak kahwin. Bila kenang balik, hidup lebih kurang macam dalam drama je kami, merasala drive 1 jam setengah untuk jumpa each other, En.Suami duty kat tempat perang, pandemik, terpisah lebih setengah tahun dan macam-macam lagi. So, apa yang kakak belajar dalam empat tahun ni:-
1) Dont expect much. Bukan pasangan kita je ada kekurangan, kita ni lebih la lagi

2) Jangan sesekali bandingkan rumahtangga kita dengan rumahtangga orang lain. 

3) Banyak bersyukur dengan kehadiran pasangan dalam hidup kita. 

4) Tidak perlu update tentang pasangan kita secara berlebihan di media social. Cukuplah update dengan cara bersederhana.

5) Masih ada perkara/hobi/ minat yang kita suka boleh/sesuai dibuat selepas berkahwin. Dan adakala hobi tu berubah mengikut peringkat umur dan kesesuaian hidup.

6) Support each other. Tak kira la bab kerjaya atau menguruskan rumahtangga. 

7) Banyak berterus-terang tentang apa jua perkara, supaya tidak ada pihak yang memendam rasa. 
mujur kakak tak bersanding gini aritu










Pelangi Beach Resort & Spa


Last year pergi ni dah nak habis tahun baru nak hapdet? Lantakkan. Kakak busy-bee. Wey, RM550 sekepala untuk 3 hari dua malam termasuk tiket flight murah ke idok korang? Wajib la murahhhh. Duduk resort 5 stars pulak tu! Kalau tak pandemik tak merasa. Kalau pergi famili pun parak juga kosnya. Jadi dapat pergi dengan kawan kira kepala sendiri je barulah dapat merasa.

Pelangi Beach Resort & Spa
Pantai Chenang
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
No Tel : 04-952 8888 


Since kami check in lambat, dapat bilik hujung tanjung uols. Antara yang dah hujung-hujung dah. Sabo aje. Memang tak larat le jalan kaki. Panggil buggy sokmo yahhh. Boleh kurus kalau pergi balik jalan kaki. Nampak sangat malas nak bersenam. Moh tengok bilik.


Lepas tu bilik airnya kemain la sebesar alam. Ye la di situ la almari baju dan tempat nak iron pun. 

Disebabkan resort ni cantik, makanya kakak spend time berjalan-jalan dan bergambar dalam resort. Rasa macam bukan di Langkawi je ye. Resort ni ada private beach yang terjaga cantik sangat uols. Puas hati lepak kat sini.


Btw korang, kakak frust betul ye bab breakfast. Hari pertama tu kakak ambik roti canai. Sedap nak mati korang. SEDAP SANGAT. Lembut, rangup, perfect la. Kuah dhal dia pun sedap. Ya Rabbi sabo je la kakak teringat-ingat. Biasanya kalau roti sedap kuah dhal pulak out, kalau dhal sedap roti tak power. Yang ni memang bergabung meletop dalam mulut! Hari kedua mencari lagi roti canai dah tak de. Tosei pulak...Hmmm kecewa sangat.

kira kanan tempat makan, tengah lobi

Tak kan nak datang lagi semata-mata demi roti canai? Siapa tahu ada rezeki in future.



DoTS

Baru-baru ni khatamla juga hakak menonton Descendants of the Sun. Dulu masa tengah letops hakak tengok ala-ala je. Kakak rasa macam cerita fiksyen je plus masa tu memang dah berazam tak nak follow mana-mana drama korea sebab selalunya kakak akan ketagih wahahah

Tapi lepas beberapa tahun kahwin dan baru dapat menghayati drama ni baru hakak realised banyak juga persamaan attitude, perangai, tingkah laku, layanan si Kapten dan si Sarjan mirip En. Suami.

Lagi lawak ada je perangai si Doktor dengan si Leftenan tu bukan je mirip kelaku kakak, ayat sebijik sebijun pun pernah keluar dari mulut kakak hahahha cuma kakak idak la join group wife/gf army. Tak lalu. 

Kakak tengok drama ni sambil ketawa membanding dengan situasi yang pernah kami lalui. Kalau bagitau En. Suami sure dia kata mengarut. Btw, En. Suami tak pernah tengok DoTS. Pernah dengar tajuk cerita je

Cerita ni buat kakak tertanya perangai mat tiarap memang cam tu ek tak kira warganegara apa pun?

5D Taiping


Sekali lagi kakak jejak kaki ke Taiping. Meneman suami ada urusan kerja kat sini. Cadangnya kakak nak buat aktiviti sendiri. Dah siap list tempat mana yang kakak nak pergi. Haaa kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Tak pasal kakak terjebak dengan aktiviti BAKAT.

Selain pergi makan Doli Char Kuey Teow dan mengopi di Brother's Cafe, kami juga ke Taiping 5D. Elok la juga. Kakak pun kali pertama masuk sini.


Thank you senior BAKAT layan iols baik sangat walaupun iols ni BAKAT novice. Thank you juga pada semua pegawai pengiring. Iols tak de pengiring ye. Tumpang je. 

Jamuan Raya


Sementara masih Syawal lagi ni, kita cerita pasal Syawal la ye. Baru-baru ini kakak follow En.Suami menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Tentera Darat di Sungai Besi. Kakak as usual seronok dan teruja attend event. Maklumla lama tak datang event meriah. 


Dengan konsep Rumah Terbuka Kembali Ke Desa, pelbagai dekorasi rumah kampung ikut negeri. Memang lawa-lawa. Tapi kakak tak larat nak merayau beria sangat. Manusia ramai giler. Ada lebih kurang 5000 orang kot. Nak ambik makan pun tak kuasa beratur panjang. Tapi anggota tentera dengan keluarga memang semua sporting (ikut arahan) ye. Semua berbaju raya sedondon dengan famili. 


Hakak syiok tengok show je. Bahagian persembahan by artisbudaya tentera. Penyanyi jemputan Norshila Amin dan pengacara jemputan Wahid Senario. Lagu yang disampaikan of course la lagu-lagu raya lama dan baru.


Btw, ada kem baru iaitu Kem 34 Bera. Since kem ni bawah parlimen PM kita, anggota tentera yang ditukarkan ke kem ni dan ahli keluarga duduk bawah khemah khas sebab PM nak beramah mesra sendiri dengan warga Kem 34. 

kakak berborak dengan PM in loghat Pahang tau!

Btw, tahniah rumah Melaka menang rumah terbaik. Memang happening, ada A Famosa, ada Hang segala Hang, ada dondang sayang, ada beca, lepas tu ada burung hantu dengan kambing hidup. Yang haiwan ni kakak tak boleh nak fikir apa significant dengan Melaka.


7 Days, 7 Favourites