Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
Showing posts with label jjcm. Show all posts
Showing posts with label jjcm. Show all posts

Rojak Famous


Hai korang, ni kakak nak rekemen satu tempat makan di Raub la ni. Manala tahu kan, kot lalu area Raub tak tahu nak makan apa atau di mana. Boleh cuba singgah di sini. 

Rojak Famous
Kampung Gali Tengah
27600 Raub
Pahang Darul Makmur
No tel: 019-633 0731



Kedai ni buka setiap hari mulai 2 petang hingga tengah malam. Kedai ni terletak betul-betul tepi jalan. Kalau dari arah Kuala Lumpur, letaknya di sebelah kanan jalan.


Kedai ni terletak atas tanah persendirian dan konsep dinding terbuka. Jadi memang selesa tak rasa pengap dalam kedai. Ruang parking juga bersesuaian.


Terdapat pelbagai pilihan rojak di restoren ni. Antaranya rojak mee, rojak ayam, rojak mee ayam, rojak mee sotong & rojak special. Pilih je mana yang berkenan di hati. Kakak masa ni pilih rojak mee ayam. Harganya RM7 sahaja untuk sepinggan. Bagi lain-lain jenis rojak senarai harganya seperti gambar di bawah.
 

Btw, selain rojak, restoren ini juga menyediakan pelbagai jenis masakan panas yang tak kurang sedapnya.


Dalam kawasan restoren ni ada rumah cantik ni. Tapi tak pastilah siapa punya atau masih dihuni. Siapa kaki ootd boleh la bergambar di sinikan?

Warong Selai Paya Pulai


Sebelum ni kakak pernah review Warong Selai Dua yang terletak dalam bandar Temerloh. Rasanya macam sudah tutup operasi. Kali ni kakak ke Warong Selai yang terletak di Paya Pulai Temerloh. Ini main cafenya.

Warong Selai Cafe & Bakery
Lot 4172, Jalan Maran Batu 4
28000 Temerloh
Pahang Darul Makmur
No Tel: 012-350 1032

Waktu operasi setiap hari ialah dari pukul 9 pagi hingga 3 petang. Di tutup pada hari isnin sahaja.
Konsep cafe ni vintage ye. Taste kakak la sangat. Instagram-able location gittew. Untuk kaki bergambar memang suka la.

Ruang tempat makan memang luas dan selesa. Perabot yang pelbagai buat cafe ni tambah menarik. Owner juga kelihatan amat meminati dengan tumbuhan kaktus. Bersusun.

Kakak order menu nasi lemak sambal sotong, di regukan pula dengan kopi kampung. Ahhh memang sedap ye kopi dia. Puas hati.

Nota : Cafe ni tak jauh dengan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah


Labu Labi Cafe


Labu Labi Restaurant & Cafe
No 8 Tingkat Bawah
Jalan Pusat Komersial Utama
27600 Raub
Pahang Darul Makmur

No Tel : 019-277 0339
Waktu Operasi : 8-30 pagi -10 malam (Isnin-Sabtu), 8-30 pagi - 2 Petang (Ahad)


Walaupun dan beberapa kali juga Lina bagitahu kakak tentang cafe ni, tetapla takde rezeki nak jejak kaki. Lagi pulak kakak makin jauh jarak nak ke sini. Kalau saja-saja nak datang memang tidak la.


Nak jadi cerita adik-adik kakak datang. Ingat nak pergi makan di kedai favourite dia orang, tutup la pulak. Kakak call pilihan kedua, tutup jugak! Adoiii memang tak de rezeki, tapi rezeki untuk makan di sini. 


Cafe ni basicly menghidangkan masakan ala western. Turut menyediakan pilihan pastry dan kek sebagai pencuci mulut.


Kakak pilih chicken chop with mushroo gravy dengan hazelnut coffee ice. Adik-adik kakak pun pilih menu lebih kurang dengan tambahan salad dan untuk dessert mereka pilih blueberry cheese cake dengan nutella cake. Nutella cake sedap ye, walaupun tak wajar nak dinamakan nutella sebab tak berapa rasa nutella tapi keknya sendiri memang sedap.


Untuk harga makanan di sini hampir semuanya mampu milik. Kakak juga suka dengan layanan owner/manager cafe yang peramah dan peka dengan customer. Pilihan lagu-lagu boy band era 90-an masa kami datang tu  buat kami semua karaoke sakan, enjoy sangat sambil makan.

 






At Satay Semeling


Haritu balik SP sempena raya dan juga wedding adik ipar kakak. Cuaca panas giler uols. Memang biasanya pun utara lagi panas dari pantai timur, tapi musim panas ni, kepanasannya memang luar biasa. Start hari kenduri kakak sakit kepala tahap berdarah dalam hidung. Bersambung sakit kepala keesokkannya, hari ketiga kakak terus migrain tahap tak boleh buka mata.   

Btw, destinasi wajib tiap kali balik SP ialah ke Tanjong Dawai. Borong ikan bilis dengan ikan gelama kering untuk mak kakak. Balik dari Tanjong Dawai, kami singgah area Semeling di satu kedai satay tepi traffic light. Area Semeling ni banyak kedai satay.

At Satay Semeling
Lot 10, Taman Desa Semeling,
08100 Bedong, Kedah
No Tel : 017-438 4236

Waktu operasi dari pukul 2 petang hingga 12 tengah malam. Tutup pada hari Selasa sahaja. Selain satay ada banyak lagi pilihan makanan minuman kat sini. Ada char kuey teow, bihun celup, ada cucur udang, ada ABC dan pelbagai masakan panas.

Since kami memang niat nak cari satay, maka satay la pilihan kami. Pilihan kami ayam, daging dengan kambing. Satay ayam 60¢/cucuk. Satay daging pula 65¢/cucuk. Manakala satay kambing kalau tak silap RM1.50/secucuk.

Untuk citarasa kakak, pandangan pertama kakak memang terliur la sebab sataynya nampak juicy tak kering. Lepastu perapannya memang terasa betul. Satay daging memang lembut ye. Satay kambing je liat sikit macam biasa la kan.

Dek kerana cuaca panas giler kakak pun sampai tak larat nak snap gambar banyak-banyak.


Locs & Thyme


Masa pergi Taiping gigih la kakak Google tempat makan di sini. Antara suggestion yang diberi ialah restoren ni. Kami pun terus je la. Masa kami sampai ada sepasang je customer tengah makan.

Locs & Thyme
No 12 Jalan Lim Teong Chye
34000 Taiping,Perak

No Tel : 017-507 1958
Waktu operasi : 10 pagi 6.30 petang (Selasa-Ahad)


Part yang hakak suka, cafe ni terletak di bangunan lama atau bangunan yang biasanya dikenali sebagai "pre-independence building". Cafe ni tingkat bawah dan atas. Tingkat atas sesuai untuk private event.


Kakak juga suka sangat dengan dekorasi dalaman cafe bertema modern vintage. Ohh btw, cafe ni juga jual bunga tau! Memang cantik cafe ni. Instagramble sangat.


Pengunjung akan diberi slip pilihan menu yang ada. Senang kan? Kalau tak silap menu pilihan kakak ialah Lebanese menu kot tapi disebabkan nasinya tak de, mereka offer untuk tukar nasi tu dengan nasi lain. Afgan Ruzz kot. Dengan Egusi Stew. Gittew jenuh nak menyebutnya. En.Suami pilih grill chicken chop dengan nasi.


Istimewanya di sini ada menu-menu dari timur tengah macam yang kakak pilih tu. So, siapa ke Taiping boleh cuba makan kat sini. Harga? InsyaAllah mampu makan.


Sidang Kopi


Langsung ketaktahuan kalau bukan kawan kakak bagitau ada cafe hispter di Lipis. Bersemangat waja kakak mencarinya. Paling lawak, landmark yang diketahui ialah tepi Sungai Jelai. Menggagau cari sebab cafe ni takde signboard! Memang rare. Pure rare punya cafe.

Sidang Kopi
18, Jalan Jelai
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

No Tel : 016 370 2616
Waktu Operasi : 10 pagi -10 malam 
(setiap hari kecuali hari Rabu)
 
haaa kau, memang tak de signboard

Seperti biasa kakak memang suka la cafe yang ada tema ni. Kali ala industrial gitu. Di dinding cafe ada diletakkan chalk board tertera menu-menu yang ditawarkan di sini. Yang istimewa kopi di sini.

pilihan menu & harga

Di bahagian dalam cafe disediakan juga zon makan yang agak santai. Dengan rak buku pelbagai novel dan gitar. Kalau korang pandai main gitar boleh la try. 


Kakak pilih buttermilk chicken dan mocha ais. Desserts kongsi. Mango ice-cream cheese cake dengan portuguese tart. Kakak suka mocha dia sebab bitter instead of sugary.


Sekarang kalau kakak kerja ke Lipis memang sini antara pilihan untuk lepak-lepak mengopi dengan kawan-kawan.





7 Days, 7 Favourites