Sis tak lupakan aktiviti jimbaan cari makan sis. apalagi dengan travel partner sis. Ella. JJCM lepas tu bergambar-gambar. Hobi katanya. Kali ni kami ke The Third Letter. Cafe Hipster yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam. Landmarknya ialah di sebelah Balai Bomba.
Cafe ni interiornya ala-ala raw gitu. Macam rumah tak siap cat bak kata Ella. Dan ambik order di kaunter ye. Taknye datang ke meja nak ambik order. Cuma part yang kurengnya, kad menu dia orang ni kurang gambar, so bila tanya macam mana rupa food jenis A, staffnya having difficulty to explain.
Lets tengok apa yang sis berdua order. Ella pilih air nama Mean Green. Minuman kesihatan gitu, dan sis sendiri pilih Citrus Trio. Kiranya ada 3 jenis limau. Air masak disediakan percuma. Boleh ambil sendiri.
Citrus Trio & Mean Green |
Then food kami pulak ialah Lamb Baked Eggs untuk Ella dan saya sendiri pilih Butter Fish. Nyum-nyum.
Butter Fish |
Lamb Baked Eggs |
Sedap ye makanan dia orang. Dah sudah makan terliur pulak tengok orang order toasted. Order jugak la kami. Kongsi je.
No comments:
Post a Comment