Jangan kecam sis duk up cerita tempat makan. Haaa korang jugak senang nak mencari idea nak makan kat mana nanti. Korangkan hipster. Kali ni kita ke The Daily Grind. Kat mana uols? Ampang jer. No 26, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, Kuala Lumpur. Buka everyday tau.
Ruang dalamnya memang cantik uols. Rasa macam kat oversea gitu. Disambut dengan chiller yang ada pelbagai jenis kek. Atas kaunter pun ada. Haaa ...pilih!
Dalam banyak-banyak kek, sis pilih kek lemon poppy seed. Yang lain tu red velvet, monster cookie dan lain-lain tu nampak cam biasa je. Memang sedap uols. Masam manis jemnya memang outstanding. Must try. Kek yang tak muak.
Lemon Poppy Seed Cake RM10 |
Next jomla kita pilih menu apa nak dimakannya. Ehem masing-masing minta air kosong je hahaha part ni kesihatan la pulak.
First sekali yang tiba di meja ialah Irish Nachos. Apo la pulak Irish nachos. guna kentang uols, instead of nachos chips yang biasa tu. Haaa lain kan? Eh, sedap tau. Yang ni memang sis recommend kalau nak kelainan la.
Irish Nachos RM24 |
Next ialah O'mega Salmon. Haaa bunyi kesihatan kan menu ni? Nampak serempet aje kan? Tapi sedap ye. Untuk siapa yang suka salmon la. Kulit ikan memang elok crispy.
O'mega Salmon RM38 |
Menu seterusnya ialah fish & chips. Ni adik sis order. Nampak ala-ala. Tapi portionnya memang besar. Siapa yang lapar sangat tu memang sesuai menu ni. Coleslawnya pun fresh.
Fish & Chips RM36 |
Dan akhir sekali menu diet travel partner sis si Ella, steak salad. Kesihatan okey. Bila la sis nak mula makan menu-menu macam ni ek?
Kami semua enjoy makan di sini, layanan waiter memang terbaik. Refill air masak tak tau berapa kali. Maklumla, makan sambil-sambil membawang. And total damage di sini ialah RM150.70 (including service charge). Boleh try datang sini okey.
No comments:
Post a Comment