Sebenarnya lama dah kakak pergi Siem Reap. 2014 dulu. Cumanya kakak malas nak update sebab gambar asal semua hilang. Mujur ada upload sesikit dalam FB. So kakak sedut dari FB la baru nak boleh pos ket sini. Itu pun kakak cam dah hilang ingatan apa yang kakak buat kat Siem Reap.
Tonle Sap
otw ke Tasik Tonle Sap. Gigih driver berhenti bagi kakak putik bunga teratai ni. Biji dia boleh makan ye. Kira cam jajan la. |
Di Siem Reap ni kami sewa tut-tut. Dua orang je. Senang. Perjalanan nak ke Tonle Sap ni agak jauh juga. Dan seingat kakak jalannya berdebu. So better korang pakai mask. Jangan lupa bawa air masak dan biskut/coklat/jajan untuk buat kunyah-kunyah. |
Jelita, untuk bunga malaya dari hati. Gittew. Dalam boat dah ni. Meronda Tonle Sap |
Luas betul tasik ni. Saujana mata memandang. Haa itu le perkataan yang yang driver bot ni tanya. Apa maksud "saujana mata memandang"? |
Kampung terapung Tonle Sap |
Btw, di sini mereka akan tanya kita nak menderma tak untuk sekolah. Kita bagi duit untuk trade barang macam beras dan bagi pada sekolah. masa kakak nak datang sini, kakak ada terjumpa beberapa blog dan juga artikel yang menyatakan kena berhati-hati, kadang mereka ni scam. Sekampit beras tu dah berapa kali rotate guna untuk lain-lain pelancong. But, terpulang kepada korang la ye.
Muslim Family Restaurant
As kakak bagitahu earlier, perjalanan ke Tonle Sap agak jauh dan balik semula ke bandar pun dah tentu jauh. Kami terus ke Restoren Famili Muslim (halal yer) untuk menikmati our lunch. Dah tengahari uols. Menu yang korang boleh cuba ialah lembu naik bukit. Macam steamboat la kira menu ni. Driver kami tak recommend pun makan menu ni. Mahal katanya. Tapi tak pe la kan? Datang pun sekali je. Kalau tak cuba memang tak merasa dah.
Cambodian Cultural Village
Destinasi seterusnya ialah Cambodian Cultural Village (CCV). Harga tiket masuk korang cari sendiri la ye. Kakak dah lupa. CCV ni kira macam theme park dan kampung budaya la senang kata.
Di sini terdapat pelbagai bangunan dan struktur bersejarah yang penting dalam saiz mini. Terdapat beberapa kampung mewakili warisan budaya yang berbeza dari pelbagai etnik. Di setiap kampung terdapat rumah, ukiran, pelbagai persembahan tradisional, upacara upacara perkahwinan tradisional, permainan rakyat dan banyak lagi.
persembahan kebudayaan |
Angkor Wat
tasik depan Angkor Wat |
Kalau ikutkan sepatutnya kami kena keluar subuh kala untuk menyaksikan matahari terbit di Angkor Wat. Sekian terima kasih. Kesiangan uols. Penat sangat. Maklumla tak tido sepanjang malam sebelumnya nak kejar flight pagi buta. Tapi dah terang cuaca pun okey la kan. Tetap cantik juga kat sini.
NOTA: Btw, kakak dimaklumkan dek kerana kawasan wat ni agak kelam kerana warna binaanya, maka kakak di advise datang sini memakai pakaian berwarna terang. Tudung colourful dan seluar hijau, kasut merah okey la kan?
Angkor Wat yang membawa erti City of Temples merupakan kompleks keagamaan paling besar atas daratan. Kuil ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian yang mempunyai menara dan bahagian galeri. Kuil ini dibina dari ispirasi Gunung Meru, yang merupakan rumah para dewa menurut kosmologi agama Hindu dan Buddha.
Angkor Thom
Elephant Terrace |
Merupakan bandar utama terakhir dan yang bertahan paling lama semasa Empayar Khmer. Tempat ini ditubuhkan pada akhir kurun ke-12 oleh Raja Jayavarman VII
Ta Phrom Temple
Berbeza dengan kebanyakan kuil Angkor yang lain, Ta Prohm mempunyai pemandangan yang fotogenik terhasil dari pokok-pokok besar yang tumbuh dari runtuhan-runtuhan kuil dan dikelilingi hutan menjadikannya salah satu kuil Angkor yang paling popular di kalangan pengunjung. Ta Phrom juga popular kerana merupakan lokasi penggambaran filem Lara Croft : Tomb Rider lakonan Angelina Jolie. Tempat yang sesuai untuk kaki posing dan photographer.
Banteay Kdei
Terdapat banyak patung di sini berbanding dengan kuil-kuil yang lain, ini tidak termasuk ukiran-ukiran pada dinding kuil. Kuil ini terbiar usang akibat penggunaan batu pasir yang tidak berkualiti serta binaanya banyak yang rosak. Jadinya perlu berhati-hati berjalan dalam kawasan di kuil ini. Di sebelah timur kuil ini terdapat Kolam Mandi DiRaja atau disebut sebagai Srah Srang.
NOTA: Dalam kawasan Banteay Kdei ni, kalau korang pandai cari, ada satu kawasan kolam kecil yang kalau korang bergambar di situ, nampak kuil dan bayangnya yang sangat clear dalam kolam macam gambar iols.
War Museum
Muzium Perang di Siem Reap adalah Muzium Perang terbesar di Kemboja. Ia memberikan pengunjung pemandangan unik dan mendalam mengenai bahaya yang dihadapi Kemboja selama 3 dekad terakhir abad ke-20. Ia juga memberi peluang kepada pengunjung untuk belajar lebih banyak mengenai apa yang sebenarnya berlaku semasa ‘tahun perang’ Kemboja.
Senteur's d' Angkor
Senteurs d'Angkor menyediakan rangkaian lengkap bagi mereka yang ingin membawa pulang cenderahati yang disediakan dengan teliti dari bahan mentah sehingga pembungkusan. Cenderahati buatan tangan merupakan salah satu cara terbaik menggambarkan kebudayaan tempatan. Kakak ambil kesempatan untuk membeli solid perfume dan sabun di sini sebagai tanda kenangan.
Hard Rock Cafe Angkor
Tak perlu nak cerita lebih-lebih. Kakak beli t-shirt je. Macam dah acara wajib mana-mana negara yang kakak pergi, kakak akan singgah samada beli untuk diri sendiri atau kiriman family/kawan-kawan.
Siem Reap Art Center Night Market
Pasar malam yang sibuk dengan penjual barang-barang kraf, perhiasan, pakaian, hadiah, makanan ringan, serta perkhidmatan urut. Dapatla kakak beli t-shirt untuk diri sendiri dan anak buah kakak.
Thoba Yana Halal Restaurant
Kat sini makan tengahari terakhir di hari terakhir. Kalau tak silap kakak minta menu jenis macam nasi goreng je. Memang tak ingat dah. Maklum la tujuh tahun sudah berlalu.
Artisan Angkor Silk Farm
Di sini merupakan tempat pembuatan sutera menggunakan teknik traditional. Para pengunjung akan menerima free tour guide proses pembuatan sutera bermula dari penanaman pokok mulberi hinggalah pembuatan barangan sutera.
Driver tut-tut kami di Siem Reap ialah Salim. Berbangsa melayu kemboja dan beragama islam. Fasih berbahasa Malaysia since pernah bekerja di Malaysia. Jadi memang mudah untuk kakak berhubung dengan dia sebelum datang dan berurusan dengan dia sepanjang di Siem Reap. Boleh hubungi dia di email : angkorlim@gmail.com
Sepanjang di sini juga kakak ada mencuba street food yang di recommend oleh Salim antaranya mee goreng, lemang, banana pancake dan air tebu limau. Dijamin halal oleh Salim wahahaha. Tak lupa kakak menyampaikan amanat pemberian orang yang meminta disampaikan kepada Salim agar dapat membantu anak-anak melayu kemboja.
No comments:
Post a Comment