Uolssss!!! Pernah tak korang pergi vaccay or jalan mana-mana ikut lirik lagu? Means korang pergi ke tempat dalam lagu tu? Hakak balik SP gi jalan-jalan ikut lagu Cinta Pantai Merdeka uols. Mampu? Lets sambil karoks
Cinta Pantai Merdeka
Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa
Terkadang aku sama
Mengatur bunga cinta
Keadaan memaksa
Kita terpisah jua
Andainya aku berdayaKan kucoretkan untukmuSebagai kenangan kitaKan ku buktikan untukmuAkan aku buktikanKuukir namamuDi awang Gunung JeraiDisaksikan laut daun nyiur melambaiJauh pandangan permaiDi situ Tanjung Dawai terkenang peristiwaCinta kita teruraiOh! indahnya... peristiwa...Cinta kita di Pantai Merdeka...Oh... oh...Masih ingatkah oh kekasihBiarpun kini kau di manaNamun dengarlah lagu iniCinta kita di Pantai Merdeka
Lagu/Lirik : Pak Long & Andy Rahman
Gunung Jerai
Dari Sungai Petani ke arah Yan (laluan perjalanan kami) korang akan menikmati pemandangan sawah bendang sepanjang jalan. Kalau nasib baik dapatla pemandangan sawah padi yang menguning. memang cantik ye. Peminat jagung boleh beli jagung di tepi-tepi jalan dekat dengan area jalan masuk ke Gunung Jerai. Sedapnya, corn in cup fresh. Air nira pun ada dijual.
Area Gunung Jerai disebelah bawah ada disediakan parking yang luas, pelbagai kemudahan lain termasuk surau, kedai-kedai makan, tandas dan sebagainya. Nak naik ke puncak tu kena hati-hati, jalan pun macam ular kena palu.
NOTA
1) Pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan telah di selenggara termasuk tayar
2) Bunyikan hon di selekoh
Korang boleh menginap di puncak Gunung Jerai ni ye. Ada The Regency Jerai Resort. Boleh la enjoy puas-puas pemandangan indah saujana mata memandang kat sini. Range harga start dari RM250 -+. Nak senang booking je guna aplikasi Booking tau Agoda. Boleh la lepak makan kek dan minum di cafe yang ada.
Selain enjoy pemandangan indah di sini, ada banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat. Antaranya boleh hiking, camping, melawat ke Muzium Perhutanan, menjengah Telaga Tok Sheikh serta mandi di air terjun.
Tanjung Dawai
Tanjung Dawai ni sebuah perkampungan nelayan. Iols every time balik SP memang akan pergi sini. Beli ikan bilis, ikan masin, tenggiri jeruk, ehhhh macam-macam di Arked Tanjung Dawai. Nak bawak balik ke Pahang samada kiriman dari emak atau beli untuk rumah sendiri. Tak lupa jajan-jajan untuk makan dalam kereta.
Selain shopping barangan hasil laut, di tingkat bawah arked ni juga ada kedai-kedai makan. Kedai nasi campur ada, kedai seafood pun ada. Pilih je. Makan sambil menikmati pemandangan tepi laut.
Nota: Nak shopping ikan bilis or ikan masin boleh try kedai no 27. Biasanya meols beli ikan bilis, ikan masin, gelama & tenggiri jeruk.
Mee Udang Rumpun Bambu di Tanjung Dawai ni pun sedap. Kalau musim udang tengah mewah, dapat la korang udang besar penampar dalam kuali weh. Jenuh nak menghabiskannya. Must try.
Pantai Merdeka
Sampai jua ke sini. Selalunya sebut masa karoks je. Pantai Merdeka ni satu-satunya pantai berpasir di Kedah. Pantai Merdeka suatu masa dulu merupakan destinasi popular di kalangan warga utara khasnya Kedah dan Penang.
Pantai Merdeka kurang sesuai untuk mandi memandangkan air laut pun dah tak sebersih dulu. Tapi masa kami datang ada je family yang mandi-manda di sini. Jangan lupa mandi sekali lagi nanti dengan air paip pulak, gatal-gatal pulak badan nanti.
Di sini juga korang boleh duduk santai dengan family menikmati pemandangan indah Gunung Jerai. Fuhhh kalau datang time matahari terbit or terbenam memang cun habis. Yang paling best korang boleh naik bot (RM5) dari Pantai Merdeka ni ke Tanjung Dawai. Senang uols. Tak payah susah-susah bawa kereta.
Selepas jeti ada kawasan berbatu kemerahan di kaki Bukit Penjara. Tak mampu dah hakak nak jalan sampai hujung sebab masa ni panas yang teramat sangat. Katanya fosil yang ditemui di sini menunjukkan usianya 450 juta tahun. Menarikkan?
Korang juga boleh makan-makan di sini, banyak kedai makan dan gerai dibuka untuk kemudahan pengunjung. Cuma, kalau musim cuti faham-faham aje la ye. Bersesak la. Ada gerai-gerai cenderahati. Tandas dan surau juga ada di sediakan. Btw, siapa yang nak bermalam di sini pun boleh . Ada resort.
No comments:
Post a Comment