Kakak sebenarnya dah tak tahu nak pergi mana dekat PD. Majoriti tempat kakak dah pergi. Last-last kakak google nampak ada tempat nama Phantasy Farm dan yang best dalam google nampak macam menarik aje untuk kakak berposing-posing. Harga Tiket RM35 seorang dewasa untuk warganegara Malaysia,kanak-kanak RM29. IC Nogori harga lain.
Phantasy Farm
Lot 3636, Batu 9, Jalan Pantai,
Kampung Sungai Menyala,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan
Phantasy Farm ni dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari pukul 9.30 pagi hingga 6 petang. Phantasy Farm ni ialah petting zoo ye dan merupakan cawangan Farm in the City . Untuk peminat haiwan dan yang ada anak-anak kecil memang tempat ni sesuai sangat. Kakak dan En.Suami spend masa dalam dua jam setengah di sini.
Station #2 Parrot School |
Btw, di kaunter tiket juga disediakan set makanan haiwan kepada yang nak beli. Encik Suami of course la beli. Lepas tu dia rasa tak cukup pulak rupanya beli satu bekas. Maklumla pencinta haiwan.
Station #6 Meow Meow House |
Swan Lake |
Cinderella Carriage |
Station #11 Ostrich Range |
Station #15 Alpaca Land |
Sunflower Field |
Station #18 Savannah |
Habis je zone haiwan ni kita akan sampai ke Grandma Backyard. Boleh la berehat di sini ada bangku untuk duduk. Yang ada anak-anak pun seronok rehat di sini ada treehouse boleh budak-budak main.
Yang menariknya di sini ada pulak Antique House . Layan je la kami berdua pun. Di Antique House ada jual air dan jajan so, memang sampai kat area ni dah haus tekak pun.
Giant Sofa depan Antique House |
Station #23 Grandma's Antique House |
Di Haunted House pula rasa macam pergi fun fair. Alaaa tak takut pun. Terkejut je la bila tiba-tiba patung tu bergerak.
Station #24 Funny Haunted House |
Station #25 Pigeon House |
Seterusnya korang akan melalui Phantasy Walk. Yang kaki bergambar macam kakak memang happy ye. Macam-macam port pilihan untuk bergambar.
Phantasy Walk |
Kami meninggalkan Phantasy Farm pun dah petang. Memang puas hati. Siapa yang datang ke PD boleh try spend time di sini.
No comments:
Post a Comment