Hai korang, berita duka kakak terima pada 24 Jun 2022 yang lalu. Kakak dapat berita one of the top fashion blogger (era sebelum insta wujud lagi) telah pun meninggal dunia akibat kegagalan jantung berfungsi. Usia Allahyarhamah baru sahaja 38 tahun Meninggalkan suami dan dua orang anak yang masih kecil.
Nak kata kakak rapat dengan dia pun tidaklah. Tapi kakak suka shopping kat butik dia Old Blossom Box Store sebelum dia fokus buat butik online pakaian kanak-kanak. Kakak juga selalu join program yang dia anjur.
Merasa kakak join pelbagai aktiviti melibatkan antaranya Levi's, Wardah Beauty (masa tu Wardah tak masuk Malaysia lagi), Aidijuma dan pelbagai kelas teknik makeup, pakai tudung etc, berjumpa dengan ramai blogger popular Malaysia dan ada juga dari Indonesia.
Thank you Jezmine Zaidan for glitz and glam memories. May Allah kurniakan you syurga firdausi atas sikap baik you dan ilmu yang you curahkan.
No comments:
Post a Comment