Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Sungai Lembing [part 2]


pintu gerbang sungai lembing
Settle urusan bilik terus keluar jalan-jalan Sungai Lembing. Tempat pertama wajib pergi mestilah muzium Sungai Lembing. Stuktur muzium ini masih seperti zaman dahulu. Terletak di atas bukit merupakan salah satu tempat tinggal pentadbir pada masa itu. Bangunan ini juga pernah menjadi istana hinggap Sultan Pahang terdahulu. Tiket cuma RM2 untuk dewasa.

depan kawasan muzium
jalan menuju ke muzium dari pintu masuk
pam air lama
bangunan muzium ini asalnya residen pegawai british suatu masa dahulu
pintu masuk muzium
Bermula dari sebelah kiri bawah yang menjelaskan asal usul nama serta pembukaan Sungai Lembing. Salah seorang lelaki melayu berpengaruh dalam aktiviti melombong bijih pada masa itu bernama Tok Tangguk. Apa yang membuatkan saya ingat sangat dengan nama ini ialah kerana terdapat satu kampung berhampiran kampung saya yang bernama Tok Tangguk. Mengikut catatan sejarah Tok Tangguk di katakan berasal dari sekitar Temerloh atau Chenor. Ye la tu kot. Kampung saya dalam jajahan Mengkarak, suatu masa dahulu dalam daerah Temerloh. Sekarang dalam Daerah Bera.

sejarah awal perlombongan di sungai lembing

Seterusnya sejarah permulaan aktiviti melombong dan di ruang sebelah kanan pula diletakkan peralatan-peralatan yang pernah digunakan oleh pelombong pada masa tersebut. 


antara alatan melombong
carta aktiviti harian pekerja lombong
alat-alat timbangan

Di bahagian atas pula, diletakkan beberapa replika laluan dalam lombong. Cara melombong, jenis,teknik, material yang ditemui di lombong Sungai Lembing, proses mendapatkan bijih dan sebagainya. Sangat bermanfaat untuk pelajar sekolah dan peminat sejarah.

replika laluan keretapi dalam lombong
antara hasil mineral
buku kehadiran dan rekod-rekod pekerja

Perkara yang paling menarik perhatian ialah lombong Sungai Lembing ini merupakan yang terbesar di dunia, hingga dikenali sebagai Eldorado of the East. Berkeluasa 322km iaitu lebih jauh dari perjalanan Kuala Lumpur ke Kuantan. Kita selama ni asyik tengok cerita hollywood dan pelbagai cerita asing lain mengenai perlombongan sedangkan negara kita sendiri punyai tinggalan perlombongan yang sangat hebat.

model lombong bawah tanah di sungai lembing

mercu tanda muzium

Selesai menikmati fakta-fakta sejarah di muzium, kaki ini menjejak jambatan gantung pula. Laluan menuju ke jambatan gantung ini sangat menarik ye, kerana dikiri kanan jalan kelihatan tapak lama kilang memproses bijih yang telah menyembah bumi. Oleh kerana baru sahaja hujan Sungai Lembing di limpahi air keruh dan deras. Sedangkan pada waktu biasa dikatanya pemandangan sungai ini sangat indah hingga dikatakan seperti sungai yang dipaparkan di National Geographic.

antara salah satu jambatan gantung yang ada

Hari hujan, sejuk dan keletihan, minum petang yang dicari. Terus ke Astaka Selera kerana kebanyakan kedai lain tidak beroperasi. Mungkin kerana cuti sekolah? Pilihan saya pastilah teh tarik. Makanan untuk petang tu kurang pilihan, saya ambil mee jawa. Rasa so-so je. Sebelum pulang ke bilik singgah kedai runcit untuk beli apa yang patut memandangkan tiada apa di bilik.


mee jawa. telur sebiji betul dia bagi





Stardust [2007]





Antara genre filem yang saya suka. Fantasi. Maybe sebab dalam movie dan dalam fantasi life look so much easier and happier. Tapi tak suka cerita berkisar alien sebab saya rasa masyarakat barat terlalu mengagungkan alien plak.

Movie ni mengisahkan tentang Tristan yang terlalu mendambakan cinta Victoria, gadis sekampungnya. Pada suatu hari ada satu tahi bintang jatuh dari langit, lalu dia berjanji akan membawakan bintang tersebut sebagai hadiah hari lahir Victoria sebagai bukti cintanya. Adakah Tristan berjaya mengotakan janji dengan 1001 masalah datang dari putera raja yang tamak, ahli sihir yang kejam dan lain-lain cabaran?


Tauladan

~ Kadang kala kita perlu bertindak out of box untuk mengetahui apa yang ada untuk kita di luar sana

~ Cinta buat kita bertindak bodoh

~ Cinta yang menuntut pelbagai syarat bukanlah cinta

~ Kadangkala kita perlu pergi mengembara, mungkin kita akan mendapat pengetahuan baru, mengenal diri, bertemu cinta sejati.

~ Bila kita benar-benar cintakan seseorang kita akan berkorban untuk kebahagiannya walaupun terpaksa menghancurkan hati sendiri

~ Cinta menambah kecantikan pada hati dan rupa

~ Jangan sesekali memilih cinta berdasarkan rupa fizikal dan status kewangan


Sempadan

~ Dengki khianat tidak mendatangkan kebaikan malah akan berbalik pada kita semula

~ Jangan sesekali mengamalkan ilmu hitam/sihir


Dialog Favourite

Yvaine : I think I love you. Is this love Tristan? I never imagine I'd know it for myself. My heart...It feel like my chest can barely contain it. Like it's trying to escape because it doesn't belong to me any more. Its belong to you. And if you wanted it, I'd wish for nothing in exchange. No gifts. No goods. No demonstrations of devotion. Nothing but knowing you love me too. Just your heart, in exchange of mine. 


Sungai Lembing [part 1]


Escapism. Advanture. Nature. Historical. Itu yang saya dapat gambarkan tentang Sungai Lembing. Kali terakhir ke Sungai Lembing menghadiri majlis perkahwinan seorang teman.

Teruja dengan viral post di FB, kali ini memilih untuk menginap di Capsule Retreat, dan bilik pilihan adalah Parallel Aurora. Bilik yang mempunyai dua mini bilik , dua-dua diletakkan katil queen, di pisahkan oleh sliding door dan bilik air di tengah-tengah. Maksimum boleh masuk 4 orang.

Berikut adalah senarai bilik-bilik yang boleh di pilih di sini:-

Cottage room 2pax RM118
Cottage room 4pax RM198
Capsules RM139
Parallel Aurora RM298
Parallel Discovery RM498
Parallel Cooperate RM398


Sampai sahaja di Sungai Lembing terus sahaja mencari Time Capsule Retreat (TCR). Perlu gunakan waze kerana tidak ada sebarang signboard tentang penginapan ini berbanding dengan penginapan- penginapan yang lain. Laluannya ialah anda perlu menggunakan jalan menghala ke lombong bijih dan turun melalui jalan keluar. TCR berada di pertengahan jalan turun tersebut.

Sampai sahaja di sini, hari sedang hujan. Kakitangan TCR membawa payung dan bantu bawakan beg. Macam biasa check in dulu dan daftar nama untuk ke Air Terjun Pelangi.


cottage

bbq

tengok la seat dia

Untuk ke Parallel Aurora (PA), perlu lalui zon Capsules terlebih dahulu, barulah tiba di PA. Ketika di PA hujan tiba-tiba menjadi sangat lebat dan perasaan ingin masuk ke bilik memang membuak-buak. Kelihatan seorang pembantu TCR sedang mengelap air di dalam salah satu bilik PA. Nampaknya tempias hujan telah memasuki PA.


capsule

capsule

Usai masuk ke dalam PA dan meletak beg, tempias hujan berterusan memasuki bilik. Hati memang rasa sebal mengatakan TCR tak buat homework lebih berkaitan dengan nature. Pintu PA di buat dari tingkap nako (ye ke namanya) ala macam tingkap sekolah tu,tapi versi kecil-kecil dan cermin gelap. Memang air hujan masuk dengan jayanya la kan. Tambahan pula tiada awning di depan pintu bilik.

parallel aurora, parallel discovery & parallel cooperate

PA mempunyai penyaman udara. Satu bagi setiap bilik. Bilik air yang luas. Ruang dalam untuk letak kasut. Tidak menyediakan almari tetapi meja kecil yang mempunyai laci bertingkat. PA juga menyediakan tuala. Selain daripada itu PA tiada kemudahan asas yang lain.


love!

dalam salah sebuah mini bilik di parallel aurora. side ni dinding kaca

Oleh kerana TCR terletak dalam kawasan yang penuh dengan pokok-pokok, suasana sangat nyaman dan sejuk. Ditambah pula dengan hujan, memang sejuk menggigil.

nak jamu mata monyet sila lah hehehe

CR tiada pakej breakfast. Tetapi ada disediakan roti, pembakar roti,air masak,peti ais untuk kegunaan tetamu yg kesemuanya diletakkan di foyer depan Cottage Room. Televisyen diletakkan di dalam bangunan Cottage Room. Wifi adalah terhad di sekitar Cottage Room sahaja.

Untuk breakfast, lunch dan dinner kita kena keluar. Antara pilihan breakfast ialah di Anjung Selera dalam pekan Sungai Lembing sendiri. Untuk lunch dan dinner ada beberapa pilihan seperti Warung Cikgu. Kalau nak lagi sedap kena keluar ke Kuantan.

Pendapat saya selepas menginap di bilik Parallel Aurora, Time Capsule Retreat

Pro

1)Nature
2)Unik
3)Salah satu side dinding PA adalah kaca.
4)Menyediakan pakej ke Air Terjun Pelangi. RM50 sekepala (4wd/megi/milo 3in1)


Contra

1)Tiada kemudahan asas yg biasa disediakan (cerek,cawan, 3 in 1. maybe diletakkan di foyer. bila hujan tetamu yang menginap di capsules dan parallel sukar untuk ke foyer) tiada penggantung baju, telefon (if anything happen, tetamu perlu keluar dari capsules dan parallel dan pergi ke foyer untuk dapatkkan bantuan staf)

2)Bila hujan, tempias masuk ke bilik sebabkan bilik bertakung dengan air (sepatutnya pihak pengurusan telah fikirkan solution, rasanya bukan kali pertama kawasan tersebut ditimpa hujan)

3)Katil diletakkan ditengah-tengah bilik untuk menikmati pemandangan dari dinding kaca, tetapi terlalu memakan ruang.Terpaksa alih katil supaya dapat bersolat. Tapi disebabkan tempias air yang masuk ke lantai bilik terpaksa solat atas katil jugak la

4)Bilik air kat tengah kabin,dinding kaca kabut.Bayangkan bila kita buat bisnes kat dalam tu,dua-dua bilik boleh dengar. 


toilet antara 2 bilik, dinding tu kaca kabut ye. nampak bayang orang buat bisness tau


Atmosphere


Saya tak tahu la orang lain, tapi saya memang sangat berminat dengan trend wall art ni. Pertamanya kerana hasil seni pelukis dan keduanya tahap kreatif pelukis itu sendiri yang memikirkan bagaimana cara untuk pihak ketiga boleh relate dengan lukisan tersebut.

Salah satu tempat yang punyai wall art yang menarik terletak di Atmosphere, Serdang, Selangor. Landmark belakang pasaraya Giant. Wall art ni bagaikan promosi bagi pihak Atmosphere. My two cent la kan. Sebab apa? Yela, bila dah bergambar nanti ada yang upload ke FB dan IG mesti tag pada Atmosphere kan? Secara tak langsung orang tak tau pasal tempat ni jadi tahu. Atmosphere ni kawasan baru. Kedai pun boleh kira dengan jari je berapa yang dah beroperasi.

Ni alamat the Atmosphere

The Atmosphere
(Behind Giant Seri Kembangan)
1-3, Jalan Prima Tropika Barat 2
Taman Prima Tropika
43300 Seri Kembangan
Selangor.



Antara wall art yang ada di bahagian bawah, eh tapi mural ni bukannya setempat ye. Merata-rata letaknya.



I want to run away
I love sleeping because dreams are way better than reality
When your life seems black and white, make sure that you dream in color


Menarik kan? Ni pula wall art yang ada di bahagian atas plak.




Being trapped in your past, will eventually rob you of your future

I've tried so hard

Listen to me, please...

Funny how a melody sound like a memory

Dan lagi wall art di tingkat atas.


I just want someone to come and save me, from life, from fear from memories, from everything. Just take me away
You can't always wait for the perfect times. Sometimes you must dare to jump
Life's full of tricky snakes and ladders

Sebenarnya banya lagi wall art yang menarik ada di sini. Hanya menunggu lawatan korang semua untuk keluarkan skill kreatif masing-masing.

Wish List


Santorini, Greece


Selalu tengok gambar orang melancong ke sini. Ahhh cantiknya. Tapi filem The Sisterhood of the Travelling Pants lagi buat saya rasa nak datang ke sini.

"the best and the most beautiful things cannot be seen or even touched, they must be felt with the heart"

 

Hokkaido


Jom kita jalan-jalan cari makan kat Jepun pulak. Ewahhh banyak duit kau, nak makan kat Jepun katanya. Tajuk pun Hokkaido kan...jangan tertipu. Hokkaido ni kat Malaysia je. Kuala Lumpur je pun.


restoren hokkaido

Hokkaido ni adalah sebuah restoren cina menghidangkan makanan laut. Terletak bersebelahan dengan Vistana Hotel. Landmarknya ialah Pekeliling. Siapa naik bas nak balik ke Pahang terutamanya Temerloh mesti tau kan? situ la tempat korang semua pun. Restoren ini berkonsepkan pork free, tetapi turut menghidangkan arak atas permintaan. Pengunjung terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

kaunter bayaran

Beroperasi dari pukul 6 petang hingga 12 pagi. Jangan la datang pukul 1.30 tengahari feeling-feeling nak makan tengahari pula ye? Memang tak buka. Alamat lengkapnya adalah 48-66, Jalan Lumut, Titiwangsa Central, 50400 Kuala Lumpur.

Di bahagian dalam restoren, notis besar terpampang "no pork served". Di situ kelihatan banyak akuarium yang menempatkan hidupan laut segar untuk di pilih oleh pelanggan. Selain itu pelbagai pilihan kerangan seperti lala dan pepahat di letakkan di atas ais. Pelbagai jenis sayur juga di letakkan di situ untuk di pilih oleh pelanggan.

no pork notice

pelbagai pilihan seafood juga sayur

antara pilihan sayur yang ada

Satu papan putih di luar kawasan dapur juga diletakkan dengan pelbagai senarai menu yang boleh di pilih. Tidak ada buku menu diberikan kepada kita, tetapi pelayan ramah memberitahu lauk apa yang ada beserta masakan yang bersesuaian.

senarai menu

Air yang saya pilih ialah kedondong asam boi. Dengan cuaca panas yang teramat sangat pasti enak air buah masam lagi sejuk mengalir dalam tekak. Air masak kosong juga diminta bagi seimbangkan rasa manis air nanti.

kodondong asam boi. nyumssss

Bagi pilihan lauk pula, menu yang dipilih ialah ikan siakap stim asam, sotong telur masin, lala masak sambal dan baby kailan goreng bawang putih. Nasi ambik satu je.

siakap stim asam

baby kailan bawang putih

sotong telur masin

lala sambal

Haaa terliur tak tengok gambar-gambar makanan ni semua? Total damage ialah RM110. Pendapat perut yang telah pun kenyang?

Pro

1)Layanan pelayan mesra
2)Restoren bersih
3)Must try air kedondong asam boi 
4)Sotong telur masin sedap sangat
5)Siakap stim not bad
6)Kacang tanah dihidangkan masa menunggu makanan

Contra

1)Parking susah sikit
2)Tidak sesuai untuk muslim yang tegas tentang sijil halal dan syubhah. Kerana restoren ada hidangkan arak botol atas permintaan
3)Sayur baby kailan cara masaknya agak kering
4)Lala sambal agak pelik. Maybe sebab sambal chinese style?
5)Harga agak mahal 



7 Days, 7 Favourites