Setelah sekian lama dibuka, ada sekali dua lalu di depan, dapat juga kakak singgah ke salah satu tempat menarik iaitu Titik Tengah Semenanjung. Tak sangka kat Temerloh je uols atau lebih tepat lagi di kawasan Lanchang.
Temerloh Titik Tengah Semenanjung
Bt 11, Kampung Paya Siput
28500 Lanchang
Temerloh, Pahang
Kakak puji kerajaan negeri bangunkan tempat ni. Lebih-lebih lagi tetapkan tiket bayaran masuk. Baru la manusia ada akal tak merosakkan kawasan macam ni. Selain monumen Titik Tengah, kawasan ni terdapat pelbagai check point untuk kaki bergambar macam kakak untuk berposing.
wehhhh kakak baru tau kartunis Aza tu orang Jerantet wehhh...ada galeri dia kat Jerantut. one day kakak mesti pergi |
Monumen Titik Tengah berada di atas bukit sikit dan kena melalui kawasan tasik. Monumen asal dibina oleh JUPEM (Jabatan Pemetaan Malaysia) sebagai penanda titik tengah. Manakala kerajaan negeri pula bila monumen baru yang lebih besar sebagai daya tarikan utama di sini.
NOTA
1) Tapak monumen menunjukkan arah dan jarak ibu negeri dengan monumen
2) Pancang di bina condong arah kiblat
3) Enam pancang luar (gold) melambangkan Enam Rukun Iman dalam Islam
4) Lima pancang dalam (grey) melambangkan Lima Rukun Islam
Fasiliti yang di tawarkan di sini juga selesa dengan kawasan parking kereta, tandas, tempat solat serta cafe. Korang patut singgah di sini kalau dalam laluan. Baru kita tahu di mana sebenarnya kedudukan Titik Tengah Semenanjung.
No comments:
Post a Comment