Sementara masih Syawal lagi ni, kita cerita pasal Syawal la ye. Baru-baru ini kakak follow En.Suami menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Tentera Darat di Sungai Besi. Kakak as usual seronok dan teruja attend event. Maklumla lama tak datang event meriah.
Dengan konsep Rumah Terbuka Kembali Ke Desa, pelbagai dekorasi rumah kampung ikut negeri. Memang lawa-lawa. Tapi kakak tak larat nak merayau beria sangat. Manusia ramai giler. Ada lebih kurang 5000 orang kot. Nak ambik makan pun tak kuasa beratur panjang. Tapi anggota tentera dengan keluarga memang semua sporting (ikut arahan) ye. Semua berbaju raya sedondon dengan famili.
Hakak syiok tengok show je. Bahagian persembahan by artisbudaya tentera. Penyanyi jemputan Norshila Amin dan pengacara jemputan Wahid Senario. Lagu yang disampaikan of course la lagu-lagu raya lama dan baru.
Btw, ada kem baru iaitu Kem 34 Bera. Since kem ni bawah parlimen PM kita, anggota tentera yang ditukarkan ke kem ni dan ahli keluarga duduk bawah khemah khas sebab PM nak beramah mesra sendiri dengan warga Kem 34.
kakak berborak dengan PM in loghat Pahang tau! |
Btw, tahniah rumah Melaka menang rumah terbaik. Memang happening, ada A Famosa, ada Hang segala Hang, ada dondang sayang, ada beca, lepas tu ada burung hantu dengan kambing hidup. Yang haiwan ni kakak tak boleh nak fikir apa significant dengan Melaka.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete