Langsung ketaktahuan kalau bukan kawan kakak bagitau ada cafe hispter di Lipis. Bersemangat waja kakak mencarinya. Paling lawak, landmark yang diketahui ialah tepi Sungai Jelai. Menggagau cari sebab cafe ni takde signboard! Memang rare. Pure rare punya cafe.
Sidang Kopi
18, Jalan Jelai
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur
No Tel : 016 370 2616
Waktu Operasi : 10 pagi -10 malam
(setiap hari kecuali hari Rabu)
haaa kau, memang tak de signboard |
Seperti biasa kakak memang suka la cafe yang ada tema ni. Kali ala industrial gitu. Di dinding cafe ada diletakkan chalk board tertera menu-menu yang ditawarkan di sini. Yang istimewa kopi di sini.
pilihan menu & harga |
Di bahagian dalam cafe disediakan juga zon makan yang agak santai. Dengan rak buku pelbagai novel dan gitar. Kalau korang pandai main gitar boleh la try.
No comments:
Post a Comment