Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
Showing posts with label iah lawyer. Show all posts
Showing posts with label iah lawyer. Show all posts

Jawatan Kosong


Finally setelah hampir 4 bulan kakak kerja secara agresif one woman show , kakak akhirnya terpaksa juga ambil staff untuk bantu. Penat betul kakak. Kurus je tak. Fizikal, mental & emosi memang out. 

Buat permulaan ni kakak ambil kerani separuh masa je. Bukan apa, petang je yang kakak available nak ajar staff buat kerja. Pagi kakak busy bee. 

Tak sangka sambutannya hangat. Kakak sempat buat 4 sesi temuduga. Dari semua yang hadir ada 2 orang yang paling outstanding. Tapi kakak pilih yang paling memiliki kriteria yang kakak mahukan. 

Semoga staff baru boleh adapt dan tahan bekerja dengan kakak.Hopefully dia boleh memudahkan kerja-kerja kakak, boleh kakak cari lebih banyak job dan insyaAllah boleh offer dia jadi kerani sepenuh masa. 

9th Step: Marketing


Bussiness Card

Antara perkara yang awal kakak tempah ialah bussiness card. Awkward rasa memandangkan kakak dah terlalu lama tak bawak bussiness card time kerja. Berkotak-kotak kad yang belum habis guna. Feeling glamour pulak ko ye, tak payah kenalkan diri guna kad.

As usual kakak tempah di Shopee je. Kakak sangat puas hati dengan quality dan hasil cetakan. Kakak buat simple je uols. Janji tak nampak macam zaman purba. Kalau uols terfeeling nak tempah bussiness card boleh la try tempah dengan A & A Iltizam

Dah ada bussiness card tentulah kakak ko ni sibuk nak bussiness card holder pulak. Beli di Lazada je uols. Warna haruslah pink, lebih tepat lagi warna rose gold. Gittew

Marketing

Btw, seawal minggu pertama mula bekerja, walaupun WFH je. Kakak usahakan juga untuk jumpa orang, jumpa banker untuk maklumkan yang kakak sudah buka firma sendiri. Dalam serba kekurangan work from home kakak gagahkan diri sediakan semua yang patut untuk tujuan marketing. Terutama dengan panel.

Bila berurusan, kakak cuba pergi a few kedai sekaligus. Buat urusan, banding harga,  plus kalau berkesempatan kakak hulurkan bussiness card kakak. Begitulah, bila kerja sendiri ni. Kena ramah tamah dengan masyarakat keliling selain pandai buat kerja. 

Kakak jua gagahkan diri pergi court buat kes-kes YBGK. Selain mencari income sementara menunggu kes sendiri masuk, kakak juga dapat jumpa ramai orang, kakitangan mahkamah, polis, peguam-peguam sambil-sambil maklumkan perjalanan baru kakak ni. 

Letihnya jangan cakap la fasa ni ye. Itu pun kakak fokus jumpa dengan full panel je dan kakak bagi perhatian pada panel yang agak-agak boleh bagi job cepat pada kakak. 









5 Minutes Fame


Hai uols hakak teruja nak story, sebab beberapa hari lepas hakak dapat 5 minutes fames selepas mewakili 
Orang-orang Kena Tuduh bagi rayuan hukuman Orang-orang Kena Tuduh dalam satu kes viral. Hakak nak puji pihak media yang berjaya quotes nama kakak dengan betul. 

Utusan
Berita Harian
Harian Metro
Astro Awani
Sinar Harian
Bernama
Kosmo

Disebabkan kes ni viral, penuh mahkamah dengan waris tertuduh dan wartawan. Ikut kebiasaan kes-kes di bawah S.323 & S.448 Kanun Keseksaan ni santai je. Nobody care gittew. 

Btw, kakak memang tak baca komen-komen netizen langsung walaupun esoknya jurubahasa bagitau kakak dia sakit hati malam tu baca komen-komen netizen. Kakak ambil langkah selamat hahahah. Fokus pada nama sendiri sajah. 

Selepas berbelas tahun jadi peguam dan attend court ini kali pertama kakak terlibat dengan kes viral. Maafkan kakak atas kepoyoan letak story kat sini. Adios.



8th Step: Account


Bersama Letter of No Objection dari Bar Council, maka dapatlah kakak bergerak ke step seterusnya iaitu membuat permohonan membuka akaun syarikat di bank. Kakak memilih untuk buka account syarikat di bank-bank yang kakak dapat panel penuh. Ye la, dia orang la yang berpotensi tinggi bagi job kat kakak.

Bagi memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank-bank, kakak perlu dapatkan mandat dari semua partner lain untuk bank luluskan permohonan buka akaun. Makanya, nak dapat mandat aje makan masa berminggu-minggu melalui urusan courier. Kakak tak berapa gagah nak memandu around negeri Pahang- Selangor yer untuk jumpa semua partner secara fizikal.

Pilihan pertama kakak ialah bank biru-oren. Bank ni dari awal memberi sokongan kepada kakak. Makanya kakak decide untuk buka akaun pertama dengan mereka. Urusan agak delay memandangkan approval perlu dapat dari HQ, dan warga HQ-nya kerapkali kena kuarantin. Tapi walaupun delay, selesai juga dengan urusan buka akaun dengan jayanya.

Pilihan kedua adalah bank tiger, tapi memandang ketika datang marketing kakak telah di dismiss depan-depan, kakak agak reluctant untuk buka akaun dengan mereka. Yelah, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong pulak kan. Awal-awal lagi orang tunjuk sikap tak sudi dengan kita, kita pun hmmm.

Seterusnya, tanpa disangka disebalik pelbagai halangan untuk ke bank bulan sabit, manager bank ni datang jumpa kakak dan teruslah kakak setuju untuk buka akaun kedua dengan mereka. Alhamdulillah mereka permudahkan urusan buka akaun. Kita sokong bussiness mereka yang sokong kita.

NOTA
Sekalung penghargaan buat partner kakak, Nery yang sudi datang dari jauh membantu kakak membuka akaun-akaun ni. 









7th Step: Decoration


Kakak memilih konsep Black-White-Pink untuk tema warna office kakak. Mampooo? Walaupon sengkek! Walaupun sukar untuk mendapatkan semua pekakas dengan warna yang kakak nak itu le lebih kurang konsepnya.

Signboard

Signboard untuk office memang tak de pilihan. Just ikut je seperti undang-undang yang telah di tetapkan oleh akta. Kakak di recommend oleh orang untuk tempah di satu kedai ni. Harganya pun kakak persetujui. Tapinya la hai, berurusan dengan kedai ni pun mendatangkan darah tinggi je. Berapa kali janji nak datang tapi end up nan hado. If tak yakin boleh datang tak payah bagi nak datang hari esok, boleh datang hari sekian. Bagi hari yang betul-betul boleh datang. Ko ingat hakak tak de kerja lain menunggu engkau. Lagi satu kalau tak boleh datang bagi tahu la awal-awal. Memang teruk ye servis. Last-last dia kata memang tak boleh buat. Herghh bazir masa hakak.

So, hakak pergi satu lagi kedai buat signboard. Yang ni memang dah lama buat bussiness ni. Bila dapat harga Ya Rabbi, kos pemasangan je boleh dapat satu lagi signboard. Tempoh boleh siap satu minggu. Memang pangkah. 

Pergi lagi satu kedai, Alhamdulillah, harga munasabah, kos pemasangan pun masuk akal dan boleh buat within 3 hari. Sangat mudah berurusan. Sekali je jumpa. Yang lain berurusan melalui whatsapp je. Serious babe, lepas bayar deposit terus dapat draft signboard. Hari ketiga dah siap signboard. Hari keempat pasang. Alhamdulillah. Selesai masalah.

Iklan Sin Voon Meng
59, Jalan Lipis
27600 Raub, Pahang
No Tel : 019-988 2045

Alhamdulillah, selesai. Abaikan cat bangunan yang dah teruk camtu.


Wall Decor

Akibat sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dari tukang buat signboard, kakak tempah lagi satu arcylic board untuk pasang dalam office di waiting area. Haa begitu la ye, kalau perkhidmatan bagus, orang akan ulang-ulang cari.


Cat

Kakak pilih yang mudah je. Cat je opis kaler putih. Habis cerita. Yang warna lain sikit ialah  grill. Kakak minta cat kaler pink. Senang orang nak cari. 

Peti Surat

Memandangkan peti surat lama di situ dah hancur, kakak beli je peti surat baru di Cowboy Temerloh. RM10.90 kot harganya.


Loceng

Kakak beli di DIY je mudah ko. Yang kakak beli ni harga dalam RM19 gitu la lebih kurang. Kakak pilih yang ni sebab nak sama tema dengan opis la kaedahnya. Masukkan je bateri lepas tu terus je la berfungsi locengnya.

Furniture

Since lantai warna natural, dinding putih, kakak order meja executive warna Boras Ash kaki putih. Sama je dengan meja staf. Meja staf L shape. Beli satu je dulu. memandangkan meja kan berat. Tak gagah kakak nak pasang sendiri. Kakak order je dari Kedai Perabot Golden Furniture. Biar dia orang yang pasang.

Untuk kerusi, untuk kakak sendiri kerusi warna rose red/magenta. Untuk guest dalam bilik kakak, kerusi hitam. Kerusi kerani dan kerusi di waiting area pun hitam. Semua kakak order di Shopee hahahaha. Walaupun terpaksa pasang sendiri. Nak jimat punya pasal. Kakak cari yang mur-mur je uols.

Bidai/Langsir

Bagi menampakkan bilik kakak tu biar besar. Kakak pilih bidai zebra warna putih. Mula nak minta ID yang pasangkan. Tapi mahal sangat. Sudahnya kakak beli di Shopee je suruh kontraktor tolong pasangkan. Kakak happy sangat bila dapat dengan harga yang jauh affordable dan dibungkus proper oleh Wallpaper Blind Home. Mujur juga pihak courier baringkan bidai dalam kawasan porch kakak, takde la tumbang tak tentu hala sebelum kakak ambik.

Malangnya disebabkan rekaan plaster siling mengakibatkan bidai tak boleh di pasang. Terpaksalah kakak order langsir. Herghhh. Tak ke jenuh nak pilih langsir yang sesuai untuk diletakkan di office? Macam biasa order online sajahhh dengan seller langsir favourite kakak di Shopee iaitu MrTrees.


Tikar Getah

To save budget, untuk lantai bilik solat dan bilik meeting kakak guna tikar getah je sebagai base. Gigih kakak cari tikar getah seiras dengan laminating floor. Bila kakak hantar gambar pada kawan-kawan, dia orang pun kata memang seiras. Alhamdulillah. Jimat banyak. Kakak beli di Shoppe je macam biasa melalui seller JL Lifestyle di Shopee. Pembungkusan terbaik!


Office Sticker 

Kakak order di online juga. Senang. Macam-macam signage termasuk SOP signage kakak order. Dari pelbagai kedai di Shopee dan Lazada. Mudah.

Office Supplies
Cop

Perkara yang pertama sekali hakak cari ialah cop untuk kegunaan pejabat. Mandatori ye. Kakak tempah di Shopee je since jauh murah almost separuh harga banding tempah di Raub. Lagi pulak pembuatannya kemas. Kakak pernah tempah pocket cop dengan seller ni. Tu yang berani tempah online dengan Vstamp Printing.

File Administration

Since kakak banyak buat kerja admin buat sementara ni, sistem pemfailan kakak jadi huru hara. Makanya kakak pun order file untuk sort out dokumen-dokumen pentadbiran. Ehemmm dapat warna magenta/fancy pink. Lawa giler. Seller pun best sangat komunikasinya. Daebak GY Office!

Photostat Machine

Seterusnya kakak cari company yang boleh bagi sewa mesin photostate. Kakak sangat-sangat happy jumpa company ni. Kebetulan pergi photostat profile company dekat satu kedai ni, dia yang bagi nombor h/p kedai sewa mesin photostat. Mudah sangat bawa berbincang. Mereka pun cepat sediakan Pricing Proposal, TnC yang menyenangkan hati. Paling mantap dapat pilih mesin baru or mesin lama. Memandangkan tempahan mesin ambil masa sebulan, pihak syarikat mesin photostate offer bantu kakak pakai je dulu mesin second hand. Just bayar meter penggunaan je sementara tunggu mesin sebenar sampai. Syukur. 

Kakak pilih mesin baru. Mesin lama nanti jadi macam company lama la, memanjang asik rosak dan nak kena pakai techniciam. Sudahnya satu mesin je orang guna, yang satu lagi jadi tukun dalam opis. 

Resit

Kakak tanya kerani office lama. Dia tak recommend kakak tempah voucher. Tempah resit je jimat sikit. Voucher print out dari computer je. Kakak cari kat Shopee. Majoriti la barang kakak cari kat Shopee or Lazada. Tak de masa nak menggagau cari secara fizikal. Lagi pulak barang kat raub ni mahal. Even kena bayar kos penghantaran pun still murah dari beli kat Raub. Tapi, hmmm dari segi kualiti memang kureng la. Tak kemas langsung, senget benget. 

Setelah berfikir panjang kakak tempah resit baru untuk Official Receipt for Client's Account since yang set yang ni je yang defected. Alhamdulillah dipermudahkan.

File & Envelop

Envelop semuanya beli online di Shopee dan Lazada. Murah hampir separuh dari kedai-kedai di sini. Untuk file-file pula kakak mulanya nak tempah khas, tapi printing hanya ambil tempahan minimum 1000 pieces. Adesss...Kakak perlu file pelbagai warna untuk bezakan jenis kes. Awal-awalnya, kes pun tak masuk lagi, lagi ,mau tempah 1000. So, beli je la online. Kakak ambik tiga warna dulu pink, blue dan orange.

Stationary

Kakak beli dari pelbagai sumber. Sumber utama haruslah Shopee, Lazada dan ada yang kakak cari di pelbagai kedai stationary yang kakak jumpa. Btw, pilihan tetap mengikut tema warna iaitu hitam-putih-pink.

This & That

Actually banyak benda-benda kecik yang kakak tambah untuk decor. Jenis yang mengarutlah. Rak kasut, alas kaki, penyapu, bunga la dan entah macam-macam lagi. Biasala kan. Lagi pulak masa agak banyak memandangkan masa ni file-file official belum masuk lagi.









6th Step : Renovation

 




Perkara seterusnya yang mendatangkan kesakitan kepala ialah office layout plan. Ye, nak buat partition macam mana? Berapa bilik? Kat mana nak letak meja staff? Almari nak letak dekat mana? Pantry? Aduhai...Kos renovate dan harga perabot lagi tak termasuk stationary.

Premis yang kakak sewa merupakan bekas opis orang dan sebelum kakak masuk ada penyewa lain yang kononnya buat perniagaan online. Mereka telah membuat perubahan pelik pada ruang pejabat. Tak tahu kenapa ada lubang-lubang pelik yang dibuat, plus cuba menutup bahagian pantry/satu toilet? (Premis ada dua toilet).  Adoi bertambah kos renovate kakak. 

projek online apa ntah gini gaya

Telefon/Wifi

Untuk telefon kakak buat keputusan tak akan guna landline buat permulaan. Beli hp khas untuk kegunaan pejabat. Senang. Untuk internet pula kakak akan buat bila dah dekat nak buka ofis.

Kakak buat permohonan di TM/Unifi Raub. Dengan tak disangka-sangka kontraktornya datang dari Terengganu! Jauhnya. Alhamdulillah, dimudahkan urusan. Brader yang pasang unifi tu kata tak payah bayar apa-apa. Syukur.


PAIP

Perkara pertama yang kakak buat ialah menyambung bekalan air. Kakak dikehendaki menyediakan:- 

1) Perjanjian Sewaan
2) Salinan Kad Pengenalan
3) Bayar deposit RM200
4) Isi borang yang disediakan dengan bayaran RM1

Urusan di kaunter PAIP mudah dan memudahkan. Dah siap semua bila cek paip luar premis, bermangga la pulak. Dah kenapa? Kakak call PAIP tapi tak de orang yang nak jawab. Busy katanya. Aiyohh. Dan setelah mencuba beberapa kali barulah dapat bercakap. Technitian PAIP sahkan saluran PAIP premis tu bukan yang bermangga tu. Saluran PAIP air tu terbalik, yang bermangga tu premis bawah punya. Okey, kakak nak puji ye PAIP Raub punya servis selepas dapat aduan serta-merta ambil tindakan dan hubungi semula dalam tempoh lebih kurang satu jam sahaja!

Then tiba-tiba kakak dapat mesej dari pihak PAIP, minta hadir ke premis untuk double check up saluran. Dia orang rupanya buka dua lock salur air sebab tak pasti salur mana masuk ke ofis kakak. Rupanya memang betul yang tinggi untuk saluran air ke premis yang kakak sewa. 

Dan, selepas kakak ingat semua dah selesai, pekerja yang renovate premis bagitau air tak masuk ke tangki. Selama ni dia orang guna air tangki je. Sekarang air tangki dah habis. Aduyaiiiii, again kakak kena call PAIP. Dua hari orang PAIP datang check dan  menyelesaikannya. Rupanya saluran paip dalam bangunan yang tersumbat. Cakap le awal-awal. Barula kakak paham.


TNB

Bagi penyambungan eletrik kakak di minta menyediakan:-

1) Perjanjian Sewaan
2) Salinan kad pengenalan penyewa
3) Nombor telefon dan alamat e-mail
4) Deposit RM513
5) Download TNB Apps.

Migraine ye kakak berurusan dengan TNB. Mula-mula tu salah/tak boleh baca line dan menyebabkan kakak kena bayar deposit yang salah dan TNB pasang meter di premis yang salah! Ko rasa? Dah hakak bukan pekerja TNB mana la pulak kakak nak tahu line mana untuk premis akak sewa? Disuruhnya hakak plak mengkajinya. Ngamuk la hakak, dengan landlord sekali hangin. Dah kenapa kita kena buat kerja orang? 

Nak menunggu keputusan betul ke salah pemasangan dah makan masa setengah hari. Lagi 20 minit nak tutup pejabat baru panggil kakak buat pembatalan akaun yang dah dibuat dan buat bayaran baru untuk line yang sebenarnya. Dah buat bayaran nak tunggu diaorang cabut yang lama dan pasang meter baru entah berapa hari pulak. Allahu. Kesabaran kakak nipis betul rasa.


Contractor

Kakak cuba mencari contractor yang boleh buat all in. Antara yang kakak nak kena buat:-

1) Partition (alih/tambah/buang) 
2) Tutup siling yang rosak
3) Buang karpet lama
4) Kepala pipe untuk pantry
5) Cat
6) Pembersihan

Alhamdulillah jumpa contractor yang boleh buat kerja yang kakak nak. Lega satu masalah negara. Yelah, tak boleh nak buat kerja lain kalau bahagian asas tak selesai. Yang geramnya kerja tak boleh nak start sebab masalah di TNB. 

Kakak minta dia masuk je start kerja-kerja yang tak perlu letrik dulu. Tu pun terpaksa delay beberapa hari sebab pekerja-pekerja dia terlibat dengan banjir. Adess. Btw kakak agak kurang puas hati dengan tempoh masa kerja kontraktor ni yang pada kakak bazir masa. Total hampir seminggu tak bekerja kerana tunggu barang sampai! What the hell? Minta payment 70% kakak expect kerja jalan terus 70% takde delay ye. Memang ini kali pertama dan terakhir ye berurusan dengan kontraktor ni.

Masuk tahun baru, ofis masih tak siap. Terpaksa la kakak WFH terlebih dahulu.Jumpa client pun kat luar. Mujur semua peralatan ada. Kalau tak memang naya la nak buat kerja yang bermacam-macam dokumen tak siap lagi. 


Floor

Kakak ingin pasang laminating floor memandangkan ofis kakak, kakak tak mahu pakai kasut. Nak pasang karpet susah nak maintain dan mengumpul habuk. Dah la kakak tak berapa tahan dengan karpet. So, kakak berjaya dapat pihak yang boleh buat iaitu Metro Home Decor. Harga yang dikenakan pun munasabah. So, selesai juga masalah lantai. Tu pun tak pasang penuh. Pasang bahagian yang utama je. Marcus datang ukur dengan teliti dan detail ye. Hari hujan, hujung minggu, bertabah la kami semua. Marcus dan teamnya ambil masa satu setengah hari je untuk pasang lantai. Lega kakak boleh bawa masuk perabot dan barang-barang pejabat.
 

Doorman

Kakak asalnya plan nak buat pintu slide. Tapi bila doorman datang dia tak advise kakak buat pintu slide memandangkan tepi pintu ada suis lampu. Haa ikut la mana yang baik. Kakak sudahnya setuju buat pintu swing je, tapi kaca la kan, dengan frame warna putih.


Air-cond

To save time kakak beli siap-siap air-cond. Nanti bila ofis siap renovate,  baru kakak panggil dia datang pasang. Senang.


Wiring

Kakak panggil wiringman yang kakak dah pernah berurusan. Kakak suka dia ni sebab kerjanya pantas, tuntas dan bersih. Orangnya peramah dan mudah berurusan, serta suka recommend tukang-tukang yang bersesuaian dengan keperluan kita. Even dia sendiri akan bagitahu tukang tu jenis macam mana.

Untuk bahagian wiring ada beberapa part yang kakak kena repair sebab ada perubahan partitian. Ada bilik yang tak de plug nak kena tambah. Ada nak tambah lampu juga. Btw, ada beberapa bahagian yang tak masuk dalam contract dengan kontraktor, kakak sub aje suruh wiringman yang buat.


Awning

Nak jadi cerita, jiran sebelah dinding tu kakak kenal. Kebetulan pulak, dia reply kepada status whatsapp kakak. Terusla kakak inform pasal kakak buka firma sebelah dia. Dia pun bagitau minta kakak buat awning dekat tingkap sebab kalau hujan berangin, air hujan mudah tempias masuk ikut tingkap. Aduhai.

Macam mana la rupa opis kakak ye? Nanti kan. Kakak pun berdebar ni, dengar bunyi kaching-kaching, duit mengalir keluar dari bank kakak. Sob-sob-sob. Kepala kakak asyik sakit dan pening-pening lalat. Jangan darah tinggi sudah la. Stressnya ye, buat urusan sorang-sorang ni.









Lawyer Terpaling


Yihhhhh seminggu ni hangat Malaysia isu pasal lawyer. Netizen menggila masing-masing nak jadi Tuhan mengeji OKT (Orang Kena Tuduh) dan menerakakan peguam. Yang bercakap tu entah solat entah kan tidak. 

Selaku peguam berintegriti kakak memang tak de nak komen apa-apa tentang kes viral tu. Kita tunggu je keputusan Hakim di akhir perbicaraan di peringkat pendakwaan ini.

Banyak komen netizen yang kakak baca duk sebut, ustaz/cikgu/orang kata kalau jadi peguam ni kaki sebelah masuk neraka, sebab tu tak nak ambik law, tak bagi anak ambik law. Hoi! hadith tu sebut pasal Hakim/Judge yang corrupt la, bukan lawyer. Ngaji pun malas, dengar cerita orang je tahunya, ada hati nak menerakakan orang. Baca hadith ni. 


Hakim dan Peguam tu dua kerjaya yang berbeza ye. Tapi sebab netizen terpaling memang tak boleh beza. Netizen yang cerdik tahulah bezanya. Btw, kesimpulan dari hadith di atas (dengan anggapan netizen terpaling yang peguam dengan Hakim tu sama je), 1/3 dari kami dalam kerjaya ini telah dijamin masuk syurga betul tak?

NOTA : Minta pembaca tolong maklumkan kakak tentang ayat Quran atau hadith tentang kerjaya lain yang dijamin masuk syurga.

Since hangatnya isu ini semua orang nak buat content, selayaknya kakak selaku peguam pun nak buat content juga la. Tapi kakak nak sentuh isu yang berbeza, iaitu dari sudut kerjaya.

Apa pekerjaan yang korang boleh mohon, boleh lakukan sekiranya korang, anak korang, anak saudara korang memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang? Lebih tepat lagi setelah perolehi Ijazah Sarjana Muda Undang - Undang dengan Kepujian/ LL. B. (Hons).

Apa itu LL. B (Hons)? LL. B ni dari bahasa Latin iaitu Legum Baccalaureus yang membawa maksud Bachelor of Law. Honours/Kepujian pula iaitu melengkapkan sekurang-kurangnya empat tahun program kursus.

Tertakluk kepada syarat tertentu seperti Latihan Dalam Kamar, Ijazah Sarjana,  dan lain-lain, ini adalah antara kerjaya yang korang boleh kejar dengan LL. B (Hons) korang:-

1) Peguam 
Swasta : Peguambela, Peguamcara, Peguam Syarie, dan lain-lain

Kerajaan : Peguam Persekutuan, Penasihat Undang-Undang Negeri, Pendakwa, dan lain-lain

2) Kehakiman
Majistret, Hakim dan yang setara dengannya.

3) Penasihat Undang-Undang
Dalam sektor kerajaan, pelbagai syarikat swasta, perbadanan dan sektor korporat, bank serta institusi kewangan, universiti dan kolej.

4) Pegawai Tadbir/ Pegawai Tadbir dan Diplomatik
Pegawai Daerah (DO), Penolong Pegawai Daerah (ADO), dan lain-lain

5) Legal Compliance/Pematuhan Undang-Undang
Di syarikat-syarikat swasta, korporat, antarabangsa, seperti Mercedes

6) Ahli Perniagaan
Basicly once korang buka firma sendiri, korang bukan lagi sekadar peguam, tetapi korang juga ialah ahli perniagaan dan kena berfikir dan bertindak seperti ahli perniagaan selain jadi lawyer

7) Pensyarah & Tutor
Untuk pelbagai jurusan di universiti yang mempunyai subjek undang-undang selain di fakulti undang-undang sendiri

8) Wartawan
Kebanyakan wartawan yang berlatarbelakang undang-undang akan dihantar untuk buat laporan kes-kes mahkamah 

9) Artis 
Dengan syarat korang berbakat seni la ye seperti Sudirman Hj Arsyad, Yuna, Lisa Surihani, Diva AA.

10) Ahli politik
Perdana Menteri : Ismail Sabri Yaakob

Kecuali No 9, yang lain tu memang kerjaya yang disertai oleh kakak dan rakan-rakan kakak. Banyak pilihan kerjaya bagi lulusan undang-undang, kan? Dan ada pelbagai lagi cabang pekerjaan yang boleh disertai oleh lulusan undang-undang selain yang kakak sebut di atas. So boleh dah buang stigma kalau ambik law tu memang jadi lawyer je semata-mata.




5th Step : Bar


Selepas resign bukan boleh goyang kaki. Ada beberapa dokumen yang kakak kena hantar ke Bar Council. Hamboihhh, mudah je bunyi ye, hantar ke Bar Council. Nak menyelesaikannya amatla hazabedah! Consume time yang amat sangat. 

1) Release Partner 

Since kakak merupakan Partner on paper di syarikat lama, maka kakak kena dapatkan tandatangan persetujuan dari Partner lain, iaitu majikan kakak. Allahu, payahnya, dia tak nak sign. Padahal dia dah sign up dengan partner baru, release aje la kakak ni oiiii. Terpaksa la kakak proceed plan B untuk push jugak paksa dia sign. Dah berjaya buat dia sign dia tak nak bagi pulak original document yang dia sign tu pada kakak, nak bagi yang copy je. Siap dia tunggu tepi mesi pohotostate. Mujur la staf kakak cekap, cepat-cepat scan before photostate. Yang photostate bagi kakak depan mata dia. Yang scan color dia email ke personal email. Haaa kerja dengan orang macam ni, kepala otak kena ligat. 

2) New Partner

Kakak juga kena sediakan surat persetujuan daripada semua Partner di syarikat baru menerima kemasukan kakak. Yang ni pun kakak kena arrangekan. Partner ada yang duduk di Temerloh, Jerantut dan Kuantan. Tu pun syukur, partner-partner memudahkan urusan kakak. Tak payah la kakak ke hulu hilir bawak surat untuk dia orang sign.

3) Intention To Join

Surat ni juga kakak kena submit pada Bar Council menyatakan hasrat untuk sertai firma yang baru.

4) Intention To Set Up New Branch
  
Yang ni pun sama. Kakak kena maklumkan juga alamat premis, number telephone serta email. Kalau belum ada number telephone dan email, boleh maklumkan alamat premis je dulu. Kemudian baru submit phone dan email.

Lengkap semua surat-surat ni, barulah kakak boleh submit ke Bar Council. Kakak email dulu, baru courier. Nak menunggu jawapan no objection pun kemain debor tau dak! Dengan partner di HQ tengah vacation kat overseanya, penuh penantian kakak ni. Mujurlah memang NO OBJECTION!

5) Insurance

Dengan keluarnya surat Letter of No Objection, kakak di kehendaki menghubungi pihak insurance untuk memasukkan nama kakak. Yup, lawyer pun perlu insurance ye. Kenapa? In case berlaku perkara-perkara yang tak diingini, ada la back up. Dalam keadaan serba kekurangan akibat fizikal ofis yang masih belum siap, bersyukurlah urusan dengan pihak insurance mesti dibuat melalui email sahaja.












4th Step : Contract


Langkah seterusnya adalah kakak kena sediakan/memasuki contact atau perjanjian. Ada 3 yang kakak kena sediakan iaitu untuk Partnership Agreement, Rental Agreement dan Employment Contract untuk pekerja. Perjanjian Sewaan Premis dan Perjanjian Persefahaman kakak sediakan lebih awal memandangkan banyak urusan yang perlu dibuat.

Ye la kan, ko nak buka firma guna nama partner ko, kena la masuk perjanjian dengan partners yang terlibat. Baru la orang tu yakin kita ni serius dan akan buat apa urusan yang dia orang kena buat. 

Beberapa kali juga pertemuan di buat dan deraf perjanjian ulang kali dihantar ke HQ sebelum akhirnya kami bersetuju dengan semua term and condition dan meterai juga perjanjian tersebut. Kakak semakin busy. Proceed pula memenuhi dokumentasi permohonan buka cawangan kepada pihak yang sepatutnya. 

Begitu juga dengan premis sewaan. Kakak sedaya upaya uruskan segera walaupun ada hick up sana sini. Semesti ada alamat baru boleh proceed urusan-urusan seterusnya. Banyak dokumentasi melibatkan alamat pejabat. 

Employment Contract kakak sediakan kemudian memandangkan bulan-bulan awal ni kakak one woman show dulu la buat kerja sendirian berhad buat sementara.



3rd Step : Resignation

 



Alhamdulillah dengan pengumuman pembukaan kesemua industri pada oktober yang lalu, kakak meneruskan semula hasrat kakak untuk bekerja sendiri. Selepas lebih kurang setahun merancang, akhirnya kakak hantar surat perletakan jawatan. Empat belas tahun dah kakak bekerja di syarikat ni. Ya Tuhan, lamanya. Masa kakak menaip surat berhenti memang berdebar-debar rasa wey.

Kalau ikut kakak punya surat lantikan ketika menyertai syarikat ini, kakak boleh meletak jawatan dengan menghantar notis satu bulan. Akan tetapi kakak fikir, dah lama kakak kerja di sini lebih baik hantar notis dua bulan. At least bagi masa kepada majikan kakak untuk bertenang dan fikir tindakan selanjutnya untuk syarikat.

Nak resign pun drama ye. Nak adjust time bos kakak la, nak tunggu clear semua client la. Dah malam baru dapat jumpa. Bila kakak bagi surat putih tu pada dia memang terkejut la dia. Ye la, lama giler kakak kerja dengan syarikat dia, jadi salary partner pun lebih 10 tahun ye. Macam-macam la dia counter offer. Tapi since kakak dah ada perancangan hidup sendiri, memang kakak firm dengan decision. 

With heavy heart dia terpaksa rela terima notis perletakan jawatan kakak, walaupun dia refuse to sign letter to release partner. Tak pe la, Plan B ada. Dan, kakak tetap jalankan tugas seperti biasa. Bos kakak takde nak ganggu ke apa ke. Cuma dia agak kalut and panik nak cari replacement kakak. Semoga semuanya dipermudahkan.


2rd Step : Looking for Office

Langkah besar selepas memilih firma yang mana yang bersesuaian dengan kakak ialah mencari premis untuk di sewa. Budget kakak pun tak besar mana uols. Kakak tetapkan tak lebih RM1k untuk sewa ofis. Maka petang-petang balik ofis kakak pusing-pusing la ke sana sini untuk cari premis yang diiklankan.

Plan asal kakak untuk cari premis 3 bulan before kakak berhenti. Akan tetapi kakak telah di nasihatkan untuk cari lebih awal supaya kakak boleh buat renovation, dekorasi, bussiness card, relevant application dan sebagainya lebih awal menggunakan alamat premis.

Premis pertama yang kakak berkenan betul-betul depan main road dan free marketing. Setelah dihubungi owner, harga sewaannya adalah RM1300. Out of budget. Di area yang sama, belah belakang sikit, kakak try contact, harga sewaanya RM1k. Both premis kosong yang kakak kena tambah kos untuk renovate. Tapi boleh dipertimbangkan. 

Akhirnya kakak call kawan kakak si Niko Wong tanya kot-kot dia tau ada ofis untuk disewa below RM1k. Lalu Niko pun kata dia tahu ada satu tempat untuk di sewakan, yang dulunya juga bekas pejabat. Iaitu premis milik abang dia. Terletak di atas sebuat mini market. Partition dah ada. Socket dah di pasang. Kalau kakak nak dia boleh bagi diskaun. Wahhhh ini bulan jatuh ke riba. Maka kakak tetapkan temujanji untuk tengok premis.

Hari yang tetapkan untuk melihat ofis pun tiba. Tuan punya tak de pun, dia bukakan pintu je dan bagitau bila-bila kakak free pergilah tengok. Kotor office katanya. Kakak terus hubungi bakal staf dan ajak ikut kakak me-recce bakal office.

Di bawah, dipintu masuk utama, debu bukan main tebal, surat-surat kepada warga kerja bekas pejabat ni dulu tebal bertaburan atas lantai. Sawang memenuhi kiri kanan tangga bagai rumah Spiderman. Rumah Spiderman pun bersih uols! Kakak melangkah masuk dengan lafaz Bismillah dan doa. Tak tahu nak expect apa keadaan office bila tengok di bawah dah macam tu.

Buka je pintu pejabat, Tuhan sahajalah yang tahu betapa lapang dada dan lega perasaan kakak. Far way better dari yang dijangkakan. Office telah di pasang karpet sepenuhnya. Plaster siling lagi. Telah ada 3 bilik lengkap berpintu. Ada partition untuk sudut solat. Toilet ada dua, pin point socket banyak giler! Maklumla bekas ofis TNB. Selain perlu repair siling yang kopak kerana office lama mengeluarkan aircord berpusat mereka dari atas, bahagian siling yang lain tidak perlu dibuat apa-apa perubahan. Ada satu partition yang cadangnya akan kakak buang dan satu akan anjak ke depan lagi. Kakak juga perlu tambah sink untuk pantry. Perlu juga tukar pintu dan operasi mencuci besar-besaran sahaja. Maklum la ofis lama tinggal, debu, kesan kasut but, najis haiwan ada atas karpet.

Akan tetapi tuan punya premis tak setuju nak masuk contract awal. Tak pe la. Kakak pasrah. Pasti ada rezeki yang bersesuaian dengan kami. Masa masih ada walaupun sekejap je dah berganti bulan. Kita cari lagi.


Update 


Dan...

Kakak tadah tangan penuh kesyukuran kerana tuan premis enggan benarkan kakak masuk contract awal. Bayangkanlah dengan keadaan jangkitan pandemik yang makin teruk, ekonomi yang terus menjunam, kejap-kejap lockdown, kejap-kejap bidang pekerjaan kakak ni jadi essential, kejap lagi tidak pulak. Kakak pun tak pasti apa yang akan berlaku.

Buat masa ini kakak bertahan dulu asalkan dapat gaji hujung bulan dan kakak akan cuba untuk buat kerja tambahan sebagai tabungan andai sekiranya keadaan makin teruk. Syukur suami kakak kerja gomen, frontliner. Memang azab musim pandemik macam ni. Tapi setidaknya, beliau tidak dalam kedudukan yang tak pasti.

Keinginan kakak untuk bekerja sendiri masih membara, cuma hanya Allah dan masa yang akan tentukan bila kakak akan mula melangkah. Sama-sama kita berdoa, pandemik ini cepat berlalu, kerajaan mengambil langkah yang lebih bijak dan ekonomi dapat di bangunkan semula.


Update


Jadi,

Korang rasa di mana agaknya kakak buka firm? Kalau dah rezeki memang tak ke mana. Kakak dapat menyewa dengan si Niko. Sebelum kakak masuk ada penyewa lain yang sewa. Masa kakak tanya semula, rupanya penyewa tu baru je keluar.




7 Days, 7 Favourites