Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

10th: Trust me. I am a lawyer!


Bismillahirrahmanirrahim. Setinggi-tinggi ucapan syukur kepada Allah atas permulaan baru ini. Better late than never. Begitulah keadaan saya. Akhirnya, melangkah jua, menyertai Tetuan Jasmadi, Izhan & Azwani sebagai Partner di cawangan Raub, Pahang.

Dengan 1001 dugaan, akhirnya selesai juga proses renovasi premis yang saya pilih untuk jadi pejabat saya dan akhirnya saya beroperasi di pejabat secara fizikal setelah bertugas secara WFH sejak 3 Januari 2022. 

Kepada semua Partners Tetuan Jasmadi, Izhan & Azwani, En. Jasmadi, Puan Wani, En. Mizey, Puan Nurul dan Cik Shahira, terima kasih kerana menerima kemasukan saya dengan tangan terbuka ke dalam kumpulan yang hebat ini. Terima kasih kerana banyak memberi tunjuk ajar dan pelbagai bantuan kepada saya untuk memulakan langkah ini. 

Tak lupa semua Legal Assistant yang turut membantu memudahkan urusan saya. Matun, Aini, Adi , Atiah serta Zamri.

Terima kasih buat En. Suami yang dikasihi, yang menyumbang tenaga dan berkorban untuk fasa-fasa permulaan ini dan pastinya selepas dari ini juga. Terima kasih tidak terhingga buat ibu bapa saya yang sentiasa menyokong apa sahaja keputusan anaknya ini dengan diiringi doa dan pertolongan. Terima kasih adik-adik saya yang berterusan bagi moral support.

Buat Ahli Kelab yang sentiasa positif dan sentiasa bagi sokongan tak kira dalam apa juga urusan dari dulu hingga kini, Nurul, Maler, Alin dan Cinot terima kasih kerana sentiasa ada walaupun jauh di mata.

Buat sahabat-sahabat peguam/dalam bidang guaman yang saya hormati Kak Bie, Beep, Mijah, Didie, Aza, Mazura, Niza, Syamin, Tim, dan tak dilupakan Ella, terima kasih atas tunjuk ajar serta sokongan penuh kepada saya sejak dari awal lagi. Mohon maaf kerana agak mendiamkan diri sebulan dua ni, sibuk dan kepenatan membuat pelbagai urusan.

Kepada semua sahabat serta kenalan yang saya terlupa/tidak sebut nama yang telah menyumbang secara langsung atau pun tidak, terima kasih juga diucapkan.

Doakan firma Tetuan Jasmadi, Izhan & Azwani (J.I.A) cawangan Raub berjaya, rezeki saya melimpah ruah terus mengalir bagai sungai, agar saya bukan sahaja dapat berbakti kepada keluarga tetapi juga kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara.

NOTA : Maaf, tiada Office Warming memandangkan Raub berada dalam zon merah dan terdapat lokaliti di sini yang berada dalam fasa PKPD.

NOTA 2 : Btw, selepas dari ini kakak akan cerita sikit demi sikit step-step yang kakak buat dalam proses menubuhkan firma sendiri.






Kalau Tuan Singgah ke Raub


Kelab Raden


Dari Raub ke Tanah Rata
Negeri Pahang sangat besarnya
Apa guna bermain mata
Jika tidak dengan sungguhnya 

Sebenarnya ramai juga kawan-kawan hakak yang singgah ke Raub atas tiket kerja atau pun melalui Raub untuk ke Cameron Highland, Kuala Lipis atau ke Kelantan bila bermalam di Raub tak tahu nak buat apa di sini. Since dah lama iols menetap di sini, boleh la bercerita serba sedikit apa yang menarik yang boleh dibuat di Raub ni.

Fraser Hill


Bukit Fraser juga dikenali dengan nickname Little Scotland/Little England. Kenapa tetiba Little Scotland/England? Kalau korang datang ke sini, baru korang tau kenapa dipanggil Little Scotland. Binaan bangunan di sini dari era kolonial. Korang memang rasa macam di oversea dengan cuaca yang sejuk.

Aktiviti paling popular di sini ialah International Bird Race. Bukan lumba burung. Tapi peserta dikehendaki memerhatikan burung dan mencatat seberapa banyak spesis burung yang dapat diperhatikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Selain dari tu korang yang gemar aktiviti outdooor juga boleh hiking di Pine Tree Trail. Part paling best sebab mendaki ditempat sejuk. Tak berpeluh uols. Tak berapa haus sebab sejuk. Boleh hiking balik hari je.

Yang mana nak feeling-feeling tea-time ala english pun boleh juga di sini. Pergi je ke The Old Smoke House , bukan je boleh dapat minum teh dalam cuaca yang dingin, boleh juga menikmati scone yang hangat dan gebu. Selain dari restoren, TOSH juga menawarkan tempat penginapan.

Bunga Pakma @ Raflesia

Mana yang suka aktiviti outdooor haaa berita baik untuk anda. Tahu ke tak yang bunga pakma a.k.a rafflesia ada di Raub? Tapi yang ni korang kena hiking sikit la di Taman Eko Rimba Lata Jarum, Dong. Perlu hubungi Jabatan Hutan Raub untuk permit dan boleh check dengan diaorang ada atau tidak rafflesia yang sedang kembang.


Pulau Chekas

Pulau Chekas terletak di Ulu Dong, Raub. Ianya bukanlah sebuah pulau, Tapi jeram sungai. Pulau Chekas mendapat namanya apabila sebuah daratan terbentuk di tengah laluan air sungai.  Laluan air sungai yang terbahagi dua ini adalah keunikan Pulau Chekas. Di sebelah kanan dataran Pulau Chekas ini, terdapat alur sungai berbatu dengan air yang mengalir sederhana deras. Di sebelah kiri dataran Pulau Chekas ini pula, alirannya lebih tenang dan kurang berbatu.

Di sini, di sediakan kemudahan seperti tandas awam, bilik menyalin pakaian, pentas mini, ruang untuk berkhemah dan berkelah, dan dataran kecil untuk aktiviti kekeluargaan. Untuk kanak-kanak, terdapat sebuah papan gelunsur yang berakhir dengan sebuah kolam buatan di hujungnya. Kolam ini di bentuk daripada aliran sungai yang telah di empangkan.

NOTA : Sedikit bayaran masuk akan dikenakan


Pusat Rekreasi Jeram Bangkin

Jeram Bangkin ni merupakan pusat rekreasi yang agak baru di bangunkan iaitu pada tahun 2018. Terletak di kawasan sungai Gunung Benom. Kedudukannya di tepi jalan dan sangat berhampiran dengan Pekan Dong.

Pusat rekreasi ini sangat bersih hasil kerja JKKK Kampung Lechar dan terdapat pelbagai kemudahan seperti surau, gazebo, tempat letak kenderaan, tandas, tempat bbq. Ada juga dikediakan khidmat sewaan pelampung dan jualan jajan.

NOTA : Sedikit bayaran masuk akan dikenakan

NOTA : Terdapat banyak lagi jeram, sungai, lata dan air terjun yang menarik dikunjungi di Raub selain yang kakak sebutkan di atas. Antaranya Air Terjun Lata Jarum, Lata Lembik dan  Jeram Besu. Istimewanya air terjun,lata dan sungai di Raub ni, airnya yang teramat sejuk.


Pekan Sari Raub
(Sumber gambar : Norzaidi A, Foursquare, before Covid-19)

Di sini la kakak selalu beli breakfast dan lunch setiap hari Ahad sebelum Covid-19. Mak kakak suka juga ke pekansari Raub ni. Mencari breakfast serta produk-produk kampung yang jarang ditemui di pekansari lain.

Zapin Raub/Zapin Durian Sebatang
pembukaan langkah Zapin Raub (sumber gambar: FB Kelab Raden)
Kelab RADEN Raub, bersama pewaris Zapin Raub, Tok Mezah ketika kelas zapin (sumber gambar: FB Kelab Raden)

Warisan budaya daerah Raub. Haaa jangan tak tau Raub juga ada tarian khasnya tersendiri iaitu Zapin Raub. Zapin ini di asaskan oleh Alias B. Gek, yang berasalkan dari Kampung Durian Sebatang pada sekitar tahun 1930-an. Dari situlah nama asal zapin ini diperolehi iaitu Zapin Durian Sebatang dan seterusnya Jabatan Kebudayaan Negeri Pahang telah re-branding nama tarian ini serta mencipta lagu baru dan seterusnya tarian ini dikenali sebagai tarian Zapin Raub. Tarian ini kerap di tarikan di majlis-majlis perkahwinan serta majlis rasmi di sekitar Raub.

Tarian ini diwarisi oleh anak kandung Alias iaitu Hamzah B. Alias PJK atau lebih mesra dipanggil Tok Mezah yang menetap di Felda Tersang 2, Raub. Tok Mezah aktif memberi tunjuk ajar kepada mana-mana penggiat seni yang gemar akan tarian traditional. Tok Mezah sempat berpesan agar gerak langkah tarian ini jangan diubah agar dapat dikekalkan keasliannya hingga ke generasi akan datang.

Apa yang menarik adalah cerita disebalik setiap gerak tari tarian ini iaitu gerakan-gerakannya menunjukkan aksi teruna yang ingin memikat si anak dara ketika di majlis-majlis kenduri kendara. Maka asalnya tarian ini di tarikan oleh penari lelaki sahaja. Dan kumpulan Zapin Raub di bawah bimbingan Tok Mezah masih mengenakan pakaian lelaki walaupun ditarikan oleh penari perempuan.

Durian Musang King
(Sumber gambar : MHDaily)
(Sumber gambar : Sokmo.net)

Musang King dan Raub berpisah tiada. Kalau sebut Raub je orang ingat durian. Kenapa durian dari Raub dikatakan yang terbaik? Kalau tanam jenis pokok yang sama di tempat lain tak sama rasa macam yang di Raub? Menurut pandangan peribadi kakak, ini kerana faktor geografi Raub sendiri. Raub merupakan kawasan tinggi dan suhu di Raub sedikit rendah. 

NOTA : Korang jangan la kecam kakak bila bab durian, bukan kakak ada kebun pun, pokok pun tak de. BTW, jualan musang king di Raub tidaklah semahal di tempat lain. 


Kacang Batik
Selain terkenal dengan durian musang king di sini juga banyak kilang kacang. Ada macam jenis kacang, manis, masin , lemak tapi paling kakak suka ialah kacang batik. Bukan selalu dapat kacang ni kerana tumbuhnya bermusim. Korang boleh cari di kilang-kilang kacang yang ada di Raub mahu pun di Pasaraya Tong Fatt yang ada di sini.

Sambal Hitam
(Sumber gambar : Pinterest)

Sambal hitam ni ramai dah tahu tentangnya. Tapi ada juga segelintir orang yang menyangka sambal ni diletak kicap hingga menjadikan ia gelap. Salah ye. Belimbing buluh di rebus lama hingga bertukar warna gelap. Banyak kedai makan tengahari di Raub menyediakan sambal hitam untuk dimakan bersama ulaman. Di pekansari pula biasanya di jual dalam bekas-bekas kecil.

Asamrong
(Sumber gambar : FB Warisan melayu Pahang)


Menu klasik daerah Raub. Sebut Raub memang orang nak cari asamrong. Asamrong Raub pula berbeza dengan asamrong Jerantut. Asamrong Raub asasnya menggunakan buah perah manakala di Jerantut menggunakan biji getah. Menurut pandangan mata kakak yang tak pandai memasak ni, asamrong Raub lebih pekat kuahnya berbanding asamrong jerantut. Menu yang biasa ada dijual di kedai-kedai makan juga.

Maaf sangat kakak tak dapat nak describe rasa asamrong Raub ni dengan detail walaupun dah berbelas tahun hakak menetap di Raub, lidah dan tekak kakak masih tak boleh terima untuk makan menu ni. Banyak kali juga mencuba. Tapi memang tak boleh. Mungkin sebab pedasnya yang agak keterlaluan untuk kakak. 


Nasi Lemak Sambal Kuning
atas : sambal merah, bawah : sambal kuning

Haaa rare kan? Kalau di Raub ni, di pekan-pekan sari, nasi lemak ada tiga sambal pilihan. Sambal merah (sambal nasi lemak biasa), sambal kuning (tumis tempoyak) dan sambal hitam (belimbing buluh) selain pilihan lauk-lauk lain. Sambal tumis tempoyak ni bukan macam masak tempoyak biasa tu. Ni memang tumis macam buat sambal nasi lemak ye. Cuma guna tempoyak dan lada kecik. Kena cuba kalau datang ke Raub.

Sebenarnya banyak lagi aktiviti atau tempat menarik yang ada di Raub. Kakak bagi ni hanyalah tak sampai sebahagian je. Boleh la untuk panduan korang yang singgah Raub sebab kerja ke, atau pun menghantar anak/adik/family masuk Uitm/sekolah sains Raub.









Belle oh Belle


Korang, korang, korang... kakak tak tahan nak share story. Kakak baru tahu yang kampung si Belle ni iaitu Little Village, inspired dari sebuah kampung iaitu Riqueirh, Alsace, France. Kakak pernah pergi Paris je, Alsace memang tak lepas lagi. Tapi jangan tak tau, di negara kita pun ada Alsace sendiri iaitu Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Pahang. 


Korang tengok ye, gambar-gambar dari movie Beauty and the Beast dan juga gambar-gambar masa kakak bercuti di Colmar Tropicale. Kan? Kan? Kan?

movie
Riqueirh
Colmar Tropicale


Yihhh rugi kakak tak pakai skirt biru ye. Boleh feeling-feeling. Okey next time. Harap masa tu dah kurus hihihi




Joe Cafe/Kedai Abang Joe

RM5/satu

Semenjak Kay Ell jadi rumah kedua ni kena la kakak join group penduduk kawasan setempat. Kakak nampak ada orang duk promote pasal satu tempat makan ada jual roti canai sarang burung. Kakak duk baca review customer yang kata roti sarang burung ni paling sedap antara roti sarang yang dekat-dekat di situ. Maka kakak ajak En Suami dan adik-adik breakfast di sini.

Joe Cafe / Kedai Abang Joe
Jalan 24/56 Keramat, Wangsa Maju
54200 Kuala Lumpur
Tel: 011-6236 0234

Kedai di buka setiap hari kecuali Selasa dan landmarknya adalah kuarters polis/Kelompok Enggang.


Of course la kami semua order roti sarang. Mak abah asyik post gambar makan roti sarang kat kampung, kami pun terliur. Makanya harus la semua try. En Suami duk kata makan satu sorang je nanti karang tak sedap pulak. Lepas tiga kali kunyah dia kata "tak sedap" terus bangun order satu lagi ! Haaaaahahahaha



Selain roti sarang. Ada pelbagai lagi jenis roti yang boleh korang cuba. Ada juga murtabak. Ada stall kuih dan nasi lemak. Memang port sarapan la senang kata. Btw, kakak suka makan roti sarang sarang sebab sarat dengan pelbagai rasa. Cukup rasa cuma ada part yang terlebih manis. Tak ingat antara kuahnya atau daging. Part lain memang sedap. Boleh cuba lagi next time.





Banjir Oh Banjir


Untuk kali kedua tahun 2021 kejadian banjir melanda Negeri Pahang. Berbanding sebelum ini Bandar Temerloh teruk di landa banjir. Kali ini, Mentakab dan Bentong mengalami banjir yang teramat dasyat. Dua rakan iols di Bentong dan seorang di Mentakab mengalami kerugian secara total lost. 

Walaupun rumah parent kakak juga banjir. Yang kena bahagian stor, itu pun barang-barang dah naik ke para yang lebih tinggi. Kami tetap bersyukur kerana air bah tak tinggi lebih dari itu. Pada ketika kakak menaip ni iaitu 23/12/2021, air mulai surut dengan banyak. Alhamdulillah. 


Akan tetapi, rumah kami di Kuantan di naiki air banjir setinggi paras pinggang. Walaupun barang dalam rumah tak sebanyak orang lain, perabot-perabot dalam rumah tak dapat diselamatkan. 

rumah sebelah, level air dalam rumah sebelum dia orang lari

Sambil ikut rapat perkembangan laluan yang boleh dilalui di FB page JKR. Saya, suami dan dua orang adik berusaha ke Kuantan juga ikut jalan Karak lama-Lanchang-Mentakab-Tol Temerloh. Nak jenguk rumah serta menghadiri perkahwinan sepupu. 

Kami ikut bypass Raub-Bentong, masuk ke Central Spine Road (CSR) dan keluar di Benus. Pemandangan di Bentong khasnya area Benus-Chegar Medang sangat menyayat hati. Lalu di tepi banjir termenung di bandar Mentakab dan lalu atas air di area Mambang Berulang-Chatin. Kami selaku orang Pahang memang frust dengan mainstream media yang kurang buat liputan tentang banjir di Pahang, sedangkan banjir di Pahang teramat teruk. 

Syukur sebenarnya, rumah kami dah dicuci oleh sepupu-sepupu dan anak-anak saudara. Hanya Allah je mampu balas budi. Tinggal sort out barang-barang serta perabot yang perlu dibuang. Syukur juga kami dilanda banjir air, bukan lumpur

Semoga semua mangsa banjir di Pahang dan Lembah Klang tabah menghadapi dugaan ini. Semoga, Allah mengangkat darjat kalian di sisi-Nya, semoga kalian dilimpahkan dengan rezeki yang lebih baik lagi.




Salut Janvier


Tale as old as time
True as it can be
Barely even friends
Then somebody bends
Unexpectedly
Just a little change
Small to say the least
Both a little scared
Neither one prepared
Beauty and the Beast

- Beauty & the Beast



7 Days, 7 Favourites