Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

One Fairytale : Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

scene from video by Plan A Film

Untuk nikah sis, buat di KL walhal kampung sis bukan di KL pun. Venue nikah yang di pilih ialah Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. So, what to do kalau nak nikah kat masjid wilayah?


Korang kena dapatkan Borang Permohonan menggunakan Dewan Nikah. Tiada bayaran dikenakan hanya perlu bayar cleaning service RM50. Bayar dalam masa dua minggu sebelum date majlis. Yang penting baik tarikh asal sis nak bernikah mahupun tarikh yang dah dipercepatkan, Alhamdulillah dua-dua ada kekosongan tak perlu rebut dengan sesiapa. Memang rezeki.


Macam saya punya akad nikah lepas asar, jadinya saya nak buat jamuan kesyukuran sikit. Jadi yang ni korang kena buat surat rasmi kepada Imam Besar untuk permohonan menggunakan foyer. Dalam surat tu just nyatakan date dan time korang nikah dan ingin guna foyer untuk jamuan kesyukuran selepas nikah.

NOTA
Majlis jamuan kesyukuran di foyer hanya boleh untuk maksimum 100 orang tetamu sahaja. Lebih dari tu kena sewa dewan.

Since nak buat jamuan, katering mesti diambil dari senarai panel masjid. Kami pilih, Gerai No 40 Medan Selera Duta. Nurul Hidayah Catering. Alaaa...medan selera depan masjid tu je. Senang. Since katering ni dah biasa buat untuk majlis di masjid, mudah sangat berurusan dengan ownernya. Kami pilih menu mihun, roti jala, kuih bakar, popia, teh tarik & air kordial untuk 50 orang.


NOTA
Yang ni korang kena ambik borang kat masjid. Borang guna katering masjid. 1 bagi pada katerer. Satu lagi kena bagi pada masjid. 


Since kami semua dari Shah Alam dan Klang, maka saya ambil juga bilik asrama untuk saya bersiap sebab tak nak kalut tak nak kecoh. Yang ni kena ambil borang juga ye. So, nanti panggil je MuA & Henna Artist datang ke asrama. Saya ambil dua bilik, satu untuk lelaki satu bilik untuk perempuan. 


Bayaran bagi setiap satu bilik adalah RM45. So total kena bayar bilik RM90. Bayaran perlu dibuat menggunakan bank draft sahaja. Yang ni la part paling tak bleh tahan. Mula-mula saya pergi RHB nak apply bank draft, tak boleh buat pulak sebab nama penerima panjang sangat. Tak muat nak key in. Pergi Bank Islam kat sebelahnya, reject sebab langsung tak de akaun Bank Islam.



Sudahnya pergi ke Maybank. Maybank pula minta prove documentation yang boleh tunjukkan reason kita minta bank draft. So, saya bagi borang permohonan bilik asrama je la. Alhamdulillah, berjaya dapatkan bank draft.


NOTA
Pergi ke bank yang kita ada buka akaun. Caj lebih murah.


Actually semua borang permohonan guna dewan nikah, borang permohonan asrama dan surat kebenaran guna foyer semuanya saya emailkn sahaja dan courier ke masjid. Alhamdulillah kakitangan masjid wilayah sangat cekap dan very helpful.






31 comments:

  1. Hi nk tny, mmg boleh la ye MUA dtg ke bilik asrama tu? besar ke x ye bilik tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai awak, mua saya perempuan so mmg tak de masalah la. bilik yg saya book kecik, macam bilik asrama ada dua katil bujang, tp sbb pengurusan masjid salah bg kunci bilik sy pada orang lain, so d.org ganti bilik saya dengan bilik yang lagi besar macam hotel. bilik untuk sewa tu ada lain-lain jenis.

      Delete
  2. boleh tahu x ape yang akn kene isi dlm borang permohonan nnti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. borang untuk guna dewan nikah tu simple je, maklumat kita dengan date nikah, masa nikah

      Delete
  3. hi.. nka tanya. foyer tak dikenakan bayaran ye?

    ReplyDelete
  4. nak tanya juga, berapa harga catering tu?thankyouu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ikut berapa kita punya jemputan. saya punya kos around rm400

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. assalammualaikum, nak tanya, kalau nk reserve dewan nikah tu, kene reserve brape bulan awl ye? n foyer tu mcm sebuah dewan kecil ke atau satu ruang terbuka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi kalau nak tempah dewan masjid wilayah tu kena 3 bulan sebelum tarikh majlis. Mcm saya majlis bulan 11 ni. Bulan 1/8 tu dah beratur subuh2 kat sana depan office sbb mmg susah skit nak dpt klu lambat.

      Delete
    2. foyer tu ruang terbuka yg kat bawah tu.

      Delete
  7. Hi nak tanya, untuk tempah dewan nikah tu just isi borang untuk guna dewan nikah sahaja ke? Borang kahwin semua tak diperlukan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. utk tempah dewan tu mmg borang tu je la. dalam tu kena isi maklumat cadangan date n waktu nikah. borang kahwin submit bila dah lulus kat JAWI

      Delete
  8. Salam sis , ambik masa brpa lama ye nk settlekn smua tu ? susah x ? hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. untuk borang nikah saya serabut juga sebab suami kat sabah. masalah dari segi jarak. kalau dekat mungkin senang sikit. kalau yang lain tu mudah sebab tak libatkan suami. yang susah sikit sbb saya tak duduk kat kl je. semua settle sebulan setengah lbh kurang

      Delete
  9. Hi assalammualaikum nak tanya kalau nak sewa dewan kat masjid tu boleh ads pelamin ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.pelamin tak pasti masjid bagi pasang ke tak dalam dewan, aritu masa tgk pun meja mkn beradap je.. sebab kat dewan nikah pun dia xbagi pasang pelamin

      Delete
  10. Bilik asrama awak besar ke? Boleh muat brp org?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bilik asrama tu xde la besar sgt, ada katil single 2

      Delete
  11. salam nak tanya, kalau nikah dalam masjid wilayah tanpa gunakan dewan masjid wilayah boleh ke sis? kena guna procedur yg sama ke? kena book pergi ke office sana ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. salam. nikah kat masjid ni mmg kena guna dewan nikah. biliknya kecik je muat2 utk ahli keluarga. dewan utk kenduri tu lain. ha ah pejbt pengurusan yg sama

      Delete
  12. Oh begitu faham. Kalau sy dari pemohon selangor nak bernikah di masjid wilayah boleh ke tak ye? minta kepastian perlu kena minta kebenaran dari jais kan untuk nika luar daerah ke? atau nikah di masjid wilayah ni kena kariah yg sama ke cane ye sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je tp kena kebenaran nikah luar daerah. sbb selangor kan, masjid kat kl. sy pun kariah lain tp sama negeri (kl)

      Delete
    2. thankyou sis! semoga sis dimurahkan rezeki yg melimpah ruah. Thankyou permudahkan urusan orang orang yg nk bernikah❤️

      Delete
    3. u are welcome, semoga urusan nikah berjalan lancar

      Delete
  13. Salam akak. Nk tnya. Betul x step Sy buat bu.
    1. Dh settle borg dkt JAWI kena trus hntr ke Masjid Wilayah kan? Bukan on the day nk nikah kan?

    2. Kita kena bawa apa² borang atau IC ke.. apa2 ke msa akad tu.. atau lenggang bwa diri sja ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. no 1: betul, no 2: seingat saya xde bawa apa2 dah. dokumen lain nnt jurunikah bg masa nikah. ic kena bawa la. nnt kot jurunikah nak cek

      Delete
  14. Salam kak nak tanya untuk kita book dewan nikah, datang perlu ada bawa apa apa document atau isi borang yang diberi je ya?

    ReplyDelete

7 Days, 7 Favourites