Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

I ❤️ SP



"Ku ukir namamu di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut, daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai di situ Tanjung Dawai
Terkenang peristiwa cinta kita terurai
Oh indahnya peristiwa cinta kita di Pantai Merdeka"

~ Cinta Pantai Merdeka, Jinbara


Feeling ko, first time nak pergi Sungai Petani,Kedah. Dah berangan-angan nak pergi Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Gunung Jerai segala. Hakikatnya, kalau dah pergi atas tujuan kerja memang tak dapat la. Dapat keluar pun dah malam. So, kalau dah malam baru dapat keluar, manalah arah tuju? 


1) Menara Jam Besar

Menara jam ni letaknya di Dataran Zero Kilometer di Jalan Ibrahim di bina dalam tahun 1910 oleh mendiang Lim Lin Teng sebagai hadiah kepada King George V. Sekarang merupakan salah satu mercu tanda dan monumen bersejarah di Sungai Petani.




2) I ❤️ SP


Seberang jalan dari menara jam pula letaknya monumen "I ❤️ SP" . Haaa memang saya suka sangatla monumen yang macam ni. Dari seberang jalan masa parking kereta dah nampak. Maklumlah warnanya merah terang macam warna bendera negeri Kedah juga.




3) Wall Art @ Riverfront City


Di Sungai Petani ni banyak mall, tapi yang jejak kakinya di Riverfront City. Bukan main besar spiderman dari jauh dah nampak. Rupanya mmCineplexes ada di sini. Jadi tarikan pengunjung pulak spiderman ni. 

NOTA
Perhatikan lantai tengah (area spiderman) berkilat-kilat maybe resemblance kepada air sungai yang terkena cahaya.



Dalam bangunan ni ada lorong-lorong yang dindingnya dilukis dengan lukisan-lukisan 3D. Wall art la senang kata. Yang saya suka sangat dengan mana-mana wall art 3D ni, kita kena guna imaginasi untuk menyampaikan gambar tu dengan lebih menarik. Kalau nak berdiri tegak pun tak pe, tak berdosa pun. Actually ada banyak lagi wall art yang ada selain yang saya upkan ni. Since saya datang waktu malam, pencahayaan kurang menarik dan ada wall art yang langsung tak kena cahaya lampu.

"Please dont pull the string too hard and dont hang yourself. Thank you" ~nota tepi


4) Nasi Kandar Subaidah

Last but not least cari makan, bukannya pergi makan nasi kandar tapi roti john! Restoren ni tak jauh dari tol Sungai Petani Selatan. Yang saya cuba ni Roti John Hong Kong. Nyumss.


Well, rasanya kena datang lagi ke Sungai Petani so that boleh jejak kaki ke Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Gunung Jerai dan kawasan-kawasan bersejarah yang saya cuma dapat pandang dari jalan je, dah malam kan. SP, I see you when I see you!


Majlis Perasmian Bangunan Baru RISDA Raub



29 September 2017 dapat whatsapp message dari Azzu, jurulatih RADEN bertanyakan boleh cuti ke tak hari Isnin 3 Oktober 2017. Ada undangan mengejut dari pihak RISDA untuk mengiringi VIP & persembahan tarian bersempena perasmian bangunan baru. Then and then saya apply cuti since hari Isnin tu memang tak ke mana-mana.

Jumaat 29/9/17 sebelah malamnya kami buat latihan intensif yang pertama dengan lagu inang. Saya, Tyra, Putri dan Azzu sendiri buat latihan. Selepas beberapa jam latihan, kami semua tak berkeyakinan untuk menarikan lagu inang tu pada hari kejadian.

Sabtu, Azzu bagitau dia buat step untuk lagu baru yang rasa lebih sesuai dengan event, dan buat keputusan bersama untuk menggabungkan RADEN Team dengan RADEN Kids. Mujurla Qalesya dan Humairah boleh join dan parent masing-masing bagi kebenaran.  Malamnya kami menari secara intensif tarian joget dengan lagu Si Pinang Muda. Qalesya (7 tahun) dengan Humairah (10 tahun) langsung tak merungut letih training non stop.



Ahad pagi, saya dan Tyra datang kelas tarian sesi pagi yang biasanya untuk RADEN Kids, training sekali dengan Qalesya & Humairah. Training intensif. Selesai training kami di panggil ke tapak event untuk acara raptai. Dua pusingan raptai penuh di buat memandangkan VIP yang akan merasmikan bangunan baru RISDA ini ialah  Dato' Sri Ismail Sabri B. Yaakob, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Acara memang besar-besaran. Dah lewat petang barulah selesai raptai dan kami semua dapat balik ke rumah masing-masing.


raptai

Isnin, awal pagi lagi kami dah berkumpul untuk start bersiap. Sarapan sama-sama. Kami dimaklumkan ada raptai akhir. Tapi disebabkan kami tak diberitahu awal yang pagi tu ada raptai akhir, kami tak sertai pun raptai. Makan lebih utama, nanti ada yang gastrik or tak de tenaga nak menari lagi susah.



Pihak RISDA telah sediakan bilik mesyuarat untuk kami bersiap, tetapi pegawai Risda Raub, En Mohd Haris B. Matori telah meminta kami menggunakan bilik pejabat beliau, agar lebih privacy. Alhamdulillah. Memang privacy dan sangat selesa.



Sudah bersiap kami ke tapak acara, bersedia dengan bunga manggar untuk mengiringi Menteri yang akan tiba tidak lama lagi. Sampai je VIP di atas pentas kami ambil tempat bersedia untuk tarian joget sebagai pembuka acara. Tarian kami dapat tepukan gemuruh dari tetamu kehormat dan semua yang hadir.




Selesai menari kami diminta bersedia untuk mengiringi VIP ke bangunan Risda untuk acara perasmian. Nak dijadikan cerita since penari kami yang paling muda baru berumur 7 tahun, dia menjadi tumpuan sepanjang acara, termasuklah perhatian Dato' Sri Ismail Sabri sendiri yang menyapa kami serta mengajak bergambar. Dato' Sri Haji Shahiruddin B. Ab Moin, dan Dato' Abdul Aziz B. Haji Mat Kiram juga turut meluangkan masa untuk kami.



Tamat acara kami diminta untuk kakitangan Risda untuk makan terlebih dahulu makanan yang telah disediakan untuk kami. Alhamdulillah. Pihak Risda bukan sahaja beri peluang memeriahkan event pada kami, tapi turut memberi layanan baik dan menjaga kebajikan kami sepanjang acara.



Harap pihak Risda terhibur dan sudi jemput lagi!

***
Jurulatih : Puan Azuriyana Azih
M.U.A : Azuriyana Azih & Myself
Busana : Butik Ratu Sima & RADEN
Props bunga manggar : RADEN
Photographer : Azlina Aziz
Videographer : Noor Azlina
Tugas-tugas khas : Kartini Abdul Rahim , Azlina Aziz , Noor Azlina

P/S: berminat untuk memanggil RADEN untuk memeriahkan acara korang? Hubungi Azzu (jurulatih) 017-966 3616



7 Days, 7 Favourites