Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

2rd Step : Looking for Office

Langkah besar selepas memilih firma yang mana yang bersesuaian dengan kakak ialah mencari premis untuk di sewa. Budget kakak pun tak besar mana uols. Kakak tetapkan tak lebih RM1k untuk sewa ofis. Maka petang-petang balik ofis kakak pusing-pusing la ke sana sini untuk cari premis yang diiklankan.

Plan asal kakak untuk cari premis 3 bulan before kakak berhenti. Akan tetapi kakak telah di nasihatkan untuk cari lebih awal supaya kakak boleh buat renovation, dekorasi, bussiness card, relevant application dan sebagainya lebih awal menggunakan alamat premis.

Premis pertama yang kakak berkenan betul-betul depan main road dan free marketing. Setelah dihubungi owner, harga sewaannya adalah RM1300. Out of budget. Di area yang sama, belah belakang sikit, kakak try contact, harga sewaanya RM1k. Both premis kosong yang kakak kena tambah kos untuk renovate. Tapi boleh dipertimbangkan. 

Akhirnya kakak call kawan kakak si Niko Wong tanya kot-kot dia tau ada ofis untuk disewa below RM1k. Lalu Niko pun kata dia tahu ada satu tempat untuk di sewakan, yang dulunya juga bekas pejabat. Iaitu premis milik abang dia. Terletak di atas sebuat mini market. Partition dah ada. Socket dah di pasang. Kalau kakak nak dia boleh bagi diskaun. Wahhhh ini bulan jatuh ke riba. Maka kakak tetapkan temujanji untuk tengok premis.

Hari yang tetapkan untuk melihat ofis pun tiba. Tuan punya tak de pun, dia bukakan pintu je dan bagitau bila-bila kakak free pergilah tengok. Kotor office katanya. Kakak terus hubungi bakal staf dan ajak ikut kakak me-recce bakal office.

Di bawah, dipintu masuk utama, debu bukan main tebal, surat-surat kepada warga kerja bekas pejabat ni dulu tebal bertaburan atas lantai. Sawang memenuhi kiri kanan tangga bagai rumah Spiderman. Rumah Spiderman pun bersih uols! Kakak melangkah masuk dengan lafaz Bismillah dan doa. Tak tahu nak expect apa keadaan office bila tengok di bawah dah macam tu.

Buka je pintu pejabat, Tuhan sahajalah yang tahu betapa lapang dada dan lega perasaan kakak. Far way better dari yang dijangkakan. Office telah di pasang karpet sepenuhnya. Plaster siling lagi. Telah ada 3 bilik lengkap berpintu. Ada partition untuk sudut solat. Toilet ada dua, pin point socket banyak giler! Maklumla bekas ofis TNB. Selain perlu repair siling yang kopak kerana office lama mengeluarkan aircord berpusat mereka dari atas, bahagian siling yang lain tidak perlu dibuat apa-apa perubahan. Ada satu partition yang cadangnya akan kakak buang dan satu akan anjak ke depan lagi. Kakak juga perlu tambah sink untuk pantry. Perlu juga tukar pintu dan operasi mencuci besar-besaran sahaja. Maklum la ofis lama tinggal, debu, kesan kasut but, najis haiwan ada atas karpet.

Akan tetapi tuan punya premis tak setuju nak masuk contract awal. Tak pe la. Kakak pasrah. Pasti ada rezeki yang bersesuaian dengan kami. Masa masih ada walaupun sekejap je dah berganti bulan. Kita cari lagi.


Update 


Dan...

Kakak tadah tangan penuh kesyukuran kerana tuan premis enggan benarkan kakak masuk contract awal. Bayangkanlah dengan keadaan jangkitan pandemik yang makin teruk, ekonomi yang terus menjunam, kejap-kejap lockdown, kejap-kejap bidang pekerjaan kakak ni jadi essential, kejap lagi tidak pulak. Kakak pun tak pasti apa yang akan berlaku.

Buat masa ini kakak bertahan dulu asalkan dapat gaji hujung bulan dan kakak akan cuba untuk buat kerja tambahan sebagai tabungan andai sekiranya keadaan makin teruk. Syukur suami kakak kerja gomen, frontliner. Memang azab musim pandemik macam ni. Tapi setidaknya, beliau tidak dalam kedudukan yang tak pasti.

Keinginan kakak untuk bekerja sendiri masih membara, cuma hanya Allah dan masa yang akan tentukan bila kakak akan mula melangkah. Sama-sama kita berdoa, pandemik ini cepat berlalu, kerajaan mengambil langkah yang lebih bijak dan ekonomi dapat di bangunkan semula.


Update


Jadi,

Korang rasa di mana agaknya kakak buka firm? Kalau dah rezeki memang tak ke mana. Kakak dapat menyewa dengan si Niko. Sebelum kakak masuk ada penyewa lain yang sewa. Masa kakak tanya semula, rupanya penyewa tu baru je keluar.




Waronk Tepi Bendang

 


Haritu hakak dan En.Suami balik kedah sempena wedding adik ipar. Kami stay di homestay tempat kenduri di adakan. Malamnya kami kena la keluar cari makan. Baru nak keluar ke main road sekali terjumpa kedai ni. Masuk terus.

Waronk Tepi Bendang
Jalan Sungai Jagung
Sungai Layar
08000 Sungai Petani
Kedah Darul Aman
Tel : 011-1055 7295

Kedai ni basicly menyediakan menu makanan indonesia. Takde banyak pilihan. Since kami berdua penggemar nasi ayam penyet. Itu le menu yang kami berdua pilih. Senang. Air je lain-lain. Antara menu lain soto, bakso, pecal, mee ongklok dan pelbagai pilihan set nasi antaranya nasi ayam penyet, nasi itik penyet, set nasi ikan talapia dan set nasi ikan bawal.

bagus ni, ikut S.O.P. untuk seorang je duduk

Hakak rasa kalau hari siang mesti cantik pemandangan dari kedai ni since letaknya betul-betul tepi bendang. Kedai ni sendiri pun sangat menarik dekorasinya. Mejanya semua dari kayu dan ada meja untuk seorang pelanggan sahaja. Ada tingkat atas untuk siapa nak makan di atas sambil menikmati view bendang. Malam orang makan di ruang bawah je.

tingkat atas, mesti view cantik nampak bendang

Menu kami sampai agak lambat dengan pelanggan yang baru beberapa orang. Mungkin tukang masak hanya akan masak lauk bila ada pelanggan. Untuk tekak kakak memang sedap la nasi ayam penyet di sini. Ayamnya digoreng betul-betul garing ye. Kakak yang tak berapa suka part peha ni, memang makan dengan penuh excited. Supnya memang rasa sup indomie tu. Sambal pun sedap! Habis kakak kerjakan. Memang boleh sangat la nak makan lagi di sini.



Playing Tourist


Minggu kakak datang ke KL, En.Suami nak pergi ride basikal pulak. Demi membeli jiwa bini dia ni, gigih la En.Suami ajak pergi ke Dataran Merdeka. Rempit sangat dating yer. Tak pe lah, kakak sempoi orangnya, janji dapat gambar cantik dan nampak kurus serta En.Suami buat rupa senonoh bila bergambar, kakak happy je.

Bangunan Sultan Abdul Samad


Rindu tempat ni, lama tak datang. ye lah, tempat jatuh lagi dikenang, lagi pula tempat mengusung file, tangan kepit blazer turun dari LRT sampai tempat yang dituju dah berpeluh kepam!


Sebelum wujudnya Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Istana Kehakiman Putrajaya, di Bangunan Sultan Abdul Samad inilah letaknya mahkamah-mahkamah tersebut. Peguam-peguam baru mungkin tak sempat merasai betapa happening-nya area ni as mahkamah.


Masa kini, bangunan ini merupakan sebuah ikon mercu tanda di bandaraya KL. Pada hari-hari tertentu Jalan Raja akan ditutup bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan mahupun pelancong, menikmati keindahan kawasan ini serta membuat pelbagai aktiviti santai.


Sungai Klang


Fuhh bukan main cantik ye sekarang kawasan ni? Nampak sangat kakak dah lama tak datang. Lampu biru di pasang di pinggir sungai memberi impak suasana yang berbeza dari siangnya.


Lorong Tepi Kleptokrat Kafe


Nak minum dah tutup cafe masa ni. Maka bergambo la kakak dengan En Suami. Bukan selalu dapat gambo terfeeling berdua. Time dia nak beli jiwa je dapatnya. Cantik lorong ni dengan wall art dan cafe ni pun lawa sangat, untuk taste kakak la. Maklumla temanya vintage. 



Okeylah. Pape roger. 





KewBuluh Cafe


Sementara tunggu laki kakak selesai event-nya, kakak pun mencarilah tempat makan yang sesuai. Mula-mula nak ke Cafe Kampung Kaw, tutup pulak. Sudahnya kakak on Google map tengok aje apa restoren yang di recommend.

KewBuluh Cafe
Jalan Pantai Teluk Kemang
Kampung Sungai Menyala
71050 Si Rusa, Port Dickson
Negeri Sembilan
Tel: 019-272 8419

Setiap hari : 10.30 pagi-5.30 petang


Kakak parking di seberang jalan. Mujur ada parking. Dahla PD ni areanya kemain jem uols. Faham-faham aje la. Kawasan pilihan pelancong. Mujur kakak datang sorang je, terus dapat seat.


Cafe ni tak besar pun, tetapi selesa. Menu istimewa di sini ialah Nasi Buluh Ayam Tulang Rapuh dan airnya kakak pilih signature drink yang di cadangkan oleh tuan punya cafe sendiri. Air Soda Madu Tiga. Pemilik cafe juga sangat peramah dan berbual-bual dengan kakak memandangkan kakak datang seorang diri.

NOTA: Ada chiller berhampiran kaunter untuk pilihan pencuci mulut


Apa yang ada dalam set NBATR ni? Nasi pandan/hijau yang di sediakan dalam buluh, ayam yang dimasak hingga garing tulangnya, butter gravy, salad, sup dan sambal. Penghantaran air juga pantas, memandangkan mereka mempunya seksyen air yang tersendiri di bahagian depan cafe.

NOTA : Datang selepas pukul 2.30 petang bagi mengelakkan bertembung dengan pelanggan yang terlalu ramai.


As for my personal opinion, ayamnya terlalu kering, tapi itulah tujuannya agar tulang ayam rapuh dan garing. Sambal pun tak terlalu pedas, sesuai dengan kepelbagaian latarbelakang pelanggan. Bolehlah untuk yang mencari kelainan bila datang ke PD.

Selamat Berangkat Ke Alam Abadi

Pakcik masih berada di kubur walaupun hujan lebat turun selepas selesai talkin

Mengakhiri bulan Januari dengan peristiwa sedih bila sepupu dari side sebelah En. Suami meninggal dunia. Usianya baru sahaja 22 tahun. Arwah di diagnos mengalami pembuluh darah pecah di dalam otak yang akhirnya mengakibatkan kematian otak.

Saat menerima berita bahawa sepupu berada dalam fasa kritikal lima hari sebelumnya, kakak kemas barang, urus apa-apa kerja yang urgent dan terus bertolak ke KL. Mujur juga arwah di transfer dari Hospital Sentosa Klang ke HKL. Tak jauh kakak dan En Suami datang mengulang dari rumah.

Lima hari kami meneman keluarga pakcik dan makcik. Samada di hospital mahupun rumah. En.Suami memang kepenatan kerana ulang alik time kerja, kakak keep bagitahu En.Suami supaya bersabar dan kuatkan semangat. Walaupun tak de apa sangat yang boleh kami bantu, tapi kehadiran kita ini perlu supaya pakcik, makcik dan anak-anaknya yang lain tak rasa menanggung sedih secara sendirian. Kalau kami letih, bayangkan perasaan pakcik, makcik dan anak-anak. Bukan je letih fizikal, tapi emosi juga terjejas.

Kakak sebenarnya menahan hiba bila melihat pakcik yang boleh dikatakan hampir sepanjang masa tidak berjauhan dengan arwah dari mula arwah sakit. Sedih lihat makcik lemah tak berdaya, tak mampu menjenguk lama arwah yang terbaring atas katil hospital kerana merasa terlalu pilu. Sedih melihat adik-adik sepupu yang masih terkejut dengan kejadian yang tak disangka.

Dalam peristiwa duka ini, kakak belajar perkara baru iaitu membantu memandikan jenazah. Ini adalah kali pertama untuk kakak.  Nak jadikan cerita, keluarga arwah menyangkakan ada SOP Covid dalam pengurusan mandi dan kafan jenazah di surau hospital. Jadi mereka semua tunggu di surau dekat dengan rumah untuk solat jenazah. Kakak pula menemankan En.Suami menguruskan van jenazah untuk gerak dari hospital. Tiba-tiba ustazah yang urus proses mandi dan kafan panggil dan ajak kakak turut serta, menjadikan kakaklah satu-satunya waris perempuan yang membantu memandikan dan mengkafankan arwah. Pengalaman yang cukup menginsafkan.


Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dari yang Esa, ditempatkan dikalangan orang-orang beriman, soleh-solehah. Semoga pakcik, makcik serta adik beradik arwah tabah dengan dugaan ini. 

Hello, Darling February


Just call me Cruella De Vil
Call me crazy, call me insane
But you're stuck in the past
And I'm ahead of the game

- Cruella De Vil







7 Days, 7 Favourites