Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
Showing posts with label travel perak. Show all posts
Showing posts with label travel perak. Show all posts

5D Taiping


Sekali lagi kakak jejak kaki ke Taiping. Meneman suami ada urusan kerja kat sini. Cadangnya kakak nak buat aktiviti sendiri. Dah siap list tempat mana yang kakak nak pergi. Haaa kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Tak pasal kakak terjebak dengan aktiviti BAKAT.

Selain pergi makan Doli Char Kuey Teow dan mengopi di Brother's Cafe, kami juga ke Taiping 5D. Elok la juga. Kakak pun kali pertama masuk sini.


Thank you senior BAKAT layan iols baik sangat walaupun iols ni BAKAT novice. Thank you juga pada semua pegawai pengiring. Iols tak de pengiring ye. Tumpang je. 

Locs & Thyme


Masa pergi Taiping gigih la kakak Google tempat makan di sini. Antara suggestion yang diberi ialah restoren ni. Kami pun terus je la. Masa kami sampai ada sepasang je customer tengah makan.

Locs & Thyme
No 12 Jalan Lim Teong Chye
34000 Taiping,Perak

No Tel : 017-507 1958
Waktu operasi : 10 pagi 6.30 petang (Selasa-Ahad)


Part yang hakak suka, cafe ni terletak di bangunan lama atau bangunan yang biasanya dikenali sebagai "pre-independence building". Cafe ni tingkat bawah dan atas. Tingkat atas sesuai untuk private event.


Kakak juga suka sangat dengan dekorasi dalaman cafe bertema modern vintage. Ohh btw, cafe ni juga jual bunga tau! Memang cantik cafe ni. Instagramble sangat.


Pengunjung akan diberi slip pilihan menu yang ada. Senang kan? Kalau tak silap menu pilihan kakak ialah Lebanese menu kot tapi disebabkan nasinya tak de, mereka offer untuk tukar nasi tu dengan nasi lain. Afgan Ruzz kot. Dengan Egusi Stew. Gittew jenuh nak menyebutnya. En.Suami pilih grill chicken chop dengan nasi.


Istimewanya di sini ada menu-menu dari timur tengah macam yang kakak pilih tu. So, siapa ke Taiping boleh cuba makan kat sini. Harga? InsyaAllah mampu makan.


Taiping Bandar Warisan


Hari tu kakak ikut En. Suami ada urusan di Taiping dapatla kakak jalan-jalan sambil merapatkan ukhwah dengan sepupu kakak yang tinggal di sini.

Kediaman Pegawai Daerah
Banyak-banyak tempat, rumah DO yang hakak pergi melawat. Kebetulan DO Taiping ni sepupu kakak. Maka, memang tak munasabah la tak bagi salam datang tempat orang. Bimbang juga dia busy maklum la datang hari kerja. Alhamdulillah dapat jumpa. Mengeratkan lagi silaturrahim. Lagi pulak ni kali pertama dia jumpa dengan En. Suami.


Galeri Penjara Taiping

Dengan lagu Tiara dari Kumpulan Kris terngiang-ngiang kat telinga, kakak ajak En.Suami melawat Galeri Penjara Taiping. Sayangnya, galeri agak kusam dan kakitangan pun tengah merias semula galeri ni.


Fyi, Penjara Taiping adalah penjara moden pertama dan tertua di Malaysia tau. Di tubuhkan pada tahun 1879 lagi. Penjara ni pun pada era tu, merupakan kompleks penjara terbesar di Tanah Malaya.

Muzium Perak

Lalu depan bangunan muzium ni hakak memang terpikat! Cantik, oustanding, bersejarah! Terletak di Jalan Taming Sari (jalan utama), satu jalan dengan penjara. Muzium ni merupakan muzium yang tertua di Malaysia  (since 1883) dan berkisar tentang sejarah negeri Perak. Bangunan ni memang dibina dengan tujuan untuk dijadikan muzium sejak awal lagi.

Robert Sandilands Frowd Walker

Muzium ini dibuka setiap hari dari 9.00 pagi - 5.00 petang (kecuali pada hari Isnin pertama setiap bulan) dan ditutup pada dua hari pertama Raya Aidil Fitri dan hari pertama Raya Aidil Adha.


Tiket pula hanya berharga RM2.00 untuk dewasa. Boleh dibeli di kaunter tiket. Kemasukan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan kanak-kanak beruniform sekolah. Sesuai bawa anak-anak.


Muzium Perak kaya dengan koleksi etnologi, sejarah, arkeologi dan etamobologi. Kebanyakan koleksi dan artifak ini dipamerkan di empat galeri utama muzium yang terletak di bangunan berusia hampir 120 tahun ini.

kubur purba

Galeri favourite kakak haruslah galeri budaya. As usual. Tentang pakaian traditional, tentang aksesori, tentang tarian.


NOTA : Ada 33 perkara pertama di Malaysia wujud di Taiping. Antaranya Taman Tasik, Telegraph Office, Keretapi dan lain-lain 

Nafis Restoren

Dah puas memusing kami singgah je Nafis Kitchen yang tak jauh dari Pejabat Daerah. Seberang jalan je.

Nafis Kitchen
Jalan Kota
34000 Taiping
Perak DR
No Tel : 05-804 1214

Restoren ni beroperasi setiap hari kecuali hari Isnin dari pukul 8 pagi hingga 11 malam. Kami order nasi goreng special nafis. Rasa ok-ok je la. Dah lapar bercampur dengan penat. Telan habis je la jawabnya.


Pejabat Tanah Larut Matang Selama

Ko mampu pergi jalan-jalan ke Pejabat Tanah? Haruuuu. Actually since bangunannya berdekatan dengan tempat makan kami pergi je la. Saja je bergambar-gambar. Lagi pun macam dah jadi habit, kalau pergi mana-mana dalam Malaysia ni termasuk bila ke Sabah & Sarawak (walaupun lesen kerja kakak tak valid kat sana), kakak sentiasa akan usha local mahkamah dan pejabat tanah.




Taman Tasik Taiping

Kakak nak gi dekat pokok-pokok yang melempai dalam tasik tu. Yang dekat Rain Tree Walk tu le. Kat situ la cantik tapi En.Suami bawak ke area sini la pulak. Sabo je. Sini biasa-biasa aje la viewnya.


Antong Coffee Mills

Penggemar kopi wajib datang sini. Ni kopi style zaman-zaman dulu since kilang kopi ni pun wujud dari tahun 1933. Sekarang Antong Coffee juga mengeluarkan pelbagai kopi 3 in 1 ikut kesesuaian citarasa penggemarnya. 


Antong Coffee Mill
8A, Jalan Syed Burhan, Assam Kumbang, 
34000 Taiping, Perak DR, Malaysia.
Tel: +605 807 5189 / +605 807 3526


kilang kopi
rumah lama dijadikan muzium

Paling unik setiap hari mereka akan bancuh kopi khas yang perisanya tidak djual dalam paket tapi haya ada untuk hari itu sahaja. Semua kopi diletakkan di chiller ready to drink kaedahnya.


See you soon Tepeng!










7 Days, 7 Favourites