Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

PKP 3.0

Lauk vintage. Sotong dalam tin masak asam

Kejayaan paling besar di dua minggu pertama PKP 3.0 ialah kakak berjaya mengekang nafsu minum air manis banyak sangat. Hakak minum time breakfast je. Harap sangat dapat berterusan demi kesihatan. Nak tinggal langsung air manis agak susah untuk kakak, jadi minum sekali sehari pun okey je la kan? 

Kejayaan kedua ialah kakak memperbaiki kualiti memasak kakak. Kakak masak setiap hari dan most of masakan menjadi. Masak simple-simple jahhhh. Termasin sikit or tertawar sikit tu biasa la. Kalau tak, tak belajar kan.

Cendawan tiram masak lemak kuning

Dan kakak memasak sepanjang 14 hari. Sekali pun tak de order luar. Maaf seller. Makan beli ni susah kakak nak sukat kuantiti. Kakak makan apa yang ada dalam rumah. Malam-malam before tido dah pikir nak masak apa esok.

mee fat boi. sedap juga ye


Akhir sekali kakak berjaya turun sekilo dalam 14 hari ni. Tak banyak hilang kilo. tapi kakak perasan yang badan makin kemas a. k. a fit. Jadi la. Jangan tak de perubahan langsung.

Eid Adha


Salam Aidil Adha buat semua pembaca blog kakak. Mari kita berkorban dengan menjalani hidup mengikut SOP serta menjaga keselamatan diri dan keluarga dengan tidak merentas daerah/negeri semata-mata untuk menyambut hari raya. Hari raya tiada erti jika diri kita menjadi asbab jangkitan Covid-19 atau lebih parah lagi mengakibatkan kehilangan nyawa. 

River View Chalet Mak Engku


Rezeki kakak dapat juga bawa mak abah bercuti di tempat kakak sendiri. Tujuan utama percutian ialah abah nak berurut dengan seorang tukang urut berhampiran di sini, jadinya lagi senang kalau sewa tempat untuk stay berbanding berulang dari rumah kakak yang lebih kurang 30-40 minit perjalanan.

River View Chalet
Pulau Chekas, Kg Peruas Ulu Dong
27600 Raub, Pahang
Mak Engku : 019 576 2222 (call sahaja) 

Abah request bilik yang boleh dengar bunyi air sungai. Memandangkan di sini area jeram, makanya memang best sangat dapat dengar air sungai mengalir deras dicelah batu. Padahal rumah kami di kampung tepi sungai juga, cuma kami area lubuk.

Kakak ambil 2 rumah terus. Senang. Rumah depan muat 2 orang. Rumah tengah 3 orang. Mak sudahnya nak duduk serumah dengan kakak dan adik. Senang nak berborak katanya. Fasiliti dalam rumah memang basic sahaja. Ada katil serta tilam, selimut, bantal dan tuala. Rak untuk letak barang dan tempat sidai tuala. Bilik kakak ni menggunakan kipas. Kalau rumah yang lebih besar ada air-cond, tapi tepi jalan bukan tepi sungai.

NOTA
Since kurang maklumat, kami tak bawa banyak barang sangat. Jadinya kena juga pinjam cerek dan mug dari Mak Engku.

Kos penginapan di sini sangat affordable. Bilik kakak RM100/malam (weekday) tapi kebanyakan yang menginap di sini lagi suka pacak khemah tidur betul-betul berhampiran dengan sungai.

Mak Engku turut sediakan tempat untuk bbq, dapur untuk memasak serta sink. Ada juga tandas untuk lelaki dan perempuan di kawasan tapak khemah. Malah plug juga ada jika nak guna. Patutlah River View jadi pilihan kaki camping.

NOTA
1) Sila bawa lengkap peralatan yang sesuai untuk camping, chalet hanya sediakan basic sahaja.

2) Bawa belerang untuk tabur keliling khemah memandangkan chalet ni tepi hutan. Kami dikunjungi ular yang menyusur berhampiran tangga chalet pada waktu siang dan babi menyelongkar tong sampah waktu malam.

Di sini air agak deras serta sangat berbatu, maklumla jeram makanya kurang sesuai untuk anak-anak kecil bermain. Boleh ke Pulau Chekas (berbayar) yang lebih landai. Tapi uols,air bukit memang sejuk giler. Tak kira pagi, tengahari ke petang ke. Memang sejuk. Sangat berbeza dengan air Sungai Pahang di belakang rumah kami. Waktu pagi air Sungai Pahang suam. Memang best mandi pagi-pagi.

Mandi tengahari di sini paling best. Dengan cuaca yang teramat panas berendam dalam air jeram yang sejuk. Fuhhhhh nikmat dunia. Petang harinya cuaca masih panas, mak kakak ajak berendam lagi, tapi once cecah kaki dalam air tak mampu nak berendam weyhhh, macam air peti. Sejukkkkkkkkk.

NOTA
Kepada yang suka bercamping terutama di kawasan nature macam ni atau pun di hutan, sila jaga tingkah laku.  So kakak tinggal pesan di sini:

1) Bukan kita je makhluk  yang menghuni muka bumi ni, mungkin kita datang ke tempat "mereka". Jadi hormati gaya hidup penduduk setempat, jaga mulut, jaga pertuturan dan adab bila datang ke tempat orang tak kira di mana.

2) Jangan ketawa mengilai/menjerit-jerit/berperangai tak tentu hala terutama menjelang senja. Bila waktu senja masuk bilik, masuk khemah. Selesaikan solat atau untuk yang non-muslim rehat dulu. Terutama sekitar tepat pukul 7 malam. Around 7.30 bolehla beraktiviti semula.

3) Untuk perempuan, jika dalam keadaan haid, sila bersihkan pad dan simpan elok-elok dalam simpanan sendiri. Jangan buang lagi, walaupun dalam tong sampah yang disediakan. Takut tong sampah diselongkar haiwan.

Btw, ni aktiviti kami sepanjang di sini:-

Hari Pertama (Rabu)
Check in & lunch bungkus siap-siap dari Kedai Kak Long Corner (di Bandar Raub). Then hantar Abah berurut di Kampung Bukit Pampong. Since hujan lebat, kami tak buat apa-apa aktiviti. Dinner malam tu makan laksa gebok yang Mak tapau dari Temerloh. Malam tu sejuk giler ye.

Hari Kedua (Khamis)
Sarapan di Warung Tok Mezah (di Pekan Dong) terus lajak ke Lipis. Pusing-pusing Kuala Lipis, naik Bukit Residen, dan tapau lunch dari Restoren Nasi Kukus Kak Cik. Singgah beli jagung di Binjai (Kuala Lipis). Jagung punya elok sedap manis ye bila dah rebus. Singgah di Keropok Lekor Raub, makan keropok sebelum balik ke chalet. Makan nasi dan berendam air jeram. Rehat sekejap before hantar Abah berurut kali yang ke dua. Tapau cendol gula kabung untuk minum petang. Malam keluar dinner ke Kedai Jendol Kampung Padang Peri, around 3-4km dari chalet (sedap weh masakan kat sini.)

Hari Ketiga (Jumaat)

Kami ke Pekan Sari Ulu Dong (setiap hari Jumaat, depan SK Pamah Rawas, kena datang awal pagi tau), tapau nasi lemak sambal kuning (nasi lemak Raub style), apam kampung (sedap sangat! authentic), karipap sira (traditional Padang Tengku, Lipis) untuk sarapan. Selesai sarapan kami check out terus ke Benta cari gula kabung. Settle gula kabung, terus balik ke Raub rehat di rumah kakak dulu sebelum Mak, Abah dan Adik gerak balik kampung.

Mak Engku dan tukang Zam sangat peramah melayan kami sepanjang kami menginap di sini. Tak rasa baru kenal. Abah dengan Mak pun nampak seronok maklumla lama tak bercuti-cuti, silap haribulan ajak datang lagi nanti.




Temerloh Titik Tengah Semenanjung


Setelah sekian lama dibuka, ada sekali dua lalu di depan, dapat juga kakak singgah ke salah satu tempat menarik iaitu Titik Tengah Semenanjung. Tak sangka kat Temerloh je uols atau lebih tepat lagi di kawasan Lanchang.

Temerloh Titik Tengah Semenanjung
Bt 11, Kampung Paya Siput
28500 Lanchang
Temerloh, Pahang

Kakak puji kerajaan negeri bangunkan tempat ni. Lebih-lebih lagi tetapkan tiket bayaran masuk. Baru la manusia ada akal tak merosakkan kawasan macam ni. Selain monumen Titik Tengah, kawasan ni terdapat pelbagai check point untuk kaki bergambar macam kakak untuk berposing. 

wehhhh kakak baru tau kartunis Aza tu orang Jerantet wehhh...ada galeri dia kat Jerantut. one day kakak mesti pergi

Monumen Titik Tengah berada di atas bukit sikit dan kena melalui kawasan tasik. Monumen asal dibina oleh JUPEM (Jabatan Pemetaan Malaysia) sebagai penanda titik tengah. Manakala kerajaan negeri pula bila monumen baru yang lebih besar sebagai daya tarikan utama di sini.


NOTA

1) Tapak monumen menunjukkan arah dan jarak ibu negeri dengan monumen
2) Pancang di bina condong arah kiblat
3) Enam pancang luar (gold) melambangkan Enam Rukun Iman dalam Islam
4) Lima pancang dalam (grey) melambangkan Lima Rukun Islam

Fasiliti yang di tawarkan di sini juga selesa dengan kawasan parking kereta, tandas, tempat solat serta cafe. Korang patut singgah di sini kalau dalam laluan. Baru kita tahu di mana sebenarnya kedudukan Titik Tengah Semenanjung.


Amani Vanilla Temerloh


Lama sangat dah kakak teringin nak datang. Mak kakak pun ada menyebut nak datang ke sini. Finally dapat juga jejak kaki. Kakak pergi balik kerja je. Tu ha pakai baju kerja lagi.

Amani Vanilla Temerloh
Lot 2231, Paya Kelubi
 Kampung Bangau Parit
28000 Temerloh, Pahang

Kalau korang datang dari arah Temerloh kena naik jambatan menyeberang Sungai Pahang menghala ke Kuantan ye. Susur pertama sebelah kiri selepas jambatan. Premis dibuka dari pukul 11 pagi hingga 7 malam dan cuti pada hari Isnin sahaja. Tutup juga waktu solat jumaat.

Apa yang ada di sini? Di sini ada kebun vanilla ye kawan-kawan. Selain perusahaan kebun vanilla dan jualan pokok, di sini juga ada cafe yang menawarkan variati menu berasaskan vanilla. Ada juga ruang ala mini pameran poster berkaitan dengan perusahaan vanilla. Best kan?

kebun vanilla ada kat belakang ni

Since kakak datang lepas makan nasi, dengan cuaca yang panas lengit bak kata orang Pahang, makanya kakak cuma order root beer vanilla dan aiskrim je. Ingat nak letak topping gula kabung sekali habis stok pulak. Tabur cinnamon je.


Cuaca panas teramat sangat ye uols. Memang sedap sangat dapat mengadap aiskrim dengan air sejuk. Selain dari dua ni, kafe juga menawarkan menu-menu lain antaranya waffle, aiskrim goreng serta set kopi o vanilla dengan ubi kayu rebus. Fuhhh klasik habis.

Nanti nak bawak mak kakak pulak.





7 Days, 7 Favourites