Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Ramadhan Tiba


Salam Ramadhan buat semua umat islam di seluruh dunia. 

Bagi kita yang ada di Malaysia khasnya, Ramadhan kali ini bermula dengan MCO. Tiada balik kampung, tiada terawikh di surau, tiada bazar ramadhan. Semoga episod Covid-19 segera berakhir dn kita boleh jalani kehidupan seperti dulu.

Kakak jua akan sahut seruan kerajaan jika sekiranya tidak digalakkan balik kampung untuk sambutan raya nanti. Kakak redha kalau terpaksa beraya sorang diri. Sob sob sob.


Meletop Ayam Goreng Kunyit


Korang, ni akak nak share dengan korang one of menu fav kakak iaitu nasi ayam goreng kunyit. Yang antara yang tersedap di tekak kakak. Menu simple tapi menyelerakan, kenyang dan yang penting murah.


Kedai ni letaknya di Pusat Penjaja Selera Duta. Sebelah Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur berdepan dengan LHDN Jalan Duta dan seberang jalan Masjid Wilayah. Lebih tepatnya kedai No. 44. Mana kakak tau pasal kedai ni? Ohh masa tu kakak cari catering untuk majlis nikah kakak, so datang medan selera ni untuk book catering terus cari lunch. Sebab malas fikir terus aje la ambik menu ni. Sekali sedap bukan main kena dengan citarasa. Bancuhan untuk sadur ayam tu memang resepi istimewa kedai ni.


Kedai ni memang fokus satu menu aje. Selain ayam goreng kunyit, ada daging goreng kunyit dan sotong goreng kunyit. If korang nak tambah telur mata juga ada, kicap dan sambal disediakan dan di sini juga ada jual satu jenis air. Simple. Kalau time lunch hour beratur manusia uols.


Harganya sangat la murah uols. Sebab tu orang ramai dan kalau yang menapau tu kemain berbungkus-bungkus. Kalau kakak kena kerja dekat KMKL tu memang kakak akan makan kat sini kalau kes lambat habis, kalau pagi dah selesai akan singgah jugak untuk tapau. Haaa begitu la sukanya kakak dengan menu ni. 


Sesiapa yang nak cuba or terlajak ada urusan area sini boleh la cuba. Ni contact nama dia kakak dah tolong ambilkan.


NOTA
Buka hanya pada hari Isnin-Jumaat, waktu pejabat sahaja




Dobi oh Dobi


Cantik tak wall decor dalam bilik iron cum bilik store kakak? Versi cheapskate je. Frame beli di kedai Eco, quotes print computer je. Simple. Tak sabar nak beli rumah sendiri. InsyaAllah kalau ada rezeki nanti. 

BTW, kakak nak cerita pasal dobi layan diri. Yang sebenarnya adab bila menggunakan dobi layan diri. Baru-baru ni kakak ke kedai dobi. Nak kata ramai sangat tidak la, biasa je. Orang sebelah kakak kain dia dah siap basuh nak dry pula. Tapi dia letak je bakul dia depan dryer. Sebabnya? Dryer full. Yang dah siap dry hamba Allah tuan punya kain baju entah pergi mana tinggal kain dalam dryer.

Kakak pun tanya dia nak dry kain ke tak ni, dia kata nak. Terus kakak suruh dia keluarkan kain dalam dryer bawah masuk dalam bakul kedai dobi punya. Nak tunggu tuan kain tak tau bila sampainya. Kakak pun senasib makanya keluarkan kain yang dah dry dalam dryer atas dan masukkan kain baju sendiri.

Masa tengah masukkan kain baju tu, datang la tuan punya baju dryer bawah yang dah dikeluarkan bajunya tadi masuk bakul kedai. Sambil merengus dia pun mengutip baju-baju dia masuk dalam beg.

Uols, kalau lambat 5 minit pun kira lambat ye. Tu bukan dobi bapak kau punya. Tak payah nak merengus. Kalau kat tempat lain mungkin tak ramai orang, tapi ditempat yang setiap minggu takde air macam tempat kita tinggal, masa di dobi sangat berharga ye. Tolong hormat pengguna lain. Kakak pun masa dryer siap balik rumah dulu, tapi set time, 10 minit nak habis dah terpacak semula di dobi.

Ye uols, tempat kakak tinggal memang setiap hujung minggu tak de air, makanya adalah pemandangan biasa orang datang berbakul-bakul dan berbeg-beg kain baju nak dobi. Yang lucunya masa kakak balik Kuantan aritu, kakak mendobi dekat area rumah, siap ada orang tanya berapa lama kakak tak mendobi sebab bakul kakak besar dan penuh hahahhahaha kat sini orang tak heran dah siap ada yang bawak pasangan or anak  sama-sama selesaikan kain baju menimbun.


Akok tersedap!


Kuih akok tersedap yang mak kakak rekemen di Kuantan. Antara port feveret mak kakak beli kuih zaman mengajar dulu. Ini bukan spesis akok kedut. Akok flawless. Nama kedainya Baulu Sri Pandan. Sebab kedai ni sebenarnya jual kuih baulu. Ada baulu biasa ada baulu pandan. Yang pastinya semua sedap.

vintage

Kedai ni betul-betul tepi jalan besar Jalan Tanah Putih. Kalau dari Gambang, kedai ni selepas traffic light Taman TAS, belah kiri jalan sebelum flyover/susur ke Pekan. Kalau laju memang terlepas la.

masa kami sampai ni je tinggal. rembat semua huhu

Sedapnya wey akok dia , tak manis melampau, lembut, gebu. Tahan berhari-hari ye. kakak siap buat breakfast hari berikutnya. Next time boleh try lagi. Siapa yang ke Kuantan boleh la cuba.

Keropok Lekor Raub


Weyyyy...kakak dah lebih sedekad kat sini baru tau Raub ni ada kedai keropok lekor. Means bukan jual tepi-tepi jalan tu. Ni memang buat sendiri ala-ala kat Terengganu tu. Siap ada sos sendiri. Gigih la kakak balik dari outstation mencari kedai ni. Senang je nak cari sebab tepi jalan besar. Kalau dari arah KL, kedainya belah kanan selepas RNR Dong.


Btw, selain jual keropok lekor dan makan keropok lekor, korang boleh makan makanan panas kat sini. Ada la kawasan parking sikit kat area warung ni. Korang boleh parking tepi jalan. Tapi parking elok-elok la.


Kat sini korang boleh beli keropok lekor batang, yang dah siap hiris, cheeseball, jenis crispy. Yang crispy ni ada perisa paprika, garlic dan black pepper selain rasa original.

lekor siap hiris RM10
cheeseball RM8
crispy RM8
sos RM4

Kakak beli yang siap hiris, lepas tu crispy campur paprika dengan garlic, dengan sos siap. Keropok lekor tu rangup luar lembut di dalam. Yang crispy tu, adoi sengal betul kakak langsung tak potong dua ke tiga ke main lebur dalam kuali. Haaaa menggembang kata kau macam goreng belut  pulak dah. Yang penting sedapppppp.

Movement Control Order : Part 2



Korang, macam mana life sepanjang 14 hari? Untuk kakak 11 hari la since hari pertama hingga ketiga kakak dipaksa kerja. Hari ke-4 MCO kakak takde buat apa-apa, rehat je. Start hari ke-5 baru kakak start aktiviti mengemas dan menghias rumah.

Part paling pening ialah nak memasak sebab masak bukan forte kakak. Makanya bab membeli bahan mentah juga kacau bilau. Main agak-agak je apa yang nak dibeli. Lepas tu pening kepala bab masak, kena tanya resepi dekat En. Google. Tapi kakak kagum dengan diri sendiri, memasak setiap hari macam-macam menu walaupun menu simple jah. Tak pernah lagi berlaku kejadian 11 hari straight kakak memasak ye. 

Walaupun barang masak ada dan masih berkemampuan beli barang, kakak masak sekali sehari je. Sebab pertamanya bimbang berat mencanak naik masak macam-macam. Ala... macam la reti pun. Keduanya bimbang RCO berterusan. Ketiganya bila suami kakak start duty, kakak rasa tak selera mengenangkan keselamatan dia.

Setiap kali berdoa lepas solat kakak berdoa sambil menitis air mata. Teringat mak abah kat kampung. Kalau kakak ada at least kakak boleh jadi runner yang keluar beli barang. Teringat adik-adik yang di KL dan Shah Alam. 

Paling terutama teringat suami yang sedang duty. Lagi pulak terkenang kata-kata dia yang dia rasa sakit jiwa bila terkenangkan kakak bersendirian urus segalanya dalam keadaan sukar ni. Lagi pulak tiga hari pertama kakak kerja. Syukur bila dah #stayathome. Suami kakak less stress dan agak ceria setiap kali buat video call lepas kakak duduk di rumah. Tak henti-henti remind kakak untuk stay at home. 

MCO dan Covid-19 memberi kesedaran  kepada kakak tentang beberapa perkara yang kakak tak sedar selama ni.

Pertamanya, kakak panjatkan syukur disebabkan Allah belum kurniakan rezeki untuk ada anak sendiri lagi, di waktu yang sukar macam ni, setidaknya kakak boleh catu makanan untuk diri kakak, jaga diri kakak sorang je. Bayangkan kalau ada baby, suami pulak on duty, kakak nak kena cari barang, nak pikir baby lagi. Allahu. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.


Keduanya, nikmat kebebasan. Selama ni kita bebas ke mana-mana. Duduk di mana yang kita suka, buat apa yang kita mahu. Sekarang ni, hanya mampu bergerak dari porch sampai ke dapur je. Nak jenguk orang tua pun tak mampu. Syukur ya tuhan sebelum MCO mak abah dan adik-adik ada datang tidur di rumah kakak.

Ketiga, nikmat makan. Dulu kita-kita ni makan pun memilih nak yang sedap aje, yang mewah, yang banyak, yang branded. Saat macam ni makan aje la apa yang ada. Kalau sebelum ni hari-hari kakak beli makanan, musim duduk rumah kakak terpaksa belajar masak, belajar portion makanan, cari tips masak untuk seorang makan supaya tak membazir.

Keempat, sikap ambil mudah ataupun take for granted. Terutamanya dengan orang-orang yang penting dalam hidup kita, yang kita sayang, yang menyayangi kita. Untuk kakak, kali terakhir jumpa suami ialah November 2019, bayangkanlah perasaan kami berdua bila situasi macam ni. Tak tahu bila pula dapat jumpa. Hiba betul hati. 

Parent pulak biasanya kakak akan jumpa setiap minggu sebab almost every week outstation dekat dengan kampung. Bila jadi macam ni susah hati la pikir macam mana parent kakak nak buat urusan beli barang. Dengan dua-dua dah tua, sangat risky. Rupanya mak kakak lagi canggih, call kedai bagi senarai semua barang lepas tu ayah kakak pergi ambik dan bayar terus balik. 

Last but not least, tiga pekerjaan yang dulu di politikkan, dikecam oleh netizen, kini kesemua pekerjaan inilah menjadi tunggak negara di saat ini. Kini semua membuka mata. Kepimpinan yang lepas mengecilkan kuota pekerjaan dalam bidang perubatan, elaun di cantas. Sekarang, kakitangan perubatan yang berhenti/pencen turut diseru untuk sama-sama menabur bakti. Yang sedang menganggur menunggu posting dipanggil masuk bertugas. Begitu juga dengan askar yang dikatakan hanya makan dan tidur, saat suasana darurat seperti ini kalau mereka tak sentiasa siap siaga, macam mana mereka nak perform? Sama juga seperti polis yang sentiasa dikecam ketika bertugas, ada sebab kenapa pekerjaan-pekerjaan ini diwujudkan dalam dunia. 

MCO diteruskan lagi hingga 14 April 2020. Kakak berharap frontliner semua bertabah, kuat semangat dan semoga Allah lindungi kalian, beri kesihatan serta kekuatan, limpahkan rahmat kepada kalian yang berkorban di musim Covid-19 ini. 

Btw, kakak berharap semuanya cepat berakhir. Kita semua dapat bekerja semula. Sama-sama menjana ekonomi negara. 


7 Days, 7 Favourites