Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Turkey : Sejarah


Kebetulan saya pergi ke Turki tidak lama selepas kematian allahyarham adik Ahmad Ammar. Ramai sahabat yang bertanya tentang kubur adik Ammar. Malangnya saya tidak dapat menjawab langsung pertanyaan sahabat dan kenalan saya, tidak tahu adik Ammar dikebumikan di lot mana satu. Persediaan ilmiah saya sebelum ke Turki adalah bacaan tentang hadith Rasulullah SAW tentang penaklukan Constantinople (nama lama Istanbul) dan tentang sahabat nabi yang bernama Abu Ayub Al-Ansari.

NOTA
Sekiranya berhajat untuk melawat kubur adik Ahmad Ammar, pastikan buat persedian awal, dapatkan nombor lot dan sebagainya kerana kawasan perkuburan tersebut luas, bertingkat-tingkat serta mempunyai lot-lotnya tersendiri.

Kalau korang nak ke Turki (terutama yang beragama islam) saya cadangkan selain ambil tahu tentang bangunan-bangunan cantik, makan sedap, pemandangan yang tak dapat di gambarkan dengan kata-kata, study lah serba sedikit tentang hadith nabi berkaitan penaklukan Constantinople dan juga tentang Abu Ayub Al-Ansari. Pasti tersentuh hati dengan kegigihan umat islam silam saat kita menyelusuri tembok yang di tembus masuk oleh Sultan Mohammad Al Fateh.


Tuntutan Hadith

Rasulullah SAW bersabda ketika menggali parit dalam peristiwa perang Khandaq:

"Constatinapole akan jatuh ke tangan tentera Islam, Rajanya ialah sebaik-baik raja, tenteranya ialah sebaik-baik tentera" 
~ Riwayat Imam Ahmad 

Semenjak daripada itu telah ramai sahabat serta pemimpin umat islam yang cuba menakluki Constantinople bagi memenuhi sabda Rasulullah SAW. Dikatakan tidak kurang daripada 8 kempen daripada keseluruhan 29 kempen telah dilancarkan. Lapan kempen terbesar ini lima darinya di zaman Umayyah, satu kempen di zaman kerajaan Abbasiyah dan dua kali pada zaman kerajaan Uthmaniyyah. 

Kempen pertama di zaman kerajaan Umayyah pada tahun 44H (674M) telah diketuai oleh Yazid Bin Muawwiyah Bin Abi Suffian. Operasi ini turut disertai oleh sahabat nabi bernama Abu Ayub Al-Ansari yang ketika itu sudah berusia 98 tahun demi memenuhi tuntutan hadis dan janji penghormatan dari Allah SWT. 


Ayub Al-Ansari

Abu Ayub Al-Ansari r.a atau nama sebenarnya ialah Khalid Bin Zaid Bin Kulaib dari Bani An-najjar. Beliau mendapat perhormatan saat Nabi SAW berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah. 

Ketika itu kaum Ansar berharap agar unta Rasulullah SAW berhenti di hadapan rumah mereka dan Nabi SAW akan menumpang di rumah mereka. Kehadiran Rasulullah SAW di rumah mereka merupakan satu penghormatan besar. Akhirnya unta Rasulullah SAW berhenti di hadapan rumah Abu Ayub Al-Ansari. Abu Ayub sangat gembira dan berbesar hati lalu membawa barang-barang Rasulullah SAW masuk ke rumahnya dengan penuh hati-hati.

Dalam kempen menakluki Constantinople ini Ayub Al-Ansari mengalami keuzuran yang sangat teruk hingga beliau tidak mampu untuk menggalas pedangnya sendiri. Yazid Al-Muawwiyah telah menziarahi Abu Ayub yang sedang sakit lalu bertanya:-

"adakah tuan mahu apa-apa wahai Abu Ayub"


Jawab Abu Ayub Al-Ansari,

"Sampaikan salamku kepada seluruh kaum muslimin dan beritahulah mereka, Abu Ayub mahukan mereka menembusi seberapa jauh tembok Constantinople sehingga mereka beroleh kemenangan dan mengebumikan mereka (tentera Kristian Rom Byzantine) di bumi Constantinople"

Abu Ayub Al-Ansari cuba menaikkan semangat tentera Islam. Dan setelah itu keuzurannya semakin menjadi-jadi lalu Abu Ayub berwasiat agar menguburkan jasad beliau di luar tembok Constatinople. Ketika di tanya kenapa beliau hendak dikuburkan di situ. Ujar beliau:-

"Aku dengar Rasulullah SAW mengatakan bahawa akan ada seorang lelaki soleh dikuburkan di bawah tembok tersebut, dan aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang akan memimpin sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople"

NOTA
Masjid Eyub Sultan terletak berhampiran dengan laut dan benar memang masjid tersebut dalam laluan tembok era Constantinople.  Ketika saya melawat, kawasan makamnya sedang dalam proses baik pulih.

Masjid Eyub Sultan

Sultan Muhammad Al-Fateh

Kegagalan demi kegagalan untuk umat muslimin menembusi tembok Constantinople. Hadis Rasulullah SAW hanya menjadi kenyataan selepas 800 tahun. Ia disempurnakan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh , khalifah ke-7 dinasti kerajaan Uthmaniyyah bersama kira-kira 265,000 orang tentera.

Nama sebenar baginda ialah Sultan Muhammad Bin Murad Bin Muhammad Bin Bayazid. Telah di lahirkan pada 29/03/1432M (833H) di Andrianapolis (bandar sempadan Turki-Bulgaria). Gelaran "Al-Fateh" kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Sultan Murad II iaitu ayahandanya seorang bapa yang sangat tegas dan telah menyediakan guru-guru yang terdiri daripada golongan ulama yang berwibawa demi pendidikan Muhammad Al-Fateh. Tetapi guru yang sebenar yang telah membimbing Sultan Muhammad ini ialah Sheikh Shamsuddin Al Wali. Selain ilmu agama, Muhammed Al-Fateh juga telah di asuh dengan ilmu matematik, falak, sejarah, taktik perperangan, memanah dan menunggang kuda. Baginda juga fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu bahasa Arab, Parsi, Latin, Greek, Serbia, Turki dan Hebrew.

Baginda juga seorang yang bersifat tawadduk dan rendah diri. Ini terbukti ketika membina kubu Rumeli Hissari, baginda membuka baju dan serbannya lalu mengangkat batu dan pasir hingga ulama dan menteri terkesima lalu mereka pun turut sama bekerja.

Kubu Rumeli Hissari

Gerakan Penaklukan Constantinople


Sejak belum menaiki tahta Baginda telah menunjukkan minat mendalam berkaitan penaklukan Kota Constantinople. Selepas menaiki tahta baginda mula menyediakan angkatan tentera yang besar sekitar 265,000 orang malah mengarahkan pembinaan pelbagai peralatan perang yang canggih pada zaman itu antaranya adalah meriam gergasi yang pelurunya sahaja seberat 300 kilo dengan tembakan sejauh 1.5 km!

meriam yang dibina atas arahan Sultan Muhammad Al-Fateh
Saat tentera pimpinan Sultan Muhammad berlayar menghampiri Constantinople, baginda mengarahkan agar azan dilaungkan dan solat berjemaah didirikan. Tentera Byzantine menjadi gementar melihat tentera muslimin sebanyak 265,000 orang solat dibelakang pemimpin mereka.

Kota Constantinople dikelilingi 3 penjuru lautan, iaitu Laut Marmara, Selat Bosphorus dan Teluk Golden Horn. Kemasukan kapal-kapal tentera muslim telah dihalang oleh rantai gergasi yang di pasang di Teluk Golden Horn.    

rantai besi yang di pasang dalam laut di Teluk Golden Horn bagi menghalang kemaraan tentera islam
credit blog Ibnu Hashim

Maharaja Byzantine telah memandang rendah keupayaan tentera muslimin dengan menolak tawaran Sultan Muhammad untuk menyerahkan kota Constantinople secara baik. Kota Constantinople telah dikepung dan mulai diserang selama 48 hari mulai hari Rabu 19/04/1453M (12 Rabiul Akhir 857H). Walaupun dihujani dengan peluru daripada meriam gergasi hanya bahagian luar tembok sahaja yang rosak.


sistem pertahanan kubu Kota Constantinople
credit blog usahrisau

NOTA
Siapa yang jejak kaki ke Istanbul carilah sisa tinggalan kubu kota Constantinople yang masih ada hingga hari ini. Pasti kagum.


sebahagian kubu Constantinople yang masih utuh

Baginda menggunakan pula taktik dengan menggunakan menara bergerak yang lebih tinggi daripada tembok kota Constantinople yang boleh memuatkan ratusan tentera di dalamnya. Tetapi tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut.

Pope dari Rome telah menghantar bantuan ketenteraan sebanyak lima armada bagi membantu tentera Byzantine menentang serangan tentera muslimin. Dalam diam Maharaja tersebut cuba memberi rasuah kepada Sultan Muhammad Al-Fateh bagi menyelamatkan kedudukannya. Akan tetapi telah di tolak dengan tegas oleh baginda.

Tentera islam tetap cuba menembusi kota Contanstinople tetapi masih lagi gagal. Kegagalan berterusan menyebabkan Maharaja Byzantine menjadi lega. Namun kegembiraan maharaja dan penduduk Constantinople tidak lama.

Pada 22/04/1453M penduduk Constantinople terpinga-pinga bila menyedari bahawa terdapat 72 buah kapal tentera muslimin telah memasuki perairan Teluk Golden Horn sedangkan rantai besi telah di pasang!

Baginda Sultan Muhammad Al-Fateh merupakan pemimpin yang amat bijaksana. Baginda telah bersama-sama bala tenteranya mengangkat kapal-kapal perang melalui bukit Galota di seberang Teluk Golden Horn dan meluncurkan semula kapal-kapal tersebut ke dalam teluk. Tindakan baginda diiktiraf sebagai taktik peperangan terbaik di dunia oleh sarjana barat.

Keesokkan harinya tentera islam cuba memanjat dan melastik kubu Constantinople menggunakan lastik gergasi tetapi tentera Byzantine melawan dengan sengit hingga ramai tentera muslimin mati syahid. Peperangan yang berterusan tanpa menunjukkan tanda kejayaan melunturkan semangat dan mendatangkan rasa bosan di kalangan tentera islam. Lalu baginda berucap bagi menaikkan semangat tenteranya:-


"wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati dijalan Allah. Siapa yang inginkan syahid ikutlah aku"

Lantas seorang tenteranya bernama Hassan Ulubate mengetuai kumpulan seramai 30 orang tentera menyebu masuk kubu musuh dan berjaya memacakkan bendera islam di puncak menara. Kesemua mereka syahid akibat terkena panah musuh. Melihat kibaran bendera Islam walaupun hanya terpacak seketika di menara telah membangkitkan semula semangat tentera islam. Mereka menyerbu masuk bertali arus bersama laungan "Allahuakbar" hingga mendatangkan kesan psikologi di kalangan tentera musuh. Tidak cukup dengan itu tentera Byzantine dikejutkan pula dengan berita bahawa tentera islam telah lama menggali terowong untuk memasuki kota Constantinople.

Pada 29/05/1453M (20 Jamadil Awal 857H) Kota Constantinople telah jatuh ke tangan tentera islam. Namanya ditukar kepada Islambol yang membawa maksud islam keseluruhan dan kemudiannya dikenali sebabai kota Istanbul. Gereja besar St Sofies telah ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Dengan tawadduknya Sultan Mohammad Al-Fateh melumurkan tanah ke dahinya lalu menunaikan sujud syukur.

Rajanya, sebaik-baik raja


Ketika tiba solat jumaat pertama di Contantinople, timbul isu siapa yang sepatutnya dilantik menjadi imam kepada solat jumaat. Lalu baginda Sultan Muhammad mengarahkan semua tenteranya berdiri lalu berkata:-

"Siapa yang sejak baligh hingga kini tidak pernah meninggalkan solat fardhu sila duduk"

Tidak ada seorang tenteranya pun duduk. Tanya baginda lagi:-

"Siapa yang sejak baligh tidak sekalipun meninggalkan solat rawatib walau sekali sila duduk"

Sebahagian daripada tenteranya ada yang duduk. Lalu baginda bertanya lagi. 

"Siapa antara kalian yang tidak pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam sejak baligh sila duduk"

Semua tenteranya duduk kecuali baginda sultan. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh.


Tenteranya, sebaik-baik tentera

Ketika dalam perjalanan ke Constantinople, Sultan Muhammad Al-Fateh dan tenteranya melalui kawasan ladang anggur yang buah anggurnya sedang masak ranum. Baginda berpesan kepada tenteranya agar tidak mengambil anggur-anggur tersebut.

Setelah melepasi ladang tersebut mereka akhir berhenti di satu kawasan. Mendirikan khemah dan berehat. Ketika itu pembantu baginda keluar daripada khemah Sultan Muhammad dan memberitahu bahawa baginda jatuh sakit dan setelah diperiksa oleh tabib ubat kepada penyakitnya adalah buah anggur.

Pembantu baginda meminta agar para tentera memberikan buah anggur sebagai ubat baginda kerana tanpa buah tersebut sakit baginda akan bertambah berat. Tidak ada seorang pun tenteranya yang dapat memberikan buah anggur kepada pembantu tersebut. Lalu baginda Sultan keluar dari khemahnya sambil memuji tenteranya yang pada pendapatnya bukan sahaja kuat dari segi fizikal tetapi turut kuat dari segi rohani. Malah, taat kepada perintah baginda. 

CREDIT



Hah Tomyam

Hah Tomyam

Kalau ke Kuala Lumpur saya paling gemar singgah ke Hah Tomyam yang terletak di Lorong Damai 13, Kampung Datuk Keramat. Restoren ini beroperasi dari sebelah petang hingga lewat tengah malam. Dekat mana tu? Landmarknya ialah di belakang Masjid Datuk Keramat. Ada banyak kedai makan di situ, tapi restoren ini yang nampak paling meriah.

depan kedai

Restoren ini menghidangkan menu ala thai. Yang paling menarik, pekerjanya kebanyakan datang dari Thailand dan sudah semestinya boleh bertutur dalam bahasa siam. Oleh kerana restoren ini menghidangkan masakan Thailand dan pekerjanya boleh bertutur dalam bahasa siam, ramai juga pelancong dari Thailand yang makan di sini. Perasaannya kita pula yang melancong ke Thailand.

menu 1
menu 2

Saya dan keluarga memang gemar makan di sini. Ada pelbagai menu yang menarik seperti pulut ayam, pulut mangga, nasi kerabu, daging bakar, somtam, bubur kosong dengan pelbagai hidangan sampingan dan juga masakan panas. Selain rasa yang enak, harga yang dikenakan juga berpatutan.  

pulut mangga
kerang bakar
daging bakar
sotong bakar

Pro

1) Ada kawasan parking
2) Setelah renovate restoren lebih luas dan teratur
3) Terdapat pertambahan menu baru
4) Pelbagai menu yang enak
5) Harga munasabah


Contra

1) Kadangkala pekerja yang datang dari Thailand kurang memahami soalan yang kita tanya.
2) Kali terakhir makan daging bakar, sosnya terlebih masin



Zawara Coffee

dari depan

Zawara ni memang berkembang maju betul. Dari jual baju tudung sekarang ada coffee house pulak. Eloklah mana yang bawak pasangan/ibu bapa/adik beradik/kawan yang dah tak larat nak tunggu kita try baju boleh la duduk makan minum di Zawara Coffee. 

Zawara Coffee
No 6 Lorong Dataran Wangsa
Dataran Wangsa
Wangsa Melawati
53300 Kuala Lumpur

Bukan satu je cawangan Zawara Coffee ni tau. Ada juga ditempat lain. Cawangan ni agak dekat untuk saya singgah.   

kaunter

Saya pilih soft shell crab burger. Harganya RM23. Agak mahal untuk seketul burger tanpa ada sampingan lain. Tapi bun untuk burger ni memang umph rasanya. Enak dengan herba/rempah tersendiri. Bunnya juga rangup sedikit diluar dan lembut di dalam. Saya suka dengan rasa keseluruhan burger ini. Bolehlah kalau nak makan lagi.

soft shell crab burger RM23

Paling menarik kita akan dibekalkan dengan sarung tangan plastik. Senang. Tak perlu lagi basuh tangan sebelum dan selepas makan. 

rasa cam doktor plak

Selain burger, saya juga ingin cuba spaghetti meatball arrabiata. Rasanya biasa-biasa sahaja. Tiada yang istimewa untuk diingati. 

spaghetti meatball arrabiata RM19

Menu seterusnya agak unik iaitu kepak ayam telur masin. Selalunya makan udang/sotong/ketam telur masin. Rasanya enak, tapi mungkin kurang sesuai telur masin dan ayam bergabung. Sarung tangan plastik juga disediakan untuk menu ini.

salted egg chicken wings RM19

Untuk air pula, tema kurma dipilih. Coffee kurma frappe dan kurma latte ice. Setiap satunya RM12. Coffee kurma frappe ada diletakkan dengan cebisan kurma tapi saya tak dapat rasa kurma dalam kurma latte ice. Kecewa. Mungkin pihak pengurusan boleh fikirkan cara lain agar kurma lebih terasa dalam kurma latte?

Skytrex Adventure

papan tanda di hadapan pintu masuk taman botani

Walaupun saya ni gayat orangnya tapi sekali sekala teringin juga untuk buat aktiviti yang mencabar kegayatan. Google sana sini jumpa maklumat tentang Skytrex Adventure di Taman Botani Shah Alam.

Kami pilih Big Thrill (Intermediate), tahap kesusahan sederhana kononnya walaupun kecut perut memikirkan ada 26 task yang perlu dilalui. Antara syarat penyertaan adalah berat tidak melebihi 100kg dan tinggi tidak kurang 140cm. Bayaran boleh dibuat secara online di laman web Skytrex Adventure.

Selain Big Thrill, ada pilihan lain iaitu Little Adventure (Beginner), RM35 dan Extreme Challenge (Advanced), RM55. Patutnya saya ambil Little Adventure je pfftt. Untuk Little Adventure ketinggian tidak boleh kurang dari 110cm.

Waktu mula aktiviti untuk hari Sabtu, Ahad & cuti umum adalah bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 3 petang. Manakala dari hari Selasa hingga Jumaat pula dari pukul 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari.

Slot yang kami pilih adalah pukul 11.30 pagi dan setiap slot maksimum 25 orang. Kami diminta memakai peralatan keselamatan dan berkumpul serta diberikan taklimat tentang cabaran dan juga keselamatan. Kami juga diminta menandatangani surat pelepasan pihak Skytrex Adventure daripada bertanggungan ke atas apa-apa yang boleh berlaku ke atas kami. 

Usai taklimat kami juga diberi pilihan untuk membeli peralatan tambahan sekiranya perlu. Kami hanya beli sarung tangan sahaja yang berharga RM5. Ada jual dijual air mineral, minuman tin malah sewa laci jika perlu untuk letak barang.

Kemudiannya kami dibawa ke kawasan bertanda Big Thrill Train & Try. Di sini jurulatih membuat penjelasan lebih detail penggunaan alatan untuk kami meneruskan cabaran, kerana di atas sana kita tidak akan dibantu oleh jurulatih mahupun kakitangan yang menjaga check point. Semua kena buat sendiri. Maka setiap peserta perlu membuat latihan terlebih dahulu.  

tempat permulaan latihan

Antara latihan asas yang perlu dibuat oleh setiap peserta ialah memanjat, meniti dan flying fox. Oleh kerana ini adalah latihan jadinya tangga pun tak de la tinggi sangat. Titi pun tak jauh walaupun saya terketar-ketar la juga. Flying fox pun dijarak yang sangat dekat. Boleh kot saya buat sampai habis. Tak habis-habis meyakinkan diri sendiri yang makin kecut perut sebenarnya.

memanjat
meniti
flying fox
flying fox

Selesai latihan kami berkumpul pula ditempat permulaan untuk Big Thrill. Masa sampai di sini bukan main seram sejuk saya rasa. Sudahlah ramai yang menunggu, tengok pulak tangga yang perlu di panjat sayup tinggi ke atas.

tempat permulaan Big Thrill
tu dia skit punya tinggi

Akhirnya sampai juga giliran saya. Dengan sepenuh hati saya memanjat tangga okey. Langsung tak pandang bawah walaupun telinga ni sayup-sayup dengar orang sebelah sana menjerit-jerit. Macam saya agaknya, takut jugak diaorang tu. Mata saya fokus pandang pokok. Sampai separuh tangga saya rasa tangan saya dah lenguh. Itulah, malas bersenam terus nak beraktiviti. Merasa la. 

Awek yang jaga check point (dia duduk atas pelantar) tanya saya okey ke tidak dan minta saya bertenang dulu baru baru teruskan panjat. Akhirnya saya sampai juga ke atas pelantar dan terus peluk pokok hahahah kaki saya menggigil teruk weh. Lepas tu kena bebel dengan awek tu suruh saya gerak cepat sikit ke check point seterusnya.

sape gayat jangan pandang ke bawah

Laluan seterusnya, agak menggembirakan saya sebab ianya jaring bertutup penuh kiri kanan. Sempat posing lagi.

posing beria sebab yang ni tak takut sangat
bleh tahan juga jaraknya

Lepas dari jaring tu ada beberapa halangan lagi serta memanjat lebih tinggi. Sampai di halangan yang ni memang saya dah down habis. Ketakutan yang melampaui batas bila tengok titi ni sikit punya halus dan jarak pula macam jauh. Pandang pula ke bawah sayup je nampak tanah.

Sudahnya saya menangis dan badan rasa keras tak boleh bergerak. Puas pulak kawan saya pujuk. Lepas dah puas menangis dan menjerit sekuat hati supaya hilang rasa takut, baru rasa okey dan siap minta maaf dengan sekumpulan awek kat bawah kami. Semua jadi tersangkut tak boleh teruskan halangan. Nasib baik semuanya sporting siap cakap dia orang faham saya takut sangat. 

Walaupun takut dan menangis halangan tetap dilepasi ye. Lepas meniti ni ada flying fox yang agak jauh jaraknya dan brother yang jaga check point tu kata saya patut guna express way sebab halangan seterusnya sangat susah dan keadaan saya yang tidak meyakinkan hahahahah. So, saya terus guna satu lagi flying fox jarak pendek.

kat sini point yang paling saya takut! halus benar papannya

Nasib baik saya ambil express way, nampak aje nak meniti tiub ni macam senang. Susah woih. Tiub ni asik bergerak-gerak ke kiri kanan setiap kali kaki nak pijak. Licin tu dah tentu. Memang ambil masa nak selesai halangan yang satu ni.

yang ni paling susah

Sampai dipelantar bila toleh ke belakang baru perasan kumpulan awek belakang kami dah tak de. Brother yang jaga check point bagitau mereka keluar dari task ikut emergency exit sebab ada antara mereka yang nak termuntah. Mujurlah paginya kami makan roti sikit dengan air 100+ jer. Kalau tak mungkin senasib dengan mereka.

Halangan-halangan seterusnya agak kurang menakutkan kerana ketinggian makin menurun. Gayat makin kurang. Yang penting saya berjaya selesai sampai ke check point terakhir tanpa keluar ikut emergency exit. Kami sampai di check point terakhir lebih kurang pukul 4 petang. Anggaran masa yang diambil untuk melepasi semua halangan lebih kurang antara 2 jam setengah hingga 3 jam bergantung kepada kecekapan. Saya mungkin ambil masa lebih pffttt.

yang penting complete task!

Siapa yang berani dan rasa ingin cabar diri bolehlah cuba Skytrex ni. Pastikan jangan makan makanan terlalu berat.


Aunty Gemuk

Siapa yang biasa ke area Kelana Jaya dekat dengan Wisma FAM mesti dah familiar dengan Restoren Jamal Mohamed,  kan? Sini le kalau nak jumpa pemain-pemain bola sepak hehehe

No 24 SS5A/9
Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya

Kami pergi di sini untuk sarapan. Tapi kena datang awal tau. Orang ramai di sini. Restoren ni bukan macam restoren mamak biasa. Dah macam food court. Ada banyak stall kecil-kecil dengan pelbagai pilihan makanan. Ada nasi lemak, char kuey teow, ada mee kolok, chee cheong fun, rojak, pisang goreng cheese dan pelbagai lagi. Order untuk air akan diambil oleh pekerja Restoren Jamal. Kalau nak order makanan kita sendirilah yang kena pergi ke stall pilihan.

Pilihan saya pastilah char kuey teow. Maklumlah lepas kena racun pasal kuey teow aunty gemuk kat sini teruslah teringin. Char kuey teow dimasak ala cina, menggunakan bahan halal. Rupa dan rasanya berbeza dengan char kuey teow penang tu ye. Tapi memang sedap la. Saya suka. Memang selalu teringat teringat je kuey teow Aunty Gemuk ni. Apa hal pulak dengan Aunty Gemuk? Mungkin kerana aunty yang memasaknya bersaiz sedikit comel, senang hendak bezakan dengan stall char kuew teow lain yang ada berdekatan. Yang penting char kuey teow aunty gemuk ni sedap tau.

adoi teringat-teringat sokmo. harga bermula RM5

Satu lagi yang kami order di sini ialah pisang goreng dari The Pisang Cheese. Pisang Cheese dan Pisang Caramel. Pisang Caramel macam manis sangat. Pisang cheese dia memang terbaik. Harga bermula dari RM5 sebekas.

sedap weh. harga bermula dari RM5 sebekas

Kawan saya juga memilih yong tau foo. Pelbagai pilihan yang ada. Harganya macam biasalah, lagi banyak bahan yang kita pilih lagi mahal harga sepinggan/sebekas. 

kuah/cicah diasingkan

Air macam biasalah kegemaran saya, teh tarik. Kalau tak disebabkan jauh nak pergi harus kerap saya datang ke sini. Next time kena datang lagi. Terkenang-kenang char kuey teow aunty gemuk.


Eiffel, I'm In Love


[Travel 2011]

Kami ke Paris dari London. Ikut plan, kami hanya ingin berada di sana sehari sahaja. Subuh lagi kami sudah ke St Pancras. Sambil menaip teringat movie Mr Bean's Holiday

standby di St Pancras
Moulin Rouge katanya
sempat juga minum hot choclate
jadual ketibaan di Gare Du Nord
La Chapelle station


Eiffel Tower

Sebelum sampai di sini mimpi sahaja pun tak berani membayangkan diri sendiri berdiri di depan Eiffel Tower. Dengan jauhnya, kos lagi. Tapi kalau dah rezeki memang dapat la juga. Cuaca juga sangat cantik. Warna langit yang biru memang menambah keindahan monumen paling popular ini.

Eiffel! im in love!
baring pulak...berdiri kat betul-betul kat bawah Eiffel pun boleh.
perhati betul-betul, terdapat nama-nama manusia bijak pandai diukir pada Eiffel Tower ni

Pancaran matahari yang terang dengan suhu yang boleh tahan sejuk ramai pengunjung yang duduk bersantai di sekeliling eiffel ini. Kelihatan sekumpulan kanak-kanak sekolah berkelah bersama guru mereka. "French kiss" memang menjadi kebiasaan di sini hahahah dah kalau dekat French kan?

picnic trip. comel sangat

Kebiasaannya terdapat ramai penjual cenderahati akan cuba menjual barangan kepada kita. Mereka boleh jadi agresif dalam berjual barangan. Kebetulan pula, yang cuba menjual cenderahati kepada kami pernah tinggal di Malaysia. Panjang pula ceritanya bila dia cuba berbual dalam bahasa melayu.

NOTA

1) Pick pocket sangat tinggi di Paris. Berhati-hati dengan beg kita. Pastikan sling/bagpack disangkutkan di bahagian hadapan badan.

2) Jangan guna barangan berjenama mewah atau barangan kemas yang menonjol. Anda mungkin diperhatikan dan diekori.

3) Jangan terima tawaran bantuan daripada sebarangan orang. Kemungkinan tujuan menipu/rompak.

4) Ramai dari mereka tidak boleh berbahasa Inggeris atau pun enggan berbahasa Inggeris. Pelajari beberapa perkataan yang biasa digunakan.

5) Harga barangan di Butik Louis Vuitton di sini lebih murah berbanding Malaysia.


Sungai Seine

Puas lepak berhampiran dengan Eiffel Tower, monumen yang banyak dikaitkan dengan cinta, kami menuju ke Sungai Seine yang terletak berhampiran. 


heading to La Seine

Berdekatan dengan sungai terdapat sebuah carousel yang pada pendapat saya antara carousel yang paling banyak dirakamkan gambarnya kerana berlatar belakangkan Eiffel Tower.

the famous carousel 

Paris yang turut dikenali sebagai kota cinta hingga turut dinyanyikan dalam runut bunyi untuk filem Monster in Paris. Best movie ni dan lagu pun sedap walaupun filem animasi. Petikan lagu La Seine nyanyian Vanessa Paradis dan M yang mengisahkan seorang gadis yang jatuh cinta dengan Sungai Seine dan Paris.

"She gets out of bed 
So on her 
The Seine , the Seine, the Seine 
So pretty she bewitches me 
The Seine , the Seine, the Seine 
Fey is on the moon 
The Seine , the Seine, the Seine 
You're not drunk 
Paris is under 
The Seine , the Seine, the Seine"

Kita juga boleh menikmati pemandangan bandar Paris dari sungai Seine dengan menaiki cruise. Harga bermula dari €15 bergantung pakej apa yang anda pilih. 

tepi Sungai Seine

Hop-on-hop-off 

Di sini (mac 2011) matahari memancar, tapi anginnya fuhhh sejuk sampai ke tulang. Seorang kawan kami tiba-tiba demam ketika sampai di Paris, maka hop on hop off bas adalah pilihan terbaik untuk menikmati bandar Paris untuk perjalanan sehari. 

hop on hop off bas

Harga tiket tidak la murah ye, tapi untuk save masa since kami ada di sini hanya satu hari kira okey la. Terkini harga tiket adalah €29 untuk dewasa. Disediakan juga dengan earphone dengan pilihan bahasa untuk penerangan yang diberikan.

jadual waktu bas
route yang dilalui bas
tekun uols

Ecole Militaire

pusat latihan ketenteraan

Les Invalides

Di Les Invalides adalah hentian pertama dalam perjalanan. Ia juga dikenali sebagai The National Residence of Invalids. Di bangunan ini letaknya muzium dan monumen yang berkaitan dengan sejarah ketenteraan negara Perancis. Selain muzium, di sini juga ada gereja dan tempat pemakaman tentera-tentera yang terkorban ketika perang.

Les Invalides

Pont Alexandre III

Kami melalui jambatan yang dikenali sebagai Pont Alexandre III. Jambatan ini juga dapat dilihat dalam filem Midnight in Paris. Jambatan yang merentasi Sungai Seine ini menyambungkan antara Champ Elysees ke arah Invalides dan Eiffel Tower dikategorikan sebagai monumen bersejarah di bandar ini. 

Pont Alexandre III

Kelihatan di pangkal jambatan ada patung dewa greek yang mungkin dipercayai menjaga dan memerhatikan jambatan ini. Patung tersebut duduk di tiang tinggi yang di puncaknya juga diletakkan dengan patung dewa yang mengekang pegasus (kuda bersayap seperti dalam mitos greek)

patung dewa menjaga dan memerhatikan jambatan

Musee Du Lourve

Hentian kedua ialah Musee Du Lourve (Lourve Museum). Tempat wajib singgah kalau ke Paris. Muzium ini yang terbesar di Paris mengumpulkan pelbagai objek dari zaman dahulu hingga kini. Pastinya antara yang paling terkenal adalah lukisan Mona Lisa karya Leonardo La Vinci. Muzium di buka dari pukul 9 pagi hingga ke 10 malam. Siapa yang ada masa lebih boleh la masuk muzium ni. Saya tak berkesempatan.




Muzium ini terletak di dalam kawasan Lourve Palace. Lourve Palace asalnya adalah sebuah kubu dan bangunan ini juga telah dibesarkan beberapa kali.

Pavilion Sully di Lourve Palace

Lourve Pyramid merupakan pintu masuk ke muzium. Piramid besar ini dikelilingi oleh 3 lagi piramid kecil. Siapa tengok filem The Da Vinci Code pasti perasan scene yang dibuat di dataran Lourve Palace dan Lourve Pyramid ni. 

Lourve Pyramid

Pont Des Arts

Ini ialah sebuah jambatan laluan pejalan kaki yang menghubungkan di antara Centre Square dengan Institure De France. Siapa yang tengok movie Now You See Me, scene akhir hero adalah di atas jambatan ini.

Jambatan ini juga popular disebabkan dengan "love lock" yang dikuncikan pada jaringan di jambatan ini. Yang mana kuncinya dibuang ke dalam Sungai Seine sebagai simbol cinta berkekalan.

Kalau tak silap beberapa tahun dahulu ada bahagian jaring besi yang dipenuhi dengan mangga kunci ini telah roboh kerana tidak mampu lagi menampung mangga yang terlalu banyak.    

bersantai memerhatikan pengunjung lain kot
kau kunci cintaku di dalam hatimu

Kisah romantis berkait dengan jambatan ini turut dinyanyikan dalam filem animasi Monster in Paris.

"On the Pont des Arts 
My heart falters 
On the fence 
The air is so good"

Pont des Arts

Notre-Dame

Siapa kaki tengok chanel Disney or movie-movie dari Disney pasti pernah dengar movie The Hunchback of Notre Dame. Notre-Dame ini juga merupakan sebuah gereja yang paling terkenal dalam dunia.

senibina yang mengkagumkan

Selain di stesen metro, dalam banyak-banyak tempat kami singgah di sini kami jumpa public toilet. Betul-betul tepi jalan. Malangnya ada satu je. Puas pulak beratur menunggu giliran. Ruang tandasnya memang besar, sangat besar. Kalau di Malaysia dapat buat berapa bilik tandas dah tu. Ada satu keluarga depan kami masuk aje semuanya sekaligus. Emak & 3 orang anak. Sekarang tak tahulah ada lagi atau telah dialihkan.

Di kawasan ini juga banyak deretan kedai-kedai yang menjual cenderehati, t-shirt, FM, mug dan lain-lain untuk kenang-kenangan. Saya pun beli beberapa cenderahati di sini.


Institut De France



Tempat belajar. Hmmm cantik dan ciri-ciri unik ye tempat belajar. Untunglah. 




Musee d'Orsay

Bangunan yang terletak di pinggir sungai Seine ini merupakan sebuah muzium yang menyimpan dan mempamerkan karya seni dari artis-artis berbakat besar seperti Van Gogh dan Monet. Bangunan ini asalnya adalah sebuah stesen keretapi yang dikenali sebagai Gare d'Orsay. 

salah satu pintu bangunan utama

Assemblee Nationale

Bangunan parlimen mereka. Di sini ahli-ahli akan berbahas, berhujah dan meluluskan rang undang-undang.

bahagian depan bangunan

Place De La Concord

Merupakan sebuah dataran yang terbesar di negara ini. Terdapat 2 air pancur di dalam kawasan dataran ini. Satunya didedikasikan kepada laut, satu lagi didedikasikan kepada sungai iaitu Sungai Seine.

fountain. tiada air

Selain dari air pancur, di dataran ini juga letaknya obelisk pemberian Egypt.

The Obelisk of Luxor


La Madeleine

Gereja Roman Khatolik yang dibina dengan gaya Neo klasik. Gereja ini masih aktif digunakan terutama untuk upacara perkahwinan dan kematian.

gereja dari hadapan.
ukiran The Last Judgment 

Palais Garnier

Rumah opera yang terkenal. Antara sebab terkenalnya ialah ianya merupakan salah tempat dalam novel Phantom of the Opera.

dari depan




La Fayette


Tak sah kalau tak singgah ke mall yang paling terkenal di Paris ni. yang menarik perhatian pastilah struktur bangunan itu sendiri. Yang paling cantik adalah siling di dalam gedung. Memang menangkap pandangan mata.


di pintu masuk
siling
struktur dalam gudang La Fayette

Place Vendome

Di dataran ini letaknya banyak hotel-hotel terkemuka dan butik-butik berjenama terkenal. Terdapat pula tiang berwarna kehijauan yang terletak di tengah-tengah dataran yang dikenali sebagai The Vendome Column.

The Vendome Column


Arc De Triomphe

Monumen paling popular di Paris pastinya Arc De Triomphe. Monumen ini dibina bagi memperingati mereka yang berjuang dan terkorban demi Perancis dan Rovolusi Perancis dan juga Perang Napoleon. Di bawah monumen ini terdapat makam askar-askar yang tidak dikenalpasti dari Perang Dunia I.

Arc De Triomphe





Louis Vuitton

Bangunan yang tidak perlu diperkenalkan lagi ialah Louis Vuitton. Actually harga barangannya boleh dapat murah sedikit berbanding di Malaysia. Sebab itulah ramai warga Malaysia tak lepas peluang shopping LV di sini. 

Louis Vuitton

Grand Palais


Bangunan ini merupakan muzium juga ruang pameran. Antara barangan berharga yang dipamerkan di sini adalah koleksi siri lukisan "Salon". Bukan sekadar mempamerkan barangan berharga, fashion show juga pernah dibuat di sini.   

depan bangunan
salah satu quadrigas di bumbung Grand Palais

Petit Palais

Muzium. Banyak sungguh muzium dalam Paris sahaja. Namun masa memang tidak mengizinkan untuk berkesempatan masuk ke muzium-muzium ini. 





Trocadero

Dataran yang terletak di seberang Sungai Seine bertentangan dengan Eiffel Tower. Jika punyai masa berhentilah di sini untuk dapatkan gambar Eiffel Tower. Kami sampai dekat area sini semua dah melepek tak larat.

Terrace of the Right Man

Tak puas sebenarnya seharian sahaja di Paris, semoga ada rezeki datang lagi dan boleh menghayati keindahan senibina di sini walaupun bandarnya agak kotor oleh tahi burung dan  tahianjing, bau hancing hampir keseluruhan tempat yang kami pergi mungkin kerana kurangnya tandas awam?


7 Days, 7 Favourites