Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

PD Famous Cendol Coconut Shake


Ini adalah kali kedua kakak dapat makan di sini. Siapa yang datang Port Dickson mesti tau dekat mana kedai ni betul tak? Memang famous. Buka dari pukul 11 pagi hingga 7 malam. Sebab apa famous? Tengok nama kedai la. Lagi pulak konsep food court di sini buat pelanggan punyai pelbagai pilihan untuk menjamu selera.

PD Famous Cendol Coconut Shake
Jalan Pantai
Kampung Teluk Kemang
71050 Port Dickson



Kali ni untuk minum kakak pilih Mango Smoothie. En.Suami pun pilih yang sama je. Yang ni kakak highly recommend ye. Memang sedap. Dalamnya ada buah mangga dan ada aiskrim mangga. Memang puas hati. Harganya cuma RM5 (kecil) dan RM7 (besar).

NOTA
Must try Coffee Vietnam Blended. Harga sama je dengan Mango smoothie. Sedap juga.



Kakak juga tak lepas peluang order sotong bakar. Harganya RM15 (kecil) dan RM18 (besar). Order yang size kecil sudehhhh. Sotong ni makan cicah dengan sambal kicap dan juga air asam. Disertakan juga dengan sedikit daun salad. Kakak suka dengan perapan sotong ni. Pedas-pedas manis gittew. Kena dengan selera la.


En.Suami pilih set nasi kambing sebagai menu utama. Harganya RM15. Puas hati la dengan kelembutan daging kambingnya. Konsep set ni ala-ala nasi ayam.


Meols pula pilih set nasi dengan pari asam pedas, sebab dalam memori masa datang dulu asam pedasnya sedap! Harga untuk set ni RM10 je. Sayangnya sudah tidak sesedap dulu. Tukar penjual or tukang masak lain agaknya. Kuah asam pedas terlalu pekat rasa rempah nak hirup pun terasa pahit di tekak. Makan dengan nasi pun tak boleh habis nasi semua. Telur masin pun dah tak de.


Untuk yang datang ke PD boleh la ke sini mencuba pelbagai menu yang ada. Selain yang kakak order di atas, ada juga soto, jenis-jenis mee dan pelbagai jenis cendol serta aneka kuih muih.





Port Dickson Golf & Country Club


Ikutkan citarasa, PDGCC bukanla tempat yang kakak hendak menginap. Tapi disebabkan En.Suami minggu tu kena bertugas di sini menyebabkan kakak ambil keputusan baik tidur di sini je. Mudah untuk En.Suami. Haa memang kau, pukul 6.30 pagi orang dah start call suruh turun untuk duty.

Port Dickson Golf & Country Club
BATU 5 1/2, Jalan Pantai,
 Bandar Baru Sunggala,
 71050 Port Dickson,
 Negeri Sembilan



Kakak kali ni tak tau drama apa. Drama letih tak habis-habis gamaknya. Kakak book via Agoda. Sekali sampai di PDGCC dah malam, receiptionist takde. Musim Covid ni bertugas sampai pukul 9 malam je. Aduhai. Pakcik guard kena buat kerja reciptionist. Ko rase? Lepas tu nama kakak tak de dalam senarai. Lepas tu bila double check kakak booking BULAN LAIN!!! Ya Tuhan, mujur ada bilik kosong masuk aje la bilik single, yang ada dua katil single. Dalam keadaan gawat tak boleh memilih. Janji ada tempat nak tidur. Esoknya En.Suami minta tukar bilik yang ada katil queen. Kena tambah RM30 lagi so total kos menginap di sini ialah RM230 untuk dua malam.

NOTA
1) Deposit RM50
2) Check in before 9 malam. Kalau tak kena deal check in with pak guard

Dari segi fasiliti memang sedey hati ini. Iron tak de dalam bilik nak kena minta. Masalahnya phone tak de dalam bilik, kena call guna HP. Lepas tu kemain lama nak tunggu iron sampai. Kalau kau dapat level atas sekali nasib la kau naik tangga. Mujur la untuk 1st night kami dapat tingkat dua. 2nd night dapat ground floor.

Dari segi parking memang selesa, swimming pool pun ada. Kakak tak larat nak berenang walaupun bawak baju. Penat urus training dengan shooting pun tak hilang-hilang. Makanya kakak sangat lemau rasa nak tidur je sepanjang hari. Jadi kakak tak de la banyak komplen pasal PDGCC dekat En.Suami banyak sangat.

Adios!






 

Eid 2021


Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog kakak. Kakak hulurkan tangan secara virtual memohon kemaafan jika sekiranya ada antara tulisan kakak yang mendatangkan rasa tidak senang pada korang semua. Walau di mana pun kita beraya tahun ni, tetap kena berhati-hati, jaga SOP.

Warna apa baju korang? Baju kakak kaler limau gedang.




Roomate




Bilik tidur memang bukan dalam senarai nak di kemas beria atau pun decor. Akan tetapi, malang tidak berbau, masa 1st PKP haritu boleh kan pulak hujan terlampau lebat siap ribut menyebabkan rabung atap rumah regang dan air hujan masuk bilik kakak macam air terjun kat dinding hokay! Tak pasal-pasal kena alih perabot. Alang-alang dah alih terus la re-arrange kedudukan perabot dan dekor terus. 


Selain side table, 3 tier trolley, tempat gantung telekung dan barang-barang hiasan untuk dekorasi, yang lain semua guna yang sedia ada. Alih kedudukan je. Uols bayangkan, hakak alih almari sorang-sorang ye. Cik abang busy jadi frontliner jaga perbatasan negara. Sampai mak hakak pun tertanya-tanya macam mana kakak alih almari. 


Maaf la, kedudukan asal bilik tiada dan gambar masa tengah memunggah barang masa hujan tu pun tak sempat ambik. Maklum la masa tu huru hara sangat, stress gila rasa nak menangis.







Pepěne


Kali ni kakak nak bagi resepi kuih traditional Negeri Pahang iaitu Kuih Pepena atau Kuih Pena. Kuih ni popular di sekitar Pahang Tengah khasnya di Chenor dan Temerloh. Akan tetapi Kuih Pepena resepi keluarga kakak agak berbeza dengan kuih Pepena yang biasa. Kuih ni bila-bila masa nak buat pun okey je, tapi paling wajib buat time puasa. Masa kecik-kecik dulu memang biasa tolong wan (nenek) buat kuih ni. Dah tua-tua ni malas wahahah tapi baru-baru ni kakak tolong mak kakak buat so recall la balik resepinya. 




Bintang

1) Tepung beras 1 cawan
2) Tepung pulut 3 sudu
3) Air/air pandan

Campur semua bahan dan uli hingga jadi doh macam nak buat kuih buah melaka/onde-onde. Bentukkan menjadi bintang 4. Susun dalam loyang yang telah dilapik dengan daun pisang (dilayur) yang sapu dengan minyak masak.



Tapak

1) Sedikit tepung beras
2) Air/air pandan
3) 5 sudu besar nisan kabung/gula kabung yang dicairkan/gula melaka/merah yang dicairkan
4) 1 biji telur (optional. sesuai masukkan kalau buat banyak loyang) 
5) 1 sudu besar gula putih
6) Seulas bawang merah. Mayam halus dan ramas sedikit menggunakan hujung jari

Kacau sebati bahan 1-5. Bancuhan akan berwarna coklat muda. Tapis, masukkan bawang dan curahkan dalam loyang tadi. Kukus sehingga masak.



Semua bahan adalah anggaran sahaja ye, sesuaikan ikut berapa loyang yang korang buat. Resepi di atas dapat 2 loyang. Rasa bintang tu tawar, jadinya tapak mesti kena betul-betul manis baru umph rasa dia. Kalau tak manis tak sedap.



Pink May



Golden haze, another morning feels like yesterday
End of May, a year is gone and I still feel this way
And when we meet again, I'll ask you how you're doing
And you'll say fine and ask me how I'm doing



End of May
Michael Bublé


 








7 Days, 7 Favourites