Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

AKAS Homestay Renai Jelutong


Actually lepas kenduri tak pergi mana-mana pun nak honeymoon. Dua-dua tak berapa fit nak buat perjalanan jauh. So kami lepak homestay dekat Renai Jelutong Shah Alam. Yang berkenan sangat dengan tempat ni sebab privacy. Lagi pulak tak jauh dengan Bandar Shah Alam. Harga pulak affordable. 

NOTA
Book via AirBnB. Owner ni superhost tau!

Master bedroom
toilet dalam master bedroom
bilik no 2
toilet kat luar bilik

Size rumah sesuai sangat dengan kami berdua. Kemudahan yang disediakan tuan rumah pun complete. Ada iron, hair dryer, mesin basuh with dryer, microwave, kuali, pinggan mangkuk. Even ada juga teh dan gula.


Dan part paling win ialah ada swimming pool. Yang paling best of the best, macam tak de manusia kat sini. Petang-petang lepak sini. Husband kata rasa macam dah pergi holiday kat mana tah sebab rasa privacy betul.

view dari unit kami stay
jacuzi

Dekat tepi swimming pool ni ada gym tau. So kalau stay kat sini boleh guna gym. Tak larat uols. Swimming pun penat tau.


Lepas tu ada playground untuk kanak-kanak. Ni memang satu aras dengan swimming pool jugak. Actually hujung swimming pool untuk kanak-kanak je playground ni. Tidak la saya try main.


And then ada bbq place dekat rooftop. Tak de geng tak dapat la nak buat bbq. Cantik. Kalau buat reunion nak bergambar-gambar eh cantik la.


Masjid Bukit Jelutong pun tak jauh. Kira boleh je jalan kaki kalau mau. Merasa la husband solat jumaat kat situ.

google
Selain bersantai-santai apa lagi aktiviti kami? JJCM. Punya la banyak la hai pilihan tempat makan dekat sini. 

Royale Amirah
SOI 55

PRO
1) Privacy
2) Sesuai untuk family holiday, yang nak bawa anak swimming puas-puas
3) Pilihan kedai makan yang banyak (walking distance)
4) Mini market dekat (walking distance)
5) Pelbagai lagi kedai keperluan yang ada within walking distance. Dobi, cuci kereta, bakery, barber etc.
6) Masjid dekat

CONTRA
Kurang public transport




Wish List, Romania

credit to owner

Wish list tahun 2019. Bran Castle, Romania. Bran Castle lebih dikenali sebagai Dracula Castle

VR Go Go Panda Music Race 2018


Haa yang ni saya join sebab cute. Cuteness overload katanya. Tak ke kiut, panda tengah main violin? 


Yang run yang ini pun saya berjaya selesaikan, walaupun dari segi pacenya hauk la sangat. 


Medalnya datang sekali dengan Black, Black Planet  VR, dan memang cute la medalnya.


T-shirtnya pulak warna putih. Asalnya saya agak skeptical sikit sebab warna putih. Bila dah sampai , ehh...macam cantik pulak t-shirt ni.

One fairytale : Hantaran hati ke hati


Hantaran saya, saya gubah sendiri. Ye, kakak gubah sendiri bunga. Percaya ke idak? Konsepnya rustic red. Konon. Hentam sajala. Mak kata ni tema camping. Ada tali, guni, segala. Sabo je. Ni pun idea last minit baru dapat pikir nak buat tema ni. 


Dari saya untuk husband ada sireh junjung, buah, coklat, cupcake, perfume, spa set dan toilettories serta cincin.

P/s : photog tak ambik pun gambar hantaran saya.



Hantaran dari sebelah husband my sister Fakhriah tolong gubah since semua barang-barang husband ada pada saya. Konsepnya romantic blue. Actually ada letak bunga hydrangea warna baby blue, tapi sebab rumah my sis panas nau, layu le pulak. Konon nak topup bunga lain, sekali bila yang kaler kuning tu dah kembang nampak elok je jadi gubahan. Tapi bunga biru tu memang cantik giler. Outstanding warna birunya. 


Dari husband, sireh junjung, perfume, telekung, strawberry chocolate, makeup dan set barang kemas, mas kahwin dan cek hantaran. 


Tag Hantaran



Iols ikut trend semasa la, letak tag pada hantaran. By Tag Hantaran Seringgit. Jumpa kat IG la macam biasa. Dari husband warna biru, and yours truly warna pink la. 


Cek



Untuk cek sis tempah cek arcylic dengan Digital King. Jumpa kat FB. Banyak pilihan jenis cheque. Kalau tak nak arcylic, jenis kayu pun ada kalau tempah kat Digital King ni. Boleh  la letak dalam almari kaca simpan buat kenangan.




VR Black Black Planet 2018


This is one very interesting VR. Temanya tentang anti depressing. Dalam setiap individu ada sisi gelap mereka. Ada yang boleh kawal ada yang tak boleh, dan perlukan bantuan. Setidaknya, ada yang sudi mendengar.


I manage to finish the task. Proudly support tema ni. Hope that sesiapa pun yang rasa kemurungan, jangan hidup bersendirian, keep on bersama kawan-kawan dan beraktiviti. 


Awal November 2018 terima medal dan baju. Medalnya berwarna gelap. sesuai dengan tema.


T-shirtnya pulak agak cute dengan quotes "everyone has a black dog". Take care of our mental health guys!

VR Great Barrier Reef Marathon 2018


Wahhhh yang ni menarik sanga-sangat. As usual walaupun bukannya sis aktivis mana-mana perjuangan, tapi sis support aje apa-apa yang mendatangkan kebaikan. Lagi pulak support melalui run. Kita pun sihat.


Berjaya selesaikan task walaupun pace memang hauk. Ye la, banyak berjalan je pun sambil-sambil cari barang, cari baju apa tah.


Dan medalnya pun sampai tak lama lepas selesai run. Cantik.


nice kan?

7 Days, 7 Favourites