Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Rengsa


Okey, hakak bukan la rengsa dengan perangai sesape tapi hakak alami rengsa akibat memakai mask. Ni sebab yang kakak syak la sebab kawasan yang kena mask mengering dan keliling bibir kakak kering, mengelupas, melecet, dan kelebaman hampir dua minggu. 

Tak tertahan lagi terpaksa la kakak mengorbankan diri ke klinik pakar kulit. Doktor pun ada bagitahu yang ramai yang datang masalah hampir lebih kurang kakak. Melayang ratusan ringgit yahhhh. Rengsanya akaun bank kakak.

Fyi, ini kali pertama kakak ke klinik sejak PKP start dan SOP di klinik sangat la strict yang amat uols. 

So, korang take care tau. Even pakai mask sekali pun kena jaga kulit jua. Kalau tetiba area mulut rengsa, jerawat dan sebagainya, pergi la dapatkan rawatan di klinik segera okey?



Colmar Tropicale


Bukan mudah kakak dapat bercuti dengan Encik suami. Pertamanya sebab PJJ, keduanya bila En Suami cuti, kami akan spend cuti dengan balik kampung jumpa family, saudara mara. Itulah yang terbaik. Tapi kali ni En.Suami cuti sekejap je. Kakak pun fikir nak melangut kat rumah aje ke? En Suami happy la sebab dapat duduk rumah, kakak ni ha? So, buka Agoda semua tempat-tempat best full ye. Maklum la cuti sekolah, ada extra cuti satu hari sempena Merdeka lagi. Tapi bila try tengok di Bukit Tinggi hari Khamis ada bilik still available, yassss terus book. RM259 sajah bilik Deluxe King Room katanya (including breakfast for two). Macam mana rupa Deluxe King akak pun tak tau. 

Then and then kakak apply cuti call husband suruh pack barang, kakak balik rumah pack dan terus gerak. En Husband ajak ronda-ronda di Genting Premium Outlet. Lama tak jejak katanya. Dan terusla kami ke Bukit Tinggi pulak. Hanya ada 2 kereta yang sama naik ke atas dengan kami. Amannya perasaan. By the way, di kaunter tiket ada pemeriksaan suhu dan mask ye. Tiket RM14 setiap orang.



Naik ke receptionist, kami kena menunggu la pulak memandangkan kakak baru book makanya dalam sistem tak nampak booking kakak. Mujur la tempat yang nyaman, orang pun tak ramai. Tunggu aje la.
 

Settle urusan daftar semua boleh la kami check in bilik. Bilik kami letaknya di Blok Gazania, tingkat satu. Eeeee memang suka la bilik dia, memang ala-ala dekat luar negara gittew. Bilik pulak semua putih je termasuk almari dan meja.

NOTA
Selain percuma sarapan, percuma juga tiket masuk ke Japanese Village dan Animal Park. 


Best part bilik ni ada balkoni! Inila yang bezakan dengan regular deluxe room agaknya. Feeling memang macam kat France dah rasa. Apa lagi, posing la kita.


view dari bilik kami


Dah letak barang so, kami jalan-jalan la. Sambil kakak bergambar-gambar macam nak rak. Lama la dah uols tak posing-posing ni. Layan aje la Encik Suami.

at Wishing Well
at Viewing Tower
Alsace Ballroom

The Fountain
near Drawbridge
at Swan Pond

Malamnya, ingat nak ajak En Suami dinner di La Cigogne, tak beroperasi la pulak. Under renovation kot. Makanya pergi ke restoren bawah blok iaitu Le Poulet Roti. Kami turun pun dah lambat dalam 8.45 macam tu, menu dah nak habis kedai dah nak tutup tapau aje. Makan di balkoni bilik. Kami order set ayam percik dengan set roasted 1/4 chicken.

NOTA
1) Sila dinner awal, sebaiknya betul-betul lepas maghrib
2) Set ayam percik sedap!



Lepas makan sambung jalan-jalan dan bergambar-gambar lagi. Gigih le laki hakak mengikut kerenah bini dia ni.

at the Drawbridge, with Clock Tower as background
Cranes Fountain, hadiah dari Alsace, France
Love Locked
under the Clock Tower
night view

Keesokkan paginya, around pukul 8.30 pagi macam tu kakak sambung bergambar lagi, sebelum kami sarapan. Tak ramai orang yang ada di dataran, maybe belum bangun. Matahari pun masih malu-malu nak munculkan diri. 

Clock Tower inspired by The Dolder Tower, Riquewihr, France
close up Cranes Fountain, background is Le Chevalier

Sarapan kami di Le Blason yang terletak di Block Camelia. Menu pilihan adalah nasi lemak rendang, english breakfast, roti dan muffin, buah. Air pilihan coffee and tea, serta orange juice. Kami pilih english breakfast je. Senang.

Usai sarapan husband ajak check out terus alang-alang nak ke Japanese Village. Ramai dah manusia masa ni pun. Tabah aje la. SOP pemeriksaan suhu dan maklumat diri tetap dilaksana oleh kakitangan di sini. Staff juga minta kita bergambar terlebih dahulu, so siapa yang minat nak beli gambar boleh dapatkan dengan harga RM10 sekeping di booth di sini.

NOTA
1) Pastikan kereta elok di selenggara. Jalan mendaki bukit. Boleh berasap enjin.
2) Boleh juga naik coaster yang di sediakan di Colmare Tropicale 
3) Dari parking nak ke kawasan Japanese Village kena naik tangga, dan seterusnya jalan kaki mendaki juga

Rock Pool
Tea House

Korang boleh sewa kimono for RM20 ye nak bergambar-gambar kenangan di sini. Kakak tak sewa la since manusia meremut ramai. Ni kakak tepek gambar kakak pakai kimono di sini suatu masa dulu sajah.



NOTA
1) Ada 7-eleven dan Starbuck dalam kawasan Colmar Tropicale yang beroperasi ikut waktu yang ditetapkan. 
2) Kalau tak nak over crowded datang hari kerja
3) Bangun awal pagi kalau nak bergambar tanpa manusia lalu lalang di belakang.
4) Bayaran tiket masuk yang mula-mula tu akan refund pada kita semula untuk sesiapa yang menginap di Colmar Tropicale masa check out. Terhad pada 2 tiket je kalau tak silap. 

Berakhir la sudah short getaway kakak yang nak feeling ala-ala ke oversea walauponnnnnn. Ni first time tau kakak overnight di sini. Biasa balik hari je.







Nasi Kerabu Kemira


Orang Kuantan mesti familiar dengan Nasi Kerabu Kemira kan? Katanya tersedap di Kuantan. Masa balik Kuantan sebelum PKP kakak dan mak sempat pergi mencari Nasi Kerabu Kemira. Yassssss.

Yang kakak pergi ni di bypass. Kedai Nasi Kerabu Kemira ni letaknya di De'Aisyah Kitchen, Arked Medan Selera , R&R Bypass Kuantan. Ada satu lagi cawangannya di Tanjong Lumpur. Lagi besar kedainya, dan lagi banyak pilihan makanannya. Tapi ni sekarang kita nak fokus tentang nasi kerabu je okey.

Kakak tak singgah makan pun, tapi bungkus nak makan di rumah. Mak ambil nasi kerabu dengan ayam madu, kakak ambil nasi kerabu daging bakar. Uols ayam madu Kemira ni sedap gilz! Kakak highly recommend kepada peminat nasi kerabu untuk cuba nasi kerabu Kemira ni. Bahannya semua secukup dan sesedap rasa hokehhhhh. 

sexyyyyyyy
yummehhh

Btw, masa kami tapau ni nasi biru dah habis ye, tinggal la nasi putih biasa.


Dining Area

Teapot & teacup vase, bunga from Shopee. Lilin (mini light) dari Eco Shop. Lazy Susan Snudda from Ikea

Satu-satunya kawasan yang tak pernah meols sediakan sebelum ni ialah dining area. Sebabnya masa bujang, hakak guna meja laptop/meja kanak-kanak as my dining table sambil tengok tv. Lepas kahwin pun En. Suami pasrah je guna meja kecik tu, siap rebut lagi makan sambil tengok tv. Ye la, siapa tak suka makan sambil tengok tv kan? 

Lerberg rak dari Ikea
meja makan dan PVC tablecloth dari Shopee


Masa PKP barulah banyak masa duduk di rumah, join pula macam-macam group decor atau mengemas. Naik la semangat nak mendecor/kemas. Iols try minimumkan barang di kawasan ni, ruang pun bukan besar sangat lagi pun senang nak menyapu. Nak letak meja makan semata macam kosong sangat pula, makanya letak jua la rak. Dapat juga letak novel-novel serta fail selain barang hiasan.


Tudung saji dari SSF


Dapat juga menyelit indoor plant kakak. Sanseviera yakni pokok lidah jin/lidah mertua. Decor pun ala-ala aje la uols. Bukannya larat nak mengemas hari-hari. Either langsung tak lekat kat rumah atau pun memang malas nak berguling je hahahah
                       
Sanseviera pertama yang kakak ada. Flamingo light tu beli di Shopee. Novel pulak, 3 yang atas En. Suami punya, 3 yang bawah hakak punya
Vintage bag tu, tempat kakak letak aksesori sebenarnya. Beli dari Romantika. Wooden box pula beli from Mr.Diy buat tempat barang jahit
Fail pelbagai urusan dari Eco Shop. Sanseviera Moon tu En.Suami belikan

Bila tengok balik gambar asal ruang ni hakak ketawa gelihati. Ya Tuhan rumah bujang nomad sangat kan? Apa yang ada je. Ye la, rumah buat tempat persinggahan aje. Macam langit dengan bumi ruang ni sekarang. Hakak boleh masuk extreme makeover.



So, amacam pandangan korang dengan hasil kerja kakak? Okey tak kakak mendeko? Puji la sikit uols. 



Swiss-Garden Hotel & Residences


Bagai bulan jatuh ke riba. Haaa begitulah keadaannya bila adik kakak telefon bagitahu nak belanja menginap di Swiss-Garden Hotel Residence Genting. Walau pun dekat je dengan rumah, ehhh apa salahnya ye. Actually kakak memang nak ke Genting pun, bawa mak kakak ke Institut Aminuddin Baki bagi menghadiri majlis perkahwinan.


Btw, bilik kami letaknya di Blok C tingkat 32. Amboi gayat uols pandang ke bawah. Mujur ada view yang cantik. Cuaca pun molek. Bilik ada dua. Satu katil queen, satu lagi katil single. Yang tak bestnya, walaupun ada stove, microwave, piring, pinggan, sudu, garfu, periuk semua tak de ye. 


Di hotel ni juga disediakan fasiliti untuk kegunaan mereka yang menginap di sini, antaranya cafe, gym dan swimming pool. Yeahhh untuk kaki bergambar macam kakak, ini la tempatnya! Sila naik ke tingkat 40 ye, dan setelah melepasi sekuriti baru boleh naik ke tingkat 41. Btw hotel tetap mengamalkan SOP dan menghadkan jumlah pengunjung yang boleh ada di kawasan ini pada satu-satu masa.


NOTA: Untuk kaki bergambar, ini pesanan kakak based apa yang berlaku masa kakak di sana:-

Tolong hormati pengunjung lain. Awak sorang aje nak posing sampai dah setengah jam tak siap-siap. Ye tau,gambar awak tak cantik macam awak nak maybe sebab kawan awak tak pandai ambik gambar. Tapi, ramai lagi yang nak posing di tempat yang sama. Tambahan pula sekarang kan ada SOP limit person and limit time. 

Btw, thank you pada sis yang bagi laluan untuk kakak posing dulu sebab dia nak posing bergilir-gilir dengan kawan dia. Harap gambar uols letops.




Di sekeliling hotel ni tak payah cakap la, semua ada. Kedai makan, (kami tapau di Zul Bikers Stall), 7-Eleven, Starbucks, stesyen minyak, kedai runcit dan pelbagai lagi. Very convenience, walking distance pula tu. Boleh la try stay sini siapa yang tercari-cari tempat nak vaccay tu.

thank you Mommy Erry!



7 Days, 7 Favourites