Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Geno Hotel


Macam biasa, before hantar En Suami ke airport kami akan stay di KL atau Selangor untuk menjimatkan masa perjalanan dan less letih. Memandangkan kami ingin berziarah ke Shah Alam kami pilih untuk stay di Geno Hotel je. Letaknya di Taman Subang Mas (Batu 3 Shah Alam).


Tempahan dibuat menggunakan aplikasi Booking.Com je. Senang. Lupa pulak masa ni nak cek guna aplikasi lain. Kos satu malam adalah RM150.00 nett. Memandangkan kami stay musim PKPP, pihak hotel memang telah mengambil langkah melaksanakan SOP Covid-19. Best part tempat parking satu level dengan lobi dan kami jalan dalam 15 langkah agaknya dah masuk lobi.



Kemudahan asas lengkap termasuk seterika (essential untuk iols), bilik yang luas memang selesa untuk kami berdua menginap di sini. Walaupun lama hotel tidak meriah di musim PKP, bilik tak berbau kepam or berpengap. Means, staffs buat kerja mencuci la ye.



Untuk makan kami ke perumahan berdekatan iaitu area taman pinggiran USJ, di sini ada kedai makan, 7-Eleven, mini market, kedai dobi dan pelbagai kemudahan lain. Hotel ni juga tak jauh kalau nak je Seksyen 13, area Jaya Jusco/Stadium Malawati or nak ke U8 Shah Alam, senang kata kalau nak hangout sekitar Shah Alam memang sangat selesa stay di sini dan untuk kami yang memang nak ke Airport memang mudah juga la gerak dari hotel ni.


Kota Kuala Muda


Syukur dapat balik lagi ke Sungai Petani. Macam biasa berangkut jua la macam-macam. Dengan duriannya, nangka pun ada. Sikit gula kabong untuk MIL merasa. MIL pula ada buat ketupat daun palas dengan rendang daging. Dapat juga makan walaupun dah habis Syawal. 


Macam biasa nak dapat balik Kedah bukan mudah uols. Husband nak dapat cuti pun punya payah, makanya memang suruh husband bawak kakak jalan-jalan la. 

Dataran Tsunami

Dataran tsunami ni di bina bagi memperingati peristiwa tsunami yang melanda kawasan di sini apada 26 Disember 2004. Dataran ini letaknya di pesisir pantai. Tapi tak boleh mandi. Berselut. Boleh untuk bersantai, berkelah dengan keluarga sambil menikmati pemandangan matahari terbenam. 



Berdekatan dengan dataran ini juga ada medan selera, dengar kata ada mee udang sedap di sini. Ada juga Galeri Tsunami terletak berhampiran yang memaparkan infografik tentang kejadian tsunami tersebut. Sisa tinggalan rumah penduduk yang menjadi mangsa tsunami juga masih ada.


Tugu Peringatan Tsunami

Monumen bot ini di bina bagi memperingati kejadian yang tidak boleh dilupakan oleh penduduk di sini. Sebanyak 26 buah bot lambang tanggal 26 Disember, digunakan dan disusun bertindih-tindih kerana kerana sewaktu tragedi tersebut berlaku bot-bot di sini bertindih sedemikian rupa.


Pantai Merdeka

Pantai Merdeka merupakan satu-satunya pantai berpasir di daratan negeri Kedah. Menjadi tarikan utama warga Kedah dan Penang. Dan yang paling best nama Pantai Merdeka juga di abadikan dalam lagu slow rock Cinta Pinta Merdeka nyanyian Tropika/Jinbara. Feeling habis uols lepak kat sini sambil dengar lagu.

Di sini ramai penduduk tempatan berniaga. Makanya kalau lepas bermandi-manda atau berjalan menyusur pesisir pantai jangan risau kalau haus ke lapar, pilih je mana gerai yang berkenan di hati. Ada juga gerai-gerai cenderamata.

Lagi satu, dari Pantai Merdeka juga korang boleh naik bot untuk ke Tanjung Dawai tau. Tak payah drive nak ke sana. Then, kalau dah sudah makan or beli barang boleh balik semula ke sini. 


Tikam Batu

Again, balik kali ini kami singgah di Tikam Batu menikmati keindahan bendang yang menghijau. Harap nanti balik lagi dan jalan-jalan lagi.



Taj Mahal Untuk Bonda


Baru-baru ni kena kerja di Jerantut. Bertolak dari Temerloh. Masa lalu area Kuala Krau dekat dengan kawasan Pekan Sari dari arah Temerloh ternampak satu bangunan dalam kawasan kampung melayu. Tak pasti bangunan apa. Rumah ke? Kuil ke? Makanya selesai aje urusan di Jerantut on the way balik ke Temerloh terus la menyinggah di sini.


Rupanya ini adalah sebuah rumah banglo yang bernama Dato' Syeikh Residence. Banglo ini dimiliki oleh Dato Syeikh Nordin Syeikh Ahmad. Dan kampung letaknya banglo ini ialah Kampung Batu Gading. 


Dato Syeikh sendiri menetap di Kuala Lumpur dan tujuan asal banglo ini dibina adalah untuk dihadiahkan kepada ibunya. Banglo ini dibina menggunakan mozek keseluruhannya dengan gaya ala timur tengah lebih-lebih lagi gaya Turki. Dan khabarnya setiap ruang di dalam banglo ini di tatarias dengan pelbagai gaya yang berbeza dengan perabot yang semuanya datang dari luar negara. Menarikkan?


Rumah ini dijaga oleh ipar kepada Dato Syeikh iaitu Cikgu Syukri. Untuk pengetahuan semua sebelum ini rumah ni dibenarkan untuk pengunjung memasukinya dan menikmati keindahan dekorasi mewah banglo ini. Malangnya ada manusia yang akalnya letak di bawah tapak kaki membuat onar menyebabkan kerosakan dalam banglo dan pengunjung tidak lagi dibenarkan untuk memasuki premis ini. Herggghhhh.


NOTA
Tolong la wahai umat manusia, gunakan akal dan otak yang telah dikurniakan dan jangan merosakkan harta awam dan harta orang lain. Harta sendiri tahu pulak sayang



F. A. R. I. H. A. H


Korangggggggg!!!!! Kakak jumpa lagu tajuknya nama iols! Sangat la rare ye. Yang paling rare meols jumpa dua lagu tajuk "FARIHAH". 

Satu lagu Arissa Band. Lagu tentang dia minat girl nama Farihah dan one day dia akan kahwin dengan girl tu. Genrenya macam oldschool gittew. 

Lagu satu lagi nyanyian Paksu Yus. Lagunya tentang seorang isteri bernama Farihah yang merajuk so suami dia duk pujuk dia. Genre rock kapak.

Mana yang kakak suka? Yang rock kapak. Muzik dia lebih kena dengan jiwa wahahha meols rasa kalau dinyanyikan penyanyi yang suaranya rock boleh tarik tinggi, lagi sedap sebenarnya.


Raya PKPP

malangnya BIL tertinggal baju melayu

"Sometimes all you need is second chance, because time wasn't ready for the first one"

Begitulah quotes raya kami tahun ini pastinya raya orang lain juga. Syukur dapat berkumpul (beraya) dengan ahli keluarga selengkapnya termasuklah En.Suami yang berjaya dapat cuti. Masih dalam bulan syawal, kami raya kali kedua walaupun adik ipar meols tertinggal baju melayu. Kakak dan adik-adik again menempah itu ini untuk bawa balik kampung. Adik-adik of course excited sebab ini kali pertama balik since PKP. Kakak dapat beraya kat kampung haritu, tapi kali ni tetap la membooking macam-macam ye. Tempeyek, maruku, gula kabong, musang king. Haaa kau, jangan main-main. Maklumla kakak tinggal di tempat musang king, harus la bawak balik. Chip in ye dengan En.Suami, adik-adik dan adik ipar. Puas makan. 
 
gula kabong fresh baru siap semalamnya, daun pun hijau lagi, masih kuat bau salai
durian kampung dan durian musang king

Mak kakak bersemangat waja menyenaraikan semua masakan untuk anak-anak dan cucu bila PM tersayang buat pengumuman boleh merentas negeri. Finally ada rendang dan kuih pepěne. Kuih pěne ni kuih traditional negeri Pahang khasnya area Temerloh. Tapi yang resepi keluarga kami ni memang lain sikit. Ada yang nak resepi ke? 

dapnya kuih pepěne

At the same time minggu yang sama kebetulan terkena birthday buntat kesayangan, makanya dah tentulah ada menu nasi minyak dengan ayam masak merah air tangan mak tok untuk cucu tersayang.


Next, balik Kedah pula. Yayyyyy



Crystal Clear


Hati bukan kristal.

Bertemu lagi dalam edisi awal bulan. Macam mana korang setakat ni mengharungi kehidupan dalam norma baru? Macam mana pula dengan kerja? Kakak terfikir mereka yang bekerja sendiri (bukan tokey besar), kerja harian, diberhentikan atau pun dipendekkan hari bekerja dari mula PKP hingga PKPP ni. Harap korang semua bertabah dengan dugaan kewangan tahun 2020. 

Bagi kakak sendiri, Alhamdulillah majikan cukup bermurah hati untuk tidak memotong gaji mahupun apa-apa elaun yang sewajarnya untuk kakak serta kakitangan lain walaupun kami tidak bekerja waima kerja dari rumah sekalipun haritu. Suami kakak juga tidak terjejas, dapat tambahan elaun kerana bertugas sebagai frontliner. 

Kakak dan rakan travel berazam untuk menangguhkan keinginan travel oversea dan sama-sama ingin membantu menaikkan ekonomi negara dengan melancong dalam negeri. Suami kakak pun bagi green light plus katanya tak pasti negara lain punya tahap prevention, keselamatan dan jangkitan.


7 Days, 7 Favourites