Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Kuantan Street Art


Biasanya balik Kuantan kakak tak pergi mana-mana pun. Balik rumah. berkumpul dengan saudara-mara tu je, atau jumpa kawan, lepak mall. Kali ni kakak balik sempena mengundi (husband mengundi awal) dengan adik-adik kakak. Kami empat orang masih mengekalkan untuk mengundi di Kuantan. Btw, disebabkan kami balik ke Kuantan hari Jumaat, tak ramai pun orang di bandar. Sempat la kakak beraktiviti dengan encik suami.

Kuantan Street Art
Lorong Seni
Jalan Taman
25000 Kuantan, Pahang

Lorong ni tak jauh dari Menara Kuantan. Boleh naik jejantas dari arah menara. Area sini pun dah banyak cafe-cafe hispters pelbagai tema walaupun masih banyak lagi peniaga-peniaga lama. Jom!


Es Ist Desember


Someday my prince will come
Someday we'll meet again
And away to his castle we'll go
To be happy forever I know

Someday when spring is here
We'll find our love anew
And the birds will sing
And wedding bells will ring

Someday when my dream come true

- Snow White








Post-Covid


Sorry guys bulan ni kakak tak rajin update. Walaupun dah habis fasa demam tapi post-covid masih bagi kesan kakak. 

Syukur la simptomnya haritu macam demam tonsil je. Demam, sakit kepala sekejap je. Tak hilang deria bau or rasa. Syukur juga ubat serta barang-barang keperluan semua ada. 

Tapi buat masa sekarang, everyday kakak rasa dedar je badan macam orang demam. Kira sokmo rasa tak sedap badan. Ada hari tengah malam mesti batuk. Bila batuk tau je la, tido tak berkualiti dan mengganggu juga jadual harian. 

Lepas tu kakak jadi tak tahan sejuk. Sikit-sikit sejuk. Sampai tahap rasa sesak nafas bila sejuk. Padahal kakak punya la suka cuaca sejuk, cuaca panas yang kakak tak tahan, mudah sesak nafas bila panas.

Harap kakak cepat pulih sepenuhnya.

Happy 4th Anniversary

Happy 4th Anniversary to us!

Tak sangka ye dah 4 tahun kakak kahwin. Bila kenang balik, hidup lebih kurang macam dalam drama je kami, merasala drive 1 jam setengah untuk jumpa each other, En.Suami duty kat tempat perang, pandemik, terpisah lebih setengah tahun dan macam-macam lagi. So, apa yang kakak belajar dalam empat tahun ni:-
1) Dont expect much. Bukan pasangan kita je ada kekurangan, kita ni lebih la lagi

2) Jangan sesekali bandingkan rumahtangga kita dengan rumahtangga orang lain. 

3) Banyak bersyukur dengan kehadiran pasangan dalam hidup kita. 

4) Tidak perlu update tentang pasangan kita secara berlebihan di media social. Cukuplah update dengan cara bersederhana.

5) Masih ada perkara/hobi/ minat yang kita suka boleh/sesuai dibuat selepas berkahwin. Dan adakala hobi tu berubah mengikut peringkat umur dan kesesuaian hidup.

6) Support each other. Tak kira la bab kerjaya atau menguruskan rumahtangga. 

7) Banyak berterus-terang tentang apa jua perkara, supaya tidak ada pihak yang memendam rasa. 
mujur kakak tak bersanding gini aritu










Happy Birthday


Tahun ini luar biasa. Birthday girl sedang Covid. Alhamdulillah, nothing serious. Mild symptom only

Marhaba Ya Nufimbir


A whole new world
A new fantastic point of view
No one to tell us, "No"
Or where to go
Or say we're only dreaming

A whole new world
A dazzling place I never knew
But when I'm way up here
It's crystal clear
That now I'm in a whole new world with you

- Princess Jasmine & Aladdin








The School Of Good & Evil



Dah tengok ke korang? Kakak baru siap tengok. Hmmm as peminat siri Harry Potter, movie ni jatuh kategori biashe-biashe tak melekat dijiwa sangat.

Walaupun suasananya macam zaman-zaman dulu, pelakon-pelakonnya banyak guna gaya bercakap zaman sekarang. 

Pelakon-pelakon senior of course la mantop. Yang muda-muda kakak tak kenal sangat. 

Part yang paling kakak suka ialah warna movie ni cantik, baik siang baik malam, baik kawasan yang jahat atau pun baik. Lagi satu kakak suka costume dalam movie ni. Ada yang kakak boleh jadikan inspirasi kalau nak tempah baju. 

Boleh la untuk ditonton musim Halloween kali ini. Nak tonton lagi? Memang tak. 

2/5 ⭐

The Corpse Bride

Haa siapa yang rajin jenguk blog kakak sure kata laa ada lagi pasal movie ni. Nak buat macam mana movie favourite. Time malam kerja kalau malas nak tengok tv tapi nak dengar movie, kakak pasang je movie ni. Since ni movie favourite, dah tentu kakak cuba dapatkan make up yang inspired dari movie ni as my collection. 



NOTA
Kakak suka lagu piano solo si Victor & lagu piano duet Victor dengan Emily.

Movie ini berkisar era Victorian tentang Victor si anak orang kaya baru ni, yang bakal berkahwin secara arrangement dengan Victoria si anak perempuan golongan bangsawan yang dah jatuh miskin.

Pada hari latihan ikrar nikah, Victor jadi gemuruh melampau dan gagal melaksanakan raptai nikah. Victor terus lari ke dalam hutan bagi menghilangkan rasa panik dan gemuruh, dan cuba berlatih ikrar nikah dalam hutan. Tanpa di sangka, ketika latihan tu, Victor telah tersilap menyarung cincin ke jari mayat si Emily yang di sangkakan ranting kayu.

Akibatnya, Emily menerima ikrar kahwin si Victor dan menarik Victor masuk ke alam Land of the Dead. Di sini lah bermulanya usaha Victor untuk kembali ke Land of the Living dan bertemu semula dengan Victoria. Dalam proses ini juga Victor belajar mengenali Emily dan kisah tragisnya, dan Victoria sendiri juga terpaksa menghadapi dugaan di Land of the Living sementara menunggu Victor kembali semula. 

Btw, dari jenama Revolution Beauty kakak beli Upstair Downstair eyeshadow dengan Victor  & Emily lipstick. Dari jenama She Glam pula kakak dapat Beaming Butterfly highlighter dengan Rosy Cheeks & Beating Heart liquid lipstic. 
 
Emily lipstick
Victor lipstick
Rosy Cheeks (pink) & Beaming Heart (red) liquid lipstick




The Nightmare Before Chrismas

Dari kiri : Eyeshadow, lipstick, eyeliner & highligter

Actually banyak lagi koleksi cerita hantu yang kakak alami tapi malas nak taip. Penat. So, kakak share sini koleksi make up kakak yang bertema Halloween dan juga Christmas. Korang pernah dengar atau tengok movie The Nightmare Before Christmas? Kakak share koleksi makeup inspirasi movie ni yang kakak ada.


Movie ni tak lain tak bukan sebuah animasi dari Tim Burton jua. Animasi ni dari tahun 1993. Zaman purba dah uols. Tapi hanya dalam beberapa tahun ni la kakak dapat tengok pun. Kalau tak, tahu tajuk je.

Movie ni mengisahkan Jack Skellington yang dah rasa bosan dengan party Halloween yang setiap tahun dia anjurkan dengan success. Masa Jack masuk dalam hutan dia jumpa pokok-pokok yang terukir dengan pelbagai tema perayaan yang dia tak familiar. Masuk ke dalam Bandar Christmas Jack terpesona dengan tema perayaan tersebut dan ambil keputusan akan take over Bandar Christmas. Keputusan Jack ini telah menimbulkan 1001 kekecohan.

NOTA
Kakak suka betul lagu tema movie ni, This Is Halloween. Surprisingly lagu asal dinyanyikan Marilyn Manson.

Btw, koleksi makeup kakak dari dua jenama yang berbeza iaitu Revolution Beauty dan Colourpop. Kakak tak beli pun whole koleksi kalau tak berkenan or itemnya kakak tak pakai. Dari jenama Revolution Beauty kakak beli Jack Eyeshadow dan Misfit Love Highlighter. Dari jenama Colourpop pulak kakak ada Oogie Boogie Lipstick, Sally Lipstick & Scream Queen Black Liner.
eyeshadow
highlight
lipstick
eyeliner

7 Days, 7 Favourites