Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

VR You Only Live Once II 2018


Virtual Run saya yang seterusnya ialah You Only Live Once (YOLO) II anjuran UltraVRunner. Firstly kena daftar di laman web UltraVRunner la ye, so that kita ada akaun di situ. Untuk yang ini ambik 36.5KM je uols. Tempoh masa yang ditetapkan adalah dari 1 April 2018 hingga 30 April 2018. Lepas siap buat bayaran kita akan terima E-Bib melalui email.

E-Bib

Selesai menamatkan larian yang ditetapkan menggunakan Apps Strava, saya la guna Strava tu. Print screen semua rekod larian dan upload dalam akaun kita, di UltraVRunner web la. Done! Kita akan terima E-Certificate.


Lepas tu, adalah proses yang menyebabkan kita boleh jadi kurang sabar iaitu menunggu medal dan t-shirt! Medal dan t-shirt hanya akan diposkan setelah tamat tempoh larian iaitu selepas 30 April 2018. Bulan Jun baru dapat uols!

t-shirt (belakang), medal, kad ranking & ranking badge.

Yang menariknya medal dia ni ala-ala jam poket. Boleh buka dan letak gambar kat dalam tu.

depan
belakang
dalam

T-shirtnya warna indigo camtu. Belah depan simple je tulis You Only Live Once, pada lengan tertera jarak larian.


Yang rarenya dia bagi ranking kad dengan rank badge. Harusla iols level RECRUIT. Lambat lagi nak jadi Captain.

VR Wesak Day 2018


Virtual Run di bawah 42Race bertema Wesak Day. Larian cuma 3 KM sahaja. Syukurlah. Bulan puasa uolls. Pendaftaran percuma. Macam biasa kita akan dapat E-Bib. 



Settled on hari ke 12 puasa. Dah seminggu lebih masa ni tak walking ke slow running ke. Bagi kaki rehat. Btw, tak de medal ye. Dapat E-Badge.

VR Guardian Union 2018


Kali ni VR under UltraVRunner. Free je pendaftaran tapi kena run and submit dalam satu larian je iaitu 7km. Apa yang special tentang Guardian Union Run ni ialah runner akan terima code yang boleh digunakan untuk engraving nama pada medal larian I Care Run 2018. Code tu dicetak pada e-bib.


Once submit running result, penganjur akan emailkan kita dengan e-certificate dan lets ready for I Care Run 2018 pulak.


VR Talk To My Hand 2018


Kali ni mendaftar virtual run under Beestorm pulak. Macam biasa kena buat akaun dulu di laman web dia orang. Tengok gambar medal dia teringat Iron Man pulak. By the way cabarannya memang 50KM dalam tempoh sebulan dari 1 April 2018 hingga 30 April 2018. Settle pendaftaran dan bayaran kita akan terima E-Bib. Boleh download dari akaun kita di laman web Beestorm.

E-Bib

Dalam nak completekan Talk To My Hand ni 2 kali Strava buat hal. Sekali terus tetiba hilang, kali ke dua dah tekan on, after 4 km baru sedar dia tak gerak pun. Adesssss. Apa pun yang penting berjaya selesaikan juga.


Yang dinanti-nantikan. Medal dan t-shirt Talk To My Hand 50km. Akhirnya sampai jua setelah delay akibat cuti panjang (pilihanraya).


Yang paling unik tentang medal ni ialah dia ada lampu led. So kalau tetiba black out ke boleh la guna medal ni



T-shirt dia ala military pulak. Warna ijau tu pun memang hijau askar tu la. Siap ada corak camouflage dekat bahu.

VR Mother's Day 2018


Banyak juga VR yang saya daftar under 42 Race ni.Medal bagi setiap race comel-comel dan selain yuran pendaftarannya murah. RM29.90 je untuk setiap run (E-Bib dan medal sahaja) termasuklah untuk VR Mother's Day.


Since 42Race ni run dia kebanyakkannya kena submit dalam satu run, makanya saya ambil 5KM je. Masa ni rasa macam tak mampu je nak run/walk 10KM dalam satu run.



Once completed dan submit keputusan run, badge kita akan bertukar warna jadi warna medal. Asalnya masa daftar badge tu hitam putih je. Yang best dengan 42Race ni cepat dia orang hantar medal. 

butterfly kecil tu boleh goyang-goyang macam key chain

VR Bye Bye Bacteria 2018


Haluuu..virtual run lagi. Kali ni under 139BPM. Yang ni tak perlu buat akaun di laman web dia. Pergi je dekat FB Page 139BPM lepas tu klik link yang disediakan dan buat pendaftaran. Once dah daftar, mereka akan email E-Bib. VR ni berlangsung selama sebulan dari 16 April 2018 hingga 15 Mei 2018 untuk 30KM.


First day run untuk BBB ni Apps Strava kaput. Adess..tinggal 200M lagi nak sampai 7 KM! Geram betul. Yang penting berjaya juga habiskan semua 30KM. Tshirt dan medal untuk larian ni cute sangat. Lagi pulak part tengah-tengah (bahagian gambar bakteria) medal boleh pusing-pusing.

medal & t-shirt

7 Days, 7 Favourites