Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Happy Eid 2020



Assalamualaikum semua. Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Apparently dalam keadaan sekarang, kesihatan lebih utama dari raya. Syukur atas teknologi masa kini walaupun tak boleh beraya bersama at least boleh video call bertukar-tukar gambar dan mesej.

Sudah semestinya kakak tak dapat beraya dengan husband. Tak tahu bila pula dapat berjumpa sob sob. Paling epik ini la kali pertama raya tanpa adik-adik. Tak pe la, yang penting semua insan yang di kasihi dalam keadaan sihat.


Lagu Raya




Hai korang

Kakak nak share dengan korang lagu-lagu raya pilihan kakak sempena Syawal PKPB ni. Yang ni memang every year kakak suka la sebenarnya. Mana la tau korang nak pasang lagu raya sambil-sambil mengemas rumah.


1) Nostalgia Aidilfitri ~ Syarifah Aini
 
2) Satu Hari Di Hari Raya ~ M.Nasir
 
3) Suara Takbir ~ P.Ramlee
 
4) Cahaya Aidilfitri ~ Black Dog Bone
 
5) Kepulangan Yang Dinanti ~ Aman Shah
 
6) Bila Takbir Bergema ~ Rafeah Buang
 
7) Setitis Cahaya Aidilfitri ~ Aishah
 
8) Selamat Hari Raya ~ Saloma
 
9) Selamat Berhari Raya ~ Rahimah Rahim
 
10) Lambaian Aidilfitri ~ Saleem & Jamal Abdillah
 
11) Bersama Dihari Raya ~ Cenderawasih
 
12) Dari Jauh Ku Pohon Maaf ~ Sudirman
 
13) Sepasang Kurung Biru ~ Khairil Johari Johar 
 
14) Seloka Hari Raya ~ Hair Amir & Uji Rashid
 
15) Aidilfitri ~ Sanisah Huri
 
16) Bersabarlah Sayang ~ Sanisah Huri 

 
 

Album Kahwin


Korang, finally siap la jua album kahwin kakak. Design sendiri je dekat Photobook Web. Puas hati. Kakak ambil custome size 12'x12' so tak de la dapat extreme diskaun. Dalam 60% jah. Lawa dak? Cumanya kakak lupa sama de dia ada box kakak lupa nak tick or memang tak de. Makanya album ni tak de box. 

Cuba bagi cadangan sikit nak simpan macam mana tak nak bagi berhabuk?


Not My Forte


Korang, meols dalam musim PKP ni kemain memasak, peti ais rumah hakak yg kecik satu pintu tu biasanya kosong tak de pape, musim duk rumah ni rasa tak muat uols.

Memasak bukan kegemaran mahupun kemahiran kakak. Tapi rasanya sepanjang PKP hanya sekali je masakan tak menjadi terus kakak tak boleh telan wahahahha. Yang lain Alhamdulillah. Order luar pun baru beberapa kali, yang lain memang makan dari dapur sendiri.

Ya Rabbi, berminyak lantai, berselang hari mop lantai dan hampir setiap malam mengelap dapur. Mujur la laki kakak begitu supportive bab memasak ni. Katanya kakak boleh masak cuma selama ni tak cukup masa nak buat kerja masak-masak ni. Kakak tak de la masak canggih-canggih. Menu kat atas ni sotong masak kunyit ala Rizalman dengan sup sayur je.

Rindu sangat masakan mak. Aritu dalam grup family, mak ada cakap biasanya bulan puasa kakak la yang paling selalu ada kat rumah sebab most of the time kakak outstation area kampung kakak. Ada hari lepas sahur kakak gerak balik ke sini, habis kerja balik semula ke kampung. Hebat tak hebat kakak di bulan Ramadhan tahun-tahun sudah. Tahun ni hmmmm sob sob sob. 

Kalau ikut tradisi minggu pertama puasa kami akan balik kampung berbuka dengan mak abah. Mak akan buat kuih epik pepena @ pena. Tahun ni mak kirim daging dendeng kat semua anak-anak. Weols adik-beradik berkirim makanan to each other melalui pos. Janji semua sihat tak pe la.

Btw, hakak bersyukur dah dibenarkan merentas daerah. Boleh la kakak balik kampung untuk beraya. Baru la kakak ada mood nak mendownload lagu-lagu raya buat membakar semangat mengemas rumah.

Kerja Separuh Hari PKPB


4 Mei 2020

Kerajaan dah benarkan banyak sektor untuk di buka semula termasuklah tempat kakak bekerja. Akan tetapi Menteri Besar negeri telah mengeluarkan arahan untuk menangguhkan PKPB sehingga keputusan dibuat selepas mesyuarat exco pada 8 Mei nanti. Walaubagaimana pun majikan kakak tetap ingin buka pejabat, semua kakitangan wajib hadir.

By 12.15 tengahari macam tu pegawai dari unit penguatkuasaan dari majlis daerah yang menjalankan rondaan tiba di premis kami dan mengarahkan agak kami menutup ofis. Sepatutnya bila pegawai majlis daerah datang kena la berwajah cuak, tapi ni kami semua tersengih-sengih. Tau dah kena balik rumah.

Tu je nak cerita sempena musim PKP ni wahahaha. Tapikan korang, pagi ni masa kakak bersiap kakak rasa muka kakak sedikit flawless dan cerah satu atau dua tona. Mesti sebab lama tak kena pencemaran udara dan UV ray.


Hocus Pocus


Abra Kadabra

Bertemu lagi di bulan baru koranggggggg. Berus pilihan kali ni masih dari jenama Docolor, tanda kita masuk bulan baru dengan berus makeup yang baru. Corak tengkorak keluaran sempena Halloween yang lepas. Apa kena mengena dengan cerita kakak?

Btw, ada sorang kawan kakak di FB asyik la invite kakak masuk group mengemas rumah. Ya tuhan tak tau berapa kali reject tetap la jua invite. Last-last kakak masuk aje la grup tu. OMG! memang satu kesilapan besar yach! Kakak rasa begitu stress sebab rasa berkobar-kobar nak mengemas rumah. Kakak bukan la suka sangat nak mengemas memandangkan kakak ini menjalani kehidupan nomad iaitu lebih banyak duduk dalam kereta di atas jalan raya dari duduk di rumah. Kadang-kadang mengemas bagai nak rak , lepas outstation, balik rumah dah macam rumah Adam's Family. Penuh taik cicak dengan sawang spider.

Kalau la kakak boleh petik jari, wooshhhh rumah terus kemas.







7 Days, 7 Favourites