Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Restoren Nasi Kukus Kak Cik


Uols kalau ada terbaca entri kakak pasal Kuala Lipis, pasti korang perasan yang kakak ada letakkan Restoren Nasi Kukus Kak Cik as salah satu tempat makan yang kakak suka di Kuala Lipis. Kakak follower tegar Nasi kukus Kak Cik dari zaman buka di Kampung Tempoyang membawa ke Taman Perwira dan akhirnya restoren ini telah pun berpindah tempat yang lebih strategik dan mudah dicari, iaitu dalam bandar tak jauh dari Balai Polis Kuala Lipis dan sangat berdekatan dengan Dewan Jublee Perak Sultan Ahmad Shah. Mesti jumpa punya la kalau cari. 

Restoren Nasi Kukus Kak Cik
Jalan PPBR 2/4
27200 Kuala Lipis
Pahang



Selain nasi kukus, restoren ni pun menyediakan menu-menu lain. Ada nasi kerabu, nasi lemak dan laksam. Tapi kakak belum pernah cuba lagi. Nanti ada rezeki datang lagi, kakak nak try. Ada juga pelbagai kuih muih dan kerepek. Restoren di buka dari awal pagi hingga 6.30 petang



Harga yang dikenakan sangat berpatutan iaitu RM6.50 sahaja bagi satu set nasi ayam kukus. Kakak macam biasa minta bahagian kepak. Yang kakak sangat suka nasi kukus di sini ialah ayamnya di goreng garing, kuah gulainya yang pekat likat, sambalnya yang pedas secukup rasa. Lepas tu kakak mesti minta acar extra. Yummeeeehhhh, bila la boleh datang lagi ni.



Berkahwin Dengan Bukan Warganegara


Kakak ada menerima soalan dari salah seorang pembaca blog kakak, yang pada kakak sangat menarik untuk dibincangkan. Kakak juga telah menjawab seringkas dan semudah mungkin agar yang bertanya mahupun yang membacanya mudah faham.

Soalan:

Salam Kak saya nak tnya sikit harap kak dapat bg jawapan untuk saya...dan soalan ni xberkaitan dengan list2 yang di atas..cuma saya masih ragu2 dan telah hampir smua blogger dan platform di caru tp xjumpa jawapan....Adakah seorang Anggota Tentera(Darat/Laut/Udara) boleh berkahwin dengan Orang Warga Asing(Bukan Rakyat Tempatan)...dan kalau boleh boleh tak tak bagi keburukan dngn kebaikan An Army bila nak berkahwin dngn Orang Asing ni...salah 1 nya KAGAT/JAIM TAK LULUSKAN PERMOHONAN...masih ragu dan daya masih lg mncari jawapan...Sekian Terima Kasih


Jawapan :

Salam. Tentera juga warganegara Malaysia seperti yang lain, juga berhak untuk berkahwin dengan bukan warganegara, sekiranya itu adalah pilihannya. Tentera tersebut tetap perlu ikut permohonan lebih kurang seperti yang di atas, manakala pasangannya yang bukan warga negara perlu buat prosedur yang berbeza, serta melibatkan Jabatan Pendaftaran Negara, Kedutaan Negara berkenaan serta Jabatan Imigresen. 

Dan sekiranya tentera tersebut adalah wanita, prosedur pasangannya lelaki bukan warganegara akan jadi lebih rumit, berbanding dengan tentera lelaki berkahwin dengan wanita bukan warganegara (keadaan ini terpakai untuk semua warga Malaysia yang ingin berkahwin dengan bukan warganegara) 

Kesan perkahwinan dengan pasangan bukan warganegara (terpakai kepada semua warga Malaysia yang ingin berkahwin dengan bukan warganegara):- 


Dari sudut UNDANG-UNDANG 

1) Visa pasangan perlu sentiasa diperbaharui mengikut tempoh dan syarat yang telah ditetapkan undang-undang 

2) Sekiranya bertugas di luar Negara, melahirkan anak di luar Negara, bagi lelaki Malaysia, boleh dapatkan taraf warganegara anak dengan membuat pendaftaran di Kedutaan Malaysia menggunakan borang tertentu. Manakala bagi wanita Malaysia pula perlu pulang ke Malaysia jika ingin anaknya mempunyai kewarganegaraan Malaysia 

3) Sekiranya berlaku perceraian, dan mempunyai anak bawah 18 tahun, pasangan bukan warga negara mungkin ingin membawa anak pulang ke negara asal. 

4) Sekiranya berlaku perceraian, mempunyai anak usia bawah 18, bekas isteri atau bekas suami mungkin ingin bertukar semula kepada agama asal, serta ingin menukarkan agama anak 

5) Pasangan bukan warganegara terutama lelaki boleh meninggalkan isteri serta mengabaikan tanggungjawab pada isteri atau anak dengan pulang ke negara asal begitu sahaja 

6) Sekiranya berlaku kematian pada warganegara Malaysia tersebut, pasangannya yang bukan warga Negara tetap berhak menuntut harta si mati walaupun tidak boleh memiliki tanah (terpakai kepada muslim & non muslim) 


Dari sudut SOSIAL 

1) Perbezaan agama 

2) Perbezaan budaya 

3) Kemungkinan pasangan enggan belajar budaya Malaysia, (sekiranya dari agama yang berbeza pasangan mungkin enggan belajar agama yang baru) 

4) Kemungkinan tidak mahu bergaul/bersosial dengan ahli keluarga yang lain (dalam kes tentera, tidak mahu terlibat dengan apa-apa program yang ditetapkan) 

5) Pasangan bukan warganegara bukan semuanya ingin kekal tinggal di Malaysia 

6) Kos perbelanjaan yang tinggi untuk pulang menjenguk keluarga pasangan di luar negara 


Ini adalah antara sebahagian ringkasan kesan-kesan berkahwin dengan bukan warganegara dari sudut undang-undang mahupun sosial. Sekira anda ingin berkahwin dengan bukan warganegara, bolehlah pertimbangkan kesan-kesan di atas, sebelum membuat keputusan. Harap dapat membantu





Ramadan 2021



Semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk beribadah.
Semoga amal ibadah kita diterima oleh-Nya.



 

Coming Home


Syukur ke hadrat Ilahi, finally En.Suami dapat bertukar dari seberang laut. Walaupun masih PJJ at least jarak dah makin dekat dengan kakak. Lagi pula musim Covid ni, jarak seberang laut terlalu sukar untuk kami yang pernah tak dapat jumpa lebih kurang 7 bulan.


En. Suami menyewa bilik bersama kawan-kawan. Part paling best tak jauh dari office dia, tak jauh dengan adik-adik kakak dan roomatenya juga kahwin dengan orang Pahang, jadi boleh la En Suami carpool balik ke sini. Alhamdulillah.

Semoga kalian semua yang masih terpisah akibat pandemik juga dapat bertemu dengan pasangan, anak-anak dan keluarga masing-masing.


Puja Delima


Sepanjang musim Covid 19 kakak develop satu habit yang lama dah ditinggalkan iaitu membaca novel. Pilihan kakak genre seram wakakaka. Makanya kakak join Kelab Cerita Hantu Malaysia, Arkib Anker Negara dan Fiksyen Shasha untuk feed ketagihan kakak pada serita seram, mistik dan seumpama dengannya.

Dari banyak-banyak cerita, kakak melekat dengan tiga cerita bersiri. Satu kisah benar bertajuk Mak Teh, satu kisah inspirasi dari kisah benar bertajuk Cinta Sang Iblis ~ Ramona dan satu lagi fiksyen berasaskan research iaitu Puja Delima. Btw, kakak berkenan sangat dengan cerita Moyang, tak pasti kisah benar atau fiksyen. Lama juga dah siri Moyang dalam Fiksyen Shasha.

Berbalik pada tiga siri kegemaran kakak, kakak agak obses dengan cerita-cerita dari ketiga-tiga penulis hingga mengakibatkan berlaku sedikit gangguan. Teeettttt start dah Cik Fariha masuk alam angker. Setelah kakak baca dalam group, tentang komen pembaca lain serta kenyataan dari penulis, kakak rasa gangguan datang dari siri Cinta Sang Iblis.

Antara gangguan yang kakak lalui ialah ketika hampir terlelap (masa ni belum baca Fatihah & Ayat Qursi baru nak pusing-pusing badan ambik angle best atas katil) ada suara yang menyergah kakak. Sergah manjahhh je. Suara lelaki. Mujur masa tu suami ada kat rumah. Kejadian kedua berlaku ketika masa nak tidur juga, kakak rasa tapak kaki kakak di gores dengan benda tajam macam kuku panjang gitu. Mula-mula ingatkan tergesel dengan selimut tapi tak selimut kaki, lepas tu fikir kot nyamuk, tak kan nyamuk gigit bergerak dari atas ke bawah lebih kurang camtu. Masa kejadian pun suami ada di rumah dan lampu bilik je tutup, luar bilik masih terang. Means bilik kakak pun masih agak terang. Bila jenguk kaki tak de pape. So baca Al Fatihah dan Ayat Qursi berulang-ulang kali je la. Selain dari dua kejadian ni tiada gangguan lain.

Habis siri Mak Teh dan Cinta Sang Iblis, kakak still follow Puja Delima. Then penulisnya, Suzy La umumkan akan sambung cerita dalam novel pula. Bila keluar senarai harga, kakak agak terkejut, maklumla lama tak beli novel. Setelah baca penjelasan penulis kakak pun join the bandwagon order novel ni.

Apa sebab kakak gigih follow Puja Delima ni? Selaku remaja purba yang dilahirkan dan membesar di era sastera kakak sangat hargai cara Suzy La menulis. Bila tiba part istilah tertentu yang kakak sedia maklum dan tahu, kakak mula sedar yang Suzy La bukan buat cerita hentam keromo. Dia study. Kakak support penulis macam ni.

Dan, Alhamdulillah. Kakak secara rasmi merupakan pemilik batch pertama Puja Delima. Tahniah Suzy La. Kakak quotes di sini sinopsis kisah Puja Delima.


Wirda yang kecewa akibat putus cinta telah membawa diri ke Bali untuk melancong seorang diri demi mengubat hati dan jiwanya yang lara. Tanpa disengajakan, sewaktu di pantai dia telah mengutip dan membawa pulang seutas gelang delima merah yang berpenunggu.
Si penunggu yang jatuh cinta pandang pertama memperkenalkan diri sebagai Dante. Pada mulanya Dante hanya sekadar hadir menunjukkan diri di dalam mimpi, akhirnya menjelmakan diri menjadi lelaki tampan yang menemani Wirda setiap malam.

Setelah bertahun-tahun berdamping bersama, dicintai dan dimanjakan oleh Dante akhirnya Wirda tersedar bahawa dirinya hidup dalam keadaan tidak normal dan mula mencari jalan keluar untuk melarikan diri dari cinta Dante yang tiada hala tuju.
Kehadiran Fahdi yang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Wirda dari zaman universiti telah membuka matanya untuk berubah. Akhirnya mereka disatukan sebagai suami isteri yang sah. Namun sikap Fahdi yang cemburu buta menyebabkan Wirda kembali merindui perhatian yang diberi oleh Dante.

Setelah sekian lama memujuk dan mencuba, akhirnya Dante berjaya membawa Wirda ke alam astral dengan kerelaannya. Fahdi bersama Ustaz Jamal yang merupakan kenalan keluarganya cuba menjejaki Wirda yang di sembunyikan dan lupa kepada asal usulnya.

Kedatangan Wirda ke alam astral tidak di sukai oleh golongan jin pendengki yang diketuai oleh Ratu Inanna dan sekutunya yang melakukan pelbagai perkara untuk mengusir Wirda dari alam mereka. 

 

“Gelang delima itu telah aku berikan kepada Wirda sebagai mahar cintaku kepadanya. Aku jatuh cinta kepadanya dari mula aku terpandangkan dia. – Dante

 

“Dia sudah lama tidak mengangguku. Aku yakin dia sudah menjauhiku. Ustaz Jamal berpesan agar aku jangan tinggal solat dan teruskan berzikir. Mungkin kerana itu dia tidak lagi cuba menghampiriku seperti dulu. Aku kuatkan semangat. Dante sudah tiada. Bagaimana boleh 10 tahun aku hidup dengannya? Siang bekerja, malam bercinta dan dipeluk syaitan. Kehidupan apa begitu?" – Wirda

 

"Allah je yang boleh bantu Di dan Wirda sekarang. Ustaz Jamal pun bukan tak buat apa-apa, dia dah banyak tolong Di. Sekurang-kurangnya Di tahu Wirda masih hidup. Di akan tunggu dan berdoa moga Allah mempermudahkan semua dan izinkan Wirda balik dengan selamat. Di tak sanggup nak tengok Wirda jadi gila mak. Mungkin Allah nak Di belajar bersabar menunggu Wirda. Mak doakan kami ya.. " – Fahdi

 

“Kau buat dia lupa tempat asalnya. Kau padam ingatannya terhadap perkara lalu. Kau buat dia bergantung hidup kepadamu. Kau kurung dia di istana itu sedangkan kau tahu dunia kita tak sesuai dengannya. Itu yang kau namakan cinta? Kalaulah ingatannya pulih semula dan dia mahu pulang, bagaimana? "- Ratu Inanna

 

Dapatkah Wirda mengatasi ancaman dari golongan jin pendengki?

Berjayakah Wirda diselamatkan oleh Fahdi dan Ustaz Jamal kembali ke dunia manusia atau terus tenggelam dalam ombak cinta Dante yang tiada sempadan?

 

Pink April



April in Paris, chestnuts in blossom
Holiday tables under the trees
April in Paris, this is a feeling
No one can ever reprise




April in Paris
Ella & Louis







7 Days, 7 Favourites