Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Bukit Batu Chondong, Kemensah




Well actually ini projek hiking kedua kami. Tapi baru nak keluar entrynya. Kali ni kami ke Bukit Batu Chondong, Kemensah. Tempat kat mana tu? Belakang Zoo Negara uols. Masuk susur tepi zoo tulah laluannya.

NOTA
Kawasan parking yang terhad dekat tempat masuk nak hiking. Lebih baik parking di bawah dan carpool.

Trip kali ni tak ramai sangat. Memey bawak family terus, wifenya Min, adik dia 2 orang dengan sepupu dia Paan. Team adik beradik KJ & KA. Sweet husband and wife Hanif & Huda. Last but not least kami team combo+1, saya, Mijah, Ira dan Didie. Macam biasa bacaan doa sebelum naik. Kali ni KA yang baca doa.   

posing wajib (KA yang comey baju hitam belang putih kat lengan tu. akak promo ni uols! sila belanja)

Landskap kat sini berbeza sikit berbanding dengan pegalaman naik ke Pine Tree Trail , Fraser Hills. Sini ada laluan kawasan buluh yang melentur macam pintu gerbang. Perjalanan juga agak mendaki tajam. Mesti pakai kasut yang selesa ye. Walaupun tak tinggi mana, tapi huffff boleh tahan ye.

Didie, Mijah, Ira & Me



Since nama tempat ini pun ada perkataan condong, what do you expect kan? Haruslah ada bahagian yang mencabar tahap kecondongannya. Sudahlah kurang tempat nak berpaut. Ada batu-batu yang tak kukuh, ada bahagian tanah peroi. Jadi memang kena guna common sense dan peka mana tempat nak pijak atau nak pegang.


Sampai berhampiran tempat naik ke puncak kami kena rehat dulu tunggu team-team lain yang ada di atas turun. Bagi laluan. Crowded uols. Ingatkan atas jalan kat KL je yang jem. Atas ni pun sama je.


Apalagi, cari port nak posing la masing-masing.

pengantin baru duduk jauh-jauh takut kena bahan
jenuh jugak la masing-masing posing nak tunggu orang turun dari puncak
ni la tempat kena mendaki yang jem kena tunggu turn nak naik ke puncak.

Finally lepas puas menunggu, posing dan membahan sampai jugak turn kami semua naik. Walaupun tak tinggi mana pun tempat climbing ni tapi agak sukar untuk orang yang rendah macam saya ni. Kaki tak sampai uols. Susahnya hahaha. Sudahnya Paan dengan Mijah main rentap aje tangan saya naik ke atas. Sabo aje la.

tiap kali pun terjebak part rock climbing ni pffff

Sampai di atas ni masing-masing cari port rehat. Minum air dan makan bekal. Haa kau. Walaupun tak tinggi mana letih, haus dan lapar jugak. Pemandangan di atas ni memang cantik, sebahagian nampak hutan belantara. Sebahagian lagi nampak bandar Kuala Lumpur. Satu bahagian lagi tak lawa sebab nampak kawasan pembinaan. 



checked!
posing kejayaan!
hiking bertema Power Rangers katanya. nan hado

Time balik boleh tahan mencabar. Menurun secara curam uols. Nasib tak menggelunsur turun. Siapa yang suka berpaut sana sini tu tolonglah bawa sarung tangan. Total perjalanan dari mula hingga sampai puncak kami ambil masa dalam 40 minit termasuk tempoh menunggu giliran untuk naik rock climbing tu. Part paling menarik dalam trip ni masa kami dalam perjalanan naik terserempak dengan budak sekolah umur 8 tahun. Ikut famili dia hiking.

NOTA KHAS
Lelong,lelong. Single, bekerjaya, pandai baca doa. PM tepi untuk close up photo & detail hahahah SERIOUSLY tolonglah pm tepi

Air Terjun Jerangkang, Maran


Lepas satu,satu projek outdoor. Ko dah kenapa Fariha? Kali ni dah tak kena hasut. Setuju secara jinak. Lagi pulak hari sabtu ada AGM di Kuantan,makanya hari ahad sebulat suara pergi Air Terjun Jerangkang, Maran.

Nak ke sini, kalau lalu LPT susur keluar tol Sri Jaya. Dah cukup korum kami gerak ke Masjid Paya Gelugur. 4x4 yang di booking tunggu kami di sini. Naik 4x4 okey, so ehem pikir-pikir la jalannya macam mana ye.

Feeling adventure konon saya, Anep, Iwan, Tikah & Nasrin pilih nak duduk belakang. Yang 4x4 satu lagi Memei, Paan, Paih, KJ dengan Ayie kat belakang. Huda, Mijah, Mazira, Didie, Min duduk dalam. Haaa kau, kalah naik roller coster. Lintang pukang duduk belakang tu, kaki sape atas riba sape pun tak tau je dah. Tu belum lagi tulang betis asik nak terlanggar periuk nasi lemak cik sue hahahha Janji tak terpelanting sudah.




Sampai dekat kawasan air terjun tu kami turunkan barang. Maklumla trip kali berkonsep pot luck, macam-macam la makanan ada. Dan macam biasa, bacaan doa sikit, kali ni by Ayie sebelum kami mula gerak.

Nak ke air terjun kena jalan sikit la. Kalau tak silap ada 26 tingkat air terjun. Banyak grup lain dah pasang khemah. Dia orang bermalam di sini.





Kami pilih port di air terjun ketiga. Pasang 2 khemah in case nak salin baju ke apa. Yang geng-geng lelaki dah terjun dalam air. Yang team gugurl makan. Yes!! Menu sedap uols. Ada nasi lemak Cik Sue sambal Makcik Memek, mihun goreng, sandwich, sardin roll, karipap, temosa, kacang, biskut, 3 in1 old town pun ada. Tu belum masuk lagi megi bagai. Bawak dapur siap senang nak masak air panas dengan megi.






Apa aktiviti yang korang boleh buat kat sini selain makan bekal sedap bawak dari rumah tu?

Actually, boleh trekking naik ke atas lagi since ada 26 air terjun ye. Sambil trekking sambil mandi manda.







Kalau tak nak trekking buat apa? Jaga tapak khemah cam saya hahahha Betis kanan rasa macam nak cramp je so malas nak trekking. Saya, Min, Memei dan Paih stay kat tapak khemah. apa kami buat? Jeng jeng jeng





Siapa cari sofa bed a.k.a floating sofa ni boleh hubungi Iwan

Ewaahhh indah belaka ye? Takde maknanya. Iwan tergelincir kat batu so tapak kaki dia luka. Berdarah bukan main banyak. Nasib baik KJ bawak first aid kit lengkap habis. Hasil pengalaman lama hidup dengan doktor dan nurse, Mijah transform menjadi doktor dekat tempat kejadian. Ngeri rasa tengok dari jauh Mijah cuci luka. Sampai lupa la nak snap gambar. Nasib baik tak dijahitnya kaki Iwan.

Time balik kami kena naik 4x4 kongsi dengan grup lain. Sudahnya kami pilih duduk belakang. Ye! Sekali lagi duduk belakang hokey! Kali ni saya, Didie, Tikah, Mijah, Ira, Memey, KJ dan Ayie. Anep dengan yang lain naik yang satu lagi. Giler ah driver kami, sengal ubi sungguh saje je bawak laju-laju yang kami kat belakang ni dah nak terpelanting keluar. Rasa macam naik roller coster pun ye, rasa macam pelarian pun ye. Menjerit-jerit tak payah cakap la kami semua. Tak masuk lagi lumpur berterbangan atas kepala dengan badan, muka kena libas dengan daun. Ni KJ, Memei dengan Ayie la kena libas.


Since saya tak trekking naik ke atas, untuk trip kali ni pengalaman naik 4x4 macam pelarian la part paling best sekali walaupun memor badan bak kata orang pahang. Sakit badan woih!

Alhamdulillah, lega semua selamat tak de yang terpelanting keluar

NOTA

1) Banyak sampah ditinggalkan, sampah yang susah lupus pulak tu macam polistrin. Tolong bawa keluar sampah anda ye. Jangan tinggalkan di situ. Bawa siap-siap plastik sampah

2) Ramai yang mandi bersyampu bersabun bagai macam dekat rumah. Harap guna syampu dan sabun organik la ye, yang mesra alam sekitar

3) Ramai yang mandi depan orang ramai langsung tak pandang kiri kanan time bersabun tu, seluk tangan dalam seluar dan menyental celah-celah badan macam dalam bilik air rumah mak korang je. Tolong la kesopanan dan kesusilaan sikit. Baik lelaki baik perempuan sama je.





7 Days, 7 Favourites