Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

VR Panda 2018


Sekali lagi mendaftar virtual run di bawah 42ace.Kali ni Panda Run. Ala comey-comey. Terpikat nak join sebab medal dia. Penyertaannya RM29.90 sahaja. Saya ambil kategori 5KM sebab penganjur hanya bagi masa 3 hari sahaja dan mesti complete dalam satu larian sahaja. Once siap daftar, kita akan terima E-Bib untuk rujukan.


Once larian dah complete boleh la kita submit dan badge kita pun bertukar warna menunjukkan kita dah selesai task. Email juga akan dihantar mengesahkan rekod larian diterima.
Then just tunggu SMS dari penganjur menyatakan medal dalam proses penghantaran. Cepat juga dari tarikh settle larian dan ke tarikh terima medal. Comel tak? Lanyard dia satu side corak panda satu side corak buluh. Medal ni pun boleh gerak-gerak di bahagian tengah. Umpama panda tu main buai pulak.

Badi'ah Hotel, BSB


Masa kami ke Brunei hari tu, kami tinggal di Badi'ah Hotel. Hotel ini menjadi pilihan ramai pelancong melihatkan pada tag Trip Advidor yang ada. Ni alamatnya


Badi'ah Complex 
Mile 1 1/4, Jalan Tutong 
Bandar Seri Begawan
Brunei-Muara 
BA1712, Brunei Darussalam

+673 222 2888





Hotel ni walking distance dengan Masjid Sultan Omar 'Ali Sharifuddien. Dan juga walking distance ke My town Eating House. Ada beberapa supermarket berdekatan dengan hotel untuk beli apa-apa keperluan. Di seberang jalan (main road) hotel letaknya RIPAS (Raja Isteri Pengiran Anak Saleha Hospital). Malam pertama stay hotel punya la pelik apa ke hal asyik bunyi siren, rupanya ambulan nak ke RIPAS. 


Bahagian receptionist sangat helpful, kami juga diberikan dengan map tempat-tempat menarik di sini untuk panduan. Mudah urusan kami.  


Walaupun hotel ni ada restoren dan cafe, tapi kami langsung tak pernah masuk cuma Ella ada minta buat room delivery nak makan salted egg chicken. Sedap uols! Bilik kami juga luas dan harga yang sangat berpatutan. RM670 untuk 4 hari 3 malam.


So, siapa yang rasa nak ke Brunei dan masih tercari-cari tempat tinggal boleh la try hotel ni. 

VR World Challenge 2018 : Malaysia


Next VR saya daftar under Move On. World Challenge Series 1st Run Malaysia. Terpikat sangat dengan design baju dan medalnya. Macam atlet pulak. Daftar 20km je takut tak terkejar nanti since masa yang diperuntukkan hanya dua minggu je dari 21 April hingga 4 May 2018. Yang mudahnya VR under Move-On ni ada aplikasinya sendiri. So,tak perlu nak printscreen dari aplikasi lain.


Berjaya selesaikan task dengan 3 larian dan waiting game pun bermula menunggu t-shirt dan medal. Medal & t-shirt saya terima beberapa hari lepas pilihanraya,dan rasa macam wow patriotik sangat. Design baju memang cantik. Medal pun lawa sangat.

lanyard warna bendera Malaysia dan batik, bahagian depan t-shirt
belakang t-shirt

Raub Run Challenge 2018


Saat pergi mendaftar untuk Raub Run Challenge 2018 di Majlis Daerah Raub gagah la konon untuk 10KM walaupun akak petugas yang buat resit tu tanya dua kali untuk kepastian or tak yakin dengan iols tak tau la yang mana satu.

Lagi pulak masa tu tengok gambar medal yang sangat la cute bentuk bangunan Majlis Daerah Raub. Ye la, anjuran pun oleh Kelab Sukan Majlis Daerah Raub kan.


Tak lama tu keluar pulak gambar t-shirt untuk dua-dua kategori. Haish kemain lawa uols. Lagila berkobar-kobar nak berlari dekat tempat sendiri. Asyik pergi tempat orang je kan


Tapi bila route laluan untuk run ni di keluarkan penganjur, hadessss. Nak kena mendaki bukit kat Taman Lee Man uols a.k.a lidah melayu sebut Taman Leman. Atau versi omputihnya Leeman Park.


Sehari sebelum run sis pun pergi MDR untuk ambil race kit. Dapat nombor je uols. T-shirt ambil pagi run sebab ada masalah cuti lepas pilihanraya sebabkan masalah penghantaran t-shirt.


Well, pagi-pagi ke kaunter MDR dulu nak ambil t-shirt. Memang lawa la warna dan designnya seperti dalam gambar. By 6.50 pagi pengacara dah panggil untuk warm up dan peserta 10KM berlepas pukul 7.08 pagi lebih kurang la. Peserta tak ramai yang datang maybe masih bercuti pilihanraya.

awek sebelah ni dapat no 5 kalau tak silap la

So, sampai la juga iols within COT. Seperti yang dijangka tempat paling hazab ialah bukit Taman Lee Man. Selama ni bergerak dalam Raub naik kereta, ni berlari tak tau berapa kali bukit daaa. Terngiang-ngiang je kat cuping telinga ni lagu nyanyian Ning Baizura, Jacklyn Victor & Shila Hamzah "Seribu Sesalan". Insof rasa.


By the way tahniah diucapkan pada pihak penganjur, Majlis Daerah Raub. Walaupun kali pertama anjurkan larian, everything berjalan lancar. Pelepasan peserta within time, petugas jaga check point hampir di setiap 500 meter, sangat helpful dengan peserta dan bantu jaga lalulintas/tahan kereta. Water station ada 3 (untuk 10KM), polis trafik kawal di simpang empat main road. Medal besar dan unik (gambar bangunan MDR sendiri), design baju cantik, hadiah cabutan bertuah kemain banyak. Huntungla sape yang dapat basikal tu. Next time boleh la join lagi.

medal bentuk bangunan MDR

VR Labour Day 2018


Again tentang virtual run. Kali ni under 42race pula. Sempena Hari Pekerja yang jatuh pada 1 Mei setiap tahun. Macam biasa kena buat akaun dulu di laman web 42race dan pilih slot VR yang kita nak. Untuk Labor Day Run ni, yuran penyertaan adalah percuma dan lariannya hanyalah 3KM sahaja. Tak de kategori lain ye. Once daftar kita akan terus terima E-Bib yang boleh di download dari akaun kita. 

E-Bib

Since yuran penyertaan adalah percuma makanya tak de medal la ye. Kita cuma akan terima E-Badge Labour Day dari penganjur. Comelkan?

7 Days, 7 Favourites