Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

PKP 2.0


Akhirnya, negeri Pahang terjebak jua dengan PKP 2.0. Mulai 22 Januari 2021 hingga 4 Februari 2021. Demi kebaikan bersama, maka teruskan lah. Kakak kerja seperti biasa. Memandangkan pejabat kami kecil je tak sampai 10 orang jadi semua kena hadir la. 



Kakak memulakan hari dengan memilih tema makeup. Angelic kaedahnya. Angelic la sangat. Haaa nampak sangat tak de kerja kan? Syukur semua kes mahkamah akan di buat secara online sahaja dalam 2 minggu ni atau pun ditangguhkan.


Kakak akan cuba berdiet secara kalori defisit dalam 2 minggu ni. Kita tengok lepas dua minggu berapa boleh turun. Inci dah tak bergerak selepas penurunan since tahun lepas, but nombor atas timbangan sedang bergerak turun secara perlahan umpama siput.


Kakak doakan semua yang terjejas pendapatan pada musim PKP 2.0 ni, semoga diberi kekuatan, ketabahan dan rezeki yang murah. Semoga semuanya cepat berlalu.


Brother Joe's Tong Mo


Kalau balik dari Temerloh, selalu kakak nampak gerai kecil berasap tepi jalan sebelah kiri laluan berhampiran susur masuk ke Felda Lurah Bilut. Tapi tidak kakak nak hirau pun, sampailah terperasan ada brother ni iklan dalam group Penduduk Bentong mengenai gerainya yang berjual Tong Mo.

Tong Mo ialah sosej atau daging sumbat resepi tradisi masyarakat Kemboja. Daging cincang yang diperap dalam rempah campuran tertentu dan disumbat dalam usus lembu. Since kakak tak pernah makan haruslah mencubanya.  



Tong Mo ni biasa akan di bakar panas-panas, dan di gerai Joe's Cool Drink Station ni, Tong Mo hanya akan dibakar bila ada permintaan dari pelanggan. Kiranya boleh makan panas-panas.



Tong Mo ni sedap makan bersama betik muda jeruk atau pun somtam. Gabungan yang sepadan sangat. Mana yang melalui jalan Bentong-Raub boleh la singgah di gerai brother Joe ni. RM10 je satu set. 






1st Step : Good Will



Atas berterusannya sakit jiwa raga bakul kakak dengan management tempat kerja yang tidak nampak ke arah kebaikan pun, tiada lagi benefit, tidak dihargai tetapi tenaga usaha terus diperas, hanya untung sebelah pihak. Makanya kakak tidak nampak jalan keluar lagi melainkan mengeluarkan diri sendiri dari syarikat tersebut. Orang tak hargaikan?

Awalnya kakak hanya mampu merintih plus berangan dan bercerita dengan teman-teman rapat tentang situasi kakak. Sokongan dari kawan-kawan menguatkan semangat kakak yang pada perasaannya tak cukup ilmu langsung nak bekerja sendiri.

Dengan restu suami dan keluarga serta sokongan penuh dari semua kawan-kawan kakak tak kira dari apa bidang pun, kakak tegarkan semangat. Instead of berangan, kakak mula menyusun perancangan, budget , tempoh masa, mengira liability dan hutang-hutang. 

Kakak turut hubungi kawan-kawan yang bekerja sendiri menggunakan nama sendiri serta kawan-kawan yang asalnya makan gaji, tapi akhirnya bekerja sendiri menggunakan nama orang. Kakak bandingkan lebih dan kurang setiap satunya dan akhirnya setelah berfikir dengan teliti (beserta doa, istikharah, solat hajat) kakak buat keputusan untuk bekerja sendiri tanpa berkongsi dan syarikat kakak akan menggunakan nama orang lain.

Langkah seterusnya, kakak merisik panel-panel yang diperolehi oleh beberapa firma yang berpotensi untuk benarkan kakak menggunakan nama mereka atas good will. Dan akhirnya, kakak short listkan kepada tiga firma pilihan utama.

Dengan lafaz Bismillah kakak melangkah menaiki tangga syarikat pertama untuk usulkan cadangan kakak untuk membuka syarikat sendiri menggunakan nama mereka. Kedatangan kakak di sambut dengan warm welcome oleh empunya syarikat dan perbincangan berlangsung hampir 4 jam. Smooth.

Kakak pulang ke rumah tersenyum sepanjang jalan. Sampai di rumah kakak hamburkan semua isi penting perbincangan kepada suami dan suami kakak kata tak perlu lagi pergi ke dua lagi firma dalam senarai kakak tu. Proceed dengan pilihan pertama. Kakak turut hubungi dua teman rapat minta pandangan, kedua-duanya mempunyai pandangan yang serupa dengan suami. Proceed terus.

Alhamdulillah, langkah pertama, yang paling besar dan paling utama sudah selesai. Kakak akan teruskan dengan langkah yang yang seterusnya. Doakan kakak ye?




Banjir 2021

6/1/2021

Uols, maybe reader blog kakak ada yang tau kakak ni asal dari negeri Pahang. Awal tahun 2021 ni, hujan lebat 3 hari melanda negeri Pahang dan daerah tempat kakak mencari rezeki banjir teruk. Teruk yang mana selepas 50 tahun baru banjir sebesar ini. Tempat yang tak pernah banjir pun banjir. Kakak, Alhamdulillah duduk di bandar, akan tetapi masalah tak de air pula akibat air loji yang terlalu keruh.


6/1/2021

Susut air bah di area kakak, makanya air akan naik di area Pahang Tengah pula iaitu kampung kakak. Saat kakak menaip ni, air dah sampai mata tangga paling bawah di dapur. Air dah masuk dalam stor (luar rumah). Yang ada di rumah, mak abah dan adik bongsu. Barang-barang di dapur (dapur rendah sikit) mana yang boleh di pindahkan, mereka kemas dan letak di tengah rumah. 


8/1/2021

Ye, rumah keluarga kakak memang betul-betul di pinggir sungai. Tapi rumah kami ni kedudukannya di atas tebing. Tinggi jaraknya dari sungai Jadi kalau nak turun ke sungai memang kena guna tangga turun ke bawah. Jadi bayangkan betapa besarnya air bah. Kakak tiap kali banjir akan rasa gayat tengok level sungai Pahang separas dengan jalan. Beberapa kali juga kakak merasa keluar dari kampung balik ke daerah kakak tinggal dengan air sungai dah separuh atas jalan raya. Rasa nak menangis kenangkan perjalanan sendiri nak menangis juga tinggalkan parent di kampung. Tahun ini kakak tak sempat nak melalui fasa ini kerana daerah kakak tinggal banjir teruk dan jalan kampung serta LPT  menghala ke kampung kakak dilanda banjir.  

tengok level air masa bukan musim tengkujuh

Kalau ikut keadaan, banjir tahun ini lebih teruk berbanding tahun 2014. Ada kawan-kawan kakak yang total lost, ada yang sedang bergelap di rumah. Ada yang sedang memindahkan barang dan ada yang telah pun berpindah ke PPS. Air naik perlahan tetapi keep on naik. Paras air Sungai Pahang setakat 8/1/2021 ialah 30.88. Melebihi tahap bahaya. Paling takut kalau air naik time tengah malam/dinihari.

Walaupun banjir, pemandangan di belakang rumah tetap antara yang terindah di mata dan di hati kakak. Buat terkenang zaman kecil tinggal dengan arwah wan (nenek) 

Mak dan adik keep on update keadaan setiap hari. Paling risau kalau line telefon terputus macam tahun 2014. Bab makan tak de apa yang dirisaukan. Masa tahun 2014, ibu saudara siap kayuh perahu hantar makanan melalui tingkap. Most of penduduk di pinggir sungai biasanya buat persediaan awal dengan menyimpan pelbagai makanan tahan lama/tin/kering sebagai persediaan menghadapi banjir. Ini memang amalan dari zaman dulu kala lagi.

Pagi 9/1/2021
Petang 9/1/2021. Air naik paling tinggi penuh dalam longkang dah
10/1/2021 petang. Air mulai surut sejak pagi. Ni dua pupu biasa datang naik motor musim banjir kena la datang naik motorbot

Pagi 11/1/2021. Alhamdulillah air makin surut
11/1/2021 petang. Air surut menuju tebing. 


Korang, kita doakan semua mangsa banjir iye? As at to date, Chenor tengah banjir teruk dan hujan lebat di Kuantan. Rumah sepupu iols di Chenor nampak atap je. 


Wish List



Nak kurus
Kakak kau ni delusi agaknya banyak nau wish list. Tapikan kakak memang nak kuruskan badan sikit. Sebabnya berat naik mendadak lepas kawen. Lepas tu statik la kat situ. Susahnya nak turun. BMI memang atas pagar je ni.

Nak bebas hutang
Hakak pun nak bebas hutang. Tinggal lagi satu loan yang kakak kena selesaikan sebelum buat loan baru wahahahahah Tapi apa salah kita cuba kan? InsyaAllah bebas hutang suatu hari nanti.

Nak beli rumah
Kakak ni lambat serba serbi. Termasuk bab beli rumah. Masih menyewa sampai sekarang. Tapi better late than never. Kakak dah masuk nama waiting list untuk rumah yang kakak nak, harap ada rezeki la ye. Dah umur matang ni kakak tak teringin dah rumah dua tingkat. Nak rumah setingkat sederhana je. Kalau masa umur 20-an dulu berangan sokmo one day akan beli rumah besar dua tingkat.

Tak lama lepas masuk waiting list kakak dapat panggilan kata ada orang tolak rumah yang kakak nak. Developer offer kakak intermediate lot. Kakak pergi pejabat developer nak tengok documents, saje la tanya kot ada unit tepi. Katanya tinggal end lot je. Kakak tak berapa berkenan sebab nanti tepi rumah orang duk lalu lalang or jadi port parking kereta. Sekali dia tunjuk map, dia kata ni end lot corner lot. Uol!!! kakak terus bayar duit booking. Doakan semuanya selesai dengan sempurna ye. 


Nak beli kereta baru
Kereta kakak pun kereta lama uols. Dah nak masuk 12 tahun dah. Macam-macam dah rosaknya. Tapi itu la, kakak pikir sabar la dulu, bagi chance kakak menabung nak beli rumah. kalau dah tenat sangat nanti baru kakak tukar.

Nak travel oversea
Kecintaan kakak. Kakak rindu dengan autumn, musim favourite kakak. Rindu daun bertukar warna, kuning-oren-merah. Rindu cuaca sejuk, rindu pakai jaket. Rindu jalan kaki sepanjang hari tapi tak berpeluh. Rindu nak bergambar-gambar sana sini.




Well semua wish list ni kakak tulis around bulan 8-9 camtu. Hakikatnya, berakhir tahun 2020 dan bermulanya tahun 2021 ni apa yang kakak mahu? 


Mula Semula
Kakak merancang nak mulakan semula karier kakak. Kakak sayangkan kerjaya ni, tapi dah tak happy dengan tempat kerja kakak, kakak juga rasa kedudukan kakak makin tak secure. Kakak hilang semangat dan motivasi. Management tidak akan berubah, yang kena berubah kita sendiri. Makanya, disebabkan kakak berazam untuk bermula semula, wish list kakak tahun ni pun berubah.


Bayar Hutang
Kakak kena minimumkan liability kalau nak mula hidup baru. Maka kakak kena selesaikan hutang sebanyak boleh. Kakak kena kerja keras dan berjimat supaya boleh bayar double. (selepas beli barang makeup yang kakak nak, ehhh)


Penuh Tabung
Hakak jua kena menabung semaksimum yang boleh supaya bukan sahaja untuk modal mula hidup baru, tapi juga untuk menampung perbelanjaan sementara nak dapat job.


Rancang Teliti
Kakak kena well plan. Kena rancang betul-betul kehidupan kakak setahun dari sekarang, dari sudut kewangan, dari sudut liabiliti, dari sudut overhead, dari sudut potential job.


Sihat Fizikal
Kakak kena sihat kalau nak mula hidup baru. Sebab banyak benda nak buat, nak fikir. Makanya kena sihat lagi cergas. Sejak kahwin kakak jadi lemau tak bersenam. Masuk penghujung 2020 baru nak start berdiet jaga pemakanan dan bersenam. Harap mampu teruskan.


Disiplin Diri
Mulai Oktober 2020 kakak tukar jadual kakak. Kakak try disiplinkan diri betul-betul ikut jadual tanpa leisure. Penatnya Ya Tuhan. Kurus je tak! Husband kakak sampai tak bagi buat apa-apa kerja kalau boleh lepas mandi, makan, iron baju, terus tidur. Tapi kakak kena latih diri supaya kekal bersemangat.


Tambah Ilmu
Kakak kena tambah ilmu uols. Mana-mana yang dah lama kakak tinggalkan kena study semula. Mana-mana jaringan yang kakak dah tak rapat, perlu ditautkan semula. Kakak kena belajar banyak perkara asas yang kakak take for granted sebab ada assistant.


Kakak tak de keyakinan diri uols. Rasa nak nangis bila pikirkan gagah, gigih ke kakak ni? Boleh ke kakak buat? Cukup ilmu ke kakak ni? Hakak tak pandai. Doakan ye agar kakak kuat semangat, agar kakak dapat capai azam kakak.







Pink January



Maybe I should just let it be
And maybe it will all come back to me
Seeing, oh, January, oh


January Hymn
The Decemberist




7 Days, 7 Favourites