Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

VR Mid-Autumn 2018


Haish 42Race....Nape buat tema yang kiut-miut? Ni tema mid autumn yang kedua yang saya join. Now korang pun tau nape saya addictive join 42Race. 


Berjaya menyelesaikan task walaupun nan hado je. Maklumla cuaca sekarang. Musim hujan katakan. Nak jogging tak de mood.


Medal untuk run ni rare dan cute. Apa yang rare? Apa yang cute? Haa yang cute harus la bunny tu sendiri. Warna pink lagi. Yang rarenya, part bentuk bulat ada tulisan cina tu glow in the dark.


Yang lagi rare medal ni boleh jadi badge pin. Rare ke tak rare? 

VR Legacy 2018


Haaa...tema apa ni? Mayan Tribe ke? Entah. Yang penting sis dah join 42Race ni. 5KM je. Mujurlah. Running outdoor agak susah sebab musim hujan. Memanjang tak dapat run.


Well, tapinya berjaya la jugak menamatkan larian. Lari agak laju sebab bimbang hujan haaaa...kalau tak pacenya slow aje la macam biasa.


Medalnya agak rare ye. Sebab ada tiga bahagian yang boleh di gerakkan. Yang lagi menarik bahagian tengahnya yang ada gambar burung tu glow in the dark.


VR Run For Mee 2018


Ni dah kali ke 3 VR dengan Anyrace ni. Kali ni tema mee pulak. Sabo je. Yang ni 10km je. So berjaya tamatkan run ni lepas je dapat E-bib. E-bib pulak dapat lambat sikit.


Macam lama pulak menunggu Run For Mee medal dengan t-shirt. T-shirtnya cantik macam baju chef tapi medal dia sendu.

medal
depan t-shirt
belakang t-shirt

One Fairytale : Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

scene from video by Plan A Film

Untuk nikah sis, buat di KL walhal kampung sis bukan di KL pun. Venue nikah yang di pilih ialah Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. So, what to do kalau nak nikah kat masjid wilayah?


Korang kena dapatkan Borang Permohonan menggunakan Dewan Nikah. Tiada bayaran dikenakan hanya perlu bayar cleaning service RM50. Bayar dalam masa dua minggu sebelum date majlis. Yang penting baik tarikh asal sis nak bernikah mahupun tarikh yang dah dipercepatkan, Alhamdulillah dua-dua ada kekosongan tak perlu rebut dengan sesiapa. Memang rezeki.


Macam saya punya akad nikah lepas asar, jadinya saya nak buat jamuan kesyukuran sikit. Jadi yang ni korang kena buat surat rasmi kepada Imam Besar untuk permohonan menggunakan foyer. Dalam surat tu just nyatakan date dan time korang nikah dan ingin guna foyer untuk jamuan kesyukuran selepas nikah.

NOTA
Majlis jamuan kesyukuran di foyer hanya boleh untuk maksimum 100 orang tetamu sahaja. Lebih dari tu kena sewa dewan.

Since nak buat jamuan, katering mesti diambil dari senarai panel masjid. Kami pilih, Gerai No 40 Medan Selera Duta. Nurul Hidayah Catering. Alaaa...medan selera depan masjid tu je. Senang. Since katering ni dah biasa buat untuk majlis di masjid, mudah sangat berurusan dengan ownernya. Kami pilih menu mihun, roti jala, kuih bakar, popia, teh tarik & air kordial untuk 50 orang.


NOTA
Yang ni korang kena ambik borang kat masjid. Borang guna katering masjid. 1 bagi pada katerer. Satu lagi kena bagi pada masjid. 


Since kami semua dari Shah Alam dan Klang, maka saya ambil juga bilik asrama untuk saya bersiap sebab tak nak kalut tak nak kecoh. Yang ni kena ambil borang juga ye. So, nanti panggil je MuA & Henna Artist datang ke asrama. Saya ambil dua bilik, satu untuk lelaki satu bilik untuk perempuan. 


Bayaran bagi setiap satu bilik adalah RM45. So total kena bayar bilik RM90. Bayaran perlu dibuat menggunakan bank draft sahaja. Yang ni la part paling tak bleh tahan. Mula-mula saya pergi RHB nak apply bank draft, tak boleh buat pulak sebab nama penerima panjang sangat. Tak muat nak key in. Pergi Bank Islam kat sebelahnya, reject sebab langsung tak de akaun Bank Islam.



Sudahnya pergi ke Maybank. Maybank pula minta prove documentation yang boleh tunjukkan reason kita minta bank draft. So, saya bagi borang permohonan bilik asrama je la. Alhamdulillah, berjaya dapatkan bank draft.


NOTA
Pergi ke bank yang kita ada buka akaun. Caj lebih murah.


Actually semua borang permohonan guna dewan nikah, borang permohonan asrama dan surat kebenaran guna foyer semuanya saya emailkn sahaja dan courier ke masjid. Alhamdulillah kakitangan masjid wilayah sangat cekap dan very helpful.






VR Kuma 2018


Another Running Club ni pun suka buat VR bertema yang kiut miut. Dah hakak terpikat nak join. Aktiviti mencergaskan badan okey la kan? Yang kali ni 30KM.


Halangan di bulan Ogos ni ialah cuaca. Kadang hujan pagi, kadang hujan petang. So, ada time kena run kat gym. Sis tak suka. Rasa macam jauh sangat plus berpinar biji mata lepas run atas treadmill tu. 

medal
medal. background depan t-shirt
belakang t-shirt

One Fairytale : Permohonan Kebenaran Berkahwin Tentera vs SPPIM


Sis kahwin dengan tentera. Sis asal dari pantai timur dan En. Husband dari utara. Both of us tak bermastautin di tempat asal masing-masing. Tapi kami nak buat majlis akad nikah buat di KL. So, jarak ialah dugaan paling besar sepanjang buat urusan nak kahwin termasuklah urusan borang. Bapak la stressnya. 

By the way apa-apa hal pun pastikan kita ambil kursus kahwin awal-awal ye. Mudah urusan kita nanti. Saya buat di Masjid Al-Akram Dato Keramat KL. Best sangat panel-panel penceramah kat situ!

Dan sis juga dah buat HIV test sebelum key in SPPIM. Untuk sis, borang tu download dari laman web JAWI. Bawa borang tu ke mana-mana klinik kesihatan kerajaan (sahaja! Tak boleh swasta). Urusan test sangat mudah. Dalam 10 minit je semua selesai. Doktor yang buat test pun sangat ceria masa tu, siap nyanyi lagu "Amalina".

NOTA
Sila baca tentang HIV as pengetahuan am/ambil tahu. Sis ada terbaca kat mana tah ada orang yang kena tanya pasal jangkitan HIV masa ambil test.

Permohonan Kebenaran Nikah Tentera

Sama macam dalam permohonan nikah orang lain, sis kena sediakan semua maklumat dan dokumen yang diperlukan supaya En.Husband boleh lengkapkan permohonan. Antaranya:-


1) Salinan kad pengenalan 2 keping (yang disahkan)
2) Salinan sijil kursus praperkahwinan 2 salinan (yang disahkan)
3) Gambar bertudung ukuran passport 3 keping
4) Salinan sijil kahwin ibu bapa (kalau anak sulung perempuan, which applicable kepada sis) Kalau bukan anak sulung perempuan tak payah.

kembang macam pinggan muka kakak

Haaa...cam gitu le rupa borang permohonan untuk berkahwin tentera. By the way dalam borang tentera ni ada satu part yang wali kena sign ye. So, borang ni kena bagi pada wali kita, sebab kat situ tertulis yang wali kita mengesahkan dia memberi kebenaran untuk si askar bakal suami kita ni berkahwin dengan kita.

Dan, En.Askar boleh la submit borang pada yang berkenaan, apply cuti dan tunggu sesi temuduga. Haaa nak kahwin pun ada temuduga tau dalam askar. Then bila dah dapat kelulusan boleh la urus borang pejabat agama pulak.

Macam kami ni, kena dapatkan kebenaran berkahwin di luar negeri dari pejabat agama tempat En. Suami bermastautin. Once pejabat agama bagi kelulusan bolehlah borang-borang tu diserah kepada kita untuk kita proceed part kita pulak. 

SPPIM (Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia)

Untuk yang kena buat permohonan nikah secara online macam sis, korang boleh masuk laman web SPPIM. Klik "BENAR NIKAH ONLINE". Kategori mereka yang dikehendaki buat permohonan menggunakan sistem SSPIM ada dinyatakan di situ dan bolehlah daftar sebagai pengguna baru. 


Laman yang pertama selepas daftar adalah "PEMOHON LELAKI". So, kena key in la semua yang patut di key in. Kalau tak lengkap tak boleh gerak ke laman seterusnya ye.

NOTA
Kariah ni tempat kita bermastautin ye. Jadi boleh semak dengan pejabat agama terdekat la kita ni kariah mana based on alamat kita. 




Laman yang seterusnya ialah "PEMOHON PEREMPUAN". Part yang ni sis kena masukkan semua particular tentang diri sendiri la. Sama macam laman sebelumnya, kat sini pun mesti kena key in lengkap baru boleh gerak ke laman seterusnya.

NOTA
Semak dengan pejabat agama terdekat la kita ni kariah mana based on alamat kita. Then boleh hubungi masjid tersebut dan aturkan perjumpaan dengan Penolong Pendaftar.


Laman seterusnya ialah "MAKLUMAT KEBENARAN". Kat sini kena key in maklumat tempat nikah dan juga maklumat HIV test


Laman berikutnya ialah "MAKLUMAT WALI". Yang ni dah tentu penting ye. Masukkan butir-butir tentang wali kita.


Dan yang akhir sekali selepas berjaya key in semua laman akan sampai di laman ni iaitu "STATUS". Kalau kita dah yakin semua maklumat yang diberikan betul dan tepat boleh la kita print out dan print juga senarai semak.



NOTA
Alert password SPPIM, jangan hilangkan, incase untuk buat semakan dan pindaan. 



NOTA
1) Untuk memudahkan diri saya sendiri, saya memang letak semua dokumen dalam file berfolder. Mudah. Tersusun. Teratur.

2) Guna file/bag warna striking mudah nak beza dengan file/bag lain.


Langkah yang seterusnya, borang lengkap dari pihak lelaki pun dah terima maka boleh la bawa borang dari belah lelaki dan borang yang kita dah print out tu (bersama-sama dokumen yang diminta dalam senarai semak), berjumpa dengan Penolong Pendaftar Perkahwinan Kariah.

Saya sendiri kariah Setiawangsa, jadi saya ke Masjid Muad'z Bin Jabal, Taman Setiawangsa, bertemu dengan Haji Amran, Ketua Imam juga Penolong Pendaftar Perkahwinan Kariah.

NOTA
Sila datang dengan ayah/wali.

Masa sesi berjumpaan, Haji Amran memang semak betul-betul borang dan susun semula ikut urutan. Abah saya kena turunkan tandatangan depan Haji Amran.



NOTA

Sediakan juga salinan sijil kelahiran, walaupun status kita tak perlu lampirkan surat beranak, Penolong Pendaftar mungkin ingin buat semakan. Macam saya sendiri, Haji Amran memang minta nak tengok sijil kelahiran. 



Alhamdulillah semua in order dan Haji Amran sahkan boleh proceed untuk hantar ke JAWI. Esoknya terus saya ke JAWI di Jalan Perdana untuk submit borang. Di JAWI, terus pergi ke bangunan bahagian Perkahwinan, dapatkan nombor giliran. Pegawai bertugas akan semak borang-borang kita, dan kalau dah lengkap kita akan tunggu pula untuk urusan bayaran. Bayaran sebanyak RM25 dan kemudiannya ada pegawai lain yang akan buat semakan akhir pada borang-borang kita, sebelum diminta kita semak nama dan nombor kad pengenalan. Bila dah okey, dokumen akan dikembalikan pada kita untuk di hantar kepada jurunikah.




Macam saya, sebab bernikah di Masjid Wilayah, maka terus je la dari JAWI ke Masjid Wilayah hantar borang kepada jurunikah masjid. Alhamdulillah leganya perasaan Tuhan aje la tahu bila dapat submit selengkapnya. 




VR Final Case 2018


Hahaha addicted betul la dengan 42Race ni. Final Case pula katanya. masa larian ni kena buat, musim hujan la hai. Makanya kena pilih time betul-betul baru boleh lari outdoor. Lari untuk 5 KM je. Sis tak larat.


Kalau korang perasan, board comformation larian selesai sekarang dah tukar. Kalau dulu cuma dia letak gambar medal yang berwarna, kali ni siap dengan lanyard.


Yang menarik tentang medalnya ialah, part bintang tu boleh dipusingkan ye. Detective punya lencana gitu. Final Case. Psstt...Follow Instagram @fa_est1979 kalau nak tengok macam mana bintang pada medal ni berpusing.

VR Mid Autumn Festival 2018


Virtual Run anjuran Ample Joy yang saya daftar di bawah Howei Event ni sebenarnya berlangsung selama 2 bulan. Dari 1 Julai 2018 hingga 31 Ogos 2018. Terpikat nak join macam biasa la sebab medalnya cute. So, sebelum mulakan larian kita akan terima E-Bib untuk submit keputusan nanti.

E-Bib

Larian hanya sejauh 30KM dan saya berjaya selesaikannya dalam bulan Julai makanya terus aje submit tak tunggu bulan Ogos lagi dah. Settle je submit keputusan, [penganjur akan hantar satu E-Certificate tanda penyertaan kita dah lengkap. Yayyyyyy


Eh korang yang ada koleksi E-Cert print ke semuanya ke tak? Apa-apa pun sekarang tunggu medal dan t-shirt pulak. Penantian satu penyeksaan. Seksa ker?


t-shirt with medal

One Fairytale : Venue Hunting

most beautiful parliament building in the world. kalau photoshoot kahwin kan sini memang melets

Perkara pertama nak kena buat lepas kami betul-betul bincang pasal nak kahwin ialah cari venue. Since kami nak buat satu majlis je, so buat majlis di KL is the best choice. 
Nak muntah, nak nangis dan rasa stress sangat sebab urus sorang-sorang, bincang pun via whatsapp dan phone call je. Ye la, bincang pasal nak kahwin awal bulan Julai 2018. Nak kahwinnya bulan Disember 2018! (the worst part, majlis dipercepatkan sebulan lebih iaitu pada November!) Ada berapa bulan je? Maunya tak kelam kabut saya secepat yang boleh listing cadangan venue dan katering. Itu yang paling penting dan kena settle paling cepat.  

Saya dari Pahang, family dan jemputan pun ramai juga la dari Pahang makanya saya nak venue dalam Kl je, cadangannya di kawasan berdekatan Keramat, Setiawangsa & Melawati. Senang kata nak cari yang tak jauh sangat dari tol Gombak. Saya senaraikan tempat-tempat yang saya Google or kawan-kawan recommend dan cuba hubungi.


1. Pusat Komuniti Setiawangsa



Ni first choice saya. Sebelah aje dengan AEON AU2. Tapi dapat venue aje la. Kena cari katering dan bridal dan yadayada lagi. Pusat komuniti ni under pentadbiran DBKL. So, bila semak rate di laman web DBKL rangenya ialah RM500/5jam. Setiap tambahan jam akan di caj RM100. Ni tak termasuk tempoh masa untuk pihak katering dan bridal buat persiapan.  Tak termasuk kerusi meja ye. Ni sewa dewan sahaja.

Boleh ke pejabat pusat komuniti ni untuk semak free date dan ke DBKL cawangan Wangsa Delima untuk bayaran booking.



2. D'Selasih Cafe & Catering


gambar dari FB D'Selasih

Yang ni recommend by Ella. Katanya banyak kali datang wedding di sini. Venue ni tak jauh dari Pusat Komuniti Setiawangsa. Senang je nak cari. Saya berhubung dengan Dato Jaafar owner D'Selasih yang sangat attentive dan terus buat appointment untuk jumpa dan tengok dewan.

Tempat ni di kawasan yang naik bukit sikit. D'selasih ni ada dua dewan. Sebelah menyebelah. Satu dewan untuk tetamu 500 ke bawah dan satu lagi dewan untuk 500 ke atas. Saya dan Ella tengok kedua-dua dewan.

Dewan pertama yang maksimum 500 tetamu agak berbahang berbeza dengan dewan yang satu lagu agak sejuk walaupun kipas tak dibuka. Rate harga yang ditawarkan oleh D'Selasih Katering juga sangat-sangat affordable. Ni kira one stop center ye. Semua ada. Ada pakej paling basic hingga all in la. Kerusi tetamu pula warna putih garden style (dewan besar) ehhh memang lawa la. Alas meja boleh pilih ikut warna tema kita.

Cuma kurang berkenan kain di bahagian siling berwarna merah. Kalau guna warna natural mesti cantik. Pelamin juga hanya ada 8 pilihan tapi still boleh ambil pelamin dari butik luar la.

Hubungi Dato Jaafar: 019-2223254



3. NMR Katering & Kanopi Sdn Bhd



Venue ni di recommend oleh Ella juga. Letaknya di depan D'Selasih je. So saya berhubung dengan Encik Najib antara yang menguruskan NMR. En Najib cuba sedaya upaya melayan kami walaupun agak kelam kabut untuk ke venue lain menguruskan katering.

Saya ke sini pun dengan Ella dan kami berbincang tentang pakej-pakej yang ditawarkan dan terus ke dewan. Yang menarik NMR menggunakan marque tent dan ruang kopi diletakkan dibahagian luar dewan. Ye la tak mengganggu tetamu yang nak makan dan kalau tetamu yang merokok pun boleh duduk di luar dewan.

Cuma yang tak best dewan NMR ni berbahang. Memang le tak on kipas dan aircond masa kami datang tinjau, tapi memang terasa berbahang. Pelamin pun tak de pilihan. Hanya ada satu tu je. Tapi boleh pilih tema warna untuk alas meja dan kerusi. 

Hubungi En Najib : 019-2417599



4. 9Kedondong



Tempat ni merupakan sebuah villa yang terletak di No.9 Jalan Kedondong, Ampang Kuala Lumpur. Memang cantik dan nampak exclusive. Lagi pulak kalau buat wedding waktu malam. Pehhhh. Tapi kalau ambik pakej dengan mereka ni kira pakej 2 hari satu malam. Kira sewa villa ni untuk 2 hari la. Nikah dengan resepsi terus. 

Pengurusnya attentive walaupun saya cuma hubungi melalui whatsapp dan hari dah malam pula tu. Dia forwardkan saya beberapa pilihan pakej. Pakej bermula 35K/1000 pax fuhhh kaching! $$$ lappeluhjantan 

Untuk yang tetamunya kurang 1000 kena isi maklumat dan emailkan kepada mereka. Sape yang ada budget lebih boleh le cuba. Yang ni pun iols tengok kat FB & IG je, tengok ada someone yang mendakwa dirinya artis (Which ku tak kenal pun, maaf. Tapi masa weddingnya melintas di timeline IG iols) buat majlis akad nikah di sini.

Hubungi 9Kedondong : 017-2250705/018-7669065



5. Laman Pengantin Melawati 


dari blog huzaifahx

Haaa tempat ni memang buat saya teruja habis. Sebabnya dekat la sangat dengan rumah my sister, dan kalau tengok gambar wedding yang pernah buat di sini memang nampak cantiklah. Sayangnya bila dihubungi, pengurus tu kata tempat ni dah tak beroperasi! Frust!



6. Laman Pengantin Zarlith




Yang ni Si Cinot of Ahli Kelab yang recommend. Pakej memang menarik tapi bila hubungi , person in charge tak attentive. Maybe ramai potential customer yang lain agaknya. So, saya tak dapat apa-apa info dan malas nak follow up.



7. Rumah Tamu Datin Halijah



dari Qami Photography

Yang ni pulak Mamo D si Min yang recommend. Lain dari yang lain ni tema kampung. Konsep umpama kenduri di rumah sendiri bak kata Puan Norlela, pengurus. Saya hubungi melalui whatsapp je mula-mula tu dan Puan Norlela sangat attentive terus berikan list pakej pilihan kepada saya, dengan pilihan beberapa kategori jumlah tetamu since saya belum finalize masa tu. I am very impressed!

Puan Norlela menjemput saya hujung minggunya kerana mereka ada event so saya boleh tengok sendiri setting dewan. Pakej yang di tawarkan agak mahal sedikit banding dengan D'Selasih & NMR dan alas meja hanya ada warna natural. 



Hubungi Puan Norlela : 019-2170507



8. Ali Hall Wangsa Maju



Dekat aje dengan Alpha Angle, yang ni pun spesis rare juga venue ni. Dari luar nampak macam gedung apa je, dalam macam ballroom fuhhhh. Memang terpikatlah. Terbayang dah berjalan pakai gown kaler putih. Pulak tu tengah promo RM11.90/pax untuk 100 orang yang pertama. Fuhhh lagi sekali.

Cik Kuza bahagian sales Ali Hall ni memang sangat attentive walaupun dia masa tu tengah cuti masa saya hubungi dia, berusaha la dia nak arrangekan saya jumpa dengan Puan Niza pengurus event since kebetulan hari saya di KL hari tu Ali Hall ada event. Boleh la saya tengok.

Tapinya, kena banyak add on, tak de tempat bersiap disediakan. Kena bersiap di surau (muat 12 orang) or cari hotel/homestay terdekat, kena cari photographer sendiri. Ada beberapa pilihan pelamin (which cantik-cantik juga) tapi tak boleh pilih. Kiranya pelamin of the day yang ditukar setiap minggu. If nak pakai pelamin dari luar kena bayar sewa pada Ali Hall. Part paling tak best sebab dia orang tengah promo makanya tak de tarikh lapang (waktu siang) sampai bulan Februari 2019!

Hubungi Cik Kuza : 012-3370667



9. Dewan Felcra



from google


Yang ni tak sempat nak pergi pun walaupun ada dalam senarai. Ye la bukan senang nak urus kalau duduk pun jauh. Usahkan pergi, particular pasal dewan ni pun saya dah tak larat nak cari.





10. Bora Ombak




Haaa ni tempat retis-retis. Ella yang cadangkan. Memang lawa sangat kalau buat night wedding kat sini. Tapi di sini ruang limited so kalau jemputan dalam 100-200 orang memang sesuailah kena dengan harganya juga. Dalam gambar memang cantik meletops la ni. 

Saya tak hubungi pun pihak Bora Ombak since saya rasa tak sesuai dengan jumlah tetamu dan konsep saya.  



NOTA


1) Tetapkan berapa ramai jemputan.



2) Buat senarai jumlah tetamu (contoh : Ali + isteri + 2 anak/ Ahmad & isteri/ Noura & pasangan)



3) Tetapkan tema perkahwinan. Senang nak cari venue (traditional atau moden atau gaya inggeris atau taman)








7 Days, 7 Favourites