Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Vienna, Austria


Kami tiba awal pagi dari Ljubljana. Tak nak bazir masa dalam perjalanan memang sentiasa pilih trip sebelah malam. Sementara tunggu check in hotel, kami jalan-jalan dulu sekitar hotel. Tarikan terdekat di sini ialah Anker Uhr (stunning clock) yang terletak di Hoher Markt yang akan berbunyi waktu tengahari dan patung-patungnya akan berarak ikut lagu. Selain dari itu bagi penggemar muzium, ada Romermuseum (Roman Museum) di sini. 

Anker Uhr

Instead of masuk museum kami pilih untuk bersarapan je di Aida's Bakery. Aida merupakan antara rangkaian bakery yang mempunyai banyak outlet di Vienna dan yang paling penting, antara bakery yang termurah. Dibuka setiap hari antara pukul 8,8.30 pagi hingga 9 malam.


macam-macam pilihan kek dan pastry

Meja yang disediakan dalam bakery ni kecil-kecil je. Untuk seorang atau 2 orang guna satu meja. Maybe kebanyakan yang datang pilih untuk to-go saje. Yelah, set to-go untuk sarapan 1 cup kopi dan 1 jenis pastry €2.90 je. 

NOTA
To-go adalah istilah di Eropah untuk take away.

enjoy my breakfast!
Dah kenyang kami ke Hard Rock, cuci mata sambil ambil order sambil bazir masa. Saya, macam biasa bergambar je.


Dari Hard Rock kami decide untuk terus berjalan menghala ke Stephanplatz. Nak tengok apa yang menarik yang kami akan jumpa.

Wustenrot

Nail Tree. Dekat Palais Equitable, keratan pokok yang dipenuhi dengan paku. Kononnya untuk tuah! Ada juga yang katakan pokok ni adalah yang terakhir dari hutan zaman dulu-dulu kala.


St Peter's Church
depan St Stephan's Cathedral


belakang St Stephan's Cathedral

Dah puas berjalan, time for lunch. Yayyyy!!! Dah aim siap-siap memang nak makan dekat Nordsee. 


Nordsee ialah restoren yang menghidangkan makanan laut. Sebenarnya terdapat banyak rangkaian Nordsee di sebelah eropah. Cawangan yang kami ni tak jauh dari hotel tempat kami menginap. Harga yang ditawarkan pun munasabah dan bahan yang digunakan segar.


suasana dalam restoren.
Pilihan saya €13.95

Settle makan kami check in hotel, mandi, rehat sekejap dan terus keluar semula. Langsung tak bazir waktu ye. Hari pertama di Vienna sangatlah sejuk. Hujan tak berhenti dari pagi hingga malam. Tapi langsung tak menghalang kami dari berjalan-jalan. Tidur bergulung dalam selimut? Tak de dalam kamus sepanjang trip kami ni. Hari siang la. Malam memang kompem tido.


tramp dekat dengan UBahn Schottentor



Petang tu kami plan untuk jalan-jalan je. Tempat pertama yang kami singgah ialah bangunan Seccession. Bangunan yang popular disebabkan rekaan unik pada kubahnya yang dikenali sebagai "golden cabbage".


Secession


Dalam pada kami mencari bangunan cantik seterusnya, kami jumpa pula Naschmarkt. Layan pulak. Hari pun hujan, dapat jalan-jalan bawah tempat yang berbumbung best apa. Paling menarik perhatian bila nampak buah-buahan tempatan kita ada dijual di sini. Harganya? harga buah-buahan oversea la uols.


Keluar dari pasar barulah kami jumpa bangunan yang dicari. Majolica House dan juga Muse House. Majolica House ni apartment yang di decor menggunakan tile berwarna-warni. Muse house pula bertemakan emas.

Majolica House
Muse House

Dah puas ambil gambar kami patah balik ke pangkal jalan dan menuju ke Town Hall. Town Hall di Vienna ni town hall yang tercantik pada pandangan saya sepanjang trip kami ni. Rupa-rupanya ada fiesta apa tah kat depan townhall ni. Siap ada circus bagai. Meriah sungguh.
belakang town hall
Town Hall dari depan
most beautiful Town Hall

Di depan town hall ni letaknya Burgtheater. Kalau ada masa lebih memang seronok kalau dapat tengok teater kat sini.


Tak jauh dari Town Hall letaknya pula bangunan Parlimen mereka. Mestilah jejak kakikan, walaupun hujan rembas, angin punya la kuat, sejuk ya ampun pula tu. Tetap gigih. Siap bergambar dan menghayati bangunan parlimen kami berdua balik ke hotel. Tak mampu dah rasa menahan sejuk walaupun malam masih awal lagi.


Keesokkannya, kami keluar awal menuju Albertina. Macam biasa untuk sertai free walking tour. Dekat dengan apartment kami tapi since datang dari hotel jauh sikitla. Albertina ni ialah muzium.



Dah berkumpul semua kami naik ke dataran di sebelah atas, mendengar kisah-kisah menarik tentang Vienna. Malah sebenarnya di depan Albertina ini letaknya Hotel Sarcher dan juga cafenya yang menyajikan kek coklat (sacher torte) yang terkenal. Original resepi datang dari hotel ni. Kiranya sape datang vienna tak makan kek coklat jenis ni memang tak sahla.


Hotel Sarcher yang di tengah

Dari Albertina kami turun ikut tangga belakang menuju ke Hofburg Palace. Luasnya kawasan istana ni uols. Cantik sangat-sangat pulak tu. Betapa gahnya dinasti Hofburg! Siapa yang banyak masa dan berminat dengan sejarah diraja boleh masuk muzium di sini tau.

Hofburg Palace
Small Redountensaal
Ambassadors Stage
Imperial Treasury
Major Square
end of palace tour

Dari istana kami dibawa meronda ke destinasi seterusnya. Cafe Frauenhuber. Kedai kopi paling tua di Vienna yang masih beroperasi sampai hari ini. Suatu masa dulu, at one time pengunjung di cafe ni di hiburkan secara live oleh Mozart & Beethoven! Kelassss. Kau hado? Live okey, live.




NOTA

1) Starbucks paling tua di eropah letaknya di Vienna. Sayangnya masa kami datang tengah renovation, tak dapat la nak tunjuk kat uols.

2) Wajib minum kopi vienna yang dikenali sebagai wiener melange kalau dah datang Vienna.

Lepas tu kami di bawa juga ke kawasan yang pernah di duduki oleh Mozart. Mozart menyewa di area sini. Katanya dapat ilham di sini kerana selalu terpandang keindahan binaan St Stephan's Cathedral yang berdekatan.



so in love with this!

Tempat seterusnya haruslah landmark yang terkenal di Vienna sendiri iaitu St Stephan's Cathedral, sebelum mengakhiri tour kami di Jewish Quarters.



dari kiri: Haas House, St Stephan's Cathedral & Vienna Stock Exchange

Habis tour kami bergegas pulang ke hotel, check out dan terus check in apartment. Selesaikan apa yang patut dan terus keluar semula. Hotel Sarcher di seberang lorong rumah kami je sebenarnya.





Siapa yang teringin nak makan sacher torte a.k.a kek coklat sacher yang original boleh lah cuba. Ni ha harganya.


Saya tidakla makan kek ni di cafe Hotel Sacher. Makan di Aida's Bakery je. Dapat minum wiener melange sekali. Kopi vienna memang sedap untuk citarasa saya. Highly recommend!


Sebelum sambung berjalan-jalan di Vienna kami ke Wien Hauptbahnhof untuk beli tiket ke Bratislava. Secure tiket siap-siap sambil usha platform mana kami nak bekejar nanti. Tak de la nanti kelam kabut.


Antara landmark popular lain di Vienna ni haruslah patung Mozart yang terletak di Burgarten (Imperial Garden). Semasa kami tengah terhegeh-hegeh mencari angle nak ambil gambar tiba-tiba kami di sapa seseorang "dari Malaysia ke?" Haaa terkejut kami!

Memperkenalkan diri sebagai Salim, bertugas di Fakulti Undang-undang UiTM. Kata beliau, sudah hampir seminggu berada di Vienna membuat pembentangan kertas kerja. Baru hari inilah baru dapat berjalan-jalan. Bukan saja kami seronok dapat jumpa orang Malaysia, beliau pun seronok katanya kami orang Malaysia pertama yang ditemui sejak beliau tiba.

Dah upload gambar ni di FB, ada yang memaklumkan kami En Salim ni berjawatan besar. Omg! humble sangat. 


Hari dah lewat petang, kami still nak jalan-jalan ke Muzium Quarters walaupun tau muzium semua dah tutup. Di area ni dihimpunkan semua jenis muzium yang ada antaranya The Kunsthistorisches Museum (Art History Museum) a.k.a KHM, Natural History Museum dan juga Museum of Modern Art yang popular dengan gelaran MUMOK. 

terowong antara setiap bangunan. cantik sangat!
dataran berdekatan dengan MUMOK

Oh ye, since MUMOK ni Museum of Modern Art, bangunannya itself adalah sejenis instrument. Kalau kita tepuk pada batu-batu bangunan akan menghasilkan bunyi. Since saya dengan Ella tangan kayu, makanya kami tak berjaya la nak mainkan satu lagu pun. 

Sejuk giler lepak kat sini

Hari terakhir di Vienna kami melawat Schonbrunn Palace. Jauh sikit dari town dan kawasannya luas. Jadi kami akan berada hampir sepanjang hari di sini. Turun di station yang sama nama dengan tempat ini.


Kami ambil tiket Imperial untuk tour palace. Siapa peminat istana silalah ambil tour istana ni. Korang memang akan terpegun, terpesona dengan interior istana ni. Ya ampun, memang marvelous. Since sesi english sebelah tengahari. Makanya jalan-jalan keliling istana la dulu jawabnya.

NOTA
Masuk tour sangat on time, tak lambat tak cepat walau satu minit.

dekat dengan pintu masuk
depan istana

bahagian belakang istana
Great Parterre
garden view
Neptune Fountain
View from Neptune Fountain
from Neptune Fountain
Tempat terakhir yang kami jejak sebelum meninggalkan Vienna ialah Hundertwasserhaus iaitu organic house yang ada hutan kecil di atasnya. As for me, tempat ni overrated lah. Nothing yang extravaganza pun.


Kami balik semula ke bandar dan dinner di Nordsee sekali lagi buat kali yang terakhir. Sebelum balik ke apartment pack barang untuk ke Budapest pula subuh kala nanti.

NOTA
1) Waktu malam, kalau rajin boleh jalan-jalan. Anda mungkin terserempak dengan street performer mencari nafkah. Macam kami, kami dapat menyaksikan street performer yang menyanyi ala opera. Peghh memang superb.

2) Jangan lupa menyumbang sedikit pada bakat mereka.




7 Days, 7 Favourites