Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

The Mask

Dah macam anggota taliban pulak buat B&W gambar ni. Btw, butterfly pada mask tu kakak jahit sendiri ye.

Siapa sangka pelitup muka/mask akhirnya menjadi kewajipan untuk kita pakai. Kiranya mask dah macam kad pengenalan. Semua orang kena ada dan pakai. Kalau tak pakai kena denda.

yang ni kakak beli di farmasi.agak ketat. berbirat hidung kakak 

Kakak jua menyahut seruan kerajaan untuk memakai mask di tempat awam. Di pejabat pun kakak dan kakitangan lain pakai mask, sebab tak tahu la clients kami datang dari mana kan? Better safe than sorry. 

Uols, kakak suka mask jenama Medicos ni. Bukan sahaja buatan tempatan tapi company ni mengeluarkan mask yang ada macam-macam warna. Cantik tau. Bengkek je En. Suami dengan adik kakak bila time pakai mask sama dengan tudung. Usually mask ni di jual dengan harga RM75 sekotak. Ada 50 keping mask. Kat bawah ni kakak show off ngan korang okey, warna-warna mask medicos yang kakak ada.

Pink
Orange
Lime Green
Lavender
Yellow
Maroon

Cantik tak warna-warna dia? Cuba korang recommend mask lain yang lawa-lawa.


SIMPLE


Bagi menggantikan set penjagaan muka yang letak di kampung, kakak beli set dari Simple. Kakak pernah pakai dulu, tapi basic je, cleanse, toner dan moisturiser. So kali ni kakak beli full set gitu.

After a week guna, kakak suka Simple sebab product ni meredakan break out yang kakak kena hari tu, plus tak lama lepas tu sun burn sebab lupa sapu sun screen semula kat muka balik check up kulit. Btw, i dont know if it is because of age factor ke, kakak di diagnos as kulit kering, while selama ni kulit muka kakak ialah dry combination. 

Okey berbalik pada product Simple ni, to those yang ada kulit sensitif memang boleh recommend pakai brand Simple ni as basic product and plus point product ni affordable. Kakak juga suka sebab product ni tak de bau wangi. Kakak tak de nak komen pasal ingredient sebab bukan forte kakak iye. Kakak share pengalaman dan feeling and hasil guna jah. 

Moisturising Facial Wash
Tak de bau, means bau chemical, dan kurang buih. Kulit tak kering lepas cuci. Basically kakak suka.

Smoothing Facial Scrub
Yang ni best, biji-biji scrub memang obvious terasa masa gosok pada tapak tangan tapi lembut pada muka. Tak rasa macam kena sental dengan kertas pasir. Sedap aje tonyoh ke muka. Bila bilas muka tak rasa kering. 

Soothing Facial Toner
Tak de nampak or rasa apa-apa yang obvious. Harapnya menjalankan tugasnya as penutup liang pori.

Revitalising Eye Roll-On
Ini paling kakak suka, sebab hasilnya nampak segera. Tak tahulah kalau ilusi kakak sajah. Tapi memang sembab bawah mata nampak la susut lepas gosok dengan roll-on ni.

Protecting Moisture Cream (Day Cream)
SPF 30 dan not that heavy. Tak fully meresap macam bila pakai serum. So, there is moisture layer on skin. Of course kakak suka tube yang friendly user dan more hygenic macam ni.

Vital Vitamin Cream (Night Cream)
Come in tub which cosmetic's container design that i hate the most. Texturenya lebih pekat. Muka kakak moist je rasa bila bangun pagi. Berminyak sikit area t-zone. 

Micellar Cleansing Water (Makeup Remover) 
Sangat so-so untuk orang makeup full cam kakak, remover ni tak terlalu affective. Jenuh jua nak sental makeup. Lebih sesuai untuk orang makeup light. 

So, lega. Satu dah tak payah berangkut barang jagaan muka dari rumah kakak memandangkan kakak selalu balik kampung. Kena musimnya memang balik pada kadar julat yang tinggi. Keduanya, at least ada product jagaan kulit yang affordable dan sesuai untuk kakak. Kat rumah sendiri pakai product lain huhu nanti kakak share

Kenapa tak beli product yang sama dengan kat rumah? Errrrr jimatttt


Drop Zone


Hook paling hujung tu tempat gantung tudung, senang nak grab bila abang posmen datang

Drop zone. Istilah ni belajar dari group mengemas. Kakak plak study Pinterest tak habis-habis memang nak sangat drop zone ala vintage ni. Vintage modern. Almari rak kasut ni dah lama kakak ada. Bukan baru pun. Tapi sebab kakak sorang je yang guna so nampak elok terletak. Plus memang duduk dalam rumah kan?

Shoe holder beli from Shopee & Eco Shop

Untuk drop zone ni kakak tempah je bangku dari Rustic Garaj. Bagi ukuran apa semua, dia orang datang hantar yang dah siap. Kakak memang feeling bangku ni tempat kakak nak pakai kasut dan juga tempat letak anak-anak pokok hoya kerrii kesayangan kakak.


Kakak tetap kekalkan konsep warna basic black, brown, beige, white. Btw, kakak tak de letak cermin ke apa untuk final check up. Sebab yang pertama tempat tak sesuai. Sebab yang kedua kakak confiden dengan diri sendiri hahahha. Ya aulah! Amacam? Okey dak drop zone kakak?


Lagi Percubaan Nak Kurus



Tu dia akibat balik kampung 10 hari, naik semula ke 59kg! Keji. Maklumla lama tak berkumpul-kumpul dengan adik-adik, makanya acara makan aje la. Balik sebelah husband pun sama. MIL risau agaknya menantu ni tak cukup makan asyik disuruhnya makan wahahaha. Jangan risau MIL, menantu mu ini bab makan memang tak malu punya. Lepas  tu diet la 2-3 hari, balik pulak kampung outstation. Seminggu la pulak. Mak masak tak berhenti-henti lepas gian lama tak masak beria masa PKP, hakak apa lagi makan sampai lupa diri. Mujur statik, tak gerak tak turun dari nombor 59 tu herghhhh. Dan, bila masuk Aidil Adha, Tidakkkkkkkkkk

Makanya, wajib berdiet la kita sebelum lutut hakak ni kaput dan dapat penyakit pulak nanti.

Tinggi 154 cm
Berat as at 1 Ogos 2020,  59.6kg

Btw, kakak juga jumpa banyak artikel dan pendapat tentang inch loss. Okey, sebelum ni kan hakak ada buat senaman yang 11 Best Standing Exercises tu. Makanya walaupun berat naik, ukuran lengan dan pinggang yang turun sikit hari tu tetap maintain.

Day 1 ( 59.3kg)

Sarapan ~ Susu skim.  Makan tengahari ~ Ayam KFC 2 ketul + Coleslaw. Makan malam ~ Daging burger + telur (timun, bawang, coleslaw, mayonis,sos). Air masak ~ 5 mug. Senaman ~ Wey, kakak dah naik boring dengan bersenam yang 11 Best Standing Exercises. Kakak dancing pulak dalam setengah jam waktu pagi .


Day 2 ( 59kg)

Sarapan ~ nescafe o + gula kabung, peanut butter 1 sudu. Makan tengahari ~ Domino's Pizza Cheesy Four (1 cheese stick, 2 onion ring, 1 chicken bite, 2 sosej bite). Makan malam ~ Domino's Pizza Cheesy Four (2 cheese stick, 4 onion ring, chicken bite, sosej bite). Air masak ~ 6 mug. Senaman ~ Pagi, dancing satu round. Petang dancing 3 round.



Day 3 ( 59.4kg)

Sarapan ~ Green tea, cheese stick & 2 sausage bite. Makan tengahari ~ set talapia (nasi separuh). Makan malam ~ lamb chop, milo o kosong, kuaci. Air masak ~ 6 mug. Senaman ~ Dancing malam, Pencuri Hati 5 round

nasi tu makan separuh je. Set Talapia RM16 by Idea's Kitchen Temerloh


Day 4 ( 58.9kg)

Sarapan ~ granola with almond nut butter, milo o kosong. Makan tengahari ~ Sushi King egg mayo & salmon steak set, lemon houji cha. Makan malam ~ Jagung rebus. Air masak ~ 1 mug. Senaman ~ Dancing, pagi 3 round, malam 7 round (30 minit). Terbakar 367 kalori katanya.


Day 5 ( 59kg)

Sarapan ~ nescafe o gula kabung, jagung rebus. Makan tengahari ~ nasi separuh, telur itik masak lemak, rebung masak lemak, sayur kacang panjang goreng. Makan malam ~ tauhu sumbat. Air masak ~ 3 Mug. Senaman ~ dancing pagi 3 round. 


Day 6 ( 58.7kg)

Sarapan ~ roti prata with dendeng, nescafe gula kabong. Makan tengahari ~ nasi, udang goreng kunyit. Minum petang ~ Joytea Supreme Fruity. Makan malam ~ chicken chop, milo o. Air masak ~ 4 mug. Senaman ~ Pagi dancing 3 round


Day 7 (58.8kg)

Sarapan ~ roti phrata with dendeng, teh tarik. Makan tengahari ~ nasi ayam penyet (half portion), teh o ais. Makan malam ~ nasibayam penyet (hal portion) . Air masak ~ 5 Mug. Senaman ~ Dancing 3 round


Day 8 (58.9kg)

Makan tengahari ~ nasi, ikan sambal, bendi, taugeh, milo kosong ais. Minum petang ~ aiskrim sundae MacD, air nenas no sugar. Makan malam ~ chocolate rolled oat half jar, tauhu & timun letak sos. Air masak ~ 3 mug. Senaman ~ tengah mencuba tarian baru. So, ulang-ulang banyak kali


Day 9 (58.5kg)

Sarapan ~ teh tarik, milo kosong, lempeng kelapa dengan kuah dhal. Makan tengahari ~ nasi, egg taufu, sayur. Makan malam ~ nasi, sotong masak tomato. Air masak ~ 3 mug. Senaman ~ dancing


Day 10 (58.5kg)

Makan tengahari ~ nasi, sambal kentang tempe, hati goreng. Minum petang ~ teh tarik halia, kekacang. Makan malam ~ rolled oat. Supper ~ sup sayur. Air masak ~ 3 mug. Senaman ~ dancing


Day 11 (58.6kg)

Makan tengahari ~ nasi lemak, hazelnut coffee. Makan malam ~ mix fruit overnight rolled oat. Air masak ~ 3 mug.  Senaman ~ Dancing


Day 12 (58.3kg)

Sarapan ~ telur gulung, green tea. Makan tengahari ~ nasi suku, shellout. Minum petang ~ kekacang. Makan malam ~ overnight rolled oat, megi separuh . Air masak ~ 3 mug. Senaman ~ dancing


Day 13 (58.2kg)

Sarapan ~ hazelnut white coffee. Makan tengahari ~ nasi suku, ikan bilis goreng, sayur kobis & timun. Minum petang ~ kekacang. Makan malam ~ nasi suku, ikan bilis goreng, sayur kobis & timun. Air masak ~ 4 mug. Senaman ~ rehat


Day 14 (58.3kg)

Sarapan ~ granola peanut butter, teh tarik. Makan tengahari ~ lamb chop with grill vegies. Minum petang ~ kuaci. Makan malam ~ overnight rolled oat. Air masak ~ 4 mug. Senaman ~ kemas rumah, penat kemain uols.

Current weight as at 17/8/2020 : 57.7kg
Total weight lost : 1.9kg
Inch loss: Arm -1.5"/Waist -1"/Hip -0.5"/ Thight -1.5"


Very slow progress. Takpe. Next teruskan lagi. Sampai jadi life style and hakak boleh minimumkan minum air perisa. 



Decor

Selama hidup single, hakak hidup cara nomad (selalu sangat outstation) jadi tak berapa nak cakna hal decor rumah. Janji bersih, ada tempat tidur, mandi, salin baju, done. Awal kahwin lagi teruk hidup nomad, usahkan urus pasal rumah, diri sendiri pun rasa tak terurus.

Time PKP haritu memang banyak hikmahnya. Dapat rehat dari kerja dan duduk setempat selama dua bulan bagi iols masa untuk mengemas, mendecor rumah dan belajar memasak dengan join pelbagai group termasuk group Kemas Rumah With Hani. Terima kasih untuk semua ilmu dan tips. 

Kakak pilih tema basic untuk rumah walaupun menampilan harian berwarna-warni, black/brown/beige/white adalah warna basic pilihan meols. Gaya decor ala modern vintage kononnya, asalkan ikut guideline En. Suami iaitu kemas dan bersih. Kebanyakan perabot dalam rumah dah terlalu lama tempoh hayat dalam milikan hakak so ambil kesempatan untuk tukar perabot terutamanya di kawasan ruang depan.

Perabot meols order melalui shopee, ada juga yang hakak tempah custome made. Ada order online ikea. Kedai Eco RM2 memang favourite untuk beli bekas-bekas untuk menyusun barang. 

Asalnya kakak nak makeover kawasan ruang depan sahaja. Nak jadi cerita masa tengah PKP tu rabung rumah kami ni rosak masa hujan lebat, air hujan mencurah masuk bilik macam air terjun. So, terpaksa iols alih perabot-perabot dalam bilik takut kena air. Alang-alang dah tolak perabot terus redecor bilik. Tiada tambahan perabot baru hanya ubah susunan dan tambah side table serta bahan dekorasi. 

Sebolehnya meols elakkan decor yang perlu drill memandangkan kami menyewa rumah. Rumah juga kuat berhabuk jadinya hakak juga tak mahu ada terlalu banyak barang. Tuan rumah memang pasang rail langsir jenis hook, sebelum ni memang iols pasang full langsir tapi dah tak larat dengan masalah tahi cicak makanya sekarang langsir hanya pasang di sliding door, master bedroom dan di coffee corner window untuk tutup wayar coway. Langsir pun meols order melalui shopee. 

Haaa nanti kakak share ruang rumah yang dah siap decor okey? 






Color Block


 Live Green Think Pink


Sesungguhnya ini adalah gabungan warna yang menjolok mata, yang juga tanda permulaan bulan yang baru. 

Btw, kakak sudahpun menginsafi diri daripada membeli berus makeup dan juga barang makeup. Pakai aje apa yang ada. Makeup pun tak buat shading segala. Iyela, pakai mask jua akhirnya.

Moratorium tak lama lagi akan berakhir, kakak harap siapa yang ambil moratorium simpan duit yang sepatutnya guna untuk buat bayaran pinjaman tu. Masa depan kita tak tahu lagi. Yang alami masalah kerja kakak harap korang segera dipermudahkan jalan mencari rezeki.


Untuk yang muslim sama-sama kita amalkan Solat Dhuha ye. 


7 Days, 7 Favourites