Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.
Showing posts with label travel kuala lumpur. Show all posts
Showing posts with label travel kuala lumpur. Show all posts

Rojak Famous


Hai korang, ni kakak nak rekemen satu tempat makan di Raub la ni. Manala tahu kan, kot lalu area Raub tak tahu nak makan apa atau di mana. Boleh cuba singgah di sini. 

Rojak Famous
Kampung Gali Tengah
27600 Raub
Pahang Darul Makmur
No tel: 019-633 0731



Kedai ni buka setiap hari mulai 2 petang hingga tengah malam. Kedai ni terletak betul-betul tepi jalan. Kalau dari arah Kuala Lumpur, letaknya di sebelah kanan jalan.


Kedai ni terletak atas tanah persendirian dan konsep dinding terbuka. Jadi memang selesa tak rasa pengap dalam kedai. Ruang parking juga bersesuaian.


Terdapat pelbagai pilihan rojak di restoren ni. Antaranya rojak mee, rojak ayam, rojak mee ayam, rojak mee sotong & rojak special. Pilih je mana yang berkenan di hati. Kakak masa ni pilih rojak mee ayam. Harganya RM7 sahaja untuk sepinggan. Bagi lain-lain jenis rojak senarai harganya seperti gambar di bawah.
 

Btw, selain rojak, restoren ini juga menyediakan pelbagai jenis masakan panas yang tak kurang sedapnya.


Dalam kawasan restoren ni ada rumah cantik ni. Tapi tak pastilah siapa punya atau masih dihuni. Siapa kaki ootd boleh la bergambar di sinikan?

Tim's Tea House


Balik luncheon my 4th sister ajak men-dessert pulak. Kami semua setuju dengan pilihan yang dekat dengan rumah je. Maklumla masing-masing pun perut dah nak meletop makan nasi daun pisang.

Tim's Tea House
342, Melawati Urban 1
Lorong Kedah
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur

Tel No : 012.3621812


Cantikkan cafe ni? Btw, selain pelbagai seleksi teh, kafe ni juga menyediakan banyak pilihan desserts. Kek macam-macam jenis. Pilih je yang mana satu idaman kalbu.

sorang satu teko uols!

Iols pilih fruit tea dengan carrot cake. Kakak suka carrot cake kat sini. Kategori sedap ye di tekak iols ini. Macam mana rasa fruit tea? Personally, rasa macam teh delima turki. Since dekat dengan rumah my sister, rasanya next time boleh datang lagi.

Playing Tourist


Minggu kakak datang ke KL, En.Suami nak pergi ride basikal pulak. Demi membeli jiwa bini dia ni, gigih la En.Suami ajak pergi ke Dataran Merdeka. Rempit sangat dating yer. Tak pe lah, kakak sempoi orangnya, janji dapat gambar cantik dan nampak kurus serta En.Suami buat rupa senonoh bila bergambar, kakak happy je.

Bangunan Sultan Abdul Samad


Rindu tempat ni, lama tak datang. ye lah, tempat jatuh lagi dikenang, lagi pula tempat mengusung file, tangan kepit blazer turun dari LRT sampai tempat yang dituju dah berpeluh kepam!


Sebelum wujudnya Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Istana Kehakiman Putrajaya, di Bangunan Sultan Abdul Samad inilah letaknya mahkamah-mahkamah tersebut. Peguam-peguam baru mungkin tak sempat merasai betapa happening-nya area ni as mahkamah.


Masa kini, bangunan ini merupakan sebuah ikon mercu tanda di bandaraya KL. Pada hari-hari tertentu Jalan Raja akan ditutup bagi memberi peluang kepada penduduk tempatan mahupun pelancong, menikmati keindahan kawasan ini serta membuat pelbagai aktiviti santai.


Sungai Klang


Fuhh bukan main cantik ye sekarang kawasan ni? Nampak sangat kakak dah lama tak datang. Lampu biru di pasang di pinggir sungai memberi impak suasana yang berbeza dari siangnya.


Lorong Tepi Kleptokrat Kafe


Nak minum dah tutup cafe masa ni. Maka bergambo la kakak dengan En Suami. Bukan selalu dapat gambo terfeeling berdua. Time dia nak beli jiwa je dapatnya. Cantik lorong ni dengan wall art dan cafe ni pun lawa sangat, untuk taste kakak la. Maklumla temanya vintage. 



Okeylah. Pape roger. 





Joe Cafe/Kedai Abang Joe

RM5/satu

Semenjak Kay Ell jadi rumah kedua ni kena la kakak join group penduduk kawasan setempat. Kakak nampak ada orang duk promote pasal satu tempat makan ada jual roti canai sarang burung. Kakak duk baca review customer yang kata roti sarang burung ni paling sedap antara roti sarang yang dekat-dekat di situ. Maka kakak ajak En Suami dan adik-adik breakfast di sini.

Joe Cafe / Kedai Abang Joe
Jalan 24/56 Keramat, Wangsa Maju
54200 Kuala Lumpur
Tel: 011-6236 0234

Kedai di buka setiap hari kecuali Selasa dan landmarknya adalah kuarters polis/Kelompok Enggang.


Of course la kami semua order roti sarang. Mak abah asyik post gambar makan roti sarang kat kampung, kami pun terliur. Makanya harus la semua try. En Suami duk kata makan satu sorang je nanti karang tak sedap pulak. Lepas tiga kali kunyah dia kata "tak sedap" terus bangun order satu lagi ! Haaaaahahahaha



Selain roti sarang. Ada pelbagai lagi jenis roti yang boleh korang cuba. Ada juga murtabak. Ada stall kuih dan nasi lemak. Memang port sarapan la senang kata. Btw, kakak suka makan roti sarang sarang sebab sarat dengan pelbagai rasa. Cukup rasa cuma ada part yang terlebih manis. Tak ingat antara kuahnya atau daging. Part lain memang sedap. Boleh cuba lagi next time.





Nong & Jimmy Thai BBQ Restaurant




Alhamdulillah dapat juga makan-makan bersama adik-adik dan anak buah tersayang. Lama sangat tak jumpa. Si Tijah macam biasa la tak mahu kat orang kan. Geram betholllll. My sister decide untuk ajak kami makan ramai-ramai. 

Nong & Jimmy Thai BBQ Restaurant
Lot 27363, Jalan Cahaya 1, 
Taman Cahaya, 
68000 Ampang, Selangor

Kedai ni dibuka dari 12 tengahari hingga 10 malam setiap hari. Memandangkan kena ikut SOP kami dapat dua meja yang berasingan. Tak pe la, janji dapat jumpa dapat makan sama-sama. Jom tengok menu apa yang kami pilih.

sotong goreng tepung. dua pinggan order
kerabu mangga
kerang bakar
talapia stim
ikan bakar
sayur campur
tom yum
ayam pandan
taufu
mantou bun with chili crab. mantou tu ada 8 sebenarnya


Total hangus di sini lebih kurang RM450-00. Agak mengejutkan memandangkan macam-macam kami order lauk yang sama sampai dua pinggan. Kami budget lebih dari ni. Puas betul makan dan kategori sedap makanan di sini. Btw, kakak recommend korang datang malam kerana ada lebih banyak option. Kalau datang untuk lunch limited sket pilihan menunya.

air kedondong asam boi, mix fruit punch, satu lagi yang pink tu lupa apa tah
pulut mangga, red rubies (tub tim grob)



7 Days, 7 Favourites