Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

In the mood of Lilac



Uols, walaupun kakak selalu beli berus makeup dari Shopee je, tapi kakak jua menyokong product tempatan kalau shantek. Tapi susahnya la ye nak jumpa berus makeup brand tempatan yang cantik. Balik-balik warna hitam, putih, boringggggg! 

Makanya bila kakak tak sengaja terjumpa Brush & Co. ni, wallah terus beli. Cantikkan warna dia? Lilac gittew. Kakak pun agak terlupa pasal berus ni. Entah la apa penyakit ketagih kumpul berus makeup. Mujur En. Suami sporting tak marah. Janji kemas.





Nasi Daging Air Asam Temerloh


Seriously korang, hakak busy. Hakak penat sangat. Tak mampu nak menaip dan edit gambar trip pergi Taman Negara hari tu. Nanti la bagi keadaan kakak stabil sikit. Kakak up demi korang ewahhh. Ni kakak belanja info tempat makan sedap iaitu Restoren Nasi Daging Air Asam Temerloh. Nama restoren pun korang boleh agak kedai ni di mana kan?

Kedai ni letaknya di area Paya Pulai, menghala ke Kuantan dari bandar Temerloh. Letaknya di sebelah kiri jalan. Kali pertama la kawan-kawan kakak bawa hakak makan di sini. Kakak memang terus la order nasi daging.

RM5 je satu set

Selain nasi daging air asam, terdapat pelbagai menu lain seperti senarai di bawah ni. Pilih jangan tak pilih.

Kakak highly recommend makan nasi daging di sini. Dagingnya lembutnyaaaa, cair dalam mulut okey. Portionnya tak terlalu banyak, sedang elok je. Untuk tekak kakak memang sedap la! Sambil taip ni pun kecur air liur rasa. Mujur jauh, kalau tak pergi menapau dah. Mana yang nak cuba menu ni, jangan lupa minta air asam extra!



Mental Awareness


Tahun 2020 ini merupakan tahun yang sangat mencabar yang tidak pernah kita bayangkan. Serangan pandemik Covid-19 bukan alang-alang. Bagi kakak sendiri, firma kami kehilangan seorang kakitangan di musim PKP pertama (bukan sebab Covid) dan rasa sungguh ralat kerana tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. Adik kakak terpaksa diberhenti kerja. Rakan-rakan kakak ada yang bergelut meneruskan kelangsungan hidup. Ada juga yang jatuh sakit.

Ustar


Kita juga turut bergelut dengan pelbagai perasaan dan emosi bila diminta melimitkan pergerakan, berkurung di rumah dan berbulan-bulan terpisah suami isteri serta berjauhan dengan ahli keluarga. Kewarasan fikiran dan kawalan emosi kita dalam pertaruhan antara waras dan gila.

Etude House

Kakak juga tidak berkecuali. Kakak juga turut terkesan. Bersyukur masih bekerja dan menerima gaji bulanan, tetapi kakak dah masuk fasa menyedari diri ini juga terkesan dengan akibat pandemik. Awalan bekerja semula, kakak berasa takut untuk memandu. Sedangkan sebelum PKP lebih sebahagian hidup kakak di habiskan dengan memandu di jalan-jalan. 

Colourpop

Kakak juga agak tertekan bila balik kampung dan berada lama di kampung, memandangkan kakak hampir tiga bulan sepanjang PKP tinggal bersendirian di rumah. Terpisah 7 bulan dengan suami dan 3 bulan tidak berjumpa mak abah di kampung lagi pula adik-adik di KL. Panggilan telefon dan panggilan video tidak sama dengan hubungan secara dua mata. Ya, setiap hari suami kakak membuat panggilan kepada kakak, sahabat taulan turut kerap bertanya khabar. Tapi, tetap tak sama.

Wet & Wild

Diperingkat awal dapat balik kampung kakak amat teruja tapi dalam diri kakak pula terasa bagai ada makhluk yang ingin melompat keluar dari dalam dada, perasaan kakak meronta-ronta untuk menjerit sekuat hati, rasa tidak selesa, lemas dan tak boleh tidur. 

Missha x Line Friends

Syukur, bila kakak mula bekerja seperti sebelum PKP, mula keluar daerah sana dan sini. Ketakutan kakak ketika memandu mulai pudar. Sempat juga bercuti beberapa kali di daerah-daerah berdekatan menghilangkan rasa lemas dan sesak perasaan. Kakak rasa makin pulih.

Etude House/I Heart Revolution

NOTA
Sekiranya kawan-kawan ada pelbagai gangguan emosi walaupun tak sama macam kakak alami, sila berjumpa dengan doktor untuk dapatkan bantuan. Ianya normal. Ramai dari kita yang alami pelbagai gangguan emosi. Ramai juga yang ke klinik mendapatkan bantuan perubatan.

Rom&nd

Kini (November 2020), seluruh negara sedang melaksanakan PKPKPKP. Alhamdulillah, negeri Pahang tidak terlibat. Kakak boleh bekerja serta bertugas ke luar daerah dalam negeri Pahang seperti biasa.

Holika Holika x Peko-Chan Milky Candy

Kali ini, kakak berazam untuk bersenam di rumah supaya kakak lebih sihat dan aktif. Musim tengkujuh tidak memberi peluang kepada kakak untuk beraktiviti di luar. Kakak juga menyalurkan kekecewaan kakak tidak dapat melancong ke luar negara kepada make-up. Cliche untuk perempuan bila bab make-up, setidaknya ia dapat membantu kakak mengawal mental dan emosi. 

Perfect Diary x Abby's Choice

Makanya, mari kita bagi sokongan pada saudara, rakan taulan kita yang selalu muat naik di pelbagai media sosial tentang aktiviti mereka. Mungkin itu sahaja yang dapat mereka buat bagi mengekalkan kewarasan fikiran dengan aktiviti anak-anak, berkebun, memasak, dekorasi dan pelbagai lagi.

Kita ringankan jari tekan butang "Like" atau "❤️". 






Mee Kari Mak Lang


Uols, kalau korang singgah ke Bentong ni kakak nak recommend satu tempat makan. Makan yang jenis berkuah. Biasa orang datang untuk sarapan pagi. Namanya Kedai Mee Kari Mak Lang. Landmarknya, tepi Hospital Bentong, depan Mahkamah Bentong. Kedai No 1. Kedai di buka dari hari Isnin hingga Sabtu, dari pukul 6.30 pagi hingga 4 petang.


Menu paling top of course la mee kari (RM5). Tapi ada juga mee/mihun sup (RM5), soto (RM5), mee udang (RM6) dan bubur (RM4). Selain dari masakan berkuah ni, ada juga dijual kuih muih dan menu sarapan yang lain.
 


Kalau dah masuk waktu tengahari, kedai Mak Lang juga menyediakan pilihan lauk lauk tengahari. Hari tu kakak dah breakfast mee kari terus tapau lauk lunch je before balik. Haaa punya la malas dah nak keluar tapau tempat lain. Boleh try next time okey?

    



 




Qlassic Hotel


Tu la, kalau tak buat keje last minute, bukan namanya. Musim-musim cuti sekolah pulak tu. Pening kepala meols. Macam biasa hakak menghantar En.Suami balik makanya disebabkan flight sebelah pagi kami decide untuk tidur hotel je. Since tak urusan apa-apa di Kuala Lumpur, kakak suggest cari hotel yang betul-betul dekat dengan airport. Nak duduk hotel ABC tepi pintu airport macam tak berbaloi since kami gerak lepas kakak habis kerja. Cari dalam Agoda ada a few pilihan dan kakak ambil je pilihan yang atas sekali iaitu Qlassic Hotel yang terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. Kakak pilih bilik Deluxe Queen with total price hanya RM72.79.




NOTA
1) Hotel mengamalkan silent hour dari pukul 10 malam hingga 7 pagi.
2) Hotel menyediakan khidmat shutter untuk ke airport dengan caj.
3) Parking banyak di keliling hotel
4) Kalau datang hari bekerja perlu menggunakan kupon parking yang dijual di kaunter. 
5) Kaunter buka 24 jam
6) Ada mini market di hotel
7) Seterika perlu minta awal memandangkan ramai yang guna, nyaris kakak pakai baju berkedut pergi airport.
8) Hanya ambil masa dalam 15-20 minit ke airport.


Btw, sempat jua kakak dan En.Suami memusing tengok kawasan keliling. Since kami sampai malam, kawasan agak gelap dan banyak premis dah tutup. Yang kami perasan banyak pejabat-pejabat di situ termasuk kolej aviator. Nampak hanya ada dua kedai makan yang masih beroperasi.

Basicly, kalau hanya untuk tidur dengan aman untuk transit hotel ni memang okey. Murah, senyap, parking banyak, kurang kenderaan lalu lalang, memang sesuai untuk berehat samada baru tiba atau baru hendak berpemergian. Tapi rasanya next time kakak akan pilih kawasan lain yang menawarkan lebih banyak kemudahan. Kakak dah recce.








First Love


“There's no love like the first”
~ Nicholas Sparks

 

Bulan terakhir di tahun 2020. Kakak nak share dengan korang set berus makeup pertama yang colourful yang kakak ada. Before yang ni semuanya hitam je. Masa kakak pakai berus ni la baru kakak sedar bahawa berus murah pun ada yang berkualiti, sedap pakai dan cantik! Terusla brand Essence Cosmetics ni jadi kegemaran kakak sampai hari ini baik berusnya baik barangan makeupnya.

Berakhirnya tahun 2020 ni semua wish list kakak masih belum dapat lagi. Tak pe, insyaAllah ada rezeki dikemudian hari. Macam mana korang semua?





Flamingo Hotel


Kakak stay di KL lagi. Kali ni ambik Flamingo Hotel yang terletak di Jalan Ampang. Book last minute makanya majoriti hotel area pilihan dah fully book. Ambil la jua hotel ni dan offernya pun bukan main murah. RM130.89 untuk Deluxe Premier Room without breakfast. Walaupunnnnn adik-adik kakak duk menyatakan hotel ni berhantu dan sebagainya wahaha

Yup, hotel ni memang hotel lama dan bilik pun memang design lama la kan. Akan tetapi premier room ni memang best, sebab besarrrrrrr. Ada balkoni dan kakak juga request bilik untuk smoker.   


Kami stay masa malam merdeka hari tu, makanya dapat la tengok fireworks dari balkoni. View malam menarik juga dari level ni. Paginya riuh rendah dengar budak-budak mandi swimming pool di bawah, maklumla cuti sekolah.


Selesai check out kakak posing-posing jua di kawasan hotel. Lepas gian bergambo katanya. Tak habis-habis kan?


As for me, walaupun hotel ni hotel lama, dengan kedudukannya di tengah bandar, harga yang affordable dan pelbagai kemudahan within walking distance kakak rasa menginap di hotel ni berbaloi je. Shopping mall, kedai makan, kedai serbanika, hospital semuanya dekat sini je, boleh jalan kaki kalau mau la.

Till next time bebeh.




Blessed


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Kakak masih bernafas, masih sihat walau pun belum berjaya capai target berat yang kakak mahu. Perjuangan belum selesai. Masih diteruskan. 



Sempena birthday kakak baru-baru ni, kakak ada terima surprise dari En suami. Terima kasih Encik Suami buat surprise birthday walaupun nyaris terlupa uols! Heeee geram betul kita dekat dia. Tapi kakak paham dia tengah duty as frontliner di tempat red zone pula. Sibuknya bukan alang-alang. Dapat la kakak minum petang dengan staf yang lain.



Sempena our 2nd wedding anniversary seminggu selepas birthday, kakak sekali lagi menerima surprise dari Encik Suami. Memang surprise betul sebab dapat call bagitau ada document untuk kakak. Maklumla kita memang selalu terima parcel atau dokument kakak memang tak budget pun orang nak hantar surprise. Pulak tu Cik Delivery tu keluar kereta bawak kertas memang la kita ingat ada dokument. Haaaa surprise! Tqvm my love. Happy sangat. Kembang kuncup perasaan. 
 


Nextnya, kakak terima surprise dari kawan-kawan kakak pula di majlis bacaan Yassin. Biasa setiap hujung tahun memang geng-geng peguam Pahang Barat akan anjur bacaan Yassin dan pot luck. Tak sangka pulak theyols nak nyanyi lagu birthday wuhuuuuu Alhamdulillah, terima kasih Beep, Didie, Mijah, Zura, Cik Tim, Mamo Min & Zaida serta En.Suami chip in for the handbag. Macam biasa, menu-menu potluck kemain sedap-sedapnya. memang ke laut dalam diet. Sekali sekala tak pe.



Btw uols di bulan November juga kakak menerima perkhabaran ada kawan kakak yang di serang strok yang teruk. Memang scary. Kakak dengan pantas buat check-up,  maklumla kadang-kadang tu luaran kita nampak helok je, rupanya dalam dah condemn. Biar check awal, at least mencegah lebih baik dari merawat.

Syukur saat ambil keputusan ujian, kesihatan kakak di sahkan berada di tahap yang baik untuk umur kakak. Bacaan ECG (jantung), tekanan darah, kolestrol, gula, buah pinggang dan hati semua berada di tahap baik dan tiada satu pun yang berada di border bacaan. Kakak nak cari ruang untuk buat mamogram dan papsmear pulak.

Walau berat hanya turun 2 kilo (lebih kurang) tapi pengurangan inci badan mencecah 3 inci ye untuk bahagian badan tertentu. Bila kakak bertanya pada yang lebih berilmu, katanya lemak kakak menyusut dengan banyak walaupun atas timbang sikit aje bergeraknya.

Atas dua sebab ni kakak tetap bersemangat untuk teruskan diet suku-suku-separuh sebagai life time commitment/gaya hidup dan teruskan bersenam.  Perlu turunkan a few kilo lagi demi meringankan beban pada lutut.

So, guys, mana yang baca blog kakak ni terutama yang telah memasuki usia 40-an, cuba lapangkan masa dan buat at least basic medical check up untuk ketahui status kesihatan kita. Kurus tak bermakna kita betul-betul sihat.

Health is wealth.


7 Days, 7 Favourites