Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Jawatan Kosong


Finally setelah hampir 4 bulan kakak kerja secara agresif one woman show , kakak akhirnya terpaksa juga ambil staff untuk bantu. Penat betul kakak. Kurus je tak. Fizikal, mental & emosi memang out. 

Buat permulaan ni kakak ambil kerani separuh masa je. Bukan apa, petang je yang kakak available nak ajar staff buat kerja. Pagi kakak busy bee. 

Tak sangka sambutannya hangat. Kakak sempat buat 4 sesi temuduga. Dari semua yang hadir ada 2 orang yang paling outstanding. Tapi kakak pilih yang paling memiliki kriteria yang kakak mahukan. 

Semoga staff baru boleh adapt dan tahan bekerja dengan kakak.Hopefully dia boleh memudahkan kerja-kerja kakak, boleh kakak cari lebih banyak job dan insyaAllah boleh offer dia jadi kerani sepenuh masa. 

Pulau Chekas



Baru-baru mak kakak nak datang bercuti ke Raub. Mak kakak kata dia suka datang ke Raub kerana suasana di sini lebih nyaman. Selain nak reunion dengan kawan-kawannya yang dah lama tak jumpa, mak kakak juga nak ajak cucunya mandi air sungai  yang teramat sejuk tu.

Mak kakak nak stay di Pulau Chekas dan telah booking bilik di Homestay L***n K**a. Booking dua bilik je. Satu bilik mak, abah dengan adik no.5. Satu lagi famili adik no.2 dengan anak-anaknya. Kakak, En.Suami dengan dua lagi adik kakak no.3 & no.4 yang di KL tak tahu status kedudukan lagi masa ni. Worst come to worst berulang dari rumah kakak je la.

Malam pertama kakak & En.Suami berulang je dari rumah pergi jenguk famili kakak. Keesokkan harinya lepas adik-adik no.3 & no 4 dari KL sampai, kami terus ke Pulau Chekas nak tengok mak abah & yang lain, rupanya diaorang semua keluar dan buat aktiviti masing-masing!

Ya aulah Nabila! sabo je la. Sudahnya kakak ajak adik-adik singgah ke chalet sebelah tanya ada kosong ke tak sebab tak nampak kereta-kereta pelawat parking di laman chalet pun. 

rumah untuk 4 orang

Alhamdulillah rezeki kami. Terus ambil dua rumah di River View Chalet . Satu rumah untuk 4 orang, siap ada aircond, tapi ni betul-betul tepi jalan la. Satu lagi rumah untuk 3 orang jenis yang kakak stay masa kali pertama menginap di sini. Ni tak de aircond. Ada kipas je. So, nanti kami pikir ikut la mak abah nak swap bilik dengan kami ke macam mana. Tak kisah je since dah dapat beberapa option bilik.

rumah untuk 2 orang

Paling lawak, once mak kakak call tanya kami kat mana, bila bagitahu kami dapat bilik di sini, terus mak kakak kata nak pindah ikut kami ye hahahahha kat homestay sebelah mak kakak dapat bilik tak de tingkap so, dia rasa lemas dan dah start sakit kepala. Hari kedua tu pula semua bilik di homestay tu penuh. So agak bisingla homestay tu jadinya dia tak dapat rehat. 

rumah untuk 3 orang. lain pintu lain rumah ye

Ayah kakak pulak nak tido dalam khemah. Tapi di homestay sebelah tak de kawasan. Rezeki abah la kami dapat bilik di sini. Tinggal satu lagi tapak untuk pasang khemah. Dapat la abah lepas hajat tido dalam khemah betul-betul tepi air sungai. Abah suka tido dengar bunyi air. Memandangkan area sini kategori berjeram dan banyak batu bunyi air memang agak kuat.

Nota
1) Bilik 4 orang (aircond) RM200/night
2) Bilik 3 orang (without aircond) RM110/night
2) Tapak khemah RM50

adik kakak dapat khemah free, tu yang dia nak bagi abah test guna. Masing-masing tak reti pasang, En Suami tengah kerja pulak masa tu, sekali bila buka talinya, "pling" terus jadi khemah hahaha senang. Tinggal pacakkan paku pada talinya aje.


Apalah aktiviti kami? Mandi sungai la wey. Fyi, disebabkan sini kawasan private makanya hanya penghuni di sini jela mandi area ni, best! Kiranya masa kami menginap di sini hanya ada tiga grup je termasuk keluarga kami. 

Cantikkan view?

Btw, adik ipar kakak tak pernah mandi sungai camni. Anak-anak buah kakak lagi la. Masing-masing asyik tanya kenapa air sungai ni sejuk sangat macam air keluar peti. Padahal mandi time petang cuaca panas. Ye la, air bukit/air terjun mesti la sejuk. Tak payah dia orang, En Suami pun asyik kata air kat sini sejuk sangat.

Cik Tijah sampai tahap tak nak berendam nak duduk atas batu je. Dia tak bagi kakak percik air kat dia. Sejuk katanya. Tapi tak nak naik. Sampai mengeletar tangan dah biru baru dia setuju nak keluar dari sungai.

Malamnya, makan dinner yang mak masak je dan celebrate birthday mak abah. Malam tu juga hujan, risau la kami ni kat abah dalam khemah. Bilik kakak ada extra satu lagi katil, kot-kot lebat sangat abah boleh datang tido kat bilik. Rupanya dia enjoy bukan main, tido lena sampai pagi. Mak kakak pun kata dia lena sangat puas tido. Alhamdulillah. Lepas la hajat masing-masing.

Dinner

Btw, since datang kali ni perniagaan semua dah boleh beroperasi. Makanya breakfast kami beli dari stall tepi jalan walking distance je dari penginapan kami. Mudah sangat.


Thank you Mak Engku owner River View Chalet belanja tapak khemah. Alhamdulillah rezeki return customer.


Rojak Famous


Hai korang, ni kakak nak rekemen satu tempat makan di Raub la ni. Manala tahu kan, kot lalu area Raub tak tahu nak makan apa atau di mana. Boleh cuba singgah di sini. 

Rojak Famous
Kampung Gali Tengah
27600 Raub
Pahang Darul Makmur
No tel: 019-633 0731



Kedai ni buka setiap hari mulai 2 petang hingga tengah malam. Kedai ni terletak betul-betul tepi jalan. Kalau dari arah Kuala Lumpur, letaknya di sebelah kanan jalan.


Kedai ni terletak atas tanah persendirian dan konsep dinding terbuka. Jadi memang selesa tak rasa pengap dalam kedai. Ruang parking juga bersesuaian.


Terdapat pelbagai pilihan rojak di restoren ni. Antaranya rojak mee, rojak ayam, rojak mee ayam, rojak mee sotong & rojak special. Pilih je mana yang berkenan di hati. Kakak masa ni pilih rojak mee ayam. Harganya RM7 sahaja untuk sepinggan. Bagi lain-lain jenis rojak senarai harganya seperti gambar di bawah.
 

Btw, selain rojak, restoren ini juga menyediakan pelbagai jenis masakan panas yang tak kurang sedapnya.


Dalam kawasan restoren ni ada rumah cantik ni. Tapi tak pastilah siapa punya atau masih dihuni. Siapa kaki ootd boleh la bergambar di sinikan?

Pelangi Beach Resort & Spa


Last year pergi ni dah nak habis tahun baru nak hapdet? Lantakkan. Kakak busy-bee. Wey, RM550 sekepala untuk 3 hari dua malam termasuk tiket flight murah ke idok korang? Wajib la murahhhh. Duduk resort 5 stars pulak tu! Kalau tak pandemik tak merasa. Kalau pergi famili pun parak juga kosnya. Jadi dapat pergi dengan kawan kira kepala sendiri je barulah dapat merasa.

Pelangi Beach Resort & Spa
Pantai Chenang
07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
No Tel : 04-952 8888 


Since kami check in lambat, dapat bilik hujung tanjung uols. Antara yang dah hujung-hujung dah. Sabo aje. Memang tak larat le jalan kaki. Panggil buggy sokmo yahhh. Boleh kurus kalau pergi balik jalan kaki. Nampak sangat malas nak bersenam. Moh tengok bilik.


Lepas tu bilik airnya kemain la sebesar alam. Ye la di situ la almari baju dan tempat nak iron pun. 

Disebabkan resort ni cantik, makanya kakak spend time berjalan-jalan dan bergambar dalam resort. Rasa macam bukan di Langkawi je ye. Resort ni ada private beach yang terjaga cantik sangat uols. Puas hati lepak kat sini.


Btw korang, kakak frust betul ye bab breakfast. Hari pertama tu kakak ambik roti canai. Sedap nak mati korang. SEDAP SANGAT. Lembut, rangup, perfect la. Kuah dhal dia pun sedap. Ya Rabbi sabo je la kakak teringat-ingat. Biasanya kalau roti sedap kuah dhal pulak out, kalau dhal sedap roti tak power. Yang ni memang bergabung meletop dalam mulut! Hari kedua mencari lagi roti canai dah tak de. Tosei pulak...Hmmm kecewa sangat.

kira kanan tempat makan, tengah lobi

Tak kan nak datang lagi semata-mata demi roti canai? Siapa tahu ada rezeki in future.



7 Days, 7 Favourites