Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Wish List

Venice, Italy




"Venice never quite seems real, but rather an ornate film set suspended on the water" ~Frida Giannini



Paddington House of Pancakes



Jalan-jalan cari makan memang aktiviti peberet saya. Sape yang tak sukakan? Kali ni try makan di Paddington House of Pancake , yang terletak di Ampang Point. Ni alamatnya bagi yang nak ke sini.


Paddington House of Pancake
SC02, Level 2, Ampang Point Shopping Centre
Jalan Memanda 3
68000 Ampang, KL

Tel : 03-4266 99856




cutenya tisu dia


Plan asal tak de la ke sini pun, tapi duk google tempat makan terdekat yang belum dicuba, pancake house ni jadi pilihan. Tempatnya terletak di shopping mall. Agak selesa untuk cari parking. Saya parking kat luar mall aje.

Sesampai aje di sini, kami disambut dengan senyum manis kakitangan yang peramah. Lupa la plak nama dia, peramah, very helpfull dan pandai suggest minuman dan makanan bila kita bertanya.  

Untuk minuman saya pilih paddington fantasy punch. Nampak macam sedap aje dalam gambar. Rakan saya memilih Perky Lemon and Mint Sparkler (RM7). Staff yang peramah tu bagitau minuman di paddington sedap-sedap belaka. Iye ke?



Paddington's Fantasy Punch RM10

Air sampai dulu. Wahhh apa lagi, time to try la kan. Nak bagitau ni , Paddington's fantasy Punch memang sedap la sangat! Korang wajib try. Mandatori. 

Dah settle pilih air, pilih dessert pulak. Sebabnya? Tengah ting tong nak makan apa. Banyak sangat pilihan menggoda jiwa. Dessert pilihan ialah Triple Decker with Raisin & Chocolate Chip. Dalam gambar tengok dalam gelas, skali yang sampai walla!


Triple Decker with Raisin & Chocolate Chip RM10


Dalam dessert turut diletakkan mini pancake ye. Walaupun makan dessert aje korang boleh kenyang. Ni taraf perut saya la. Walaupun bukan kenyang macam kita makan nasi. Belum makan berat lagi dah kenyang camne ni?


Rakanku yang cumil memilih Smoked Salmon Aglio Olio dan saya sendiri pilih satu set menu baru yang di suggestkan staff peramah tu. Nama menu pun saya tak tau. Gitula orang kalau dah kelaparan kan? Tapi main menunya adalah lamb.


Smoked Salmon Aglio Olio RM23

Nahhhh ni la menu pilihanku atas cadangan staff paddington. Menu baru. Harga pun lupa. Dah nama pun house of pancake, tetapla dalam hidangan kambing pun dia letak penkek. Disebabkan dan kenyang makan dessert tak habis la pulak food saya. Moral of the story jangan pilih heavy food kalau nak makan macam-macam lagi! Oh ye, portion makanan di sini besar tau.


menu tak bernama

So, apa pandangan saya selepas kenyang mencuba menu di sini?

Pro

1)Tempat selesa dan menarik
2)Layanan staff tip top
3)Banyak pilihan selain penkek
4)Portion besar

Con

1)Portion besar. Rugila sape tak kuat makan. Tak habis.
2)Harga mungkin agak mahal bagi sesetengah orang.



Doa


Pernah tak kita selalu memanjatkan doa then at one stage kita rasa letih dan dah tak larat lagi nak berdoa? Haaaa saya la yang selalu rasa macam ni. Nipisnya iman macam kulit bawang ye...baru berdoa kot. Bukan suruh angkat senjata pergi berperang pun. So, macam mana nak motivasi ni? So gigih la google blog-blog yang related dengan uplift diri dengan bahan motivasi dan doa-doa. Rupanya rasa letih dalam berdoa ni bukan pada saya sendiri je. Tapi ramai lagi orang lain yang merasainya. Maklumlah insan marhain macam kita, hatinya berbolak balik.

Secara peribadi saya sendiri motivate diri dengan baca terjemahan Surah Ad-Dhuha dan Surah Al-Insyirah. Dua surah ni pendek je, tapi mendalam sangat maksudnya. Bagi saya la. So, saat saya rasa letih, lemah dan give up, saya baca terjemahan dari dua surah ni.






Untuk surah Ad-Dhuha ni rasanya ayat 5 paling beri impak pada saya dalam nak menyabarkan diri sendiri. Nak-nak saat sedang mengusahakan sesuatu atau pun berdoa untuk dapatkan sesuatu tapi belum nampak bayang makbul lagi. Walaupun ayat Quran adalah dari Allah kepada Nabi Muhammad SAW, tapi kita selaku layman boleh membacanya sebagai jawapan Allah kepada kita, dengan syarat kita sentiasa beramal soleh, meninggalkan yang dilarang dan bertaubat dari kesalahan dan dosa.  




Surah Al-Insyirah ni pula, saya hafal terjemahannya untuk motivate diri sendiri terutama kalau ditimpa musibah. Ayat 5-8 adalah janji Allah SWT bahawa setiap musibah yang menimpa kita akan digantikan dengan perkara yang lebih baik, maka kerana itu kita diminta untuk terus beramal soleh (solat, mengaji, berzikir dan lain-lain amalan baik), dan kita diminta untuk memohon kepada Allah SWT sahaja tentang apa-apa sekalipun hajat kita.  

So, kalau sesiapa yang rasa lack motivation, lemah, putus asa dan sedih bolehlah amalkan baca surah-surah ni ye


Wish List

Masjidil Aqsa, Palestine



Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: 

"Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)"

Kelebihan Masjid al-Aqsa pula ialah mereka yang bersembahyang di dalamnya akan mendapat 500 (lebih afdhal dari) sembahyang di tempat lain, dan keistimewaannya ialah ia adalah merupakan masjid para Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya Nabi s.a.w.

Doakan saya sempat menjejakkan kaki ke masjid ini, maka akan lengkaplah hasrat saya untuk menjejakkan kaki di keempat-empat masjid yang teristimewa. Tiga masjid yang lain (Al-Haram, An-Nabawi dan Quba) Alhamdulillah, telah diberi izin Allah untuk ke sana. 



Farm in the City


entrance FITC

Kenapa ye panggil Farm in the City? Kerana pet farm ni memang letaknya di bandar. Terletak di Serdang, Selangor berdekatan dengan Atmosphere dan landmark paling mudah ialah Giant Shopping Mall. Untuk pencinta haiwan dan juga yang ada anak-anak kecil memang sesuai bawa ke FITC ni. Kebanyakan haiwan yang ada di sini jinak dan boleh disentuh.

peta lokasi FITC


Bayaran masuk bagi pemegang MyKad adalah RM28 untuk dewasa, RM23 untuk kanak-kanak dan RM19 untuk warga emas. Waktu operasi pula seperti berikut:- 

Isnin             : 10pg - 6ptg
Selasa           : Tutup
Rabu-Jumaat : 10pg - 6ptg
Sabtu-Ahad   : 9.30pg - 6ptg 

Selepas membeli tiket kita juga akan diberikan dengan kupon diskaun bernilai RM5 dan kakitangan di situ akan membantu anda memakai tag di pergelangan tangan. Menuruni tangga dari kaunter tiket laluan akan bermula di sebelah kiri.

Perkara pertama yang dijumpai adalah kura-kura! Bukan sebarangan ye, saiznya bukan main besar. Umpamanya boleh duduk atas kura-kura tu. Haaa nampak sangat berniat serong nak duduk atas kura-kurakan? Pihak pentadbiran FITC dah tampal amaran awal-awal "please do not sit on me" 

Tapi memang teruja ye tengok kura-kura sebesar itu. Sampai budak-budak kecik pun menangis tak nak pergi dekat dengan kura-kura. Ye la, saiznya lagi besar dari budak kot. Gagah lagi berjalan sana-sini. Kura-kura yang di biarkan bebas ada dua jenis, satu cengkerangnya warna gelap, dan satu jenis lagi cengkerangnya cerah. Teringat cerita Finding Nemo yang ayah dia sibuk duk tanya umur kura-kura tu. Tapi kura-kura kat sini tak de la sampai ratusan tahun lagi. Oh ye, staf FITC akan bagi kita kangkung untuk bagi kura-kura makan tau.




apa pandang-pandang?


posing bersama rakan sebaya hehehe

Seterusnya adalah area burung dalam satu kawasan tertutup. Burung-burung di sini dah jinak, bila dia dengar pekerja menggoncangkan botol makanan, semua la berterbangan mencari bunyi dari botol. Salah seorang pekerja di situ bagitau seronok kerja kat zon burung sebab tak panas. Ada natural aircond. Nak try? Tanya pekerja kat situ. Of course la kena try. Then dia suruh saya berdiri dekat dengan dia, dia panggil seekor burung bertenggek kat tangan dia. Tak tau dia buat macam mana, burung tu mengepak sikit punya laju.Fuhh patutla panggil natural aircond. Sampai terpenyek-penyek la tudung punya la berangin. Staf di situ juga bagitahu yang burung dalam kawasan tu dah jinak boleh panggil dan bertenggek pada tangan kita. Yang tolong panggilkan burung staf tu le. Saya tak reti nak buat bunyi siul panggil burung.


jinak aje dia 

Dah puas beraksi dalam kawasan burung, gerak pula ke zon seterusnya melalui haiwan berkaki empat. Selain zon-zon besar yang kita boleh berinteraksi dengan haiwan dalam kawasan tersebut, ada juga tempat yang tertutup, didiami oleh haiwan-haiwan yang liar seperti kucing hutan (cantik sangat!), ular, memerang, kala jengking dan lain-lain. Yang jenis ni kita tak boleh la nak main dengan dia. Tak pasal je nanti.


Sambung semula zon haiwan kaki empat. Di sini terdapat beberapa spesis kambing dan juga rusa. Kambing-kambing kat sini dah terbiasa dengan pelawat, tanpa segan silu datang kepada kita (pekerja akan berikan makanan pada kita untuk kita bagi haiwan-haiwan makan). Rusa pulak asyik buat hal sendiri je. Dalam kawasan yang sama ada satu rumah di sudut hujung, di dalamnya ada kanggaroo spesis paling kecil di dunia. Gambar tak menjadi, kanggaroo tu asik melompat. Pffft patutnya guna shutter mode.    



anak rusa nani lari kembang ekor, apa salah kami lalu tidak tegur


Masa tengah ralit di zon arnab, tetiba la pulak ada show burung undan, tapi tak pe la bagi peluang budak-budak tengok burung undan. Arnab dan hamster diletakkan dalam kawasan yang sama. Kita boleh bagi makan dekat arnab-arnab dan hamster ni. Kalau tak minat nak bagi makan arnab boleh buat aktiviti longkang fishing ye. Sauk anak ikan di kawasan berlongkang di zon yang sama.





I dah kenyang, I malas nak layan U


Pada waktu-waktu tertentu yang telah ditetapkan, akan ada beberapa aktiviti dah persembahan dari burung kakak tua dan burung undan serta pony ride. Aktiviti tunggang kuda padi untuk kanak-kanak aje la ye. Pengsan la kuda padi kalau nak bawak orang dewasa. Jangan risau kalau tak sempat semak waktu persembahan, staff FITC sentiasa akan buat pengumuman sebelum persembahan bermula serta lokasi persembahan.


little pony

Dah puas bagi makan arnab, bagi makan ikan pulak sambil menyanyi lagu Perigi Biru. Ala... filem zaman dulu tajuk Bawang Merah Bawang Putih, scene Bawang Merah nyanyi untuk mak dia yang dah jadi ikan kaloi tu. Tapi ikan dalam kolam di FITC ni ikan koi. Bukan main banyak dan gemuk-gemuk. Time tengah bagi makan ikan, staf FITC buat mengumuman bahawa ada show burung kakak tua. Rasa tak minat aje tengok.



I punya la melawa camni, U tak nak tengok?

Since tak minat nak tengok persembahan burung kakak tua. Geli pulak nak pegang ular, terus aje la masuk zon seterusnya. Ada burung hantu, ada binatang apatah yang macam dalam cerita Madagascar, kancil, merak, iguana dan landak. Landak besar sungguh ye. Tak pernah plak tengok landak sebesar itu. Cuba la terkena duri dia tu. Perkkkk..Eh, masa saya kecik-kecik dulu penunjuk mengaji guna duri landak. Korang?


rimbuuunnnn

kan? ada dalam Madagascar kan?


burung hantu


last but not least, my fav.  gorgeous sangat

Sedar tak sedar habis pusing satu kawasan FITC. Penat la jugak. Haus pun ye. Tapi FITC ada cafenya tersendiri. Boleh rehat dan order makanan dan minuman. Agak mahal pada pendapat saya. Terutama air. Ketara sangat. Ramai juga ibu bapa yang bawa anak kecil bawa bekalan sendiri. Jimat dan sudah pasti lebih bersih. So, sesiapa yang rasa tak tau nak buat apa hujung minggu or cuti sekolah boleh la ke FITC.









Plan


Pernah tak korang involve dengan satu plan yang besar? Plan berpartner,yang perlukan komitmen yang tinggi? Perlu  pengorbanan? Termasuk korbankan masa? Ketepikan banyak perkara demi beri perhatian pada projek tu. Korang sedaya upaya tak ambil cuti dan berjimat simpan duit? And the best part plan tu tak jadi?


Google

Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang. Walau macam mana pun kita buat plan, kalau Allah belum izinkan maka tak akan jadi. Memang hati kecewa, sedih dan 1001 perasaan lagi. Tapi nak buat macam mana kan.Kena la belajar redha.


Google

Apa yang patut kita buat? First, kena cuba ambil positif. Anggap saja Allah nak selamatkan kita dari terjebak dengan projek tu. Mungkin ada masalah kemudian hari? Mungkin partner kita buat masalah sampai kita pening kepala? Mungkin projek kita tu tak akan berjaya seperti yang kita plan? Bila pikir macam ni sure hati perasaan rasa lebih baik.


Google

Then, kita banyakkan berdoa, minta pada Allah kalau projek tu tak baik untuk kita, kita redha dan minta gantikan dengan perkara yang lebih baik. InsyaAllah kalau kita ikhlas dan niat baik serta bersungguh-sungguh Allah akan lorongkan kita ke arah projek yang lebih baik pada masa akan datang.

Saya pun alami masalah plan tak jadi ni. Selepas beri komitmen, masa, korbankan banyak perkara, ketepikan itu ini, menabung, simpan cuti then everything tak jadi. Sampai staf pun tegur kenapa lambakan cuti banyak nak carry forward ke tahun ni. Selalunya either tinggal sehari dua or habis terus!


Google

Well, tak pe la, bukan bahagian saya. But I strongly believe Allah akan gantikan dengan projek yang lebih baik. Keep on berdoa. Aura 2016 rasa lebih positif dan saya sangat-sangat yakin Allah telah sediakan projek yang jauh lebih baik dan lebih istimewa dari rancangan sebelum ini. Hanya perlu maintain berdoa dan kena keep on motivate diri supaya tak berputus asa.

Projek A tak jadi kerana sebenarnya Allah dah sediakan Plan B untuk dijalani


Kenapa saya berblog?


Dah lama terpikir nak berblog. Cuma tak tau nak cerita apa. Sebelum ni involve dengan fotopages. Lepas ada FB terus malas huuuuu. So, at least sekarang dah tau nak cerita apa, lagipun kawan-kawan sekarang asyik request buat blog senang dia orang nak refer tempat makan dan jugak tempat berjalan.

Berblog jugak rasanya good theraphy for me untuk habiskan masa. Sebelum ni try masuk kelas dancing. Yes! dancing always be my true love! Memang happy, body pun fit dan sihat. Malangnya waktu latihan sangat la kurang sesuai. 7pm-8pm. Waktu untuk kita spend masa dengan Tuhan. 

Ambil kelas muzik? Yup, ada terfikir jugak tu. Teringin nak belajar main keyboard. Tapi jari jemari ni pendek-pendek macam tak sesuai aje. Belajar dengan abah dengan adik sikit punya susah jari tak sampai, lulz.

Sebelum ni menjahit manik. Juga tujuan utamanya nak habiskan masa. Tapi sejak beberapa tahun ni tugasan pejabat agak mencabar. Kadang-kadang balik malam, outstation pun tak menentu. Tak nak ambil risiko ambil tempahan tapi tak mampu nak siapkan dalam masa yang telah di janjikan.

So, menulis di blog rasanya paling sesuai buat masa ini. Sekarang ni pun rasa teruja memikirkan cerita-cerita yang saya ingin kongsi di sini. 



"lets the beauty of what you love be what you do" ~Rumi

  

Aku Yang Tidak Mengetahui


Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian; dan boleh jadi (pula) kalian menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah mengetahui, sedangkan kalian tidak mengetahui [Al-Baqarah 216]



Travel dengan gembira bersama yang tersayang





Semua orang teringin nak travel sana sini
Semua pasti mahu jatuh cinta
dan semestinya semua orang mahu gembira

tapi...tapi...tapi...tapi...

Allah know best. Tak semua orang bertuah dapat travel dengan gembiranya bersama yang tersayang. TAPI kita masih boleh pilih untuk travel dengan gembiranya bersama yang tersayang. Ianya adalah pilihan okey. How?

Travel

Tak semestinya travel tu mesti pergi oversea. Eh matilah nak cari duit. Lain la kau kerja cop duit kan? Mulakan dengan tempat-tempat yang dekat terlebih dahulu. Contohnya pergi ke Melaka, Penang, Perlis dan lain-lain negeri yang ada kat Malaysia ni.

Apa ko tak tau nak buat apa kat tempat tu? Hey, maklumat semua di hujung jari. Google sajalah. Silap haribulan aktiviti yang ko buat lebih hebat daripada orang lain.

Takde kawan nak teman? Kawan tak dapat cuti? Haaaa yang ni saya belum cuba lagi.Solo traveller. InsyaAllah akan datang saya akan buat. Mulakan dalam Malaysia dulu la. Maybe ke Perlis or Sabah or mana-mana la kan?

Ko tak reti drive? Tak de kereta? Hello...flight, bas, keretapi semua ada. Tiket pun boleh beli online sekarang ni.

"Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih"


L♡ve

Seronoknya tengok orang tu holiday dengan insan tersayang. Kau? Mereput team #foreveralone katanya. Hey, adik-beradik kau pun orang yang kau sayang kan? Ajaklah adik-beradik kau.

Selain kau boleh pergi holiday dengan famili atau adik-beradik, kau boleh bawak yang tersayang lain sebagai peneman. Eh, sorang pun aku tak de, camne nak bawak yang lain?


Habis tu kau ingat boleh jatuh cinta dengan manusia je ke? Lor, kalau bukan dengan manusia dengan apa lagi? Biar betik kau ni ada kelainan ke? Jangan sempitkan fikiranmu. Kau boleh bawak buku, kamera, diary. Silap haribulan kau bertemu dengan si jodoh or si bodoh dapat kawan baru masa travel tu.

Paling penting dan utama sekali selalu kena ingat Allah sayangkan kita. Dia yang menjaga kita terutama masa kita travel. Dengan kawan belum tentu boleh harap lagi. Allah adalah travel partner yang sepatutnya sentiasa diingati. 

Remember me, I will remember you [Q2:152] 
Cukuplah Allah bagiku [Q9:129]

So, siapa yang rasa alone tapi rasa nak travel tapi takde siapa nak teman, ingat Allah sentiasa ada dekat dengan kita pasti tak rasa sunyi dan kita pun tak buat perkara-perkara yang tidak baik semasa dalam perjalanan.



Happy

Wey, kau dah berjalan sana-sini, berposing berkeping-keping gambar, makan sedap-sedap, kau tak happy lagi ke? 






Loghat Pahang Wehhh


Google: peta daerah-daerah negeri Pahang


Kebanyakan masyarakat luar Pahang beranggapan loghat Pahang adalah adalah sama saja dengan loghat Pantai Timur lain. Tetapi ketiga-tiga negeri pantai timur ini, Pahang, Kelantan dan Terengganu mempunyai loghat yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain. Malah lebih istimewa lagi loghat negeri Pahang ini bebeza bagi setiap daerah.

Loghat negeri Pahang jarang dituturkan oleh anak jati Pahang. Terutama ketika berada di luar negeri Pahang. Kenapa? Kerana kebiasaannya masyarakat tidak memahami apa yang dituturkan atau pun meneka penutur tersebut berasal dari negeri Perak (ada sesetengah daerah di Pahang loghat sipi-sipi bunyi dengan negeri Perak). Akan tetapi untuk anak jati Pahang, mereka boleh meneka seseorang tersebut berasal dari Pahang walaupun penutur cuba bercakap slang KL berdasarkan lenggok perkataan yang digunakan. Dipercayai perkataan dan cara sebutan yang berbeza bagi setiap daerah negeri Pahang adalah akibat dipengaruhi oleh faktor geografi dan juga arus aliran sungai. 

Kepada yang datang bercuti ke Pahang ataupun bakal bertugas di Pahang, berkahwin dengan orang Pahang dan sebagainya, mungkin boleh study serba sedikit kosa kata loghat negeri Pahang. Tak de la terkejut sangat bila dengar perkataan-perkataan seperti di bawah ni dituturkan. 

Sebelum tu saya ingin kongsikan kisah benar seorang sahabat berasal dari Melaka yang bertugas di Pahang dan seterusnya berkahwin dengan orang Pahang berkaitan dengan loghat Pahang ini.


Kisah 1

Scene di kedai makan.

Kawan : Makcik, nak lauk ni.

Makcik : Aok nak makan sini ke nak bungkus selalu?

Kawan : Saya nak bungkus. Tapi ni kali pertama saya datang kedai ni makcik.



Nota: Selalu di sini tidak membawa maksud kerap, tapi maksudnya terus/on the spot/then and then.

Kisah 2

Scene rumah mertua

MIL     : Aok makan budu?

Kawan: Tak, saya tak suka budu.

MIL     : Kicap Pahang pernoh dengo? Pede. Cer makan, sedap

Dah kenyang.

Suami : Sedap ke kicap Pahang tadi?

Kawan: Sedap. Pede kan mak panggil

Suami : Pede tu la budu. orang Pahang panggil pede!!


Nota : Di Pahang, budu dikenali sebagai pede ["pe" sebut seperti "apa"]["de" sebut "the"]. Cara hidangan pede/budu akan dimasukkan dalam mangkuk, bersama cili api yang dipecahkan, hirisan bawang dan diperah air limau. Kadangkala di masukkan tempoyak. Dimakan bersama ulam.

***

Kosa kata loghat negeri Pahang
Kredit Tuan Ahmad Nizam Hamid


A
Ace - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ace cuba dulu/sama dgn ce
Aok - awak
Aokme/Awokme - kalian, anda semua
Ampuh - tenggelam

B
Babir - degil
Baler - gila, bala?
Beter - betul (Lipis/Raub)
Berderau - gotong royong
Bederun - pergi beramai-ramai
Bejehek - macam tak habis, tak selesai
Bejejet - peluh yang mencurah-curah
Bahan - pukul (Contoh: bahan kuat sket..bior mampuih.)
Berlengging - tak pakai baju, pakai seluar sahaja
Berlemin - berminyak
Berlimbor - berjalan bergandingan, berdua-duaan, jalan bersebelahan
Biroh - gatal, miang, gedik
Buas - lasak
Buboh - letak
Boyaih - boroi
Berambi - berhati-hati,berwaspada
Borok - borak
Bobok - tipu, bohong (pedo'oh)
Bopeng - pokai, tak ada duit
Boleng/bole/boleir - telanjang bulat
Berte’eih - bertungkus-lumus,usaha gigih
Beraluih/beralus - perangai yang sopan santun,berbudi bahasa (Contoh: mak suka benor ngan si tipah tu..beralus budaknya)
Bela - repair (Contoh: Bila aok nok bela TV tu?)
Berjelobei - koyak rabak, serabai
Beringor - memberitahu
Bersalai - disebut bersalei- maksud : tak mandi pagi
Berahi - suka (lebih kpd barang ye bukan org…kekkeke…disebut)
Bergodok - menghentak kaki ke batang lesung secara bersama/serentak serta dengan kadar yang cepat masa mengempin
Bertonyeh - gaduh mulut
Bercemperidei - berlari dengan cepat, berterabur
Bersempudei - berserabai, terbarai, bertepek dgn kotoran
Bekeroh - berdengkur

C
Ce - awalan pada beberapa perbuatan..seperti..awok ce cuba dulu
Caiyor - melilau, tercari-cari
Cegeng - capang (telinga)
Cemuih - bosan
Cenekang - cekam, cagu
Cekut - cakap/beritahu
Celau - hari ribut..sebab melakukan sesuatu luar biasa/tabie..seperti laga kucing
Cengkelik - hampir-hampir lemas, tersedak, tak boleh bernafas
Chika - mual/muntah/perut memulas
Cipot (mencipot) - lari lintang-pukang (Cth : mencipot lari kejor de anjing)
Cokei - cukai
Cokeng - tegak
Congkeh - cungkil (Cth : Habat het aok ni.. congkeh gigi ngan jari...)
Cuok (cuak) - takut
Cakner (cakna) -tak amek peduli, tak kisah. (Contoh: sebab pagi tadi aku lupa gi keja gosok baju.. lalu mak aku kata bebudak sekarang ni tok cakne langsung)
Copeir - hampir-hampir jatuh
Condeir - duduk di hujung birai (hampir sama dgn copeir)

D
Dan - sempat (Contoh: la napenye tok makan lagi? Tok dan ker?)
Di - Awak (Kata gantinama kedua) biasa digunakan di Pulau Tawar, Jerantut.
Doh - sudah (Contoh : awok doh makan ker?)
Dema - awak,biasanya utk ramai (Contoh: dema ni takde keja lain ke)
Dimeh - sama macam Dema - biasa digunakan di belah Raub.
Daur - sebaya,berkaitan dgn usia
Dedor - suam-suam kuku
Dedeh - hiris, potong

G
Gon - awak semua (Cth : Mana gon nok pegi ni?) (biasa diguna di Ulu Tembeling)
Gohek - kayuh
Goner - macamana, bagaimana, guane(Kltn/Trg)
Godei - kacau kacau air, dodol
Goge - hingar bingar
Gebor - selimut
Gonyoh - Sental kuat2
Getik - geli,meluat
Genyot - lembek (Cth : Aok rebus ubi tu sampei genyot)
Gamoknye - agaknya
Gasok - suka hati awaklah
Garaih/garas - gosok dengan kasar, cuci dengan berus
Gampang - kata cacian, makian (nada gurauan)
Gonggot - rambut yang digunting tak sekata
Ghober - terlalu teruk

H
Habat/habad - pengotor
Hamlor/Hamlau - riang
Halkoh - kain baju, pakaian, barang2 peribadi
Hantoi - lembap,slow pergerakan
Hampuras - paling tak berguna, teruk, hampeh (maki hamun)
Hamun - bosan, benci

J
Jabir - beg plastik
Jenih - jenis
Jenuh - puas (Contoh: ntoh ler..jenuh dah koi nunggu)
Juwei - dahan pokok yang yang mencecah permukaan sungai
Julat - tolak
Juring - potong, hiris (Cth : Aok mkn buoh mangga ke ter? Bok keh sejuring...)
Jelun/Jelong - biasanya kalau demam ambil tuala.celup ngan air asam jawa. jelun kepala

K
Kwei(Kawan) - saya, aku (biasa digunakan di Pekan)
Kaih/Kah/Kash/Kaweh - saya, aku (biasa digunakan di Jerantut)
Keh -saya,aku (biasa digunakan di Lipis/Raub)
Koi - saya,aku (biasa digunakan di Temerloh)
Kantup - tutup
Kancut - pakaian
Karok - jamung, obor yg dibuat drp pelepah kelapa kering
Kair - ke air (maksudnya - pergi ke sungai; mengail, menjala dsb)
Kabir - panggil, lambai, juga salah satu cara untuk mendayung perahu
Kome - kami
Kulo - warna kelabu tahi anjing
Kupi - Tin
Kohoit - letih, lenguh, sengal
Kerang - menangis dengan sepenuh hati, ketawa hingga tak boleh bernafas
Keri - ketawa teramat sangat.gelak guling-guling/gembira tak terperi
Kupik - kedekut
Kerapoh - sisa2/bersepah (Contoh: Boh ke kawan kerapoh tulang2 ikan tu yek)
Kecah - Lecak, becak
Karang - nanti,sebentar lagi (Contoh: karang lah mok koi kupas nyour tu)
Kelat - tipu bukan kelat buah (Contoh: tak aci sungguh main kelat) bunyi 'e' spt cerek
Kememe - sama cam tembe gak
Kekalu - emping dibuat dari padi pulut
Komeng - sinonim ngan nyiur/kelapa
Kuit/menguit - biase nye menunjukkan sesuatu yang banyak/ramai
Komoih - Gomol. (Contoh: Jgn le komoih budak tu nak tido weh)
Kobek/kerobek - membelek-belek, menyiasat
Kepok - tempat simpan padi
Kehem - berkehem, bersungguh-sungguh/keterlaluan
Kodi/kudi? - ketinggalan zaman
Kode - kacau (air)
Kipong/kepong - Makan buah spt jambu, mempelam tanpa menghiris, kekah
Keknya - tetapi
Ketnyer - walaubagaimanapun
Kipai - letih /lenguh tangan
Kisok - kelam-kabut
Kenit - kecil
Kederat - upaya
Kerayan - takut, cemas, bimbang (biasa digunakan di Jerantut)
Kanyo/konyo - riak wajah, bera, muka tebal

L
Lat - tenggang/jarak masa
Latur - pijak, lanyak, kerap dilalui (Cth : Habih belubang jalan ni latur de lori...)
Lagung - langgar, hantuk kepala ke dinding
Lantak - suka hati awak
Lambo - beranda rumah
Lacuh - tempat yang banyak dilalui atau digunakan
Lehet - dipakai bagi bagi buah labu, melekit
Lece - Tilam
Lengit - kalah teruk
Linyo - licin, bersih (Cth : Weh, pasei linyo je muke aok? Pakei susuk ke botox?)
Ledot/ledoit - pekat
Lede - cuai/tidak berhati-hati/sambil lewa
Lejut - basah teruk(lencun)
Lepe - cuai
Lecoh - becak
Leweh - lemah longlai (cakap atau utk perbuatan)
Lawas - lapang, kawasan yang luas
Lembang (berlembang) - sepah, berterabur
Loghat (lorat) - kalut, nak cepat
Lodek - lumpur
Lopok - bekas untuk menyimpan sesuatu (Cth : lopok pensel)
Lempoy (belempoy) - perihal kain yang bergumpal, berperenyuk
Lempat - perihal kain yang terbiar di atas lantai, biasanya kain basahan

M
Moh - jom,mari
Mok - mak
Muyaih - kotor, serabut
Mengelice - mengelupur
Mantul - pening-pening
Menikei/kenikei - buah tembikai
Meleweh - bercakap mcm nak tak nak
Meling - lalai, cuai
Mereloh - tidur (Temerloh, Jerantut, Raub, Lipis)
Meghetoh - tidur - sda-
Mengedam - tido (Pekan)
Meronoh - buang air besar
Meghuoh (meruah) - kentut dengan aroma paling hampuras sekali
Membeser - buang air kecil
Membute - tido
Mencayak - laju sangat (biasanya merempit)
Mengelentat - mengada2 seksi
Mengelatat - mengelicai
Memetat - terkena kpd diri sendiri
Merohong - wangi sangat
Melantong - busuk sangat
Merebang/mengerebang - rambut tak terurus
Merening - benda yang nak pecah(bulat)
Meraban - tak tentu hala, merepek, melalut
Menginding - mengecek makanan, kita dekati pihak lain secara diam-diam, juga bermaksud berdampingan
Mengkelan - tercekik (berkaitan dengan makan)
Mengkone - kemana-mana
Merarau - aktiviti berkatan menangkap ikan
Menggeledeng - perihal pergerakan badan.(Cth : Bakper menggeledeng ngat ni?)
Menglekek - ketawa beria-ia, terkekeh-kekeh
Masam menaung - Masam Sesangat
Masam mencekut - masam sesangat
Merepih - mencangkul rumput
Mengopeh - suka pegang sana..pegang sini..tangan tak duduk diam
Merepau -jalan dalam hutan tanpa tujuan
Melengger - apa ye perkataan sesuai.contohnya perahu yang hampir nak dimasuki air
Merabung -kuantiti yang banyak.nasi sepingan rabung
Mengoteh, meroteh - tangan tak dok diam
Melukah - kain yang dipakai terbuka
Menganjing - mengada
Motong - menoreh getah
Mamai - mimpi di siang hari, fikiran tidak stabil
Manis meleting - teramat manis
Mengekot - tubuh berbaring dengan bengkok..ala cam asam gelugur kedudukanya.
Mengaran,menajau - menangkap ikan dengan cacak tiang tgh sungai ikat tangsi dan mata kail, untuk pemberatnya diikat batu atau botol.
Merawei - satu lagi cara menangkap ikan.
Mengoloh - tolak balik/undur
Mencelabak - benda jatuh dalam jumlah yang banyak atau berat
Melepang - pahit/.masin/masam sangat
Mencanak -laju sangat(mencayak?)
Mek nye(matnya) - kenapanya
Megok-megok - tiba-tiba, sekonyong-konyong
Malaih - malas
Mombong - penuh
Meningkoh/tingkoh - membalas percakapan, menjawab, berdebat
Mengkane - telekung sembahyang
Mentekedaghoh (mentekedarah) - mentadarah, makan
Melantok - makan juga
Merungkeh/merungkaih - memanjat (terkial-kial)
Merukeh/merukaih - tercari-cari, mengagau
Molor - bekas, balang (biasanya diisi tempoyak/bekas gula2 di kedai runcit)

N
Nyayup - tinggi sangat diatas atau bawah sangat
Nyuluh - operasi buru binatng hutan pada mlm hari
Ngilir - menghala kehilir sungai.(dengan bot/perahu) secara perlahan.
Ngercuk - ramai sangat (orang), penuh sesak
Ngonyoh - gosok dengan kasar
Nyeraya - suruh
Nyonyeh - basah lejut

O
Oteing - pening lalat
Ong - awak (biasa digunakan di jaluran Sungai Tembeling)
Ogek - bergoyang, tidak kuat (Cth : Pasei kaki kerusi ni ogek? Taket keh nok duduk)

P
Pedo'oh - tipu
Paluh - air sungai yang terkepung dek pasir (air tak mengalir)
Pundung/safa - rumah kecik yang dibuat untuk berehat seperti tepi sawah,kebun durian dsb
Pepalih - terlebih, over (Cth : Pepalih awok ngape buat gitu..)
Podot/podok - sumbat (Cth: Usin, kalau tok muat jugek aok podot je la baju tu dlm beg ni)
Perintan/perentan - keadaan, masa (Pktn asal Ing - 'Prime Time')
Pelangkor - petir, guruh, kilat
Polok - gelojoh
Palor - Biar
Pungkor - Bohong, tipu, pedo'oh
Pepoh - pukul, hentam
Pesuk - bocor, tembus

R
Rodong/ghodong - kengkawan, member, sahabat
Racik - jerat ayam hutan
Rhebas - hujan dah mula turun renyai2..
Ralit - kusyuk, leka
Rege - harga
Reba - semak samun
Rompong - kemek, berlubang (Cth : Rompong kete tu kang aok lagung ke tiang)
Rengcek (ghengchek) - perihal bersembang, bising, hiruk pikuk
Rengkok (ghengkok) - perihal ketawa beramai-ramai, riuh rendah

S
Sapan/sapai - habih sut/habih reng/selesai
Sepan - tak berguna (macam hampuras)
Sede - mudah, senang (Cth : Sede sgt soalan aok ni.. bagi la yg payoh sikik...)
Sesemut - kebas kaki
Sebobot - serabut
Senyour - kebas kaki juga
Seronyih - serabut, tak kemas, tak seperti keadaan asal
Setotok - sama, sejenis (biasa digunakan di Daerah Pekan)
Sangei - tudung saji
Sengkelen - duit siling/pulas tangan kebelakang
Sempelet - kotoran di badan
Se’eh - Kenyang yg teramat sgt. (Cth : Se’ehnya perot kawan ni.rase macam tok leh nok bangun doh!)
Sokmo - selalu (Cth:Sokmo nye aku yang kena buat..aok bila?)
Setoho - di sana, situ ha..
Seman - terkena badi/kenan (huruf 'e' disebut spt cerek)
Sepolit - tinggal sedikit, secubit
Sekeceng - tidor sekejap sangat
Sokmo - selalu
Sakat - kandas/tersekat pergerakan perahu/bot.dalam air dek kerana pasir, juga bermaksud mengacau, menganggu, mengusik..
Sontok - habis had, suntuk
Sigung - menyiku, belasah

T
Tatin - angkat jemuran
Taki/bertaki - gaduh, berkelahi
Timbuk - kacau (gulai)
Taruk - letak
Tutuh - mencantas dahan
Tekeh - sekeh/ketuk/pukul dengan belakang gemgaman tangan.
Tawor Hebe - Tawar Sesangat (Air)
Tekeih - sikit lagi. tekeih dah no kena ikan tadi.(sikit lagi nak dapat tangkap ikan itu)
Tohor - cetek (Contoh: lor..mek nya tohor ngat air sungei nie)
Tertomos/tetomoih - jatuh tersembam, tersungkur
Tembe - lembek, lemah, manja
Tok - tidak (Contoh: tok makan lagi la..kawan lapo nie)
Tebal bakut - sangat tebal ( bak kata org pahang ckp bahse KL tebal giler!)

W
Waber/baler/papalih - lebih kurang le makna tiga perkataan tu.
Wokme - kalian, anda semua (aokme)
Woreh - waris, kaum kerabat

Z
Zaman Tori - zaman dulu kala/ disebut zaman Tuk Adam



Don's Diner


Sekarang ni memang jadi trend makan jenis seafood lambak. Menu yang terdiri dari bermacam jenis makanan laut yang di masak dengan pelbagai cara. Sweet sour la, butter milk la. Namakan saja.

Well, antara restoren yang menyajikan hidangan ala seafood lambak ni ialah Don's Diner. dengan motto we serve food you can't refuse. Mampu? Tak mampu menolak uols. Tengok dia punya buku menu. Ada muka Al Pacino. Kenapakah? Kerana restoren ni bertemakan film The Godfather. Deco dalam restoren, gambar-gambar yang digantung juga berunsurkan filem ini. 


wajah Al Pacino menghias buku menu

Saya dan Ella memang bercadang hendak merasa seafood lambak style Don's Diner ni. Almaklumla, trend yang tengah in sejak viral tentang makan style begini dari sebuah restoren lain. Don's Diner ni terletak di Petaling Jaya.


Alamat   : 22, Jalan 17/54, Seksyen 17, 46400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Waktu    : Ahad-khamis  12 t/hari - 11 malam
               Jumaat-Sabtu 12 t/hari - 12 malam
               Selasa tutup    


Kami memilih set seafood ini dengan bantuan seorang staf Don's Diner. Sangat peramah dan membantu kami memilih seafood jenis apa dan cadangan kuantiti, juga mencadangkan kami memilih dua jenis kuah iaitu butter milk dan spicy.

Sementara menunggu hidangan kami di siapkan, kami layan perasaan dengar nyanyian dari dua orang penyanyi yang ada pada malam tu. Haish lagu sedap-sedap pula tu. Lagu dari malaysia, indonesia dan pelbagai lagu inggeris di dendangkan. Antara lagu yang saya ingat ialah Ku Relakan Jiwa nyanyian asal Hazama, Kosong nyanyian asal Dewa19 dan I Don't Want To Miss A Thing nyanyian asal Aerosmith.  
       

makanan sampai terus aje posing. awek kat belakang tu le salah seorang penyanyi

ko nak makan ke melantak ni cik kak?

close up pelbagai jenis spesis hidupan laut yang terpilih sebagai mangsa

Masa tengah makan tu for sure ada cengkerang, kulit dan kepala haiwan laut ni terpaksa ditolak ke tepi supaya dapat bagi laluan kepada yang lain untuk mengorbankan diri. Staf Don's Diner akan datang bawa bucket dan bantu bersihkan cengkerang, kulit tu semua. Bos or manager Don's Diner pun ada singgah ke meja kami bertanyakan keadaan kami. Pendapat selepas kenyang?


Pro

i) Hidupan laut pelbagai pilihan
ii) Pilihan kuah
iii)Selesa
iv)Layan staff tip top

Con

i) Agak mahal
ii) Hidangan sampai agak lambat 
iii)Rasa kuah boleh baiki lagi, bukan tak sedap ye. Memang sedap tapi saya pernah makan kuah yang lebih  sedap untuk style seafood lambak. (Ini pendapat peribadi saya, mungkin citarasa korang berbeza)






7 Days, 7 Favourites