Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Porch Garden

 


PKP 3.0 datang pula. Since bidang pekerjaan kakak tidak termasuk dalam kategori essential kali ni, maka WFH aje la. Actually nothing much I can do at home, kerana kerja kakak banyak melibatkan operasi syarikat (rantaian pekerja syarikat). Tapi mana-mana kerja yang boleh dibuat secara online kakak selesaikan. 

Oleh yang demikian kakak menyambung operasi dekor rumah yang kakak buat masa PKP 1.0. Kali ni kakak decor porch kakak. 


Rak putih ni actually rak untuk toilet duduk. Tapi rumah sewa kakak tandas cangkung. Macam mana tu? Kakak guna untuk letak sabun serta ahli keluarganya dan bahagian bawah letak bakul kain kotor. Tapi lepas tu kakak menyampah sebab messy jadi kawasan tu maka kakak kosongkan dan rak ni pindah ke porch. 


Bangku putih ni bangku sekolah rendah. Cikgu sekolah bagi kakak since kerusi ni dah tak pakai sebab kena banjir haritu. Satu warna putih satu warna biru asalnya. Kakak spray dengan cat putih nak bagi sama kaler. 


Pokok-pokok semuanya hasil PKP 1.0 dulu. Alhamdulillah, walaupun ada beberapa pasu yang mati tapi banyak juga la yang survive. Hijau juga la pemandangan porch kakak. 

Pasu-pasu kecil self watering pot kakak beli di Shopee aje. Senang, seminggu sekali kakak topup air dan mandikan pokok-pokok if needed. Baja kakak beli Baja Wangi dari Cikgu Kebun. 


Jadila buat tempat lepak sementara tunggu posmen or courierman. Lega juga ada tempat duduk ni, dapat juga mak kakak kalau datang rumah duduk sini sementara tunggu kakak buka pintu. 


Kalau rumah sendiri ni mau kakak tempah lantai kayu, ala-ala beranda gitu. Huhhhhh berangan itu free ye dak? 






Bubur Nasi Pok Din


Asalnya kakak nak breakfast di Cafe Kampung Kaw. Sekali sampai ramainya manusia macam hape je uols! En.Suami terus pangkah la. Pergi ke port breakfast pilihan kedua iaitu Kedai Roti Canai Sedap. Dekat situ je nasib baik. Tapi tutup la pulak. Aduhai. Last-last teringat masa minum Air Jando Pulang tu ada nampak selang satu lot kedai jual breakfast. Terus aje la ajak En.Suami tuju ke situ.  

Bubur Nasi Pok Din
The View Ala Carte Corner
Lot 2588 Batu 6 Pekan Teluk Kemang
71000 Port Dickson, 
Negeri Sembilan, Malaysia

By the way port ni di namakan The View Ala Carte Corner, kerana beroperasi dalam kawasan The View Steamboat & BBQ.  Makanya bab parking memang selesa sangat uols. Konsep di sini ala-ala food court ada beberapa station jual makanan. Beroperasi dari 9 pagi hingga  5 petang.

Kakak dah tak nampak menu lain memang aim nak makan bubur dah bila tengok banner. En.Suami asalnya bagitau nak teman makan je sebab dah makan sandwich masa duty awal pagi tu, tapi lepas nampak banner order jugak semangkuk. Kami berdua order  bubur special (RM5) dan kakak order air teh tarik halia.

Bila bubur sampai kakak sangat happy sebab iklan langsung tak menipu ye. Macam mana gambar pada banner macam tu la rupa bubur yang kami terima. Loveeeeee. Bahan yang diletakkan atas bubur ialah ikan bilis, telur masin, kacang tanah, ayam, bawang goreng dan daun sup. Disertakan juga dengan sambal kicap. Lazat!


Kakak takut nak curah sambal kicap terus masuk dalam bubur. Masuk sikit-sikit bimbang pijar sangat. Puas makan. En.Suami konon takut tak habis makan kakak tengok kosong je mangkuk dia. Eleh.




King's Char Kuey Teow



Makan malam kami tuju ke King's CKT je. Senang. Tepi jalan. Mudah nak cari. Restoren ni beroperasi setiap hari dari pukul 2 petang hing 12 tengah malam. Ini kali kedua kakak makan di sini.

King's Char Kuey Teow
402, Si Rusa, 4, Jalan Pantai,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan

Dari segi suasana memang selesa memandangkan kawasan restoren yang luas. Ada bawah bumbung ada open air. Ada tempat parking. Dan busking. Settle check in mySejahtera dan check suhu kakitangan restoren akan bawa kita ke meja kosong dan terus ambil order. Pantas.

Untuk kakak, order CKT seafood (RM14.90) dengan air Ananas Fresco (RM7.90). En.Suami pula order chicken chop dengan air Vin Citrus (RM7.90). Since restoren ni menyediakan menu khas sahaja, makanya cepat je makanan tiba di meja kami.

Btw, akan ada staf yang letak otak-otak atas meja tanpa kita order. Yang ni up to you, kalau korang makan kena la bayar. Tak makan tak pe. CKT di sini of couse sedap cukup rasa. Mewah dengan extra choice kakak iaitu seafood.

Alhamdulillah, kenyang. Cuma belum lagi berpeluang try menu yang lain. Next time nak cuba datang try menu siang pula.



Penganan Cair Gula Anau


Balik dari Phantasy Farm memang dah kering tekak, haus kemain. Pusing-pusing cari kedai cendol or ABC tak jumpa la pulak. Last-last tuju balik semula ke Pekan Teluk Kemang teringat ada nampak signboard kedai cendol gula anau. 

Penganan Cair Gula Anau
Batu 6, Pekan Teluk Kemang,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan

Punya la lega jumpa kedai cendol teruja nak minum. Bila belek-belek menu nampak Air Jando Pulang! Wahhhhh tak jadi minum cendol. Jando Pulang satu. En.Suami pun mintak juga, tak pernah rasa katanya.

Air Jando Pulang ni originnya dari daerah Kuala Pilah. Masa my sister study sana la kakak belajar minum air ni. Bahannya simple je, air kelapa muda dengan gula anau/gula kabung. Kenapa di panggil Jando Pulang? Kerana isi kelapa muda ni akan dikeruk dan dikeluarkan, air kelapa dengan gula anau akan di campur barula isi kelapa tadi dimasukkan semula. Original minum dalam kelapa la juga tapi sekarang biasanya dihidang dalam gelas, proses yang sama juga la, cuma ada tambahan ais.  Menarikkan? Minum pula time cuaca panas. Ya ampun nikmatnyaaaaa.

Dan kami berdua juga order roti bakar penganan. Penganan ni dodol cair. 1st time try weh. Teruja kakak jadinya. Rasa penganan ni tak macam dodol yang kakak biasa makan. Sedikit tawar untuk citarasa kakak atau maybe guna gula anau je langsung tak campur gula putih atau sebenarnya rasa dia telah di superseade by Jando Pulang? Entahla. Yang penting habis licin ye. Boleh try lagi.

By the way, senang sangat nak cari kedai ni dekat sangat dengan roundabout Batu 6, Pekan Teluk Kemang. Selang satu lot dengan The View dan dekat dengan Tokong Wan Loong. Depannya nampak McDonald. Tak jumpa juga tak tahu la. Kedai ni tutup pukul 6 petang so jangan datang lewat sangat.




Phantasy Farm



Kakak sebenarnya dah tak tahu nak pergi mana dekat PD. Majoriti tempat kakak dah pergi. Last-last kakak google nampak ada tempat nama Phantasy Farm dan yang best dalam google nampak macam menarik aje untuk kakak berposing-posing. Harga Tiket RM35 seorang dewasa untuk warganegara Malaysia,kanak-kanak RM29. IC Nogori harga lain.

Phantasy Farm
Lot 3636, Batu 9, Jalan Pantai,
Kampung Sungai Menyala,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan


Phantasy Farm ni dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dari pukul 9.30 pagi hingga 6 petang. Phantasy Farm ni ialah petting zoo ye dan merupakan cawangan Farm in the City . Untuk peminat haiwan dan yang ada anak-anak kecil memang tempat ni sesuai sangat. Kakak dan En.Suami spend masa dalam dua jam setengah di sini.

Station #2 Parrot School

Btw, di kaunter tiket juga disediakan set makanan haiwan kepada yang nak beli. Encik Suami of course la beli. Lepas tu dia rasa tak cukup pulak rupanya beli satu bekas. Maklumla pencinta haiwan. 

Station #6 Meow Meow House
Station #7 Nature Classroom
Swan Lake
Cinderella Carriage
Station #11 Ostrich Range
Station #15 Alpaca Land
Sunflower Field
Station #18 Savannah

Habis je zone haiwan ni kita akan sampai ke Grandma Backyard. Boleh la berehat di sini ada bangku untuk duduk. Yang ada anak-anak pun seronok rehat di sini ada treehouse boleh budak-budak main.

Station #22 Rainbow Treehouse

Yang menariknya di sini ada pulak Antique House . Layan je la kami berdua pun. Di Antique House ada jual air dan jajan so, memang sampai kat area ni dah haus tekak pun. 

Giant Sofa depan Antique House
Station #23 Grandma's Antique House

Di Haunted House pula rasa macam pergi fun fair. Alaaa tak takut pun. Terkejut je la bila tiba-tiba patung tu bergerak.

Station #24 Funny Haunted House
Station #25 Pigeon House

Seterusnya korang akan melalui Phantasy Walk. Yang kaki bergambar macam kakak memang happy ye. Macam-macam port pilihan untuk bergambar.

Phantasy Walk
Phantasy Walk
Phantasy Walk

Kami meninggalkan Phantasy Farm pun dah petang. Memang puas hati. Siapa yang datang ke PD boleh try spend time di sini.




7 Days, 7 Favourites