Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Fail Pusaka



Walaupun bertahun-tahun menguruskan kes-kes pusaka anak guam tetapi tidak pula terpanggil untuk menyediakan sistem filing sendiri hinggalah mendapat tips dari Puan Aribah serta terusik dengan kes-kes viral berkaitan pusaka. Makanya diusahakan juga menyediakan fail pusaka untuk diri sendiri dan suami. 

Fail saya ini saya panggil Fail Pusaka Fariha (nama sendiri). Cara filing adalah berdasarkan pengalaman sendiri menguruskan pusaka orang lain.

1) Depan sekali diletakkan senarai semak (inspirasi dari Puan Aribah) 
 
2) Slot pertama saya tanda SIJIL MATI, saya kosongkan untuk diletakkan Sijil Mati (waris akan masukkan sijil mati saya bila tiba masanya untuk urusan pusaka)  

3) Slot kedua saya tanda sebagai INFO PERIBADI, saya masukkan salinan kad pengenalan, salinan surat beranak dan salinan sijil nikah 

4) Slot ketiga saya tanda sebagai WARIS, saya masukkan salinan kad pengenalan waris-waris saya (jika tak tahu siapa waris anda yang layak terima pusaka, tak mengapa, masukkan je kad pengenalan ibu bapa, suami/isteri, anak-anak, adik beradik).Tidak wajib-saya juga buat ringkasan 'family tree', dan ringkasan maklumat waris, dimasukkan di slot ini. 

5) Slot keempat saya tanda sebagai HARTA, di sini saya masukkan salinan geran kereta, senarai akaun bank, insurans, KWSP dan semua yang dirasakan boleh di wariskan. (geran rumah, jika berniaga masukkan maklumat perniagaan, akaun perniagaan dll) Mana-mana akaun anda terutamanya yang transaksinya secara atas talian (online), boleh cetak atas kertas maklumat yang berkenaan dan masukkan di sini 

6) Slot kelima saya panggil HUTANG, di sini saya masukkan maklumat pinjaman yang saya ada, bil-bil termasuk letrik, air, telefon, astro, coway, sewa rumah. Untuk yang menyewa, boleh buat satu catatan lengkap maklumat rumah sewa seperti alamat rumah, nama tuan rumah, nombor telefon tuan rumah dan nombor akaun tuan rumah. 

7) Slot keenam saya kosongkan dan namakan sebagai HIBAH, yang saya akan masukkan Hibah atau Surat Ikatan Amanah, InsyaAllah saya akan buat. 

8) Slot ketujuh (tidak wajib), saya masukkan cadangan nama peguam yang boleh dihubungi waris saya jika keadaan memerlukan untuk melantik peguam.

NOTA
1) Maklumkan kepada waris tentang kewujudan fail ini.
2) Maklumkan pada waris dimana letaknya fail ini
3) Fail ini hanya akan lengkap bila kita meninggal dunia. Maka sentiasa update fail ini mengikut keadaan (dah habis bayar pinjaman, kereta dah tukar jadi nama kita dll)


Semoga bermanfaat
#permudahkanurusanwariskita



Selera Patin Bangau


Korang... entry ni khas untuk korang yang singgah blog kakak. Kakak tidak akan share entry ini hatta ke FB kakak sekalipun. Sebab apa? Sebab tak nak ramai sangat orang luar datang sini hahahah. Tapi-tapi-tapi sebab korang sudi baca blog kakak maka dapat la info ini. Iaitu tempat makan patin masak tempoyak yang best kat Temerloh.



Mana yang singgah ke Temerloh for whatever reasons pasti akan mencari kedai untuk makan patin tempoyak. Betul tak? Kedai yang ni letaknya di Kampung Bangau. Kalau korang dari Bandar Temerloh, korang ambik jalan menghala ke Hotel Seri Malaysia. Terus je dan menyusur tepi Sungai Pahang sampai korang jumpa signboard Selera Patin Bangau.(kat jalan ni ada banyak restoren ikan patin) Ikut je signboard tu masuk simpang ke kiri. Ke kanan terjun sungai. Korang akan lalu celah kebun getah. Jangan panik. Terus je ke depan. Restoren ni di celah-celah rumah orang. Hakak aritu pun parking bawah pokok manggis jah.

lauk pauk lain serta ulaman. Lupa nak ambik gambar rak sambal.
kaunter air

Konsep di sini layan diri ye termasuk untuk order air. Korang boleh terus ke kaunter dapur minta gulai patin idaman korang. Nak bahagian apa? Kepala? Badan? Ekor? Bagitau je. Then boleh ambik nasi serta lauk lain yang korang nak. Untuk kakak kalau nak betul-betul  nak enjoy makan gulai patin, kakak prefer makan dengan sambal dan ulam je as tambahan. Sambal korang boleh pilih either sambal tempoyak or sambal belimbing hitam. Dua-dua sedap! Dan dah di pack dalam bekas kecik-kecik. Senang nak ambil atau pun nak tapau.


Now masa untuk makan. Korang tengok la gambar ni. Renung betul-betul. Gulai patin tempoyak Pahang kuah dia kuning macam ni. Kalau warna oren or kemerahan tu memang bukan original style Pahang ye. Walaupun kedainya dalam negeri Pahang. Okey gulai patin tempoyak kat sini memang kaw amat kuahnya weyyhhhh pekat likat melekat. Adoi terliur pulak sambil menaip ni. Kuahnya sedikit pedas, better pedas dari manis. Mak kakak biasa buat tak berapa pedas, sebab akan partnerkan dengan sambal.

Satu lagi korang boleh try pais patin. Pais dia pun sedap wey. Tapi korang jangan makan serentak. Dua-dua sedap tapi nanti korang tak boleh beza pulak perasaan sedapnya tu. Kira pinggan pertama korang makan dengan gulai, lepas tu pinggan kedua makan dengan pais. Mevelous.


Since semua kami makan gulai patin, menu tambahan pun ala-ala sajork yang diambil. Ada sayur, pajeri, ulam, bergedil, sambal. Total damage untuk 7 orang lebih kurang RM122.




The Tribe Has Spoken



Korang, dah pilih warna baju raya ke? Tahun ni giliran raya dengan famili kakak, makanya tema pun telah dipilih. Memang boleh katakan since kakak kecik kot selalu berbaju sedondon. Kakak dah beli kain dah, tengah struggle nak pikir fashion baju wahahaha over la si demok ni. Untuk Encik Suami nanti beli siap je sebab badan dia size kedai. Tu pun tak tau lagi dia dapat cuti ke tak.

Siapa sama tema dengan kakak?


Nasi Lemak Ujang Corner


Haa korang. Hakak nak share satu tempat makan nasi lemak sedap kat area Bandar Baru Selayang/Batu Cave iaitu di Medan Selera Taman Greenwood. Korang waze/google maps je senang. Kakak pun Ella yang bawak ke sini.

ni kakak share siap-siap senarai harga
tu dia macam-macam lauk

Disebabkan kakak keletihan drive dari Pahang, letih emosi sebab dealing dengan manusia yang kurang asam siang tu, makanya kakak rasa begitu kebulur. Tambahan pula hari hujan lebat. Makanya nafsu makan memang membuak-buak. Hoi kakak! Bilanya ko tak selera makan? Memanjang sajah lapar. Alasan.


Tu dia, penuh pinggan hakak okey. Kakak ambik telur goreng, sambal sotong dan paru. Total tak ingat berapa belas ringgit. Inilah namanya guilty pleasure. Habis licin tau. Boleh follow FB diaorang ni kalau nak tengok apa-apa updates. Selamat mencuba.


Tree Steak House


Masa wedding anniversary pertama hakak dan Encik Suami kebetulan pula Encik Suami nak balik dah ke tempat kerja beliau. Maka stay di KL la kami. Masa tu kami duduk di  The Royal Widad Residence UTMKL . Malamnya tu kami decide untuk makan di The Tree Steak House, Keramat. Dekat je dengan tempat kami stay.


Ada banyak pilihan makanan western style dengan harga yang sangat affordable di sini. Menu kat atas ni signature dish dia orang. So, jangan takut mencuba okey. Jom tengok pilihan kakak dan Encik Suami.

Nachos RM9.90



Nachos kat sini biasa aje, berpadanan dengan harga. Cuma kakak agak shock bila tomato dengan timun dia hidang macam tu aje, macam makan nasi ayam pulak. Rasanya kalau cincang halus tomato dengan timun tu tak de masalah pun rasanya. Lebih presentable dan mudah nak makan dengan nachos. 



Encik Suami pilih pasta dengan lamb. Boleh tahan juga portionnya dan black pepper saucenya boleh tahan sedap. Encik Suami suka dan dia makan sampai habis licin.

RM23.90

Yang kakak punya iaitu salmon steak. Rasa okey la. Gravy-nya agak sedap pada taste bud kakak. Overall berpadanan dengan harga yang ditawarkan. Total damage lebih kurang around RM60 for 2. So, untuk kakak dengan suami, boleh juga la kalau nak repeat lagi kalau kami stay area sini lagi.


NOTA
1) Ada ruang parking di sediakan
2) Decor dalam restoren menarik (sorry tak ambil gambar, ada customer lain)
3) Restoren luas dan selesa
4) Certain menu cepat habis
5) Certain menu tak boleh order sebab tak cukup bahan (mohon management do something)


Bulan Cinta


Hey Tiffany

Seperti biasa, bulan baru dimulakan dengan berus baru. Mental sangat hobi kakak kan. Nak berus makeup banyak-banyak. Muka ada satu je. Janji happy orang kata.

Btw, tajuk entry ni bulan cinta. Kakak tak sambut V-Day. Memang tak pernah. Tapi kakak dengan En. Suami everyday is bercinta day. Gittew! (nampak sangat bohong yach!). Everyday mesti hantar gambar selfie kat dia. Bagi dia hafal muka isteri dia yang makin kembang ni. Padahal masa belum kawen dulu tak kuasa nak antar selfie since kakak pun bukan suka sangat berselfie. Tapi sejak makin suka bermakeup segala warna ni suka juga la nak rekod style makeup.

Semoga kami terus bercinta sampai jannah. Semoga korang yang masih mencari pasangan akan bertemu jua akhirnya.



7 Days, 7 Favourites