Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

VR The Ketupat Dash 2018


VR under Bee Storm untuk 15KM. Masa nak start larian ni rasa badan dah susut sikit plus masa bulan puasa, siap contact admin Bee Storm minta tukar saiz baju. Kecil satu size. Yahooooo. Macam biasa kita akan terima E-Bib. 


Actually tempoh larian mula dari 15 Mei hingga 14 Jun 2018. Tapi dalam pada puasa dan sebenarnya walking je tu, habiskan juga before masuk bulan Jun, boleh start VR lain pula. Submitted on 1 Jun 2018. Tunggu medal dan t-shirt la pula.

depan t-shirt
belakang t-shirt
gambar ketupat kat belakang t-shirt. Ketupat Dash kan
medal

Salon de Chocolate


Lama sis tak buat entri pasal tempat makan. Bukannya sis berlari je sampai tak makan. Nampak sangat tipunya. Harusla sis tetap kuat makan hingga body sis pun dikecam orang lulz.

Okey geng, mana-mana yang tinggal di Kuantan or yang jalan-jalan or meeting di Kuantan macam sis la kan, rasa-rasa nak makan desserts ala-ala hipster. Boleh la ke East Cost Mall dan ke  Salon de Chocolate yang terletak di tingkat 2.

Range harga memang hipster la dan banyak pilihan manisan yang berasaskan coklat. Tengok nama kedai la kan. Yang sejuk, yang berasap, yang made to order semua ada. Well since sis pergi bertiga dengan kawan-kawan sis haruslah tiga jenis yang berbeza.

Okey dalam gambar ni ada blueberry pancakes, tiga layer tau so memang kenyang la makan ni. Ada chocolate hazelnut waffle dan ada halfmoon waffle. Lebih kurang gitu la namanya.

Part yang paling best kita boleh pilih jenis coklatnya. Dark chocolate, milk chocolate atau white chocolate. Sis punya yang halfmoon, so sis pilih dark chocolate dan white chocolate. Bimbang white chocolate tu manis sangat tu yang gengkan dengan dark chocolate. Rupanya tak terlampau-lampau manis. Memang sedap. Dengan waffle tu yang gebu makan pulak dengan dua jenis sos coklat. Sedapnya wey. Dah la tak lokek pun letak sos coklat tu. Eh yang milk chocolate pun sedap tau. So yang sweet tooth tu boleh la cuba ye. Jangan makan selalu la. Kesihatan kena la jaga okey? 

VR Hari Raya 2018


Haish. 42Race ni memang buat tema best-best untuk VR dia. Yang ni tema hari raya. Macam biasa dah daftar dapat E-Bib.


Since VR hari raya haruslah tempoh masanya masa minggu raya. Ko pun dah pulun lemang, laksam, satey, roti jala bagai. Inilah masanya untuk bakar semua lemak-lemak.


Mujurlah berjaya menamatkannya walaupun tak berapa nak berlari. Lama tinggal uols. Cuti raya katanya. Sis tazaba nak tunggu medal. Selain medal dapat poskad jugak.

VR 21 Days Challenge June 2018 : Gemini


Gigih ko daftar 50KM  masa pertengahan bulan puasa membawa ke raya? Kerasukan apa? Nyesal tak sudah. Under 42 Race sekali lagi (haish napelah asyik keluarkan tema yang best-best?) 


Dan akhirnya berjaya menggenapkan 50KM pada 6 Syawal. Alhamdulillah sedar diri selepas melantak macam-macam menu raya macam naga.


And now time menunggu medalnya pula! Suka sangat lanyard dia. Cantik! #bestofbothworld okey! Selain medal dapat poskad yang tertera kata-kata motivasi dari Michael Kwok. Salah seorang peserta jugak.

depan
belakang
poskad

VR Brace The Steel 2018


Again, daftar VR under Bee Storm. 21 KM perlu dihabiskan dalam bulan Mei 2018. Macam biasa penganjur akan bagi E-Bib untuk rujukan.


Tiada banyak masalah masa nak settlekan larian. Cuma bab nak menunggu baju dengan medal tu lama sikit la. Tak sabar nak tengok medal dia yang rare.

E-Cert
depan
belakang. ada nama iols!

Woot woot...bajunya pulak. Dapat terus pakai on the same day okey. Semangat. Baju pun ada nama yours truly.

VR World Challenge 2018 : China


Kalau yang first time daftar hari tu negara sendiri, Malaysia tercinta, yang ni China pulak. Jarak yang sama 20KM je tapi kali ni tak ambil t-shirt. Medal je. So, yuran penyertaan hanya RM29.90 sahaja.


Nak menghabiskan larian ni azab la sangat sebab awal-awal puasa. Gagahkan diri juga la untuk habiskan. Buat sikit-sikit. Walking je yang banyak sebenarnya. Finally medal tiba on hari iols dah nak balik kampung.

depan
belakang

VR Run Run Hippo Little 2018



VR under Another Running Club ni konsep dia cute miut aje semua. Ni ha tema hippo. Warna purple pulak tu, baik t-shirt baik medal. Tapi warna pada E-Bib ala-ala pink.


Tak banyak masalah pun masa menyudahkan larian ni. Tiga kali lari selesai. Submit larian pun mudah la sangat, PM dekat facebook je. Then tunggu medal dengan t-shirt sampai.

depan t-shirt 
belakang t-shirt & belakang medal
close up medal. so cute!

VR Diva Vengers 2018


Sambungan The Running Diva, daftar pulak virtual run Diva Vengers. Diva Vengers pun ada 2 kategori. 8KM & 5KM. So ada dua juga design baju dan medal. Medal lawa tau. Bentuk tukul Thor.


Tempoh masa yang ditetapkan juga sama macam Shopadiva. 2 minggu. Iaitu dari 1 May hingga 14 May 2018. Ironinya iols berlari pakai baju The Shopadiva. Berjaya menamatkan 8KM dalam satu run. Or must I say, slow run? Walk? By the way, thank you very much The Running Diva for the medal, t-shirt & certificate!

belakang t-shirt, medal & sijil
rare medal dia
depan t-shirt

7 Days, 7 Favourites