Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Mualaf


Kalau datang ke Raub, atau pun melalui Raub untuk ke Lipis, Cameron Highland atau pun ke Kelantan boleh la cuba singgah di Restoren ni.

Restoren Mualaf
No 1 Taman Bistari
Jalan Tras
27600 Raub
Pahang

Sekiranya datang dari arah Kuala Lumpur, ianya terletak di sebelah kiri jalan sebelum masuk pekan Raub. Kena susur masuk simpang kerana restoren ni terletak dalam area perumahan. Landmark, LHDN di sebelah kanan jalan besar.

jadual waktu restoren

Sekarang restoren ni dah ada waktu rehat. Sebelum ni tak de pun. Tapi kalau kita datang hampir tamat waktu, contohnya lagi 20 minit sebelum rehat, kita still boleh order. Makanan akan tetap dihantar. Kena terus bayar masa tu juga la sebab tepat masuk waktu rehat mereka akan tutup kedai. Kita? Terus je la makan

banner besar mempamerkan antara menu yang disediakan
close up
buku menu
bakul ubi keladi. sedap tu

Semua sedia maklum masakan ala cina biasanya tidak pedas. Maka restoren ini menyediakan cili potong dan juga kicap cair untuk siapa yang mahukan pedas. Bawang putih cincang juga ada.

cili potong

Saya memilih air limau kasturi asam boi. Sedap tau. Ada seorang kenalan berbangsa cina memberitahu air ini boleh menyejukkan badan.

air limau kasturi asam boi. RM3.40 segelas


Kali ini memilih empat jenis hidangan iaitu sayur kailan goreng bawang putih, taufu sizling, taufu special dan siakap goreng masak asam.

kailan goreng bawang putih RM10
taufu sizling RM 15
taufu special RM14
ikan siakap goreng masak asam RM60

Nasi putih RM1.60 sepinggan. Nasi beras wangi. Chinese tea segelas RM0.60 sen. Total damage di sini adalah RM116. Pandangan saya?


Pro

1) parking selesa kerana terletak dihujung bangunan
2) hidangan cepat dapat
3) rasa makanan jauh lebih enak berbanding beberapa restoren masakan cina yang pernah saya cuba.
4) boleh minta hantar makanan ke pejabat (sekitar Raub sahaja)
5) menyediakan secara percuma chinese tea,sirap,buah dan kurma ketika bulan puasa.

Contra

1) ada masa restoren kehabisan stok makanan yang kita minta

Antara menu lain yang pernah saya cuba

1) Daging lada hitam
2) Sayur 4 jenis
3) Ayam masak thai
4) Bakul ubi keladi
6) Udang masak western
7) Sotong goreng tepung
8) Tom yum chinese style 
9) Taufu mongolia
10)Nasi ayam




Wish List


Neuschewanstein Castle, German


"life itself is the most wonderful fairy tales of all"

From Taiping With Love


Dari lebuhraya Utara-Selatan kami ambil susur keluar Changkat Jering. Selepas bayar tol sampai dekat traffic light tu ambil kiri. Jangan laju sangat, dari traffic light lagi dah boleh nampak signboard besar tunjuk arah restoren mee udang ini.

Restoren Mee Udang Nur Zetty
NO 19, Batu 7, Jalan Trong
34850 Changkat Jering
Perak

Waktu operasi : 11 pagi hingga 12 malam
(tutup pada hari Isnin)

depan restoren

Jarak dari traffic light ke susur menghala ke restoren dalam lebih kurang 50 meter sahaja. Selepas belok kanan terus sahaja ke belakang. Restoren ini terletak dalam kampung jadinya kena melalui beberapa rumah penduduk kampung. Depan sedikit dari restoren disediakan tempat parking.

mee udang RM7

Saya memilih mee udang biasa sahaja. Memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Jadilahkan? Janji merasa. Kuahnya tidak terlalu pekat, dan bagi saya ada mee udang yang lebih enak daripada mee udang ini. Selain mee udang biasa kita juga boleh memilih mee udang special serta pelbagai lagi masakan panas.

Dari mee udang kami menuju ke pekan Taiping. Bila sebut Taiping mesti teringat majalah Ujang dan salah satu komik yang popular adalah from Taiping with Love. Kisah-kisah lucu percintaan uda dan dara yang berdating di Taman Tasik Taiping. 

from taiping with love

Taman Tasik Taiping ini memang telah lama popular dikalangan warga tempatan mahupun pengunjung dari luar. Malah klip video lagu "Seiring dan Sejalan" nyanyian Sharifah Aini dan Broery Marantika juga dirakam di sini.

Taman Tasik ini dibina atas lombong terbiar sekitar tahun 1880 mempunyai 10 tasik dan kolam. Terdapat juga kolam teratai, trek joging serta refleksologi. Malah untuk kanak-kanak terdapat taman permainan, gelanggang kasut roda juga boleh menaiki bot.  

pemandangan indah di tasik taiping

Apa yang menakjubkan pandangan adalah pokok-pokok angsana yang terletak di tepi jalan. Sangat besar hingga hujung dahannya hampir mencecah tasik. Berlatar belakangkan Bukit Larut, taman tasik ini merupakan yang tercantik yang pernah saya jejak kaki.

cantikkan?

Disebabkan keindahannya maka tasik ini merupakan pilihan utama pengantin dari kawasan sekitar untuk sesi outdoor photoshoot. Sepanjang kami berada di tasik ini tak tahu berapa ramai pasangan pengantin yang sedang berposing. Malah disebabkan kami datang waktu cuti, taman tasik ini memang dipenuhi dengan pengunjung.  Agak sukar untuk mendapatkan gambar-gambar disekitar tasik. 

finally dapat tempat duduk

Selain Tasik Taiping, di sini juga terdapat tarikan lain iaitu Maxwell Hill atau sekarang dikenali sebagai Bukit Larut dan Zoo Taiping yang popular dengan night safari. Malangnya tak mampu nak singgah kerana terlalu ramai pengunjung. InsyaAllah suatu hari nanti akan datang lagi pada waktu yang lebih sesuai.


Penang Pening [part 6 : jjcm]


Di Padang Kota kami mencari mee sotong yang glamor sangat tu. Bila tanya geng-geng Penang mesti mereka akan cadangkan makan mee sotong ni. 


Hameed "Pata" Mee Sotong
No 6, Kota Selera Padang Kota Lama
(Fort Cornwallis Food Court)
Jalan Tun Syed Sheikh Barakbah
10200 Georgetown, Penang

Kedai ni ramai peminat ye. Apa-apa hal memang kena beratur. The best part, panjang line beratur untuk mee sotong ni memang tak pernah surut ye. Harap maklum.

orang beratur tak pernah surut ye

Nasihat saya kalau nak makan mee sotong ni belilah banyak ye. Tak berbaloi beratur punyala panjang dan macam tu punya lama kalau nak beli sepinggan. Tapi kalau beli banyak pinggan contohnya 5 pinggan, pastikan seseorang untuk menunggu dekat dengan kaunter untuk bantu ambik mee-mee ni nanti.

tu dia

Seksikan rupa dia? Yang paling istimewa haruslah sambal sotongnya. Rasa manis-pedas tu yang buat teringat-ingat.

close up sket

Kuantiti mee untuk sepinggan tidaklah banyak sangat. Untuk dua orang makan kalau lapar sangat beli je tiga pinggan. Harga sepinggan? RM5. Jangan lupa beli coconut shake sebagai pasangan mee sotong ni. Baru terangkat makan.

Dari Padang Kota gerak pula ke Batu Feringghi. Puas berjalan dan bergambar, membasahkan tekak dan minum petang pula di Hard Rock Cafe.


Hard Rock Hotel Penang
Batu Ferengghi Beach
11100 Penang

muka penat kepanasan gembira dapat duduk kat tempat beraircord

Cuaca panas yang teramat sangat dan cadangnya hanya nak membasahkan tekak sahaja di sini. Saya pilih berries smoothie.  

our drink

Alang-alang minum baik la makan sekali. Tak bercadang hendak makan berat kami pilih nachos sahaja untuk alas perut. Tapi banyak la pula portionnya. Sudahnya kekenyangan makan nachos. Tak jadi la hajat nak mencari char kuey teow di sekitar Batu Ferengghi.

yummeh

Perjalanan dari Batu Ferengghi balik ke Georgetown agak mengambil masa. Terpaksa mencelah ikut jalan dalam untuk avoid main road yang jemnya ya ampun tak terampun. Sampai di Georgetown mencari Love Lane pula dah satu hal. Sampai terpaksa tanya orang. Punya la nak mencari Selfie Coffee Cafe. 

Selfie Coffee
88, Lorong Love Lane
10200 Georgetown, Penang


signboard depan cafe

Apa yang menarik sangat? Nak selfie la apa lagi. Yang menarik tentang cafe ini ialah kita boleh pilih untuk letak gambar selfie kita di atas kopi kita. Ambil gambar selfie guna handphone yang disediakan, gambar kita akan di download dan dicetak pada kopi. Saya pilih kopi Caramel Macchiato. Harganya RM13. 

first take your own selfie
tadaaa...lets minum muka sendiri

Nampak tak? Menarikkan? Nampak macam gambar tu dicetak pada plastik je. Bukan tau. Gambar tu dicetak di atas creamer. So, bleh hirup muka sendiri ye (ngeri!).

selfie seketul sorang

Tengok la ada orang terlebih teruja siap cocok pada creamer tu sebab disangkanya plastik. Nasib baik tak cocok tang hidung hahhaha kalau tak terpaksa selfie sekali lagi.


X♡X♡, Iah


Penang Pening [part 5]


Hari yang seterusnya, cadang nak ke Bukit Bendera. Dari jauh lagi jalan dah start jem. Sampai sana ya ampun, manusia ramai sungguh. Cari juga la parking. Try nak beli hmmm macam ular kena palu orang beratur beli tiket dan beratur nak naik. Sudahnya batalkan je plan. Next time la. 


di Bukit Bendera

Tempat yang seterusnya ialah Rumah P.Ramlee. Tapi dalam perjalanan singgah sekejap depan Penang Free School. Sebuah sekolah yang tertua yang direkodkan di Malaysia yang juga sekolah inggeris pertengahan yang pertama di Asia Tenggara. Haaa mampu pergi merambu singgah sekolah? Dulu belajar dari buku sejarah. Sekarang tengok sendiri.

Pintu gerbang Penang Free School

Rumah P.Ramlee terletak di Lot 2180, Jalan P.Ramlee, 10460 Pulau Pinang. Rumah asal sebenarnya terletak di Kg. Jawa tetapi telah di pindahkan ke sini oleh Arkib Negara. Waktu lawatan ialah dari pukul 9 pagi hingga 5.30 petang. Pada hari jumaat pula dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari dan dari pukul 3 petang hingga 5.30 petang.


depan rumah
pandangan sisi

Dibahagian bawah rumah ini ada diletakkan basikal milik P.Ramlee. Menurut catatan di situ, P.Ramlee dengan sengaja memutuskan sebelah brek basikal supaya dia dapat berkayuh dan memainkan irama lagu kegemarannya menggunakan brek yang putus. Orang kalau dah kreatif, macam-macam gaya.


basikal yang pernah digunakan oleh P.Ramlee

Di belakang rumah pula, kelihatan tandas kecil (orang zaman dulu panggil jamban). Sama seperti rumah melayu lama, tandas terletak di luar rumah

beratur nak guna jamban uols hehehe hiasan aje ni

Jom kita tengok macam mana keadaan dalam rumah P.Ramle.

ruang tamu
satu-satunya bilik
dapur

Tapi yang paling menarik perhatian saya haruslah salinan kad pengenalan P.Ramlee.

sebenarnya ni kad pengenalan baru dia 

Dari rumah P.Ramlee, gerak pula ke Padang Kota. Perkara pertama yang dibuat ialah mencari mee sotong Hameed Pata yang terkenal sangat tu sebelum mencuci mata sekitar kawasan Padang Kota. Kelihatan belon panas yang di bentuk dari lukisan kanak-kanak bergantungan cantik.

cantik sangat 
ni dah macam kat oversea plak rasa

Fort Cornwallis juga terletak di Padang Kota. Kubu berbentuk bintang ini dibina pada kurun ke 18.

pintu masuk 
sisi tepi kota

Bayaran masuk ke fort ini hanyalah RM3 untuk dewasa (kalau tak salah ingatan la) dan kita akan diberikan pelekat untuk dilekatkan pada pergelangan tangan. Masuk je dalam fort tersergam patung Sir Francis Light. Siap berkalung bunga lagi. 

Sir Francis Light

Di sebelah kanan kelihatan bangunan memanjang yang punyai ruang-ruang tersendiri. Mungkin untuk penyimpanan senjata api? Ketika meninjau ruang tersebut, ianya kosong. Dan kelihatannya seperti pernah dijadikan bilik pameran yang bahan pamerannya telah dipindahkan barangkali ke tempat yang lebih sesuai.

tak tau tempat apa ni
mungkin tempat pameran dulu-dulu

Naik ke bahagian atas kanan fort, boleh nampak Menara Jam. Beberapa tempat duduk berpayung diletakkan bagi merehatkan diri.

Menara Jam

Di atas juga di bahagian sebelah kiri ada diletakkan patung untuk bergambar kenang-kenangan.

budak kecik suka la kot bergambar kat sini

Meriam Seri Rampai diletakkan di penjuru kota menghala ke laut. Meriam ini pernah tenggelam dalam laut ketika kapal yang membawanya dimusnahkan.

Kononnya meriam ini telah timbul dari laut dengan sendirinya setelah dijampi oleh seorang anak raja yang mengikat benang pada jarinya dan memerintahkan meriam ini muncul.

Lagenda dahulu juga menyebut wanita yang mandul akan beroleh anak dengan meletakkan bunga pada laras meriam dan berdoa.

Meriam Seri Rampai
meriam berlatarbelakangkan rumah api

Dari Padang Kota kami menuju ke Batu Ferengghi. Tempat yang dituju ialah Hard Rock Cafe/Hotel. Since saya memang dah ada baju dan fridge magnet HRC Penang saya tidak la beli apa-apa di sini.

have a rocking day!
HRC
HRH

Dalam hotel ni, seperti HRH yang lain dipamerkan barang-barang juga alat muzik milik artis-artis terkenal dunia.

Ron Wood
The Beattles

Puas membelek sana sini, letih, panas pun ye, sudahnya masuk HRC order air dan nachos. Konon nak alas perut je. Rupanya kenyang sampai malam. Besar portion nachosnya. Dari Ferengghi kami kami pulang semula ke Georgetown a.k.a Tanjung. Mencari Love Lane.

bukan ini yang dicari

Love Lane merupakan satu lorong kawasan perniagaan yang mana sekarang banyak cafe-cafe unik. Malah Love Lane juga terkenal di kalangan begpackers kerana kawasan ini menawarkan banyak pilihan hostel.

Love Lane of Chulia Street
antara cafe yang ada

Di Love Lane kami berhenti rehat membasahkan tekak di Selfie Coffee. Kedai kopi yang menawarkan kopi bercetak muka kita sendiri. Selesai minum kami berjalan-jalan di lorong-lorong berdekatan dan berjumpa dengan beberapa lagi wall art dan wire art. Tapi bukan main bahaya nak ambik gambar. Tengah posing kereta nak lalu. Tengah nak snap gambar lori pulak hon. Sabar aje la. Since perut still kenyang makan nachos, balik terus ke hotel.


Steward Lane

Keesokkan harinya kami mencari sarapan di Astaka Taman Tun Sardon, Bayan Lepas. Tapi disebabkan kami keluar lambat banyak makanan dah habis. Dari situ kami mencari Jeruk Madu Pak Ali yang sangat terkenal di seluruh Malaysia. Nasib baik tak jauh sangat. Borong sakan la apa lagi. Keistimewaan jeruk Pak Ali ni kerana ianya tidak terlalu berasid.


Jeruk Madu Pak Ali
No 24, Jalan Pantai Jerjak
Pantai Jerjak
11700 Gelugor, Penang

waktu operasi : setiap hari 8.30 pagi-7.30 malam




Perusahaan ini sekarang telah diambil alih oleh anak Pak Ali. Pekerja bahagian pembungkusan sangat peramah dan sangat membantu kita memilih jeruk. Sample jeruk juga disediakan untuk kita rasa. 


jambatan kedua Pulau Pinang

Dari kedai jeruk, terus sahaja ke Jambatan Kedua Pulau Pinang untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Jambatan ini lebih panjang, lebih sunyi malah berlengkok-lengkok. Pemandangan sepanjang melalui jambatan ini sangat indah. 
                           

7 Days, 7 Favourites