Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

One fairytale : Wedding cake


Jenuh mencari affordable wedding cake. Harga kebanyakkan kek antara RM500 ke RM1K++. Pengsan. But finally jumpa jugak yang sangat affordable. Of course cari dekat IG. RM350 untuk kek coklat 3 tingkat. Murah ke idok? Murahkan? Tapi kena ambik sendiri la. Kat Taman Saga, Ampang.


Actually atas kek ni ada topper free. I & F. Initial name saya dengan husband. Tapi semua orang lupa pasal topper ni. Termasuk saya sendiri. Sabar aje la. Btw, untuk kek ni saya request buat soft colorful cake. So kalau tengok betul-betul, tingkat atas sekali warna soft aqua, yang tengah warna soft pink, yang bawah warna soft yellow. 


Dekat nak kahwin saya ada terbaca pasal tetamu pergi kenduri tengok pengantin potong kek teringin nak rasa tapi tak dapat, dan ada juga pengalaman sendiri pergi kenduri tengok kek terbiar je takde orang makan. So, saya mintak tolong my sisters and my cousins (thank you guys) untuk tolong potong kek kecik-kecik letak atas paper plate untuk edar pada tetamu. Alhamdulillah habis semua. Asalnya dah beli paper plate boleh pulak tertinggal kat rumah. Terpaksa la mintak my sister belikan yang lain.

Song during cake cutting
Aku dan Dirimu , Ari Lasso feat BCL

RTDH minta saya pilih lagu untuk dipasang masa cake cutting. Masa tu pilihan saya ialah Sehidup Semati by Julia Banos feat Indigo or Aku dan Dirimu, Ari Lasso feat BCL. Siap mintak Ahli Kelab vote okey. So, Aku dan Dirimu win. 


VR Very Miss Rabbit 2018


Adoi run ni betul-betul minggu before sis kahwin. Dah kenapa nak kahwin gatal nak daftar run segala? Sis daftar ni sebelum tarikh wedding di awalkan tau tak? Sebab tu bulan 12 sis tak daftar run sebab kalau ikut rancangan asal kahwinnya bulan 12. 


Bertabahla sis curi-curi run secara sendu. Lantakkan janji selesai. Submit dan boleh tarik nafas lega settle satu task.


Dan medalnya pun tiba ke pangkuanku. Depan belakang lain tau designnya. 


One fairytale : Henna Shantek



Henna Artist
Nur Asyiqin Abdul Jalil

Saya jumpa dia kat IG. Asyiqin guna IG nama Melur Izabyel. Sangat mudah berurusan dengan Syikin ni ye. Charge yang dikenakan pun affordable dan munasabah.

Of course kakak buat saringan segala before pilih ye. Iols asalnya ada berkenan dengan sorang henna artist ni punya hasil kerja, but harga yang dikenakan tu yang tak berapa nak berkenan hehehehe maklum la dia paling top dalam Malaysia ni sekarang. 



Angan-angan kakak ingatkan hari nikah nak inai merah, time resepsi inai putih, sebab asalnya ingatkan nak nikah kat kampung seminggu sebelum resepsi. Tapi tu la, kita hanya merancang, kan? Henna putih la jugak pilihan kakak untuk nikah. Lawa henna putih ni kat tangan iols sebab kulit pun sawo kan, jadinya naikla warna putih tu. 



Syiqin ni a day before hari nikah kalau tak silap, dah bagitau saya if ada design yang saya suka snap gambar siap-siap. So saya pilih design yang simple sikit la on nikah day.



Asalnya request gem stone color pink untuk decoration. Tapi bila dah siap everything kami berdua sama-sama setuju gemstone warna gold lagi sesuai dengan baju saya. Lawa kan? As if part of my dress.


Actually awalnya saya book Syikin untuk nikah je, resepsi orang lain. Tapi sebabkan tukar date, Henna artist yang asal tak boleh commit untuk majlis saya. So proceed dua-dua hari dengan Syikin.

Walaupun ada sikit miscommunication pasal booking for my resepsi, Shiqin manage to squeeze in her time for my hari resepsi. Tq so much Shiqin.

Untuk resepsi saya bagitau Syikin saya nak design yang sarat, compliment to my dress dan hand bouquet. Btw, white henna ni bukan betul-betul henna tau. Ia bodypaint. So agak sensitif, tahan dalam a few hours sahaja. Bergesel or kena air akan rosakkan white henna ni.

Letops kan pakai white henna pegang bunga colorful? Im so satisfied. 

P/S: TQVM Syiqin sudi email iols gambar-gambar henna since photog tak ambik pun close up gambar henna kakak. Hmmm

VR Pixel Zombie 2018


Mula-mula rasa tak nak daftar run ni. Rasa dah tak boleh commit dengan larian yang banyak-banyak kilometer ni due to my hectic schedule


Dalam pada tak nak tu terdaftar juga dan berjaya habiskan juga. Sabo aje la. Most of the time melalui walking aje. Maklumla banyak masa spend untuk cari barang. Dapatla jugak sijil. 


Finally dapat pun medal dengan t-shirt yang rare ni. Sebab apa rare? Sebab depan lain belakang lain. Depan pixel pigura belakang zombie. Baik medalnya, baik t-shirtnya


One fairytale : Makeup Artist 3 hari



Fatin Alwani
IG : Fatin Alwani

Kakak book Fatin 3 hari sebelum majlis. KENAPAAAAAAAAA??????? Haaaa...alkisahnya, MuA asal kakak yang dijanjikan bridal (pakej) terlalu busy dengan Gegar Vaganza makanya tak boleh nak makeupkan kakak.

Kaedahnya, kakak terus berdebar bila diberitahu masa fitting baju yang MuA kakak adalah si polan sebabnya kakak pernah tengok hasil kerja beliau, dan kakak tak suka. Maaf, kakak pun ada attend banyak kali kelas makeup with makeup artist, dengan MAC pun ada so pada kakak hasil kerja MuA tersebut outdated di bahagian mata, penggunaan higlight yang keterlaluan di seluruh muka, dan hasil keseluruhan makeup hanya mampu berkata hmmmmmm.

Kakak masih positif dan try follow IG beliau untuk lihat hasil kerja beliau yang lain. Masih cuba redhokan diri. Tapi memang tak boleh. Kakak terus stress, rasa nak muntah dan tak boleh tidur! My husband, my sister, Ahli Kelab & Ella terpaksa rela melayan royanan kakak.

Makanya kakak minta bridal cari MuA baru since kakak rela top up bayaran instead of kakak meroyan dengan style makeup yang kakak tak suka. MuA-MuA lain yang bridal hubungi semua tak available. 

So, kakak tanya MuA nikah day Nadia Nordin free ke idak. Malangnya tak free. Ku minta jasa baik Nadia untuk reccommend a few MuA kawan-kawan yang dia kenal, yang style makeupnya more or less ala-ala style dia jugak. Nadia bagi 4 nama MuA dan IG dia orang untuk buat rujukan. Still, mintak jugak dia reccommend yang mana satu. So, dia petik 2 nama dari 4 orang yang dia bagi. Yang Fatin Alwani ni dia reccomend sebab dia pernah makeup dengan Fatin. Sorang Lagi Maisya dia suka jugak style makeup.

So, saya contact dua-dua MuA ni. Maisya available pukul 6 pagi. Adusss pengsan. Dan, Fatin available waktu yang saya nak. Alhamdulillah. Fatin pun tak tanya banyak masa saya book tu. On hari kejadian baru dia tanya kenapa lagi 3 hari nak majlis baru book MuA. 

Charge yang Fatin kenakan pun sangat affordable. Iols once comfirm booking terus buat full payment je kat Fatin sebab lega sangat dapat MuA ganti. So makeup style yang iols request adalah sweet doll look. Muka iols nampak lembut je rasanya dengan style makeup ni. Nampak sweet. Takde la serius or garang cam hari biasa kan? 

Ada kawan-kawan yang kata muka kakak nampak fresh in this makeup, ada yang kata kakak look so natural. Yang penting, selamat la kakak dari bersanding dengan wajah berkilauan. 

NOTA
1) Standby eyelashes gum, in case bulu mata terbuka nak menunggu sampai habis event or outdoor
2) Standby sponge/beauty blender untuk dap makeup kalau berpeluh sangat or crack. 

P/S: Both items saya tak gunakan since makeup memang mantop. Crack nipis je kat smile line. 

VR Halloween 2018


Teringat kakak masa pergi europe musim luruh tahun 2016. Sempat la merasai suasana halloween. Tak sempat nak join the halloween je heheh. Kopi labu sedapnya! Serius ye memang ada kopi labu dia orang buat. Di Starbucks.


Yang ni kalau tengok pace tu korang tahu la kan, bukan berjalan dah ni. Merayap kot hahaha



Medal 42Race ni memang hampir kesemuanya la cute miut. Yang ni memang macam deco halloween la medalnya.

One fairytale : Bridal


Eiry Elegant Element Bridal

EEE Bridal ni panel dengan RTDH. Dalam banyak-banyak venue yang menyediakan one stop center, RTDH punya pakej aje yang benarkan pilih konsep segala bagai when it comes to bridal. I am very happy with this kind of package one stop center. Kalau tak jenuh iols menggagau nak cari bridal.

1) Pelamin 

Saya just bagitau Eiry yang saya tak nak bunga putih. Sebab saya dengan husband pakai baju putih. Seat pun saya request warna gelap. Dia nak buat pelamin macam mana up to him.

2) Dress

Pasal dress ni, saya request nak dress putih ada beads gold sikit-sikit and tak nak kembang dari pinggang since saya ni bukannya slim or tinggi pun. Redo aje seminggu sebelum kenduri baru dapat fitting baju sebab tukar date kahwin.

3) Bunga tangan

Disebabkan pakai dress putih dan bunga tangan warna merah atau pink macam cliché sangat, so saya request bridal buat bunga tangan colorful. Soooooo puas hati. Lawa sangat. Enhance penampilan saya.

4) Meja makan beradab (table for two) 

Yang ni kisahnya both family tak nak duduk dengan kami hahahahha makanya ambik la konsep table for two ala-ala candle light dinner. Romantik kan? Lagi pulak macam trend je sekarang ni meja makan beradap memang pengantin je berdua.


Secara keseluruhan saya memang puas hati sangat dengan EEE Bridal (minus MuA), everything is so me. Saya tak perlu nak explain beria sangat pada Eiry tentang macam mana yang saya nak. He know what I want.

VR Wild West 2018


Toward penghujung tahun 2018 memang ambik run under 42race aje. Tak mampu nak buat run yang lain. Ini pun dah macam hujung-hujung nak cut off time la baru dapat selesaikan.


Walhal run (walk) pun baru 3KM je. Nak menyudahkannya task di saat kebizian melanda bukan la mudah. Syukur jugak ada run ni. At least fizikal cergas.


Medalnya cute je. Koboi tu kita boleh pusing-pusingkan tau. Yee-haw!

One fairytale : Venue Resepsi



1) Venue & Catering
Rumah Tamu Datin Halijah

Masa dalam proses menjemput, selain soalan "kenapa buat kenduri kat KL?", soalan "ni kenduri buat kat rumah ke dewan?" adalah yang paling popular. Yang soalan pertama tu, ye la , saya asal Pahang then tetiba nak kenduri kat KL macam taboo kan? Padahal orang KL rilex je buat wedding kat Kajang, Putrajaya, Shah Alam. Kakak buat kenduri kongsi je dengan husband, tu yang buat kat KL. Yang soalan kedua tu, memang lawak jugak la, maklum la venue bukan nama dewan sekian-sekian, tapi rumah tamu. Ramai jugak yang ingat kenduri kami buat di homestay.

Sebab apa dalam banyak-banyak venue yang saya pergi recce saya pilih RTDH:-
~Pihak pengurusan yang attentive. Very easy to communicate via whatsapp since saya duduk di tempat lain.
~Pengurus yang cekap, mantap, terbaik. I could not thank enough to Puan Norlela. Pengurus yang sangat-sangat mantop, both my mother and Pak Su (my husband's uncle) puji cara Puan Norlela yang obviously menguruskan dengan cara yang paling terbaik untuk kenduri kami. Memang puas hati.
~Deposit tidak akan burn kalau tukar tarikh melainkan cancel terus. Mujur la, kami dua kali tukar date.
~Tukang masak standby sampai petang untuk kenduri waktu siang. Alhamdulillah sangat. Tetamu kami lebih dari yang sepatutnya.
~ Makanan sedap. Masa food tasting rasa macam tak de la sedap sangat. Tapi bila time kenduri sedap sangat la pulak. Ada lebih nasi my mother bawak balik panaskan semula. Aduss sedapnya makan panas-panas. Maklumla time makan beradap tak dapat nak menikmati.
~Easy access dari Duke Highway. Terutama untuk kawan-kawan dan family dari Pahang plus kawan-kawan husband pun ramai di KL. 
~Cantik. Siapa datang wedding kami or pernah datang kenduri di sini mesti tau kan tempat ni memang cantik sangat.
~Tempat bersiap di situ juga. Rumah kayu tu tempat kami bersiap. Ruang tamu geng-geng askar bersiap. Ruang bawah budak-budak tarian bersiap.   
~Surau besar. Surau RTDH muat untuk 40 orang.
~Private parking untuk tetamu jemputan. 

2) Cendol stall
Vendor Rumah Tamu Datin Halijah

Sponsor by my mother, Puan Robiah. Mak kata cendolnya sedap. Me? Tak merasa pun.


3) Apam Pisang & Apam Gula Hangus

Sponsor by my travel partner, Ella. Licin. 





VR World Animal Day 2018


Sis ni bukan la penyayang sangat dekat haiwan. Yang paling sayang pun si gemok Emong kucing my sister. Tapi Animal Day VR ni sis rajin la nak join. Macam biasa under 42 Race. 


Berjaya menamatkan run ni walaupun musim hujan. Hujan almost everyday. Nak pergi gym memang hmmmmph. 


Well medal yang dinantikan tiba. Macam biasa ada kad disertakan sekali. Comel sangat medalnya haiwan-haiwan naik keretapi macam kat zoo tu. 

depan
belakang

One fairytale : Makeup Artist Viral






Intan Nadia Syazwani 
IG: makeupbynadianordin

Letops ke idak makeup kakak? On point sangat. Tak leh move on okey, sayang giler masa nak cuci. Kecewa rasa. Over tau kakak ni. Actually dah follow IG Nadia lama dah, masa dia belum famous. Masa tu dia makeup instafamous yang baru nak famous jugak. Time tu pun dah berkenan dengan style dia makeup. 

Well, bila nak kahwin terus aje Nadia masuk dalam top 3 pilihan saya. Mudah sangat berurusan dengan dia plus affordable price yang diberikan memang terus aje on dengan dia. Rezekinya lepas saya tukar date nikah pun dia still available untuk saya. Mujurla. Sebab lepas tu dia viral pulak lepas makeupkan Fatin Afeefa. Mujur kakak cepat, kalau tak memang tak merasa. 

Look yang saya request ialah rose gold cut crease. Makeup memang mantap meletop. Lepas siap makeup nak salin baju baru dapat tengok cermin memang terkagum dengan muka sendiri sebab rasa lawa macam artis wakakakaka kasi chance la okey. Memang tak boleh move on. Rasanya kalau la ada event yang grand iols kena attend nak je makeup lagi macam ni. 



VR Lion-Hearted Lazycat 2018


Run yang ni memang cute betul. Memang betul-betul rasa macam diri sis sendiri. Nak kurus, nak sihat tapi malas nak berlari hahahahah Tapi, tetap jua tabahkan diri selesaikan task ye. Motivasi la diri sendiri supaya ingat nak pakai baju pengantin nanti tak lawa haaaa


Medalnya sampai awal November 2018. Cute sangat. Muka cat tu pun sungguhla lemau. Merana kena run uols!


T-shirtnya pun cute korang. Sukaaaaaa

depan
belakang

7 Days, 7 Favourites