Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

Pahang Barat Covid Trip


Sepanjang musim Covid melanda, bila dapat kebenaran merentas daerah memang kakak merentas la ye. Ada merentas nak balik kampung ada nak pergi jalan-jalan. And, kakak baru realized yang kakak banyak spend holiday dalam Pahang je. To be exact, zon Pahang Barat. Nak gembira ke, nak bangga ke tak tahu la yang mana satu. Pandemik ni membuka mata kakak, negeri tempat kelahiran, daerah tempat cari makan ini, punyai kecantikannya tersendiri.

Bera

Dulu-dulu kampung kakak berada dalam daerah Temerloh. Bila persempadanan semula dibuat, kampung kakak masuk bawah Daerah Bera. Di mana tempat percutian yang mempunyai pemandangan paling cantik dan mendamaikan? Dah tentulah rumah parent kakak (bias). Ye, memang bias. Rumah pusaka arwah nenek, berlatarbelakang Sungai Pahang, tempat kakak membesar, tempat beraya dari kecik hingga sekarang. Dah tentu yang paling terindah, yang paling membahagiakan. Betul tak? Tak percaya tengok gambar belakang rumah ye.

pagi
senja

Temerloh

Kakak membesar di Temerloh, maka biasanya Temerloh bukanlah tempat pilihan kakak untuk bercuti. Tambahan pula kakak kerap ke Temerloh atas urusan kerja. Tapi pandemik punya pasal, gigih kakak cari tempat untuk jalan-jalan.

Amani Vanilla, Temerloh
Titik Tengah Semenanjung

Jerantut

Bertahun kakak melalui daerah Jerantut since masa zaman sekolah tak pun bekerja di Jerantut dewasa ini. Masa pandemik la pun baru dapat bercuti ke Taman Negara Jerantut uols. Orang luar Pahang lama dah jejak kaki kat sini.

Mutiara Taman Negara
Sungai Tahan
Titian Silara
Danz Eco Resort


Bentong

Daerah Bentong tak perlu di perkenalkan lagi. Sempadan Pahang-Selangor/KL. Sampai tahap ada la sorang wife politician duk kata pergi ke Janda Baik tu tak perlu kebenaran merentas (sebelum kerajaan umumkan kebenaran merentas negeri).

Colmare Tropicale
Japanese Village
Janda Baik
Genting Highland

Raub

Tempat kakak cari makan. Bila famili nak datang bercuti memang geram je, sebab kakak la yang tak dapat keluar dari kawasan sendiri. Apakan daya, daerah Raub banyak tarikan sendiri. Ada air terjun, ada jeram, ada bunga Pakma, ada Frasers Hill, ada nasi lemak sambal kuning, ada kacang batik, ada durian musang king. Eh, terbanyak pulak yang menariknya ye hahahah

Fraser Hill
Jeram Bangkin
Pulau Chekas


Lipis

Lipis juga kakak sempat jejakkan kaki musim pandemik ni. Daerah yang popular lepas kemunculan penyanyi tersohor Siti Nurhaliza. Kakak sangat suka dengan Lipis ni sebab banyak bangunan tinggalan zaman-zaman dulu kala yang masih digunakan.

Bukit Residen

Cameron Highland

Sejak di buka laluan Pos Betau untuk kegunaan warga Pahang naik ke Cameron Highland, memang kakak seronok je datang ke sini. Hanya mengambil masa dua jam perjalanan dan jalan terus je dari rumah. Tau-tau dah sampai Ringlet.

Planters Country Hotel
Mossy Forest
Boh's Tea Plantation Sungai Palas
Lavender Garden








Doli, Kuey Teow Goreng


Kalau datang ke Taiping, antara tempat makan yang direcommend adalah Doli Kuey Teow. Apa istimewanya Doli Kuey Teow Goreng ni? Di goreng secara traditional iaitu menggunakan kayu api.

Doli Kuey Teow Goreng
No 5, Regat Tupai, Medan Taiping
34000 Taiping, Perak

No Tel : 016 - 553 8026

Buka setiap hari kecuali hari Rabu. Tapi, kena double check waktu operasi memandangkan operasi restoren perlu ikut SOP semasa. Waktu kami datang ni waktu operasi dari pukul 11 pagi hingga 7.30 malam. Pelanggan untuk dine-in juga limited kepada 25 orang sahaja untuk satu masa. 


Actually sekarang ni je Doli ni berniaga di dalam premis macam ni. Asalnya dekat warung je. Gambar warung lama ada dipamerkan di dinding premis.


Btw, since perniagaan dijalankan ikut SOP. Maka, order di ambil masa tengah beratur tunggu meja. Tak banyak pun menu makan di sini kerana memang specialty mereka ialah kuey teow obviously.


Kami diberikan dengan order list yang di tanda dengan makanan dan minuman yang kami pilih. Hakak order kuey teow goreng biasa, En.Suami pilih kuey teow goreng special. Kami juga diberikan dengan sejenis alat macam pager. Once alat ni berbunyi, kena ambil makanan dan minuman kami di kaunter.


Tadaaa. Memang sedap. Beza antara keduanya ialah yang special ni, kuey teow dan udang nya lebih banyak. Dalam gambar ni tak nampak beza sangat. Btw, sambal kicap dia pun sedap, kena dengan taste bud kami berdua!

special
biasa

NOTA : tempoh menunggu untuk dapat kuey teow sangat lama around 30 minute or more.

4th Step : Contract


Langkah seterusnya adalah kakak kena sediakan/memasuki contact atau perjanjian. Ada 3 yang kakak kena sediakan iaitu untuk Partnership Agreement, Rental Agreement dan Employment Contract untuk pekerja. Perjanjian Sewaan Premis dan Perjanjian Persefahaman kakak sediakan lebih awal memandangkan banyak urusan yang perlu dibuat.

Ye la kan, ko nak buka firma guna nama partner ko, kena la masuk perjanjian dengan partners yang terlibat. Baru la orang tu yakin kita ni serius dan akan buat apa urusan yang dia orang kena buat. 

Beberapa kali juga pertemuan di buat dan deraf perjanjian ulang kali dihantar ke HQ sebelum akhirnya kami bersetuju dengan semua term and condition dan meterai juga perjanjian tersebut. Kakak semakin busy. Proceed pula memenuhi dokumentasi permohonan buka cawangan kepada pihak yang sepatutnya. 

Begitu juga dengan premis sewaan. Kakak sedaya upaya uruskan segera walaupun ada hick up sana sini. Semesti ada alamat baru boleh proceed urusan-urusan seterusnya. Banyak dokumentasi melibatkan alamat pejabat. 

Employment Contract kakak sediakan kemudian memandangkan bulan-bulan awal ni kakak one woman show dulu la buat kerja sendirian berhad buat sementara.



My 2nd Messnite


Selepas 1st Messnite aritu, memang tak de dah kakak join messnite lain. Lagi pulak lepas tu kita di landa pendemik Covid-19, 1001 SOP dan sebagainya. Dan, setelah SOP kehidupan fasa endemik makin longgar, akhirnya En.Suami memaklumkan kena hadir messnite. Excited! Bila, di mana, sempena apa, adalah perlu di rahsiakan maklumatnya ye. Jadi detailing majlis tak dapatlah kakak nak suratkan di sini. Kakak cerita tentang persiapan kakak dan makan je.

NOTA
Sama macam event lain, perlu buat pemeriksaan suhu, pakai mask, kedudukan di jarakkan.

dengan suami sendiri tak de la jarak

Kakak tak de beli baju baru pun. Pakai baju dua tahun dulu, mujur muat. Tudung pakai shawl masa nikah agaknya. Clutch pun yang dah tak ingat zaman, mujur tak reput je duduk dalam gobok. Kasut pun pakai yang sama je dengan messnite dulu. Makeup macam biasa, sendirian berhad je.


Rules berpakaian dan etika lain, kakak follow pengalaman yang lepas sahaja. Btw, kami kena pakai mask putih ye. Ni kakak cabut la mask untuk bergambo. Alhamdulillah dapat share pengalaman lepas dengan kawan baru.


Walaupun acara ni adalah acara makan je, tapi tetap ada kelainan dalam presentationnya. Kali ni, En Suami duduk di sebelah kiri kakak. Again kakak pilih menu ikan, dan again, En.Suami pilih ayam. Dan, pilihan lagu-lagu kali ini yang dimainkan oleh pancaragam untuk mengiringi makan malam banyak yang sedap-sedap oiiiii. Ceria hidup kakak.

Jom tengok, macam mana rupa menu kali ni yang di hidangkan untuk kakak. Yess, dinner macam ni sudah semestinya tak kenyang termasuklah En Suami. Balik bilik kelaparan pulak. Mujur ada stok makanan. 

Mix seafood served with fresh lettuce. Mango vinaigrette seafood dipping. Thai sweet sour sauce
Mushroom soup
Salmon served with fresh daily vegetable. Potato and lemon butter sauce (masa ni belum curah sos lagi)
Red velvet cheese cake with fresh fruits cut. Vanilla sauce (masa ni pun belum dapat sosnya lagi)

Teh/kopi serta cookies kakak tak kuasa nak snap gambar lagi dah. Messnite kali ni habis lebih lewat berbanding kali pertama dulu. Dan, sebagai cenderamata, kakak dapat clutch holder. Kakak suka! Barang berguna. Sebab, clutch yang kakak bawak patah masa nak sangkut kat meja. Sabo je la.


NOTA
Kepada yang baru kali pertama sertai Messnite. Jangan takut ye. Ikut je rules yang dah ditetapkan. Kita buat kawan baru. Kita belajar benda baru. Kita sebenarnya bagi sokongan pada pasangan bila kita attend messnite atau apa-apa aktiviti yang diminta hadir


3rd Step : Resignation

 



Alhamdulillah dengan pengumuman pembukaan kesemua industri pada oktober yang lalu, kakak meneruskan semula hasrat kakak untuk bekerja sendiri. Selepas lebih kurang setahun merancang, akhirnya kakak hantar surat perletakan jawatan. Empat belas tahun dah kakak bekerja di syarikat ni. Ya Tuhan, lamanya. Masa kakak menaip surat berhenti memang berdebar-debar rasa wey.

Kalau ikut kakak punya surat lantikan ketika menyertai syarikat ini, kakak boleh meletak jawatan dengan menghantar notis satu bulan. Akan tetapi kakak fikir, dah lama kakak kerja di sini lebih baik hantar notis dua bulan. At least bagi masa kepada majikan kakak untuk bertenang dan fikir tindakan selanjutnya untuk syarikat.

Nak resign pun drama ye. Nak adjust time bos kakak la, nak tunggu clear semua client la. Dah malam baru dapat jumpa. Bila kakak bagi surat putih tu pada dia memang terkejut la dia. Ye la, lama giler kakak kerja dengan syarikat dia, jadi salary partner pun lebih 10 tahun ye. Macam-macam la dia counter offer. Tapi since kakak dah ada perancangan hidup sendiri, memang kakak firm dengan decision. 

With heavy heart dia terpaksa rela terima notis perletakan jawatan kakak, walaupun dia refuse to sign letter to release partner. Tak pe la, Plan B ada. Dan, kakak tetap jalankan tugas seperti biasa. Bos kakak takde nak ganggu ke apa ke. Cuma dia agak kalut and panik nak cari replacement kakak. Semoga semuanya dipermudahkan.


Hallo März


And at last I see the light
And it's like the fog has lifted
And at last I see the light
And it's like the sky is new
And it's warm and real and bright
And the world has somehow shifted
All at once everything looks different
Now that I see you

~ Rapunzel






7 Days, 7 Favourites