Penafian

SAYA TIDAK MEMBERI KEBENARAN KEPADA MANA-MANA PIHAK MENGGUNAKAN GAMBAR-GAMBAR MILIK SAYA BAGI TUJUAN PROMOSI, PERNIAGAAN ATAU APA-APA TUJUAN TANPA SEBARANG KEBENARAN BERTULIS DARI SAYA.

VR Friendship 2018


Addictive to 42Race!!!! Kali ni Friendship virtual run pulak. Dah serik aritu ambik 10km, kali ni insaf ambik 5km je. No E-Bib tetap sama ye. Tu nombor keahlian 42Race saya.


Larian ni saya berjaya tamatkan di hari terakhir bulan Julai. Itu pun berlari di gym. Kalau tak sempat memang burn gitu aje.


Next weeknya medal pun tiba. Cute kan? Cookies and milk berpisah tiada. Gitu la katanya dengan friendship. As usual dapat poskad juga.  

VR World Cup Russia 2018


Kita ni tak minat bola. Apa pun pasal bola tak faham aje. Tapi daftar juga VR under Move On ni. Tiada choice jarak. Satu kategori je iaitu 5 KM. Me, pilih medal je. Tak mau t-shirt.


Berjaya menamatkan run ni masa musim raya. Musim raya serentak dengan musim piala dunia ye. Tunggu medal la pula kita.

The Daily Grind


Jangan kecam sis duk up cerita tempat makan. Haaa korang jugak senang nak mencari idea nak makan kat mana nanti. Korangkan hipster. Kali ni kita ke The Daily Grind. Kat mana uols? Ampang jer. No 26, Persiaran Ampang, Desa Pahlawan, Kuala Lumpur. Buka everyday tau. 


Ruang dalamnya memang cantik uols. Rasa macam kat oversea gitu. Disambut dengan chiller yang ada pelbagai jenis kek. Atas kaunter pun ada. Haaa ...pilih!


Dalam banyak-banyak kek, sis pilih kek lemon poppy seed. Yang lain tu red velvet, monster cookie dan lain-lain tu nampak cam biasa je. Memang sedap uols. Masam manis jemnya memang outstanding. Must try. Kek yang tak muak.

Lemon Poppy Seed Cake RM10

Next jomla kita pilih menu apa nak dimakannya. Ehem masing-masing minta air kosong je hahaha part ni kesihatan la pulak.


First sekali yang tiba di meja ialah Irish Nachos. Apo la pulak Irish nachos. guna kentang uols, instead of nachos chips yang biasa tu. Haaa lain kan? Eh, sedap tau. Yang ni memang sis recommend kalau nak kelainan la.

Irish Nachos RM24

Next ialah O'mega Salmon. Haaa bunyi kesihatan kan menu ni? Nampak serempet aje kan? Tapi sedap ye. Untuk siapa yang suka salmon la. Kulit ikan memang elok crispy. 

O'mega Salmon RM38

Menu seterusnya ialah fish & chips. Ni adik sis order. Nampak ala-ala. Tapi portionnya memang besar. Siapa yang lapar sangat tu memang sesuai menu ni. Coleslawnya pun fresh. 

Fish & Chips RM36

Dan akhir sekali menu diet travel partner sis si Ella, steak salad. Kesihatan okey. Bila la sis nak mula makan menu-menu macam ni ek?


Kami semua enjoy makan di sini, layanan waiter memang terbaik. Refill air masak tak tau berapa kali. Maklumla, makan sambil-sambil membawang. And total damage di sini ialah RM150.70 (including service charge). Boleh try datang sini okey.

VR Back 2 Kampung 2018


Lagi VR daftar under Bee Storm. Suka sangat dengan temanya Back2Kampung sempena hari raya. Teruja iols tau! Larian ni sejauh 42KM perlu diselesaikan dalam tempoh sebulan, bulan Jun 2018. Macam biasa, dapat E-Bib.


Lega dapat habiskan kilometer on hari nak balik kampung sebelum raya! Eh...memang sesuai dengan tema la katanya. Lantak la walking je lebih pun. Now tunggu medal dengan t-shirt.

depan t-shirt
belakang
belakang

VR Ice Cream Run 2018


Aduhai...macam yang saya pernah mention sebelum ni, 42Race suka buat tema best-best untuk larian. Hadoi..terpikat la iols. Terdaftar 10km. Yang kena bereskan dalam satu larian.


Tengok E-Bib pun dah cute kan, apa lagi medalnya nanti. Siap roda trolly ais krim boleh pusing-pusing. Sukeeeeee. VR yang ini di sudahkan serentak dengan VR Chocolate. Juga under 42Race.



Berjaya selesaikan task ni dengan penuh azab after 2 minggu tak berlari. Masa? Hauk teruk hahahaha tak sabar nak dapat medal yang super duper cute. Patut kena treat diri sendiri makan ice cream la.

As usual, dapat poskad
depan. roda yang besar tu boleh pusing-pusing
belakang

By the way, biasanya under 42 race iols tak ambik t-shirt kecuali run yang ni. Hehehe sebab t-shirtnya pun cute.

depan
belakang

VR Malaysia Merdeka 2018


Semangat patriotik uols. Maka mendaftar la iols under 42Race again. Since serik jugak nak run 10 KM in one run, makanya kita daftar 5KM aje la. Tarikh lariannya betul-betul masa sambutan merdeka tu. 


Ya Allah minggu cuti merdeka banyaknya urusan la hai. Bebudak kelab duk tanya ada show ke tak sempena merdeka, tak de la jawabnya. So, suruh aje dia orang join kawad dan koir. Then dengan tidak semena-mena dapat call minta iring pembaca ikrar dan satu tarian traditional!!!! Pengsan. Balik event merdeka ingat nak terus shoot Shah Alam. Sempat jugak tertidur. Letih uols!


Ni pun settlekan jugak larian on hari terakhir. Dah beberapa kali lately ni running settle hari terakhir. Hazab! Yang penting completed.

cantik sangat medal dia

VR World Chocolate Day 2018


Sayangnya la task ni under 42Race ni kategori percuma. Kalau tak medalnya nanti mesti cute. Since ianya kategori percuma, makanya 3KM jela.


Task ni iols settlekan serentak je dengan Ice Cream Virtual Run. Senang. Love chocolate. Nyum nyum.


love!

7 Days, 7 Favourites